Bali

15/5/2010 - 18/5/2010 aku,amal,pheez dan maksu telah berangkat ke BALI. Percutian ini dinamakan percutian 'Solo' kerna semua yg pergi x membawa pasangan.. Semua solo dan penting skali semua teman rapat ku. Tak ada yg lebih indah dan baik dari teman rapat sendiri. Aku amat teruja kerna ini percutian pertama ngan pheez. Nak tgk dia ni gila-gila ke tak, atau sekadar dipinggiran... (wink*)

Merupakan percutian 'Solo' pertama kalinya buat amal. Pertama kalinya amal bebas di negara orang. Pertama kalinya amal 'Solo' lama. Wa3, badi aku ke? Tak per yang penting HOT! yang penting skg LAKU! yang penting ADO! yang penting SEDAP! yang penting GAYA! yang penting BAHAGIA! kau ada?? hahahahhaha... So aku teruja utk melihat perkembangan amal disana.


Disitulah kami tinggal. Sesampai ke bali petang tue kami dah kuar jln2 ke pantai, bergambar, pose, selagik mampu!!! hahahahha.... petang itu dihabiskan dgn 'mencuci mata'. Disana aku tak byk pegang kamera sbb maksu rajin buat tembakan2 berhantu. So senanglah keja aku, POSE je. wink*Malam menjelma, tetiba kami dikejutkan dgn kedatangan Erry. WAHHH!!! dia datang sungguh la ke bali. kah3. Ingatkan memain je... Bertambah meriah suasana. Acara paling ditunggu pada malam itu ialah ...

Apa lagik klu bukan berhibur di negara orang. Kami g club disana yg dikatakan meriah di ujung minggu... sangat ok!!! wa3... kaki melangkah, mata yg memandang, adehhhhh terasa cam artis hollywood la. kah3, pengsan* Pada malam itu Amal menjadik perhatian dgn seluar merahnya yg membunuh itu. Maap byk ayat2 terpaksa disembunyikan kerna itu adalah permintaan amal. Apa yg bole aku katakan dia begitu PRIMADONA kat sana. Erry pula jgn cakaplah selagik terdaya, maksu selagi ada, pheez sehabis daya dan aku pula seperti biasa..... kah3.. (korang binilah ayat sendiri) Malam itu aku dan amal balik paling last, sampai tutuplah club tue, sbb aku disekat, amal melekat. Pheez dan maksu balik dulu, Erry pulak berangkut entah kemana! huk3, sib baik amal penyelamat negara... jika tidak aku pun hanyut di laut dalam.... Sib baik* Bak kata show girls kat sana aku dan amal buat drama...drama...drama..... utk lepaskan diri. wa3, apa2 pun show sana lebih malatop dari malaysia. Sory miming mereka begitu cemerlang*

Melihat kolam ini, teringat peristiwa maksu lemas. OMG!! serius itu adalah memori x mungkin aku lupakan kat bali sana, kerna maksu mmg mencetus suasana sunyi menjadik gelak tawa yg berpanjangan. Dialog 'wan tolong wan.... wan betul wan' itu adalah dialog paling berhantu kat situ. Kolam itu lokasinya, aku dan pheez saksinya.. Maksu comeiii*

Cerita pheez pulak, dia begitu sopan disana( maksud aku perangai, klu bab sexi dia paling ratu) Menjadik begitu baik, berlaku murni sgt.. jauh sekali dia dimalaysia yg berkonsepkan selagik boleh... tapi disana dia x boleh. Maybe malu atau byk sgt persaingan sihat berlaku. Larikk* Dia x begitu gila2 seperti kami, maybe dia tidak biasa pergi bercuti bersama kami yg tidak kenal erti penat lelah, selagik ada waktu kami akan enjoiii.. Apa yg aku tak bole lupa ttg pheez ialah miming2 dia disana, 2 video menjadik bukti* wink* Aku suka tgk itu!! hahahaha... mengalir air mata melihat aksinya. Dia menjadik ketua rumah, dia yg kejutkan kami banggun, dia yg suruh kami mandi.. klu dia x banggun, makanya krik..kirik...krikkk la kami kat sana. hahaha... Pheez nanti g jakarta, plz gila2 k.. jgn sopan sgt! Apa2 pun bercuti bersama dia berbaloi dan epy ;-)

Siapa ni? Sesungguhnya inilah Cawangan yg ditinggalkan kat bali. Jika aku dulu cawangan tinggal kat bandung, kali ini amal pulak. wawawawawa..... konsep di bandung dulu terimbas di bali. Serius apa yg berlaku di bandung, itulah yg terjadik kat bali. Sinetron ini melibatkan amal, klu melibatkan aku, mampos utk menjawab dan korang musti nantikan ceritanya.. Tapi bila ianya melibatkan insan lain aku malas comment sebab takut nati tersalah skrip, kena saman sia2. Apa2 pun kawan baru kami ini antara yg tercipta utk bersama group kami.

Aku tak ingat kami berjln kemana, tapi rasanya kebanyakkan tempat2 wajib kami g.. aku tak ingat semua nama, kerna pelik2 belaka nama2nya.. yg senang ingat ialah 'tanah lot'. Tapi mmg byk tempat kami pergi hari ahad itu,. Satu hari kami perjalan, dari pagi hingga ke malam la.. Boleh tercabot lutut kaki. wawawawa.. paling penting photo yg disnap meriah dan cantik. Thx maksu. Thx semua. Tempat yg cantik, kena pulak dgn org yg pandai pose, perghhhhhhh bertambah jeles korang tgk (ayat untuk dayang suhana...kah3*)

Maksu owh maksu..... inilah maksu yg mencetuskan byk gila dialog2 menarik kat sana... Dia satu2nya yg gunakan bahasa kl bila kat sana... slumber je berckp cam ada kat kl. kah3.. kdg2 terpinga2 org bali sana... First time bercuti bersama maksu ternyata, yes!! maksu mmg gila2 dan bole join kami lagik.. serius... itulah yg kami mau iaitu hepy dan x kenal erti penat! Maksu wan wish my bufday bln 10 nie, maksu bole join kami ke jakarta pulak! Kita ranap disana sehabis daya! luv u la....

Kisah jagung bakar nie paling menyakitkan hati... kah3.... mula2 1 jagung 5000, ambik 3 jadik 10 000, konon2 murah la bagik kami.... sekali berjalan kat depan 5 jagung 10 000. (sakitnya hati ku!!!!) hahahahahhah, serius kisah jagung nie sgt terbaik* kami hanya berpandangan sesama sendiri, pastu krik...krik...krikkk...

Kami berjalan, shopping dgn hati yg senang. Berjemur dan terbakar..sana sgt panas! kata org sana bali selalu hujan petang, tapi bila kami sampai x ujan yer!!!! panas setidak-tidaknya!! alhamdulilah, cuaca sgt berpihak pada kami.....

Terlalu banyak sgt ingin aku ceritakan, tapi rasanya ini saja yg boleh aku kongsi.. Apa yg penting kesimpulannya, percutian 'Solo' yg tercipta ini adalah yg terbaik dari percutian ku yg sebelom ini. Aku,amal,pheez,maksu dan erry begitu epy disana. Tak ada kejadian tercekik tulang, kejadian demam, kejadian yg bukan2 berlaku kat sana... Semua berjln lancar seperti dirancang. Terima kasih kpd maksu ,pheez,amal dan erry kerna menyempurnakan percutian mega yg dirancang ini. Harap kita bertemu lagik dipercutiaan akan datang. Bulan 10 ni ok!!!!! Buat pertama kalinya jugak aku bercuti tapi hati ku teringat kat malaysia... kerna cinta hati ku berada di situ... syg dia.

* Bali dalam kenangan, pic2 disana bolelah korang lihat dlm fb aku ye.

kaki wayang

Selepas balik pada bercuti (bali) aku masih cuti, sbb nak rehatkan badan di rumah. Konsep duduk umah klu diamalkan time cuti mmg merugikan, so aku plan nak tengok wayang. Atleast ianya santai dan x memenatkan. Aku dan amal cuba g TGV Wangsa Walk. First time, so nk try gak la ok ke, hauk ke, ado ke! Waktu beli tiket...wowwwww x ada orang (kah3, maybe sebab hari rabu) Bila masuk panggung pulak WOW!!!!! besar! tempat duduk sesangat selesa, cam GSC. Tak mcm TGV kat klcc, kaki aku berlipat klu tengok wayang situ. So memang bole pergi selalu dan nonton di sana. Patutlah Wangsa Walk sesak skg, nak parking pun payah.. huhuhuhuhu...


Aku dan amal tgk cerita A Night mare on elm street.... OMGirls, aku byk tutup mata dan mulut dari buka. kah3. Tutup mata sebab ngeri, tutup mulut sebab takut terkejut dan terjerit. Wawawawa.. sound dlm film nie mmg agak babi sikit. Byk jugak aksi2 terkejut dlm film nie.. Dari mula sampai sudah cerita nie x menghampakan aku.... Mmg ada jer petakanya! Perghhhh, klu ianya terjadi kat setiawangsa, aku la yg mati dulu sebab aku memang tak boleh tak TIDO! kah3... nak selamat kena berjaga.. so mmg tak der maknalah... Aku bagik 4.3 bintang tuk cerita nie. Harus di tonton sebab x rugik pun... Tp nak tunggu DVD jugak bole. Ikut kata hatilah ye.

* Cerita tentang bali akan muncul selepas ini.... tunggu mood dtg je, aku update.

Bercuti panjang....

ANTM14 selesai tepat pada masanya, makaanya itu ulasan terakhir aku sebelom aku bercuti. Segala aktiviti blog nie akan beroperasi seperti biasa selepas sekembalinya aku pada cuti kali nie. Mengharapkan percutian kali ini aku dapat tenangkan hati/perasaan dgn sebaik mungkin. Byk benda yg berlaku sejak kebelakangan ini... Harapnya inilah terapi paling mujarab utk kehidupan aku. Aku akan tenangkan diri sebaik mungkin, selepas itu aku akan buat keputusan utk segala yg bermain dikepala aku selama ini.... Tak sabar utk pergi bersama2 teman tersyg. Aku harap percutiaan ini antara yg terbaik pernah aku alami. Insyallah*

* Bulan madu aku di bali bertemankan BFF.. aku tinggalkan cinta aku yg tak pasti di Malaysia...

America Next Top Model cycle 14

Episode 10 :Ugly-Pretty woman

Tinggal 4 peserta, 2 ke final, 2 tersingkir.. Doa aku harap Raina ke final, yg lain lantak la siapa pun!! kahkahkahkah... Tapi pastinya Krista akan lepas ke final dgn bangganya selepas dia menang lagik cabaran tuk episode kali nie... Adeh* Photoshoot kali nie berkaitan Ugly tapi dalam masa yg sama kena Pretty woman. Susah kan? wink* Maybe ugly dari segi pose, cantik dari segi muka, mungkin pulak Ugly dari segi muka, Pretty dari segi pose! mana-mana boleh... jom saksikan yg terbaik dna yg tersingkir...

Krista - Sememangnya dah diduga terselamat dan akan beraksi di final. Pic diatas cantik, pokok itu ye* kah3... krista punya muka bagik aku boring... cam sama je.... pose maybe melatop. so dia layak ke final kerna dia adalah kesukaan tyra banks.

Raina - Yes! yes! yes! yes! Gembira tak terkata bila tyra sebut nama dia ke final. Perghhh, atleast berbaloi2 aku tgk sampai habis.... pilihan aku dan pheez nie berjaya menepis alex dan angelea. Sememangnya dia lebih layak, kerna dia lebih menonjol sebenrnaya berbanding 2 ekor lagik tue! Dia jugak bole mencabar krista, wlpun cam tahu je kelebihan berpihak pada krista. Tyra jugak maybe pilih raina sbb ramai fan ANTM meminati wanita itu...

Angelea - Kah3, buruk! tue je nak cakap!! apa benda entah... yg bukan2 dia pose. Wawawawa.. Layaklah tersingkir, malas comment sbb mmg tak minat pun.

Alexandra - Si gemok sombong nie pun tercampak akhirnya. YES! mmg party aku malam ni. Tue lah loya ngan raina yg baik hati tue, akhirnya bye-bye la ko... Sesuai tersingkir sbb bagi aku alex x ada apa yg menarik .


Episode 11 : final

Episode kali nie mmg cepat dan berjalan lancar. Semua video2 cycle 14 boleh disaksikan dlm Youtube. Bagus gak cepat, sebab aku dah malas nak tgk sebab cam dah tahu kesudahannya. Cover Girl kali nie terbukti Raina menguasai gelanggang!! Raina nampak muda/fresh/cantik..
Mari lihat photo mereka :

Krista - Nampak tua, tak mesra langsung!! apa kejadah entah!!! aku pun tak paham!

Raina - Fenomena!!! Klu aku pompuan, aku akan beli makeup kali nie. kah3... Raina nampak sgt sweet dan mmg tercampak ke gunung berapi si krista tue..

Runway show kali nie lain skit, lebih santai/hepy/cool/bebas.. luv it!! Mereka panggil 4 yg tersingkir sebelom nie utk join iaitu jess/alex/angelea dan alasia. Nicole winner cycle 13 jugak turut serta!

Raina lebih menyerlah/tinggi dan vouge!! pujik cam mana pun tyra tetap sudah ada pemenangnya!! Tapi mmg terbukti Raina terbaik...

Catwalk Raina x sehebat krista, tapi kawalan catwalk dia lebih baik dari krista. Dia nampak sgt supermodel yg berpengalaman di atas runway.... huhuhuhuhu..

Rangka ayam nie mmg super confident bila catwalk... Mmg cantiklah dia catwalk.. Tapi aku tetap x berminat tgk dia.. sory lah ye... bye.

America's Next Top Model is 'KRISTA'. Yeahhhhh tetiba hepy dan suka! kah3.. Memang dah agak dia akan menang! Tak perlah, walaupun lahir lagik teyona versi 2, Masa depan Raina sebaris dgn Anya/laura dan pemenang2 tempat ke2 yg lain... Tyra mmg suka menangkan yg x seberapa bgus utk jadik bagus. Sedangkan yg sememangnya bagus, senang2 dapat job. Itulah yg selalu terjadi dalam ANTM. Tak diragui lagik... Apa2 pun tahniah raina.

*Selesai sudah cycle kali nie punya ulasan... Aku tak minat lah cycle kali nie, penuh drama dan pilih kasih yg eeeiiiiii 'ketara'. So aku lebih gemar cycle lepas... Nicole chumel naib juara pun baik.. 'Laura'.

America Next Top Model cycle 14

Episode 9 : bayang-bayang

Episode kali nie JELAS menunjukkan tyra banks mmg #$%^. Cycle paling dibenci oleh aku lah cam nie.... kah3. Jelas jugak menunjukkan jika pemenangnya si rangka ayam hangus itu, dia akan menjadik pemenang paling dibenci oleh semua( tak percaya? g la cari comment ttg rangka ayam hangus itu di mana2, bersepah ok) . So aku tak kesahlah, aku bukan satu2nya yg benci krista. thx! Kali nie photoshoot berkaitan ngan bayang2.. Konsep chantik... Tyra banks adalah photographer tuk episode kali nie.... jom saksikan hasilnya...

Krista - 3 kali dipanggil dulu oleh tyra. Hurmmm.... tyra mmg suka di rangka ayam hangus nie.. Aku pun pelik, x perasan ke buruk sgt pompuan nie.. warna kulit dia aku sukalah chantik.. tapi perangai dan personality krista meloyakan... klu dia menang, mmg dia adalah pemenang paling dibenci oleh aku.. Sorry, akan menjadi cycle paling buruk dlm sejarah pembikinan!!! Aku rasa dia akan ke final, wlpun siang malam berdoa agar ianya tak terjadik..

Alexandra - Sekor lagik makluk x sedar diri dalam ANTM14, time mula2 dulu bukan main baik, skg yg ado!! Dah geng ngan krista, so perangai pun hangus* la.. Serius buruk perangai jugak si alex ni.. Tak sedar ke ko tue gemok dan klu menang pun, JENUH nak berjuang dlm dunia supermodel. Tengok apa jadik pada whitney? Entah2 dah kahwen anak 6. Hanya tocarra je paling berjaya dalam pembikinan.. dan dia jugak disenangi dan baik... klu jahat mmg tak kemanalah. Walau apa pun, aku x nak lihat dia di runway (dh la catwalk buruk!!)

Angelea - Sepatutnya dia yg tersingkir.. Itulah yg dibahas oleh semua pemerhati... akan tetapi dah kata rancangan tyra banks, maka menjawablah... Bayang-bayang hanya sejemput, boleh kata pic nie kebabommm!! babi je... Aku tak nampak sesuatu yg menarik kat pic nie, kecuali nampak seorg manusia cam terkepit atau tgh tahan nak berak tapi malu2.. owh!! entahlah... Paling penting dia dah x sebulu ngan krista.. dulu kawan ciom mulut.. merasalah... skg krista dah ada kawan baru, dia meroyan lah.. tuelh perangai buruk, kejap je dpt balasan...


BOTTOM 2:

Raina - Inilah akan terjadik jika tyra tak seberapa nak berkenan! walaupun melatop, tetap ada je point tuk tendang!!! Pilihan aku dan pheez meneruskan perjuangan walaupun selalu di anak tirikan.. Bagik aku pic ni superb.. bayang-bayang jugak Cool. entahlah.. aku harap sgt dia ke final, tue je lah seri dan kenapa aku perlu lihat ANTM14 sampai habis.

Jessica - Kesian kawan baik aku ni.. Hurmmm.. bagi aku pic nie sgt cantik... jess nampak vouge sgt! bayang-bayang jugak cantik je.. Tapi seperti biasa tersingkir sebab jess nie nampak biasa-biasa.. waklu* Pilihan pertama joey terpaksa ucap bye-bye....

* Minggu depan 2 org akan tersingkir, dan 2 org ke final... aku harap yg tersingkir itu biarlah Alex/Angelea, final Krista/Raina.. pemenangnya biarlh Raina. walaupun x kuasa nak melihat krista di final... Aku x nak lihat krista/alex/angelea di final.. tapi apa kan daya terpaksa jugak kan.. so itulah pilihan terpaksa aku. Cuma ikhlas pada raina je.

Semalam kul 4.30 ptg, aku,pheez dan papa g pv utk tengok citer Iron man 2. Sekali tiket wayang kul 9.30 (adehhhh , aku mmg lemah tgk wayang mlm2) tetambah ahad nie ada AIM dan mentor 4. huk3, melepas!! tapi demi Iron man, maka pengorbanan itu harapnya berbaloi... Tiket dibeli, kami pulang dulu ke umah dari dok mencapap kat PV tanpa berbuat apa2. 8.30 kami gerak ke PV. WoW! jln jem!! mula2 dah feelin g x sempat, tapi demi iron man, kami cari jalan yg x jem... (semuanya DEMI* ni). Kami selamat sampai sebelom muvi start. Yes!! makanya sgt teruja utk melihat setelah pelbagai halangan/dugaan/pengorbanan dilakukan. Sebelom masuk panggung sempat snap pic disebelah, aku suka sbb muka aku nampak kecik pulak.


Cerita bermula.. Wahhh persiapan penjahat itu sungguh menakutkan.. kegigihan nya boleh tahan. WoW musti hebat nie!!!! Bersiap sedialah wahai Iron man. Akan tetapi bila bertarung, yg ado... kegagahan Iron man mmg tak dpt dinafikan lagik.... Lagik pun perlawanan ala2 pra tonton gitu.. so selayaknya iron man menang mudah... Aku terima lagik... Pastu cerita nie melalut2... membebel2... x ada pengisian yg berfaedah selainkan memenatkan otak utk tgk ayat2 sains yg x paham. So diikutkan saja diiringi menguap yg panjang.... apakah babi yg tercipta ini?? (aku mula memaki hamun dalam diri) Sabar punya sabar... ada jugaklah yg buat aku tergelak, tue pun sbb suara pheez gelak kuat!! maka Demi* utk menyokong kwn2 yg tgh gelak, aku pun gelak lahhhh... kah...(sekali je).. Pastu penjahat itu bertekad utk persiapkan diri menjadik lebih kuat, setalah mendapat sedikit nasihat oleh iron man.... Wow!! musti hebat ni!! gigihlah.......tunggu pertarungan itu... Hurmmm bila aksi pertarungan itu berlangsung, yes mmg best dan terasa iron man musti akan cedera parah... AKAN TETAPI....... iron man menjadi HERO cerita hindi yer... terlalu gagah walaupun diserang!!! adehhh* boring!!!! pastu penjahat yg nak musnahkan iron man tue, tumbang dgn lawannya hanya x sampai 30saat. WoW!!! kejadah apakah ini??? makanya aku sifatkan cerita Iron man 2 terlalu gagah tuk ditewaskan, sampai aksinya begitu boring! makanya aku x nak bagi bintang tuk cerita nie.. aku bagi langit je tanpa bintang* Kerna pengorbanan aku sia-sia belaka... ingatkan cinta je sia2, rupanya muvi pun ada yg sia-sia. Eheh, pakej sgt!!

*Bercerita bab cinta, aku rasa dia begitu bermakna bagik aku.. terlalu payah utk aku menolak cinta dia... kerna dia tercipta utk ku... Aku hanya perlu sabar mengharunginya.. jika tahap sabar itu sudah tiada maka berpuas hati sajalah dgn masa yg aku telah perolehi bersama nya... jgn diragui cinta hati ku, kerna ianya tak setanding dgn apa yg kamu beri..