Kaki Wayang

Semalam aku g tengok citer nie kat PV bersama abeeb! Lama x tengok wayang kat PV. Smlm seronok sgt, g tengok wayang, makan2 n shopping tuk percutian bali yg akan berlangsung pd minggu depan! Sekejap je rasa masa itu berputar! Semua pakaian baru, luar dalam sudah terbeli.. now tunggu nak g bercuti n POSE je.. WeeEee.. Berbalik pada movie kali nie, dpt kita lihat jacob keluar dr watak serigalanya. hahahha.. Kali nie dia membawa watak Nathan( nama yg cukup popular, semua film nk guna nama nie tuk watak HERO!!!) Aku seronok diawal permulaan film ini... terbuai dgn jln ceritanya yg baru ingin bermula. Persoalan pertama timbul bila wajah sendiri muncul dlm senari budak2 yg hilang! Disitu aku amat tertarik utk tahu apa yg berlaku...! Selepas satu demi satu mati (gitulah, berkorban apo sajo) aku cam mula rasa cam HMmm.. Apo kes? kau anak raja? penjahat? anak patong? anak ikan? hahahha..org jahat kejar kau, org baik kejar kau... semuanya demi??? Korang kena tgk sendiri Al-kisah itu ye... Aksi x byk mana pun.. lite2 je... apa yg best ttg film nie ialah buatkan kita berfikir n nak tahu apa yg bakal berlaku.. aku mmg suka berfikir n layan! Tapi tak guna berfikir n layan andai kesudahannya cam haram J*. So aku bagik 3. 5bintang tuk film ni. Beli DVD pun bagos, bole tgk berulang kali... mana lah tau korang tak faham kan.... so x rugik! ha3..

* kau kejar aku larik, aku sembunyi kau ketahui.. kau kejar lagik.... aku larik lagikkk.. teknologi kau mmg hebat!!! hahahhah.. itulah story cerita nie... Nathan, ko sesuai jadi Jacob je.. Serkian's.

ANTM17

Episode 3 : stilts

Aku x berkenan konsep 6 selamat, 6 bakal tersingkir (pd permulaannya). Konsep itu tidak adil!!!!! Kepada yg selamat, mmg pose selamat jer... sementara 6 lagik, bertungkus lumus tuk hasilkan yg terbaek. Hmmmm... Hasilnya?? WOWWW!!!!! Aku suka lah (pulakkk!!!?) ha3, knp aku berkata itu? kerna hasil yg tercipta mmg luar biasa... dan yg tersingkir mmg buruk pun pic dia.. so bagik aku ianya adil dan aku suka ko tersingkir... bye! Jom saksikan aksi mereka secara berpasangan. Model yg terselamat Vs bakal tersingkir... Jom tgk siapa yg menyerlah..

Lisa & Bianca - Lihat kehebatan lisa, sentiasa menggunakan kakinya sebagai senjata tuk berjaya! hahaha... Lisa yg memyebabkan group 1 kalah!! ko terlompat2 sgt!! Ko tau tak, yg ko telah menggugat 2 pilihan utama aku dlm group kau! Cisss... manakala biaca tetap hebat wlpun drama gayat kau x habes2.. x kuasa aku layan..

Dominique & Kayla - Fuhhh terselamat domi. Aku x bole x suka dia... Ha3, wajah dia tue aku teramat sgt taste( calon juara 3)!!! Manakala aku semakin hairan kenapa Kayla semakin tenggelam?? hmmmm.. kok ye pun ko berkonsepkan FREE, jgn lah pose kau sampai tiada jiwa tiada apo2. Sumpah dlm pic diatas kayla seperti menempel je.. klu crop pun org x perasan.. ha3. Tp aku x boleh utk membenci dia, aku harap dia kembali ( calon juara 4).

Laura & Bre - Melihat aksi nie, x payah ckp banyak mmg laura terbukti hebat! Siapa nak heran yg dia nie antara yg terpendek dlm cycle All-Star . Siapa peduli gaya diatas x menampakkan ketinggiannya. Siapa? siapa? Dia menunjukkan pose HIGH-Fesyen dlm pic diatas! Aku kagum dan semakin taste ngan dia( calon juara 1).. Manakala bre? hmmmm OK je. Next..


Alexandria & Shannon - Seperti aku ckp model yg duduk dlm group bakal disingkirkan mmg menyerlah! Alex mmg over pose kau! Kau berjaya buktikan yg shannon tidak hebat! hahahha.. Aku suka pose alex ni. Manakala Shannon???? mmg biasa2 jer, klu crop pun ok....


Allison & Angelea - Photo terbaik minggu ini milik Allison! Dia duduk dlm group yg x boleh disingkirkan, dan tgk dlm group tue.. aku dh tau yg dia mampo menendang semuanya, kerna model2 saingan dia ada dlm group satu lagik! So tahniah Allison, aku suka kau (calon juara 2)! Angelea duduk bottom 2, tapi dia terselamat kerna dia berhak selamat. cuma perangai kau tue, jgn nk feeling hebat sgt! kan dah makan diri... tau pun ko rasa tertendang bila bergandingan dgn Allison!! wawawa...

Camille & Isis - Ternyata teramat kena menggandingkan mereka berdua ini dlm satu photo! Buruk kan? hahhaha.. sesuaiii... ternyata aksi camille antara yg terburuk dlm group yg terselamat. Manakala, Isis? mmg buruk tuk keseluruhan aksi... klu x ada group pun, ko mmg tersingkir!!! Sib baik ko duduk dlm group yg bakal disingkirkan, so mmg tersingkirlah kau! Setakat nie model2 yg dianggap biasa sudah pun tersingkir.. Minggu lepas Shenna.. minggu ni isis pulak! Minggu depan?? Tunggu.....

*Now korang dh tau siapa pilihan2 aku... Laura/Allison/Domi/Kayla adalah calon juara pilihan LCW . Aku suka alex/lisa/bre jugak! All-Star semua nak suka.. tapi cukup aku pilih 4 yg paling aku taste! Aku seronok sbb model2 aku TAK taste semuanya tersingkir satu demi satu.. tinggal 2,3 yg tak taste tue je lagik. hahha.. tak sabar nk tgk minggu dpn plak!

ANTM17

Episode 2 : The 13 remaining all-stars created their own hot dog recipes around their personal "brands," and posed for Pink's Hot Dogs in Hollywood. Mohhh melihat siapa punya hot dog yg paling sedap!! hahaha...

Lisa (Daring) - Terkejut gak pic nie yg terpilih sebagai yg terbaik... Ada ke org nk g beli Hot dog kat situ klu pic lisa nie dipamirkan? hahah.. cam gila je! Konsep mkn n teros gila.. ha3! Pape pun aku suka potongan rambut lisa!!!!!

Bianca (Candid) - Wlaupun perangai dia buruk's tapi picture dia chantek! Aku suka pic nie! Sweet je, rasa cam nak g beli hot dog itu sekarang jua. Potongan rambut bianca juga cantek! Tp aku x suka perangai dia... suka nak cari pasal x tentu hala.. klu cam nie sikap, konsepnya mmg x akan menang! THX!!

Alexandria (Tough) - OMG, aku terpaksa kata, potongan rambut alex paling berjaya!! Sumpah ianya nampak lebih bermakna dr sebelomnya. Ha3.. Cuma konsep time makeover tue, perangai alex mmg over! hahahahha... baru nak taste.. so x jadi taste lagik! Bagik aku pic nie yg terbaik dr semua... ianya nampak bersahaja n cool!

Laura (Lovable)- Semua yg potong rambut semua chantek! Laura x terkecuali... Comel n fresh!! Aku semakin suka dia... pernah ke aku benci sblom ni? ha3! Dia sgt menyerlah dlm cycle kali nie.. Adakah aku akan kekalkan dia sebagai pilihan pertama?? Tunggu....

Allison (unique) - Atau aku gantikan dgn allison sebagai pilihan pertama? jeng3.... Aku nk korang teros berteka teki kerna andai korang x rabun, korang dah tau yg mana pilihan aku. Aku sebenarnya lebih taste nak tgk rambut Allison di hitamkan.. sumpah ianya lebih timbul kot! tp makeover yg nie x menghampakan aku... Go -go...

Dominique (Survivor) - WoW!!!! menyerlahhh... love..love..love... tak perlu kata apa2, aku senyum je tgk pic nie.. nape? sbb dia semakin wanita setiap hari.. hahha.. suka tgk bentuk badan dominique! Vouge!!

Angelea (persistent) - Freshhh!!!! Kelainan teramat sangat! Aku suka tgk makeover dia jugak! Kan dah aku katakan yg potong rambut semua ok!! x der yg buruk... Dia nampak lebih supermodel n ada nilai..

Shannon (Trustworthy)- Aku x pasti kat mana makeovernya! Sama n biasa n boring n x der apo2! Aku x taste lah kat shannon nie.. bagik aku kosong je.. dia nie x masuk dlm cycle kali nie pun x per... (kata akulah, klu kata kau, aku x tahu le apo). So entahlah... mungkin lambat kot nak jatuh chentak ngan dia...

Bre (Girlfriend) - Cian dia, nanges2 sbb rambut dia paling pendek kena potong! Sumpah mula2 aku sendiri pun tgk cam buruk, tapi bila kena set chantek2, baru nampak ok(Vouge!)! Tp jenuhlah 24jam nak kena set kan? So Al-qaedahnya mmg buruk itu akan sentiasa kita nampak kecuali time nak photoshoot! hahahha.. Aku harap dia teros tabah n harungi jua, wlponn*

Isis (Inspirational) - Eeeuuuewwww!!! Aku x tau dia nie pose apo! Pose konek? sunggoh x sopan n buruk pic nie! Bagik aku x der nilai2 model langsung dlm pic nie.. Sepatotnya pic nie bole singkirkan isis.. Tp seperti aku ckp dlm episode yg lepas, cycle nie bukan sekadar perlu pic yg chantek je... persona itu lebih penting! So dia terselamatlah.. Makeover tuk dia pun bagik aku biasa2 je.

Camille (proud) - Nie sorang lagik, makeover dia cam nothing! Boring n Entah! Pose 'Alamak terlebih sudah stacy' lebih elok! Tengok dia secara live mmg superb! Tp dlm photo, setakat nie aku x taste lagik! Sorry!

Kayla (free) - Dia duduk bottom 2!!! Melihat dia dok situ, aku dah tau siapa tersingkir! hahha, tak mungkin kayla yg punya persona sgt besar dlm cycle kali nie! Free yg ingin disampaikan mmg tak sampai dlm pose kayla nie.. dia sepertinya lost! Klu dia dpt tema itu, mungkin pic nie yg terbaek. Tp aku percaya pada bakat dia.. dia mampu sampai top 5!

Sheena Sakai (Unexpected) - Saja letak nama penoh, sbb aku suka perkataai 'sakai' itu. Kena dgn dia! hahhaha... Klu korang tgk cycle kali nie, Sheena yg paling bergaya klu nak kemana2.. dr kepala sampai kaki, musti vass n vouge! Tp klu gaya je lebih, bakat sendu.. makanya tersingkir lah engko! Melihat pose sheena diatas, kat mana supermodel dia? Cuba habaq mai.. Aku hanya tertarik kat dress tue je!!thx~

*Aikkk, nape aku x umumkan 3 pilihan tuk kali nie?? kata nak umum selepas makeover! Hmmm, saja nak drama2. Sebenarnya aku mmg jenis yg setia n x pandai berpura! Aku cuba try tuk meminati yg laen, tapi........ (itulah pembayangnya tuk pilihan lcw, hanya yg ikuti akan teros tahu siapa pilihan lcw)

Kisah Aidilfitri & 3M OpenHouse2011

Tahun 2011 aku x raya Penang! Tahun nie aku beraya di Melaka bersama keluarga aku. Kali nie lengkap sekeluarga. Semua ada, kecuali yg telah pergi.. Last raya melaka pun arwah nenek aku masih ada.. Nie tahun ke3 aku kehilangannya. Seperti biasa malam raya adalah waktu paling seronok klu balik kampung! hehehhe.. tetambah melaka, perghhh x terasa beb , tub2 sampai je.. Tue pun jenuh aku mengucap, sbb abg ipar aku punya Drif perghhhh!!!!! cam lagik sejam nk sembahyang raya! hahahaha... Tahun nie ada kelainan sbb kami beraya di rumah baru ayah! Akhirnya ada rumah sendiri.... So segala tindakan dan perbuatan ikut suka hati je... tak yah nak bersopan sgt! Pagi raya, cam biasa g sembahyang raya! Seronok melihat keluarga yg sedondon g masjid! Meriahhh n warna warni... Balik sembahyang raya kami sekeluarga mula menjamu selera nasi hujan panas( ayah order KHAS ye) Meriahh juadah kali nie... I like!! Pas kenyang mkn, sesi yg di tunggu2 iaitu POSE! Keluarga aku mmg suka POSE! Baik yg kecik mahupun yg tua... so kemeriahhan itu makin membara dan rancak!! Tup3.. ada sorang tuk sentap's!!!!! katanya aku x nak snap pic dia sbb baju dia buruk! Adoiii... Aku yg ensem lagik bergaya ini jugak yg kena hadap. Tp cam biasa, raya setahun skali... aku x pasti tahun depan aku ada atau tidak, so aku malas nk layankan sgt.. aku teruskan hepy sampai abes acara bersama keluarga.

Kami g open house sanak saudara sebelah mama! Seperti biasa, klu Melaka mmg aku x kenal sgt saudara mara... Mereka pun x kenal aku jua. So aku berlagak seperti kanak2 yg ingin dtg beraya. Hasilnya??? Aku dpt 3 Angpow raya (ko ade?) Total ketiga2 angpow, rm16 hinggit terkumpul! Pas penat jln sana sini, kami pulang tuk rest(tido lahh apo lagik) sebelah ptg a.k.a mlm sambung lagik!! Malam tue kami teros berjln beraya n pulang lewat mlm nya semua penat lalu tombang lena sampai pagikkk.... Keesokkan ari nye abg aku sampai bersama keluarganya. Kami photoshoot raya lagik! Alhamdulilah ,org yg merajuk smlm join sama.... Mungkin dh dpt habuan dr si suami kot, so x moody lagik! hahahahahha.. cam tuelh baru Ayu lagik cun! Semua photo itu korang bole tgk dlm fb la ye! mls nak masukkan byk2 kat sini. Byk photo2 menarik disebelah ptg... tp kali nie x byk konsep photoshoot single! byk ambik berkumpulan.. itu lagik meriah.. sbb kami jarang dpt berkumpul cam nie.. So inilah peluang yg ado tuk ambik pic bersama.

Sekejap je rasa, mlm ke 2 aku dh nak gerak balik kl. Akak kerja, so aku kena ikut! Sebelom pulang kami sempat main bunga api n aku mula pas2 duit raya kat adik2 dan ayah/mama. Bersalam2an dan bermaafkan sesama keluarga. Tahun nie, inilah kali pertama aku rasa hepy sgt beraya kat Melaka! Mungkinnya sbb kami punya rumah sendiri, so ianya lebih selesa. Kedua, mama dan ayah sgt menghargai anak2nya yg sudah dianggap seperti artis... hahahha(tetap) Dan yg paling penting kami tetap bersatu wlpun ada sengketa yg terjadi. Air yg dicincang x kan putus dek nun ! Itulah kenangan aku bersama keluarga... mcm2 ragam kan? Pape pun aku seronok beraya kali nie disana. Btw, Penang tetap dihati.. Insyallah raya tahun depan aku pulang penang! Ker? Insyallah.. Kami semua selamat sampai KL, dan aku mula mengedit pic hari raya!!! kah3.

Setiap tahun, aku x pernah terlepas dr buat open house! Tahun sudah aku bersama amal n kali nie 3M muncul. Sepatotnya 5M, n bertukar ke 4M dan kesudahannya jadik 3M je. Sebab yg terlibat hanya 3 org iaitu amal, abeeb n aku! so xperlh, apa yg penting adalah kita gembira n dpt berkumpul n bersalam n makan2 n pose! Itu lebih utama( seronok tengok tetamu dtg dgn tema MERAH). MERAH adalah tema tuk tahun nie.. ianya seperti tradisi buat kami sekeluarga memilih warna tema raya. Alhamdulilah, majlis berjln lancar dan kali ini lebih sempurna kerna tetamu dtg berperingkat! ada 3 shif semuanya... Jam 1 (akak n the geng, naz n family, ezra n rakan2 , adik ku ngan kwn, 2,3 yg laen) Jam3 (kumpulan ke2.. perghhh dh nervos ingat x der yg dtg ) jam 5 sampai abes (trip terakhir.. aiyoooo mmg ramaiiii yg hadir) Tahun nie kwn2 aku x ramai yg hadir.... Jemputan aku jua terhad, bukan kerna x nak jemput tapi dh agih2kan.. nie bukan open house aku sorang je! Klu open hse aku, hmmmm.. mmg x abes yg dtg! wa3. Kwn2 aku yg dh dijemput pun ramai yg x dtg!! hmmmm....(sabo je lah, tahun depan x jemput dah, hahaha) Tp tidak mengapa masih punya kwn2 2M yg laen. Alhamduliah , Menu Utama habis! First time hidangkan juadah Nasi minyak tuk open hse.. slalu aku akan buat laksa or bihun sup je.. Kali nie UP sikit, nasi teros.. Alhamduliah semua org pujik n ianya habis....(thx kpd nora kakak abeeb) Lauk2 yg laen jugak abes ye!!! (thx achu kerna masak bihun singapore) Thx pada semua teman2 aku yg hadir.. sgt menghargai kedtgan korang.. yg x dtg x per.. bukan rezeki kita tuk beraya bersama. Kpd yg byk membantu, feena,kamal,mama,ayie, mak shah,shah dan semua yg tak tersebut namanya, terima kaseh daun keladi 3M ucapkan! Kpd 2M akhirnya berjaya jua kita harungi n jayakan open house ni. Alhamdulilah... tahun depan kita jayakan lagik.

Kepada teman terulung( The Queen's), amal, abeeb n semua yg terlibat dlm open house 3M, TQ sesangat... Love..love LOVE... korang! Tahun depan KUNING akan menjadik tema kita sekeluarga. Makanya Start cari kain dari sekarang.. Thn depan kita feeling anak2 raja. Aidilfitri n Open House kali nie berjaya dilaksanakan dgn sempurna. Andai dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki, kita jumpa pulak pada Aidilfitri2012.

*Andai ada yg terkurang, terpanas, tersesak, terhimpit,terover, terbising, tertinggal or segala jenis TER.. yg x elok, kami 3M ingin memohon maaf! Susah nk jadik terbaik tuk semua org.. apa yg terbaek kami lakukan, itulah yg kami persembahkan... aku tutup Aidilfitri2011 dgn segala puji-pujian buat ilahi atas limpah kurnia yg diberi. Insyallah kita bertemu lagi nanti. Amin.

Kaki wayang

Khamis yg lepas aku n hypo x lepaskan tuk tgk citer nie! Bersiap sedia tuk ketawa!!! hahaha.. Sumpah citer nie layan. Film komedi yg santai, ringkas n enjoi. Aku lebih suka film nie dr film Mr.Bean. Kekuatan film ini terletak pada pelakon utamanya itu sendiri. Tak perlu susah2 tuk masukkan semua pelawak yg ada di hollywood! Cukup hanya dia sorang je, mampo buatkan panggung itu bergema dgn ketawa yg mcm2 jenis bunyik yg ado. Hahahha.. kebodohan n kesengalan dia itu x perlu susah2 nak buat! Mmg itu kelebihan Mr.Bean. Muka dia tue, cukup buatkan org ketawa.. masukkan aksi dia, perghhhh... mmg gelak! Kita akan sakit hati dgn kebodohan dia dlm film nie.. Cammm nak jerit jer... jgn pukulll... bukan itu org nya!!! hahaha.. Tp itulah yg berlaku. Watak pompuan cina tua yg gangster itu mmg x boleh blah! Sampai akhir menyusahkan Mr.English. Cerita nie dpt mengurangkan stress kita! Enjoi ye menonton.. Aku mls nk ulas panjang2, kerna film nie simple je. Aksi Mr.Bean x pernah membuhsankan.. Adakah misi yg diberikan pada dia mampo di selesaikan?? Adakah dia mampo tumpaskan perempuan cina jahat itu? Dia mampo tangkap tak? Semua itu ada di peghujung cerita.. hahahhahha.. mmg sampai sudahlah kepala org laen akan jdik mangsa ketukkan dia. Mangsa terakhir itu mmg Grand!!Wa3, Aku kasik 3.9bintang tuk film nie.

*Tahun nie ramai yg buat open house.. seronok sgt!!! Sbb dpt memenatkan diri n berjumpa teman2 semua... tggu ulasan open hse 3M ye.... Coming soon.

ANTM17

Episode 1 : 14 All-Star

S0ry lambat Update episode 1 nie, wlpun dh ramai yg Update di FB or twitter! Aku melihat cycle kali nie lebih ramai yg mengikuti n update banding cycle2 yg lepas! Mungkinnya sbb ALL-STAR, so semua model yg terlibat semua kita dh kenal n minat! So lebih ramai yg akan menjadik kak nam sebelom aku sempat update! Tp tidak kesah or gusar, kerna update disini punya cerita n punya peminat yg tersendiri (Ade??? Wlpun kata dayang, blog aku kena block di opisnya! motip je penipuan hari raya dia buat, semata2 nak elak dtg open hse aku! Cisss!!) Berbalik pada Cycle kali nie, perghhhh mmg akan tercetus byk drama2 yg bukan2! Masing2 feeling hebat kecuali model2 yg baek seperti Allison, Laura n 2 , 3 org yg laen. Selebihnya?? Hambek kau, berlawan2 supermodel, walauponnnnn*** Cycle kali nie semustinya x sama cam yg lepas2.. Kali nie lebih meluas pemilihannya n kebolehannya n keupayaannya... bukan sekadar POSE! Personaliti itu kena lebih bersinar2 wlpun pic cam haram J*. Byk cabaran2 laen yg kena dilalui oleh ALL-STAR! Bagik aku persona yg kuat dlm Cycle kali nie ialah Laura, Kayla, Angelea, Dominique n Alexandria! Persona feeling milik Bianca n Camilie. Persona biasa2 milik Isis, shena, bre n Shannon. Persona x tentu hala milik Lisa! Persona yg mampo meletop milik Allison! Semuanya tentang personaliti dan pembawakkan diri supaya lebih menyerlah bukan sekadar posing! Semuanya lebih dr sebelom ini kerna ini perluang ke2 mereka tuk muncul juara! Episode satu x byk gimik kecuali penilaian juri depan fans! Mereka terpilih ke cycle 17 pun kerna fans yg VOTE. Photoshoot kali ini adalah shoot yg dh aku masukkan sblom nie. Yg bukan2 temanya.. So aku mls nak masukkan skali lagik! Aku masukkan bottom 2 je k.

Alexandria - Kemunculan alex dlm cycle 17 seperti tidak direstui fans! Dia kena boooo n maki di depan juri. Sampai nanges2 dia.. Org laen kuar, semua org sorak kegembiraan.. tp sebaliknya dia. Aiyoooo... tamparan hebat buat dia. Cian dia. Aku yakin dia penyeri dlm cycle kali nie... Wlpun ramai yg benci, aku percaya dia mampu buktikan sesuatu.. Klu perangai dia sama cam cycle 16, makanya akan bertambah yg meluat dia. Dia yg paling FRESH banding semua yg laen.. So amat menarik melihat dia bersaingan ngan diva2 tak tentu hala yg laen... Photo dia kali nie buruks! Gaya ituew cam apoooo sattt!!!!! hahahaha... Dayang , ko teruslah sokong dia k. Aku tahu minat ko pada dia x berbelah bagik!! Walauponn** Aku sokong alex dlm cycle kali nie...

Brittany - Klu dia tak tersingkir dia duduk dlm persona x tentu hala sama cam Lisa! Kemunculan dia di cycle 17 cam membuang masa sgt! Sikap main2 ituew maseh dikekalkan n diteruskan.. So terus tersingkir lah dia... hahahha... Uruskan perniagaan mu sudah k. Jgn nak model2 sgt lah. Tak dpt tgk drama dia bergaduh n menjerit kat telinga org laen... itu je aku rasa kehilangan... Tp x pe, dia mmg layak terkeluar dulu.

13 ALL-Star yg laen meneruskan perjuangan n drama! Episode 2 mereka telah di makeoverkan! Tak sabar melihat hasilnya? Tue pic diatas antara yg tyra cipta tuk mereka dlm cycle kali nie. Siapa pilihan LCW kali nie? Rasanya ramai dah tau, klu ikuti ulasan aku tuk cycle2 yg lepas! Pilihan pertama,kedua n ketiga aku mmg ada dlm cycle kali ini. Tp apakah itu selera LCW kali nie? Tggu Episode 2 aku akan umumkan! Semakin perempuan Isis kan? Mampo dia menang? Sheena antara acuan yg x pernah menang dlm ANTM! Mampokah wajah itu menang? Atau persona gila2 lisa yg bakal menjuarakannya? Siapa yg bakal bergaduh teruk dlm Cycle kali nie?? Semuanya akan kita ketahuii... Selamat menonton ye... N thx kerna maseh membaca ulasan LCW n teros setia melaha bersama.

*Tyra mencari model yg serba boleh! Take Note! So siapakah yg serba serbi boleh itu?? Buatlah pilihan anda ok!! Bye.

Kaki wayang

Semalam aku g tgk citer ni bersama Hypo kat KLCC. Zaman kecik2 dulu, aku suka gak tgk cartoon conan nie. Dari kecik sudah taste tgk conan. Ha3, menjawab... So aku teruja lah nk tgk conan VERSI manusia bukan cartoon! Citer nie start seperti kebanyakkan cerita2 dogeng yg laen, musti ada suara disebalik tabir menceritakan asal usul kejadian segala.. hahaha... Conan sgt kuat n perkasa dari kecik lagik ye! Bayangkan zaman kanak2 dia boleh penggal 4 kepala sang dewasa... Nie kan pulak bila dah besar!!!! Film nie asyik tercabot kepala je... Mentang2lah 3D!!! Part berlawan n berdarah, perghhh bukan main mencurah2 darah! Sesungguhnya bila buat film 3D , part2 itu musti over! hahahahhaha... Sesungguhnya cerita nie penuh aksi n aku suka fesyen Conan dlm film nie.. Cantek!!!! Conan mmg perkasa n jantan n rakus n hati kering! So part dia cam tetiba cium heroin n main, aku x dpt bayangkan dimana romantisnya Conan! Aku merasakan heroin tue musti tercedera bila main.. musti melecet2 n melecur.. hahahhaha.. sbb conan sgt gagah n cam x der nafsu nak main pun.. Tapi dah nama pun jantan, pantang ada terowong yg terbuka.. makanya disumbatkan aja... Part Sex itu dipotong, mungkin over heroin itu menjerit2 kesakitan/kepuasan... Cisss!!! Tapi tetap nampak bahagian belakang itu.. wa3! Pas selesai part tue, tetiba heroinnn pergi dari conan!! Motip sgt!!! Apa2 pun aku suka aksi dlm film nie... Ada satu dua cam semak, tapi aku suka keseluruhannya... 3.9bintang tuk film ni.

*Open house 2011 semakin dekat.. Sabtu nie... Yg mana dijemput itu, jgn lupa datang okey! Mari kita Boria dgn warna tuk tahun nie iaitu Merah.

Kaki wayang

Raya ke3, aku sudah berada di KL. Selesai raya di kampung dgn meriahnya, kini rutin ku kembali seperti biasa. Mood raya masih berkobar kerna raya bersama family sudah selesai.. Bersama teman2 blom selesai. Insyallah minggu depan Rumah aku akan terbuka dgn hidangan yg lazat2. Berbalik pd film yg aku sempat tgk hari nie ialah Final Destination 5. Tak pernah terlepas nonton kat panggung. Nie adalah cerita Fav aku jugak! Citer nie bermula slow bagik aku, n buhsan dipermulaannya.. Akan tetapi semua itu dapat dilupakan selepas banyangan maut itu datang. Sejujurnya aku pelik sbb film nie masih wujud! Sbb FD4, adalah citer terakhir... motip film yg ke5 nie masih ado! Sambungan celah bedah mana lagik! Itu yg terlintas di fikiran ku. Yg terselamat dari petaka menerima bencana seperti kebiasaan film nie. Aku kembali pelik sbb imbasan cerita2 lepas x der... Slalu bila ada yg terselamat n menerima ajal, musti mereka siasat sejarah2 FD yg lepas2. Tapi tuk film nie x der... Cam tiada sejarah itu! Kelapan2 yg terselamat cam ilek2 je! Semuanya cam baru berlaku tuk alam fana ini. Ha3... Aku layan je film nie.. Seperti biasa part2 ajal menjemput itu tak pernah menghampakan aku! Sentiasa ngeri dan penuh dgn bunga2 bencana! FD5 nie simpel. Imaginasi/imbasan sebelom seseorg itu mati pun x ada.. ala2 kekampung lagik, ( korang akan faham kenapa aku ckp cam tue nanti) Aku terus layan sampai cerita nie habis... Rupa2nya.... semua yg bermain difikiran ku terjawab! Patotlah kurang canggih dari film2 yg lepas.. hahahha OK terima! (x nak cerita, korang g le nonton sendiri) Aku merasakan tidak mungkin ada yg ke6, klu ada aku tak tahu dimana logiknya lagik... Cerita nie sudah diketahui semua, penyudahnya musti mati jua! So x perlu wujudkan FD6. Klu ada jugak, aku akan terus layan.. 3.8bintang tuk film nie.. aku suka n enjoi. FD2 maseh Fav aku setakat nie. Bagik aku film nie sudah ilang taringnya sbb jalan ceritanya sama saja.. Aksi sebelom kematian je buatkan film ini maseh ingin di tonton! So rasanya sudah tiba masanya film nie berakhir.. Buat cerita laen pulak ok? ha3!

*Open house raya insyallah akan diadakan pada 10/9/2011.. Kpd teman2 rapat ku n pembaca setia blog nie silalah hadir dgn pakaian raya korang tuk tahun nie.. Cerita raya bersama family aku update soon na. Esok aku dah mula kerja..... adoiiii....