kaki wayang


Rabu yg lepas aku dan amal g tengok cerita nie kat Wangsa Walk. Menghiburkan ceritanya... cuma pelik tang bahasanya je.. English British itu, cam pelik sikit didengar.. kah3... cam kita tengok citer melayu guna bahasa kelantan, kan buruk bunyiknya... larikkkkk dari amal* kah3. Cerita nie sebenarnya biasa jer, sama cam citer2 dance yg lain... kwn baik belot masuk geng sana, kekasih hati belot, cam tue je.. sama. Apa yg lain ialah lagu2nya... huk3, sgt meghiburkan, dan mesra telinga.... lagu-lagu dia best ok!!!! Aku menari2 dlm tue... Akan ku cari lagu2 itu. Kesudahannya jugak sedikit mengejut ye... begitu sajor habisnya... Apa2 pun cerita nie boleh lah di tonton kerna ianya menghiburkan dan menyihatkan mata. Aku bagi 3.5bintang tuk cerita ni.


Khamis aku mc, sebab demam. Sebab paling utama aku mc ialah......(korang isilh sendiri) biarlah rahsia antara aku dan dia.... Akan tetapi mc itu ternyata sia2 dipermulaannya.. tapi kesudahannya berbaloi jugak, sbb aku dh sihat sikit today setelah satu hari merehatkan diri kat umah. Sebelah petang aku g WWalk seperti biasa bersama amal..... selepas gym, kami g tengok cerita Predators nie. Konsep cerita kali nie agak merepek lah ye... x ada motip x ada faedah. Mereka bukan berada dibumi, tapi berada di suatu tempat lain dan diturunkan menggunakan payung terjun oleh pihak2 tertentu utk berjuang dan mati bertemu makluk muka x elok tue. wa3. Cerita dia boleh layan arhhhh.. menghiburkan.. Jgn difikir bab logik sbb citer nie terang laagik bersuluh x logik kan... wawawawa... pikir bab fantasi yg ingin disampaikan, anda akan layan sampai habis... Kesudahan cerita nie mmg memenatkan. Klu aku la, pasti aku dah tembak diri mati dari awal lagik... kan senang!! sbb ternyata penat berjuang itu sia2 je... kah3... korang tengoklh yer sendiri... aku bagik 3.2 bintang tuk cerita ni.

*menggunakan masa yg ada utk tengok wayang..... tak sabarnya nak bercuti minggu depan... kemana kah destinasi itu?? RAHSIAAAAA.. dayang pasti x senang duduk!!! kah3.

kaki wayang

Semalam aku dan amal sempat menjenguk pawagam di PV untuk melihat film2 yg terlalu banyak yg keluar dan tak terlihat (bz sgt kehidupan kami). Dalam byk2 film cam menarik tuk tengok film Mantra. Seperti biasa LCW mmg gemar tuk melihat film2 hantu berbanding cerita2 LOVE. Nak tgk Twilight, tapi ramai kata x best, so ambik keputusan utk tgk film org tak tgk lgik, supaya bole aku ulas.

Permulaan cerita nie, Wow boleh tahan, ngeriiii.... Demi isteri tercinta, si suami sanggup lakukan apa saja, walaupun apa yg dibuatnya sesat dan boleh membawa kepada padah pd diri sendiri. Disebabkan diperalatkan, si suami dipenjarakan seumur hidup.

Penjara pudu mmg menakutkan! Gerun sebenarnya penjara pudu nie, bangunannya yg lusuh, berhantu, membuatkaan bila babak dipenjara terasa mistiknya. Si suami menuntut bela dipenjara dgn kaedah Mantra setelah menjumpai Embah. Embah mengamalkan ilmu hitam dan turunkan ilmunya kpd si suami ni. 10 tahun dia menuntut dlm tue. Cerita nie berkisarkan balas dendam yg sia-sia.... tak byk logik berbanding kelam kabut. Tue dia LCW dh keluarkan negatif2 dlm film nie. Cerita yg ingin disampaikan bagik aku byk tergantung.. Sampai skg aku tertanya2 mana pergi kepala mak perempuan tue,,, aku ckp kat amal, hantu mkn kot! Babak pompuan mandi, tetiba menjerit, tp terus tunjuk babak lain.. kena potong ke?? Entah bagik aku byk yg x kemas. Hantu2 dia very the hantu lumpur/hantu pokok/hantu akar... tak takut!!!

Lakonan si suami (Zul handy black) sgt bagus.. dia mmg sesuai bawak watak2 cam nie. Aku suka!! Dia sanggup berbogel dlm film nie, yg penting x kena potong, so nampak lah bahagian belakang itu, so 'jgnlah pandang'. kah3. Sepanjang film nie, kita akan sentiasa mendengar si zul nie dok mantra, sampai bole hafallah.. tapi x nak hafal, kang dtg pulak hantu lumpur , hantu lumut segala.. malas nak layan. wawawawa.. Part lawan, keluar letup2 murahan.. ermmmm biasa lol. menarik part puting beliung.. HEBAT KO MARIA!! kah3.

Part nie lah maksud aku x ada pun.... tup..tup dengar pompuan jerit tanpa tentu hala... pastu dah sambung babak lain . Itu buatkan aku tertanya2 apa dh jadik kat pompuan tue.. mati ke? hmmmmm... nak kata aku tutup mata, x kot... so tak mungkin aku terlepas pandang babak nie. Tapi mmg x ada ye... Si ani menjadik rebutan, dah 10tahun berlalu ani tetap cantik, anak dah besar, mak ani still cam biasa. Cool giler. kah3, semua amalkan botox. Disebabkan terlalu banyak cartoon yg tercipta, aku bagik 2bintang tuk cerita nie. Aku hanya suka part kat penjara je... mmg meremang, part2 laain bagik aku biasa.

*Byk preview film2 melayu akan keluar sempat aku tgk sebelom cerita mantra start, dan semuanya bagik aku cam murahan dan merepek... entahlah... yg menarik pun MAGIKA je. Tak sabar nak tgk film tu.

kaki wayang

Semalam setelah sekian lama tak tengok wayang kat TGV KLCC, aku dan dia pi tengok wayang kat situ. Siapa si dia? korang isi lah sendiri... wawawawa(dayang pasti teka salah) kah3. Tak salah tuk mencari kenalan baru menjadik sahabat. Berbalik pada cerita nie, permulaannya WOW!!! seram!! terbangun2 jugak lah sikit, cewah*... Selepas start 10 minit, aku masih merasai debaran itu.... akan tetapi bila berterusan utk fahami cerita nie, ternyata tak mudah disangka..... sampai habis lah, aku dan dia berpandangan sambil cakap, 'u paham tak?' dia geleng2 kepala... kah3.... Wow, first time aku tgk wayang, keluar panggung aku masih krik..krikk..krik..... Sangat tak mudah paham!!! terlalu karam di laut dalam yer pengisiannya.. Kisah tentang 'karma' dimana diceritakan dengan sulit sekali.... berbelok2... Korang percaya tak pada karma? Aku percaya, cuma kepercayaan kita tak sama seperti kepercayaan org2 thai. Wink* Kepercayaan mereka melibatkan mistik/hantu yg wow, tak naklah berlaku... Apa2 pun selepas cerita nie habis, difikirkan balik, bercerita sama si dia, aku baru faham dimanakan kewujudan karma 'Mak lelaki tue'. (korang kena tgk baru mengerti apa aku cakap) Sesungguhnya karma itu pasti terjadik, dalam hidup ku sendiri kot, ianya berlaku.. Tapi tidak seperti yg digambar dlm film nie lah...


Para pelakon pulak, seperti biasa x pernah menghampakan aku, si hero tampan, si gadis Vouge! hehehe.. mereka mmg byk pelakon2 yg elok-elok dan siap!! hahaha... Tapi pertama kalinya aku kecewa dgn film seram thai yg x best! huhu, kanak2 klu tgk cerita nie mmg hanya paham takut la, tak paham jalan ceritanya, kepada dewasa pulak, kerna fikir2 la.... ianya tak mudah. Percaya aku, so x payahlah stress2 kan otak tuk lihaat film nie. Tp aku faham jugak jln cerita film nie selepas menilai balik berkali2. Aku bagik 1.5bintang tuk cerita nie... Oklh tue janji dpt gak bintang. hahaha. Selepas abis muvi kami g makan2 kat madam kwan dan shopping (jln2 je). Pastu pulang dgn chumelnya.

*Byk lagik film akan aku terjah.... byk film bakal keluar, seronoknya...

Mentor 4

Semalam berlangsung Mentor 4 final yg menyaksikan saingan antara Mohd mentornya Ziana Zain, Adi mentornya Dayang dan nani mentornya Azmeer. Berlangsung dgn penuh meriah dan mendebarkan... Yelh, rancangan tak start lagi si pheez dah tahu siapa pemenangnya.... katanya politik tv3 akan memenangkan nani mentor pada azmeer. (eheh biadap!!!!) Dia ckp jgn undi, akan merugikan ( nada bersungguh2 ni!!) Tapi semangat sukakan mohd/ZZ aku tetap undi dan abaikan khabar2 angin itu... sbb pheez x punya kuasa perisik yg hebat seperti ku. wawawa.. Pada malam itu persembahan si nani bagi aku menghampakan.. note-note rendah langsung x dengar dan suaranya cam sakit bukan serak ok!!! so tak mungkin bagik aku diangkat sebagai juara. Adi pulak tak persiakan peluang yg ada.. dia buat yg terbaik pada malam itu. Manakala mohd terus bertenaga memperlihatkan kemampuan vokalnya dgn baik sekali... Dan ternyata kemenangan berpihak pada Mohd/ZZ. Kemenangan bergaya bagik aku kerna unggul dgn markah 71, meninggalkan adi dan nani.


Kemenangan Mohd dikatakan kerna pengaruh/peminat Ziana Zain. Diva yg dikenali ramai itu mempunyai kelompok peminat yg ramai berbanding dayang dan azmeer. Aku harus setuju dgn fakta itu. Tapi bila org cakap popularity mentor akan menjadik punca kemenangan protogenya, mengapa sebelom ini Siti Nurhaliza tewas?? tak cukup popularkan dia berbanding Ziana? Rasanya time tue Siti Nurhaliza masih menggengam gelaran artis paling popular malaysia... popular sgtkah Mas idayu bila black diangkat sebagai pemenang? So bagik aku kemenangan Mohd adalah sebab kebolehan dia menyanyi nada2 tinggi/konsisten/ bersungguh2 dan bukan sekadar menumpang popularity mentornya... begitu jugak dgn kemenangan2 protoge yg lain sebelom ini, disebabkan kemampuan dan aura mereka sendiri. Tapi mentor 4 memperlihatkan kehebatan Mentor itu sendiri dalam dunia seni malaysia, ternyata ZZ adalah mentor paling popular pernah diangkat sebagai pemenang berbanding Zainal abidin,Amy dan mas idayu.

Mentor jugak diadili dgn juri-juri pro... 50% markah dari mereka... 20% juri awam dan hanya 30% saja undi sms.. So melihat pada pecahan itu, mampukah undi 30% mengangkat mohd sebagai pemenang?? huhuhu, tak mungkin kan? Ini menunjukkan mohd jugak menambat hati juri pro, yg menilai protoge yg nanyi, bukan mentor yg mendidik. Kemenangan mohd/ZZ membolehkan mereka bwk pulang rm100 ribu. Tahniah LCW ucapkan kepada mereka berdua. Tak sia-sia menyokong selama nie dan menonton sampai lewat malam semalam.

*Ziana Zain ternyata mempunyai peminat yg ramai, auranya x pernah pudar malah makin meluap2 ... kemunculannya selalu dinantikan dan kini dia melakar lagik satu kejayaan.

kaki wayang

Semalam selepas habis gym, A&W pergi menonton wayang.... walaupun cerita tue dah lama keluar, aku ngan amal x sempat nak tgk, smlm berkesempatan... penting skali mmg dapat tempat duduk atas... tak sangka walaupun dah lama tanyangan nya, panggung still penuh! Hebat sgt ke cerita ni???// Aku teruja untuk menyaksikannya... Ermmmm permulaannya slow, biasalah bercerita dulu, asal usul kejadian... pertengahannya pun still slow, kejadah apakah ini? kesudahannya habis begitu saja... Hebat kat 'POSE ULAR' tue je! wawawawa.. bagik aku cerita nie sgt biasa.... jln cerita yg lembab membuatkan cerita nie x sesuai di tonton malam2, bole membawa kepada menguap seratus kali... and buat pertama kalinya jugak, aku g toilet masa menonton... ala2 cam x rugi terlepas babak 'bercakap' itu... masuk2 panggung, still bercakap... mmg penuh skrip cerita nie. Akan tetapi semua frends aku dah g tengok, so membebel byk2 pun x guna.. Ada best jugk, but ku harapkan yg lebih... babak bertarung bagik aku cam cepat sgt... ingatkan hebat sgt, sbb kwn2 ckp hebat siap jerit2, terbangun2 time lawan.... bila aku tengok.... Krikkk...krikkk....krikkkkk.... kat mana?? krikkkkrikkkk..krikkkk... ini ke? krikkk..krik...krik.... buta kot! hahahahhaha... Sesuai ditonton oleh kanak2 rianglah cerita nie... pasti mereka suka, bagik aku yg mempunyai kelebihan yg melampau, akan menyifatkan cerita ini biasa-biasa je.


Tak logik pun banyak (kata amal) dan aku setuju... nak belajar kung-fu dgn cepat g berguru dgn En.hAN (jackie chan).. Tapi bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih boleh digunakan.. ATAUPUN dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Gitulah!!!! Aku memberi 2.5bintang tuk cerita nie... wink.

*Today genap 3bulan kami berkawan, dia datang meraikannya... Cerita burung cinta terpaksa ditangguhkan kerna penjahat itu seolah2 buta dan bisu. kah3. Apa2 pun masih berjalan cerita burung cinta ini menuju ke .........( isi sendiri)