memori 2008

2008 bakal melabuhkan tirainya. Untuk tahun 2008 banyak pahit dan manis aku tempuhi.... Jiwa aku, hati aku, cinta aku, banyak bergolak pada awal tahun 2008. sinar bahgia kembali di pertengahan bulan 6 dan terus bersinar hingga ke hujung. So untuk tahun 2008, aku memilih 6 perkara terbaik dan 6 perkara terburuk berlaku sepanjang tahun 2008.

Memori terbaik:

1-Bulan 5: fenna buzday antara memori harijadi yg tak dapat aku lupakan. bertempat di the zon, majlis fena antara yg terbaik pernah aku alami. Segala penat payah berbaloi kerna ia menjadi suatu yg terindah dalam acara buzday 2008.

2- Bulan 6: Kebahgiaan aku munchul seawal bulan 6. Memori di genting bersama acu,amal,dayang dan apex menjadi titik permulaan hidup aku. Sinar cinta muncul disana(katernya) 9.6.08 merupakan hari paling bermakna dalam hidup aku. disampaing kawan2 tercinta dan yg terchinta, aku rasa sangat bahgia saat itu. Genting menjadi memori paling aku ingati dalam kalendar 2008.

3-Bulan 7: percutian yg paling besh dalam kalendar 2008. 'Pangkor Island' tempatnya... bersama apex, acu dan amal, percutian terindah itu menjadi milik kami ber4. kenangan kami itu sampai sekarang masih terasa hangatnya.....

4- Bulan 10:'Garfield party'. Acara buzday aku pasti akan tersenarai utk yg terbaik saban tahun.. Dan tahun 2008, buzday aku tak dapat dilupakan. bertempat di KTVimbi, majlis buzday paling besar pernah aku buat.. dimana bajetnya paling tinggi dalam sejarah hidup aku. Walaupun target asal tak dapat dipenuhi, tapi ianya tetap terbaik dan pengalaman itu bakal aku jadikan pengajaran utk buzday 2009(insyallah)

5- Bulan 10: Cameron higlands. buzday paktam juga tersenarai antara yg terbaik pernah aku alami. Majlis buzday a.k.a open house raya Celcom 08 ini aku rasa yg termanis pernah terjadi diluar kawasan kuala lumpur. Majlis berlangsung dalam keadaan yg harmoni dan gila2. hahahahha...

6-bulan 10: open house raya keluarga setiawangsa jugak tak boleh aku lupakan. Walaupun penat membuat persiapannya tapi majlis itu tetap antara acara terindah kerna semua kawan2 aku, fena,dayang dan shah dapat berkumpul. tahun 2008 warna biru telah dikenakan. lalalalalalla.. jumpa tahun depan, 'pink' jadik taruhan...(matilahh)

Jika nak ikutkan aku, banyak lagi aku nak senaraikan... kerna semua yg aku buat dalam 2008 adalah manis dan terindah 'JIKA' korang nampak aku senyum dan ketawa(ketika itu) jika itu korang pernah nampak tapi tak tersenarai diatas, percayalah itu jugak terindah bagik aku. tapi aku hanya mampu memilih 6 saja. Jom tengok yg terburuk pulak. yang nie korang pasti sukakan.. sbb selalunya yg terburuk nie lah adalah gosip terbesar yg pernah aku alami.

memori tak seberapa nak indah:


1- percintaan: aku rangkupkan kisah percintaan dalam satu story k. percintaan aku diawal 2008 tak seberapa nak menjadik dan antara penyakit paling merbahaya untuk awal tahun 2008. Dari kisah 'penculik' ker kisah 'pelacur' terjadi kes 'fasha sanda' adalah kisah2 aku yg korang tau.(yg tak tau, baik jgn tau) kpd yg tau pulak korang boleh bayangkan perasaan aku time tue. so terburuklah bagik aku. kisah2 itu pernah singgah dalam blog nie. Wlpun ada jugak yg manis, tapi ianya buruk bila kisah itu tak dapat dibendung oleh perasaan aku. perasaan aku diawal tahun 2008 terlalu emosi.(begitu)

2-dinner opis: aku paling buruk dalam pembikinan. dah lah bagik tau last2 minit, buat kat tempat tak besh.. yg paling penting esok aku kena keja jugak.. so sgt tidak boleh enjoiii dan hampeh!!!

3-bergaduh: ngan kawan2 seperjuangan. terburuklah bila dah gaduhkan... tapi tak perlu aku letak nama2nya.. kerna semuanya dapat diselesaikan... lagipun perkara itu terjadi sbb kita semua manusia biasa.... ada buat kesilapan... dan kesilapan itu boleh dipelajari utk masa mendatang.

4- keta rosak: terburuk sbb kena kuarkan duit yg banyak.... disamping sakit hati keta rosak sebab dimakan tikus2 durjana buat sarang dlm enjin. tak ke lahanat tue?? sib baik sekarang dah bersihkan enjin. so tikus tak boleh buat sarang lagik. tp ianya mmg sejarah terburuk utk keta kesayangan aku.

5-kehilangan dayang: terburuklah tue kan? wlpun buat majlis perpisahan utk dia, dan merelai dia pi penang, tapi bagi aku ianya tetap terburuk.. kerna aku kehilangan sorang kawan pompuan paling rapat ngan aku. Aku relai yg lain pergi tapi bukan dayang. sbb dayanglah banyak bantu aku time aku susah hati dan time senang hati(begitu)

6-cukup: rasanya cukuplah 5 jer terburuk. sbb tak banyak yg buruk sebenarnya... banyak yg baik2 jer.

Azam 2009:

-menjadik terbaik dalam segala segi
-rezki semakin mencurah2 sampai melimpah2...(harap gaji naik)
-kesihatan klu boleh tak nak demam utk 2009.. boleh kurang mkn ubat
-aku nak raya penang utk tahun 2009 nie.. insyallah
-nak dicintai dan mencintai(hidup bahgia utk 2009)
-tak nak gaduh2(tp klu ada yg cari pasal gaduh jer)
- nak epy bersama teman2 semua
-nak bercuti ke luar malaysia..(insyallah bakal terjadi)
-nak tekun bekerja, mana tau boleh ganti stanly...
- NAK MENJADIK DIRI SENDIRI YG CUTE( tetap)hahah

*Dikesempatan ini LCW ingin ucapkan 'SELAMAT TINGGAL 2008' DAN 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009'. Harap tahun 2009 yg bakal mendatang ini menjadi tahun yg terbaik utk hidup kalian semua. Insyallah.

Histeria

Semalam aku dan apex g tengok citer histeria kat TGV KLCC. seperti biasa pas abis keja lahhh.
filem nie aku tunggu2 selepas dah tgk cicakman2 yg tak seberapa nak besh tue. Ternyata filem nie sangat tidak rugi menonton kat pawagam.( INI ADALAH KENYATAAN). Wauuuuu seramnya sampai membuat aku asyik nak tutup mata, dan tak duduk senang.(gelisah jer)
Filem begini begitu dekat sampai boleh rasa hantunya sbb ianya terjadi kat sekolah2 asrama.( so kpd sesiapa dok asrama, pasti dpt rasa jalan cerita yg seram nie) aku yg tak dok asrama pun boleh merasai suasana seramnya. Para pelakon pula?? Selamba dan sempoiii tgk mereka berlakon.(ada aksi les ,sgt berani pengarahnya tp itulah kenyataan SEBENAR dok kat asrama ) Jalan cerita yg kemas, penghasilan yg kreatif membuatkan filem histeria boleh dibanggakan.... Cerita seram terbaik selepas 'susuk'. Aku sangat suka melihat pengarah baru buat filem. sbb mereka akan memberikan sesuatu yg lain dr pengarah2 yg ado sekarang. syabas utk semua kerna buat aku histeria dalam panggung tue. Aku ngan bangganya memberi 4.4BINTANG tuk citer nie.

angkara jin yg tak ada sifat kasih sayang(begituuu)hahaa... aksi2 jembalang membunuh manusia sgt ngeri dan makeup muka2 mangsa yg menakjubkan(cam real jer). AMARAN, jgn lah amalkan jampi yg ada dalam filem nie.... kerna ianya akan menghantui kamu.hahahhah cukup bersahabat ngan manusia. jgn nak bersahabat ngan jin. seramnya histeria cam filem thailand.


*buruk bebenar muka jin putih a.k.a jembalang, so jgg b'sahabat ngan mereka.

Kisah Twiggy

Episode 1: Anatar 2 darjat.

Kisah benar nie berlaku bila Hamster dari kedai A dan kedai B bersatu. Cita-cita apex untuk melihat sebuah keluarga bahgia tidak kesampaian bila tiada keserasian antara mereka. Binatang jugak perlu keserasian utk bersama. ingat manusia jer ada perasaan dan feel utk bercinta??
JOM LAYAN episode 1 ini:

Twiggy: ko ingat ko kuat? ko tak kenal aku sapa? aku twiggy. supermodel a.k.a primadona. jgn macam2 ngan aku tau. Ingat tue!!!

paolo: aku paolo, mana ada aku nak macam2 ngan ko.. ko jgn la ganggu aku. feeling supermodel konon. porahhhh..

twiggy: Apa ko cakap? porah?? eeearrhhhhh, aku tolak ko biar sampai kemek. mompos terus. berani yer melawan!!

paolo: Alahhhh jgn la main kasar.. aku tau la ko tue supermodel, tapi gemok kuat makan.. sebab tue besar dari aku. tolong jgn buli aku yg cutu nie, plz!!!


twiggy: ko nak lari mana? ingat kurung aku dalam bola nie aku takut? siaplah ko paolo!!!!!!!

paolo: aku harus lari dari ko twiggy gemok.. ko suka kacau aku, cian aku. HELP ME!!

twiggy: ooooooo main kasar dan kotor ye?? ko ingat ko tutup lubang tue aku x boleh kuar? sekali libas tersungkur kau! ERRRGHHHHHhHHHH....

paolo: jgn la kejam sangat twiggy. sedarlah ko tue gemok!!!! errrrghhhhh..

twiggy: kan aku dah cakap, ko tak boleh lawan aku yg vouge nie. Berambus ko dari umah aku paolo. AMARAN TERAKHIR!!

paolo: aku meyerah kalah, nanti aku pergi membawa diri. jgn pukul aku aku twiggy. aku tewas... (sambil nangis)

kisah ini baru terjadi semalam. mereka mmg x boleh tinggal sekali. cian aku tgk paolo ketakutan.. oleh itu kami terpaksa asingkan paolo dan twiggy supaya paolo x mati dikerja kan twiggy. Dan paolo akan dikembalikan kat kedai B(kembali ke tempat asalnya) supaya paolo dapat hidup aman dan damai. twiggy pula???? pasangan nya akan munchul nanti..

*proses pencarian suami twiggy....AKAN DATANG

muzik-muzik23

Malam nie bakal ketahui lagik 5 lagu bakal layak untuk AJL23 bagik kategori pop rock. Jika minggu lepas berlangsung kategori balada dan keputusan cam babi, pop rock aku harap menceriakan keadaan.(ternya bertambah ceria okey!!!!) Sebelom keputusan aku dah memilih 5 lagu kegemaran ku iaitu :

kalis rindu-elyana
aku stacy-stacy
lagu untuk mu-meet uncle hussein
yang pernah-estrange
rimas-the f/cat

Dalam 5 aku pilih, hanya 4 yang betul(so kira okey berbanding balada minggu lepas, hanya 1 jer yg betul aku pilih) rezeki ella tarik diri, sofaz yg dapat gi final.
keputusan malam nie sangat berpuas hati.. TIBA-TIBA...... TV3 buat kejutan umumkan satu lagik lagu layak ker AJL23, TETAPI...... untuk kategori balada, Dewan riuh menyebut nama ziana zain(dari rumah boleh dengar okey!! aku tak pekak lagik) aku kat umah nak dengar nama 'azlan abu hassan ' jer dan bila MC sebut nama tue, aku dah menjeritttttt kegembiraan. SAH, memang lagu ziana zain, 'Dingin'. Ternyata makian aku utk kategori balada dipandang juri.(juri kan ngok ngek mlm kategori balada tue). Walaupun ziana zain G AJL23 berbekal lagu yang ke6, tapi percayalah itulah seri AJL23 untuk kali nie. Dan ziana zain berhak utk itu. Lagu tue lebih bagus kot dari lagu hanya dimercu.(ko duduk kat mercu jgn turun2 lagik) atau lagu bila nak saksi( x kuasa nak jadi saksi ko) tak sabar nak melihat kehebatan vokal penyanyi bersuara lantang itu. Walaupun sudah berusia 40tahun, ziana zain tiada tandingan dan ganti kot.(ko mampu tarik lagu tinggi begitu??)

Apa-apa pun aku sangat seronok ari nie, dan berpuashati ngan keputusan bagi kategori pop rock. Tak kisah zz menang atau kalah pada malam AJL23 tue, janji dia ada dipentas itu utk nanyi lagu 'Dingin'. Klu ari tue aku tak ingin tengok AJL23, sekarang, sapa ada tiket VIP bagi aku k. hahahah.( tetap nak VIP)... TV3 pandai buat lawak. layaknya lagu nie, boleh menutup kekecohan kenapa dingin tewas separuh akhir minggu lepas. Sekarang dah layak, jom party!!

Senarai penuh lagu-lagu yg layak ke AJL23:

Etnik kreatif:
doa dalam lagu- mawi dan heliza
dusta berkalang- aiman tak kesah
persoalan cinta- farawahida

Balada:
cuba-faizal tahir
lagu kita-aizat
sampai syurga-faizal tahir lagik
bila nak saksi-spider
hanya di mercu- ayu
DINGIN-ZIANA ZAIN(tetiba nak kasi jelas)

pop rock:
aku stacy-stacy
kalis rindu-elyana
lagu untuk mu- meet uncle hussein
Estrange-yang pernah
sofaz-

*AJL23 akan menemui anda pada januari 2009.

11.12.2008

Bertempat KTVimbi berlangsunglah majlis buzday apex yg ke21 tahun. Buat kecik2 jer untuk teman2 yg terapat ngan apex. siapa lagik, achu,amal,mira dan kwn2 dia yg lain. Walaupun tak ramai yg dijemput,tapi kesemua yang hadir dan balik sampai acara habis membuatkan majlis itu sangat besh dan meriah... Buzday aku tahun depan nak buat cam tue gak. nak jemput yg teramat rapat jer.

Bilik small jer, cukup memuatkan kami yg semuanya berbadan supermodel. 3jam kami dalam bilik small. pastu mira ajak tukar bilik med.besar sikit... tapi kami x boleh stay lama sbb esoknya achu dan amal keja.Aku??? x keja ker? lalalalalalalalalal....... Epy buzday apex.. moga pjg umr dan murah rezki. paling penting bahgia selalu.


Banyak citer2 kuar 11.12.2008, antara yg menarik perhatian ialah cicakman 2. So aku seperti biasa citer2 mega gini aku nak tengok dulu.. So kami booklah citer nie kul 4.20ptg. Wahhhh 4.20 ptg??? maka korang taulah yg aku nie MC buat jarang2 kalinya.... Secara jujurnya cicakman 1 lebih kemas,lebih lawak,lebih penceritaannya. Tak dinafikan cicakman2 lebih CGI nya, tapi bila dah berlebih2 CGInya nampak tak berkualiti pun ada, nampak cam tengok cartoon atau cam main game. terlalu banyak game korang dapat saksikan. Walaupun cicakman1, kurang CGInya, tapi ianya nampak kemas dan real. Aksi2 dalam cicakman 2 terlalu plastik dimata kita. Memanglah kata yusri ikut bajet, tak boleh samakan ngan filem antarabangsa.. tp bila kenapa cicakman1 okey jer,nampak real aksi2nya... dan kagum melihat. Tapi cicakman2 sebaliknya. Tapi ada jugak part2 yg boleh dibanggakan dalam cicakman2, tapi ianya sedikit berbanging aksi2 game yg korang boleh tengok. Apa2 pun aku bagi 3.5BINTANG tuk cicakman2.

Cicakman2 kurang lawak,banyak aksi game,apex naper 2? bau muchuk erk?

Rrama punya ketawa mmg menghidupkan wakatnya, nahh penumbuk satu..dushhh.


Pas abis tgk wayang,kami bergerak pulang.. Jalan di kl sangat menyakitkan hati,jem nak mampos...... tapi berkat sabar dok dalam keta, kami sampai gak umah.... balik awal sbb nak tengok rona roni makaroni.(besh citer tue, lagu tema dia pun besh sgt)

*papy dah dapat lesen, so gunakan dengan bijak yer..jadi dewasa yg cute.

selamat hari raya aidiladha

sabtu: aku g club ngan apex dan maksu. seperti biasa memang besh .. tak pernah tak besh. hahaha. ari 2 maksu belanja aku minum lagik.(lagik??? cam pernah belanja jer sblom nie) pernah dulu2. hihi, thx maksu. shaf,apau,esh dan lain2 semua ada. kami menari ngan penuh bertenaga(begitu)
lembaga hitam yg perlu dihitamkan.(knp perlu jadi begini?) dunia2.

Ahad: aku teman fena g cari baju utk dinner celcom. fuhhh penat gak lah berjalan.(jumpa jugak semuanya) Maksu dan fena jer shopping, aku hanya melihat, kerna nak g shopping ngan apex nanti . sorry tiada pic sbb mood malas utk pose.Makasih.
isnin: raya haji aku g umah acu jer, sbb umah dia jer buat open housenya. Raya aidilfitri dulu dia tak buat, so raya haji nie dia buat. tapi kecik2 jer... untuk tetamu yg berdekatan katanya. Ada dayang,apex,fena,maksu,kwn maksu yg vouge,shaf(kisahnya paling menarik,tp tak leh citer,lalalal) dan kwn2 opis acu yg lain.achu masak,Laksa johor + rendang daging + nasi impit. sangat kenyang dan sedap semuanya.. achu mmg pandai memasak. Aku nak ucapkan 'Selamat hari raya haji' kat semua . Raya haji disambut sederhana kerna kesederhanaan itu dituntut.(yolahhh)

* 6 bulan bersama, terasa hubungan itu makin erat.

Kini di buka

Semalam merupakan pembukaan Jusco disetiawangsa. Sebagai ahli majlis tertinggi kat sana, aku harus buat perasmian dan sedikit liputan tentang apa yg ada kat situ. Dayang baik ko balik sekarang... boleh kita lepak jusco selalu.hahahahha. Semakin senang tuk habiskan duit, sbb jusco dah dekat(pulak)hehehe.

Berkonsepkan open air diluar, dan aircon didalam jusco sangat mersa alam. klu petang2 ala2 buhsan kan boleh melepak kat taman situ. tak yah jauh2 g klcc.(begitu)

Banyak jugak kedai tak buka lagik. awal januari baru beroperasi sepenuhnya. macam2 ada kat sini. karaoke box pun ada. tapi tak buka lagik. aku ngan apex semput jugaklah tawaf situ. kami kena jalan cepat, sbb malam nie ada show di muzik2. Aku nanyi lagu dindin, apex pula lagu ada untuk mu.(berangan itu seharusnya digalakkan)

Ruang legar yg besar, tak perlu berhimpit2 utk berjalan.

Paling menarik kat jusco adalah terlalu banyak kedai makan. Wahhhhh macam2 ada. Semua jenis ada. antara yg aku snap itu adalah separuhnya yg popular dimata kita. banyak sungguh tempat boleh dijadikan pot utk lepak. aku,apex dan acu g mkn kat Laksa shack. pas makan kami bergerak pulang. wahhhh 5min sampai umah ok.hahhaha.



MUZIK-MUZIK 23:
keputusan lagu2 yg layak ke AJL23:
1-faizal tahir:cuba(aku suka lagu nie jer,yes!!)
2-faizal tahir lagik: sampai syurga(aku suka jugak, tp tak perlu over sampai 2)
3-ayu???: hanya dimercu(aku mula pening kepala)
4-spider:bila nak saksi(terasa nak pitam seketika)
5-aizat: lagu kita( lagu ko je lah nonok)

melihat pada lagu2 yg dapat, maka korang tau aku tewas,apex kalah, bila lagu Dingin dan ada untukmu tak dapat masuk final. begitu jugak paktam pertaruhkan lagu Teman terulung- anuar zain.(jugak tewas) aku mula rasa nak marah teramat sangat bila lagu Bob - cinta terhalang jugak menangis tak dapat. ( tak ke lahanat!!) Dimana kekuatan AJL23 utk tahun nie? NAN ADO lah jawabnyer... Faizal tahir akan bolot semua.. baik segi vokal,lagu dan semua. Persembahan pulak? paling hambar rasanya... aizat paling tidak bawak gitar lagik kat pentas ajl. spider akan menanyi terpacak jer. Faizal tahir kat mungkin nak bawak kolam atas pentas tue. ayu? pasti berdiri terpacak tanpa ada aura atau pesona.(dress pasti buruk!!!) sory TV3 , wlpun nak naikkan ayu, bukan gini caranya.. makin meluat adalah.So tiada gimik atau persembahan yg memukau dapat lihat. Kecuali hanya mengalunkan lagu.

Tahniah aku kat ziana,bob,anuar dan dina... Wauuuu vokal korang memang hebat. jika korang dpat, baru terasa sengit AJL23 dari segi vokal terbaik, persembahan terbaik malah lagu terbaik. Musti pening kepala nak pilih. Walaupun tewas, korang semua memang tak menghampakan peminat korang. Terutama kak ziana ku. chantik bangat, dan aku puas hati dia nanyi semlm.punya peminat yg ramai kat sana(ziana paling dabom smlm...... mmg DIVA). so lagu2 yg tak dapat, tak ada apa yg perlu dimalukan, kerna korang memang buat terbaik smlm. Cuma sbgai pemerhati aku 200% tak puas hati ngan keputusan juri.

yasin??? pernah buat lagu balada yg malatop ker? johan nawawi? menang kat ajl berapa kali? tue pun menang etnik kreatif tahun lepas sbb tak ada lagu kuat. amran omar?? huh!!! so juri2 korang memang pandai memilih, sbb tue jadik juri tapi pilihan korang tue entah apa2. Nak kelainan konon. lain apa lagu bila nak saksi?? tak ke cam sama cam lagu relaku pujuk. Hanya dimercu? Gemilang lagik besh. sama jer maksudnya...Apa2 pun tahniah utk semua yg bertanding semalam, memang semua menyanyi ngan baik sekali. tahniah jugak kat pencipta lagu yg layak bertanding di pentas AJL23.tak nak tgk AJL23, hampehh jer..

so aku rasa faizal tahir akan menang bagik kategori balada. nak lagu Cuba menang. makasih.
Nak tggu pop rock pulak minggu depan..lagu lawak mana pula bakal dapat.
*AJL23 pasti buhsan tanpa nama2 gah dipersada.

Antoo Fighter

Semalam g tengok citer nie ngan apex. Ingat nak tgk Los DAN faun, tapi aku lebih tertarik ngan seram2 sikit(walaupun seram lawak) janji ada seram.hahahahhah. Pas abis keja aku terus g klcc , beli tiket dan masuk tengok.(mudah kan??) Bagik aku citer nie lawak ngan penggunaan bahasanya.Setiap ayat dialog dalam cerita nie penuh ngan kesengalannya. CGI? boleh dibanggakan, tapi masih terlalu jauh utk diletakkan terbaik. Cicak man paling terbaik setakat nie. Antoo2 yg ada memang cilok dr cerita2 antu yg pernah kita lihat. ada drakulat, ada hellboy versi kerempeng, ada kuntilanak, ada hantu gigi(dalam citer p.ramlee tue) hahahah.
part aku gelak tak berhenti2 ialah masa mereka dalam dewan(markas katanya). time tue memang lawak sampai terbatuk2 aku gelak. Sebab apa??? g la tengok.Yang penting ada suara latarbelakang, ala2 roda impian.(mau aku tak gelak) tapi tang situ jer aku gelak beria2. Time lain??? so2 jer aku gelak.(gelak sopan) Aku bagik 2.9BINTANG tuk cerita nie. Atlist cerita melayu skg dah pelbagai. Semakin banyak cerita dari pengarah yg baru.

*tak sabar nak tengok Cicakman2 dan Histeria..

Aduh saleha

Semalam aku g celeb buzday si leha nie. siapa leha nie?? dia adalah pekerja pompuan kat opis aku. Satu2nya wanita disitu.hahahahhaha. tp nama glamornya achik. Tapi aku dan zizi panggil dia leha. sbb nama sebenarnya soleha.(dia kata agak kampung pggil leha, so kami lagik pggil) lalalalal... bertempat kat KTVimbi kami g pas abis kojer. walaupun hujan tetap diredahi. thx utk laki leha kerna bersusah payah ambik aku(naik moto) thx sesangat.


meriahkan meja tue?macam2 terhidang...tapi semuanya air jer dan kek.hahahaha...

3 jam lebih aku dalam bilik tue, tak tahan ngan kemeriahanya, aku terus minta izin utk pulang, sbb lagik setengah jam jer majlis nak habis. aku terpaksa menapak ker izzi. apex ada disitu... Apa2 pun leha, 'selamat hari jadik yer' moga pjg umur + murah rezki.

*aku sakit perut yg melampau...sakit sangattttt...