Kaki Wayang

Agent Ethan Hunt kembali! Melihat Tom Cruise membawa watak ini sungguh puas! Dia sepertinya sebati dlm dunia penyiasatan sebegini.. Berlakonlah citer apo pun, Aura M.I tetap bersamanya. Kali nie dalam film M.I sendiri, so bertambahlah kuat aura itu. Dia semakin tua, hahaha.. itu ketara nampak! Aku suka pengenalan di awal film nie... Menarik kita tuk terus duduk di kerusi panggung! Jln citer film nie sama saja seperti yg lepas2... Ada misi, permulaannya sempurna, selepas itu seperti tercalar imej n kembali menebus dan menamatkan misi. Mmg itu sajalah hidangan yg dpt kita lihat. Apa yg beza adalah lokasi tempat, heroin, org jahat serta pembantu2 yg lain. Apa yg menarik minat aku ialah Dubai/India sebagai lokasi berlakunya aksi. Aku suka part di dalam bangunan tertinggi di dunia itu. Burj Khalifa sungguh mempersonakan! Apa yg x mempersonakan, tinggi je lebih, pemandangannya hanyalah padang pasir n debu. kah3. Part paling aku suka n puas ialah melihat Moreau di tendang keluar oleh Jane! Puas hati aku, Merasalah kau... Kau bunuh bf aku, aku sepak kau keluar!! Part ribut pasir jugak best! Byk aksi dlm film nie. Kepala tom cruise seperti besi kan?? ada 2 part dlm film nie, dapat aku rasakan hentakan itu.. tp dia ilek je.. non luka non sakit! Haiyo... Kemunculan Anil kapoor akan melariskan film ini kat India sana. Wa3, kemunculan 5minit dia pastinya berbaloi. Tapi aku seperti tidak merasa auranya tuk film ni... Cam biasa n x penting! Heroin film nie hebat bila ada aksi lawan, part romantik dia seperti gigil n kacip. Why? Nerves ngan Anil kapoor tue, hahahahhaha... Keseluruhan film ni best! Aku terhibur dgn aksi2 yg di sajikan. Muslihat di sana sini, byk aksi2 suspen jugak. Non suspen x menariklah kan? so M.I kali nie dipenuhkan dgn suspen. So jgn buang masa korang, pi la tengok! 4.2bintang aku kasik .

*New year 2012 hampir tiba... Terbaik/terburuk sepanjang 2011 akan menyusul. Tunggu.

ANTM17

Al-kisah Angelea :

Fames dah dia sekejapan! Hari ni aku terima byk sgt info2 ttg isu 'disqualified' yg melibatkan peserta akhir ANTM17 Angelea. Terlalu banyak romours ttg isu ini. Antaranya....

1- Angelea menghebohkan yg dia tersenarai dalam top 3, ANTM17. Erk??? aku x tahu pun! Selepas tgk baru tahu... Korang singkirkan Laura kesayangan aku! Cisss.. hahahha.... Apa yg aku tahu, org dok heboh dia adalah pemenangnya! Sedangkan Finale minggu depan. adakah itu???

2- Angelea hebohkan kat fb n twitter tentang kemenangannya. Siap record suara engko! Sedangkan syarat peraturan, rancangan realiti TV , peserta kena kunci mulut sehingga rancangan itu menemui penonton! Tetapi disebabkan terlalu mencapap atas kemenangannya, dia hebohkan.....! Ini bermakna Angelea adalah pemenang asal! Selepas runway show, slalunya akan terus di adili n tyra akan g jumpe peserta di back stage! Cycle kali ni ado??? Yg ado!!! Sebaliknya hanya menunjuk detik2 sedih n menyesal angelea. Mungkin kah itulah detik di mana dia di reject? sbb g heboh dia menang... Mungkin jugak! (walaupun, cepatnye kau g heboh kot ye pun!! ha3) Tak kanlah, dia stress pas abes runway show? sepatotnya peserta rasa hepy n lega sebab berada di final n dah lakukan sehabis baik.... Kadang2 hp n teknologi bole membinasakan manusia.. lihatlah...

3- Dia di reject sebab agensi modelling yg menjaga angelea x izinkan dia bersama covergirl. Biar betol? Melanggar contracts katanya! Amboiii..... dah final baru agensi tue datang bagik tahu yg mereka x izinkan? Pembohong sangat ni... Selama ni x sedar ke angelea berada dlm cycle 17? WoW, citer ni mmg terpesong aqidahnya......

4-Angelea x nak menang, dia serahkan kemenangan dia pada orang lain.. sebab kena boooooo n di benci rakyat jelata. #eh... cam ne rakyat jelata tahu? pengumuman ni di buat depan penonton yg tengok runway show ke? Lagik merepek khabar angin ni. Klu kena booo pun dia x kisah! Janji aku menang, kau ade??? Tp klu dia menang pun mmg akan dibenci ramai, seperti teyona,krista dan hangusan yg lain kecuali Eva! aku suka dia menang! So? sib baik dia buat hal, setidaknya2 org simpati dgn dia n mencari dia.

5- Angelea tarik diri sbb dapat contracts lagik letop dr agensi lain? Apa nama agensi itu? kau diam! kau tipu! #kbai

6-Tyra x nak menangkan Angelea, sbb akan merosakkan namanya sebagai juri n pemilik rancangan! Cukup sekadar bawa dia ke final! jgn nak menangkan! Sebab covergirl nak jugak menangkan Angelea walaupun cam hauk jugak. Amboi, nie nampak sgt kemulian tyra... baru sedar akan namanya rosak! Selama ini kau bermimpi? hahahaha.... cerita ni mungkin keluarga tyra yg karang wahai teman! Klu tyra melawan, siapa nak sediakan contracts?? Tyra jua yg kerugian.

Terlalu banyak romours! yg no 1&2 kemungkinan besar kenapa angelea di singkirkan! Dia g heboh akan kemenangan nya.. Angelea merupakan pemenang sebenar??? Andai ini benar, maka benarlah politik itu wujud dan sia2 saja yg lain bertungkus lumus bagai nak gila! Bila melihat angelea ke final pun aku dah gelak n pasti dialah model yg covergirl mahukan. 4 kali di bottom 2, dia diselamatkan... 4 kali pic nya buruk wahai teman! belom masuk yg lain2, tetap hujung2 namanya di panggil. Semua ini tidak adil bagi yg lain bukan? sebagai pemerhati n peminat ANTM aku merasakan rancangan tyra ini sudah tidak perlu di sajikan kepada penonton! Baik suruh covergirl pilih model mana yg dia taste n shoot terus tuk kempen! Tak yah nak mencapap cari popular. kat situ jugak nama ko, berkembang seakan tidak. Model x menang jugak lebih grands... sbb yg menang selera mereka cam muntah di dalam mulut. Pribahasa baru. wa3. Klulah tyra cuba cari penaja lain, musti best! Cari yg lebih UP! Musti lain acuan pemenangnya. Mungkin selera itu akan sama dgn pemikiran manusia sejagat yg lain. Klu lah angelea x buat perangai n heboh kan... dan dialah dgn rasminya pemenang ANTM17, keadaan akan menjadik lebih membenci.... kerna angelea x mempersembahkan apa2 yg menarik dlm ANTM kali nie. Thx kerna ini berlaku, banyak hikmahnya... now ko popular! semua wartawan mencari dia tuk minta penjelasan. Now kita tunggu Angelea bersuara ok. aku dah selesai di sini. Lisa yg menang! Terlalu banyak drama... Dimana kejujurannya? hasilnya? hanya diketahui apabila ANTM ni habis.. now kita lihatlah siapa di antara mereka akan berjaya dengan cemerlangnya. Patotlah buruk pic Angelea, edit over seperti tiada limit.. mungkinkah di sabotaj?? mungkinkan final photonya adalah yg lain? Patot jugak pic Allison so-so, sbb dia x menang jua. Patotlah jugak aku taste pic Lisa, sbb yg terbaik n cantek mereka pilih. Adakah patot itu benar?? entahlah.... adili dan pikirlah sendiri...

*Tyra menangkan Lisa, sebab merasakan laluan Allison lebih cerah walaupun tak menang. Yes, itu benar... lagik pula kini Allison terlalu popular n byk peminat selepas 2 kali dapat no2 je. ha3. Kejayaan tuk dia akan berganda.

ANTM17

Episode : Finale

Semalam sudah tersebar akan kemenangan Lisa D'Amato di mata dan telinga aku. Biasalah walpun video belom keluar, kak nam12, kak pora, kak jah feeling nak menjadik pemberita utama #kengkononnya. So smlm dah tau pemenang, today aku baru layan tengok videonya. Macam2 drama.... Dari segi photoshoot ke runway show ke result pemenang... Semuanya drama yg boleh di film kan. Semuanya cam misteri.. misteri?? haaaa.. moh kita cercita n ulas buat penghabisan kalinya tuk ANTM All-Star (yeEahhh pas ni rehat). Youtube : dcdice11

Angelea - Melihat dia beraksi di final seperti membuang masa. Tetiba mendapat berita dia disqualified. huh??? Apa jenis jenaka ni? Semakin membuang masa! Baik letak Laura di Top 3. Misteri kisah Angelea aku sendiri x faham! ramai dok tanya kenapa... Aku dah ratusan kali call Tyra, tp non dapat! mungkin dia x tahan mendengar cacian atau makian! Buruk perangai ko Tyra! Makin buruk bila Al-khesah rancangan ko di bongkar oleh Janice (ulasannya di bawah sekali) Berbalik pada angelea yg sudah pun beraksi di final, photoshoot Covergirl dia seperti bapok tua yg buat pembedahan kecantikkan supaya kelihatan muda. Terlalu PHOTOSHOP pic dia ni, ketara kot!! (maap le kepada adik2 muda yg minat separuh mati kat dia, nyatanya mata kau salah dik, byk lagik timba ilmu dr dok buat wall kat fb meroyan2.. terasa? kau hambek!) Tak semua org buta, tp pic diatas x cantik. Runway show pulak, dia risau akan rambutnya yg lurus itu akan menjadik kejung (rambut asal) bila kena berenang sebelom catwalk! Konsep runway kali nie paling ova dalam sejarah ANTM. Renangan dia berjaya wlpun berhenti seketika ambek nafas. Catwalk dia ok berlatar belakangkan lagu yg mereka record! Apa jenis mencapap pun tak tahu.. Tyra kau dah kenapa makcik? Rosak dress! Lagu dengan dress x kena langsung! masuk balik dalam kolam, jgn timbul2 dah! Pas selesai semuanya, Angelea seperti menangis n sedih n sebak n tetiba dia x der.. misterinya sampai skg belom terungkai dgn jujurnya! So angelea terkeluar terus dari senarai, makanya Allison Vs Lisa dalam bilik juri. Bye Angelea, aku doa ko masih hidup n buktikan kau mampu jadik beyonce, #eh.

Allison - Dia bakal dinobatkan sebagai Juara All-star! 4sure! KATA KAU! Melihat ini kali ke2, allison berjaya ke final, semuanya termasuk aku meramalkan dia bakal menjadik juara! Selayaknya! Akan tetapi, sekali lagik dia tewas di final. Aku tak terkejut pun dia tewas, aku terima n akur kerna aku tahu laluan Allison lebih cerah berbanging sang juara. Melihat photoshoot n video clip tuk Covergirl Allison x mengecewakan aku! Walaupun matanya sekali lagik payah tuk bukak, allison berjaya membawa kelainan dgn menutup mata n feeling2 berada di syurga. Aku tak taste sgt dgn pic Covergirls dia kat atas ni.. cycle12 dulu punya lagik chantek! Pic kali nie nampak Allison cam keliru n kosong! Cam apo entah.. saja je kan Tyra? yes... i know you, Thx! Tp idaklah seburuk pic angelea yg kaya dgn PHOTOSHOP tu. ha3, Allison maseh di landasan yg betol. Runway show? Renangan Allison paling cantik! Dress Allison paling #letop! Lagu runway Allison paling kena dgn gaya dan pesona! Catwalk Allison aku suka! Semuanya milik Allison! Tak percaya? tgk la sendiri beb! jgn nak emosi dgn Angelea ko.. (kena smash lagik! ha3) Dapat aku melihat personality allison keluar.. dia yakin n hepy. Walaupun dia tewas, tahukah anda bahwa peminat allison x dapat ditewaskan andai Lisa+angelea punya peminat bersatu bergabung! Kau ade? Jutaan org tengah mengeji tyra skg.. wawawawa... Aku yakin Allison akan sebaris dgn runner-up ANTM yg lain seperti Chantal, Anya dan yg lain2. Dia bakal menyerlah... tak caya? tunggu saja... Tengok saja waktu photoshoot tuk italian Vouge, allison paling VOUGE ye! Sgt Italian look. Yg penting Laura kesayangan jua suka allison. Go Alicats, we love you.

Lisa D'Amato - Inilah juara tuk All-star!!! YeaEehhhhhA #manakala. Sejujurnya aku x terkejut dia menang! Dia antara yg byk menang aksi cabaran dlm ANTM17 dan picnya jugak antara yg terbaik. Kemenangannya idaklah tidak logik di fikiran, bole diterima seadanya #walaupun. Personality Lisa meletakkan dia dihadapan, selepas Laura tersingkir aku dah merasakan Lisa akan menang dengan selesa. Cycle kali ini personality itu lebih utama, hal2 pic semua terletak no2. Tub2 personality hebat! cabaran byk menang! Pic juga baik! Bertambah selesa Lisa di landasan kemenangan. Berbalik pada photoshoot n clip Covergirl, Lisa cemerlang. Aku suka pic Covergirl dia... superb n sweet n smile with ur eyes. Runway show? Lisa tersesat engko time berenang! Ade? karam sejenak. Selepas itu dia kembali dgn dress rock star yg dia idam2kan. #letop melayang2 kainnya.. pastu lagu yg dia nyanyi kuar, hambek ko tertendang2 seperti sedikit gila. Penonton suka....sama ada betol2 suka atau carot aku tak pasti. Tapi Tyra n the geng jua turut suka. so lantaklah.. Eloklah kot showcase itu. Keseluruhan Lisa OK. Di bilik juri Allison begitu cantik berada disamping lisa tuk dengar keputusan. Lalu clip video mencapap yg Tyra cipta kuar... America next top model All-Star is...... tup..tup... poom..pomm.... kedebak.. kedebuk..kedebik wajah LISA kuar.. Makanya Lisa menang dan Allison tewas buat kali ke2. Tahniah Lisa, aku idaklah seperti yg lain x suka akan kemenangan ko, sbb ko dah bersungguh2 n buat yg terbaik dlm cycle 17 ni. Hak itu milik mu.. dikala usia mu pun bukan muda lagik... Ciptalah kejayaan mu di Covergirl selama setahun. Btw aku suka tulang pipi Lisa, hidung lisa, taste!!! Tamat.


"I experienced being on that show, being conned, thinking that I was actually helping judge a TV franchise. That actually my say had any input. But it really didn't. Covergirl are the people that choose the model, not any of the judges.
The point is that Dickinson says that Tyra's brand of reality TV is especially "unreal" and that none of the challenges or photo shoots or critiques actually matter. Tyra Fuck you.

Petikan dr Janice ini sesungguhnya banyak kebenarannya! Time janice ckp fuck you Tyra, kau mmg grands mak hayam! ha3. Lihat saja model yg x menang lebih menyerlah banding pemenang! Runner-up selalunya lebih grands dr pemenang ANTM. Klu dah Covergirls menentu siapa perlu menang, siapa x perlu.... knp perlu ada suara juri tuk menilai? baik letak org besar covergirl kat bilik juri. Tak faham disini, nape covergirls x buat rancangan top model sendiri?? Kan mudah! kau boleh pilih model kau nak! X yah mencapap menyakitkan hati seluruh umat manusia.. last2 product kau di situ jua! Mungkin kau x fames, n menumpang popularity rancangan itu, FINE! Penaja kan, janji poket Tyra masyuk!Selagik Covergirls jadik penaja selagik itulah yg layak menang akan tewas..... kecuali 2 ,3 org yg dah menang.Serkian.

*Rezeki itu bukan di tangan Tyra... di tangan tuhan. Makanya yg tewas itu usah berkecil hati, kerna x semua buta dan bodoh. Lihat saja Chantal, Anya,Katarzyna dll semuanya berada di landasan yg lebih grands . Covergirls menentukan pemenang, patotlah yg tercipta byk yg terkeluar dr taste aku kecuali sorang dua yg sangkut! Sebab lcw high taste! Covergirl? Korang sendirilah tentukan... Tamat sudah cercita ANTM17 kali ni.. semoga jumpa lagik tuk ANTM18. Jadik kan LCW sebagai saluran ANTM rasmi anda..#kbai.

Kaki Wayang

Ombak Rindu menjadik bualan semua org! Sana sini buat status ttg film ni! Hebat tul penangan film nie. Dengan menghimpunkan pelakon2 terbaik FFM, film ni berjaya memikat hati semua. Aku baru tgk semalam di Wangsa Walk bersama abeeb,amal dan achu. Susah nk dpt tiket film ni... Selalu tinggal seat bawah sekali. Hanya yg tiada perasaan je sanggup beli seat bwh skali. Kali nie kami dapat seat atas sekali, hambek kau! wa3. Rata2 yg tgk film nie suruh bawak tisu. Sure nanges katanya!! Kwn2 perempuan aku semuanya suka film ni, terutama skali mira! Selepas tonton aku tau knp dia suka.. kah3... ada watak dia rupanya...Aku teruja nak tgk film nie, fenomena sgt di twitter,Fb dan status bbm. Maya karin... hmmmm... maya owh maya... wa3... pegang watak gadis desa, anak nelayan, pakai tudung n mengajar budak2 mengaji. WoW, sesuatu yg baru Maya persembahkan di layar perak! Membuktikan dia pelakon yg serba boleh. Semua watak mampo dia bawak. Mampo kah dia bawak watak Izzah?? Pendapat aku, watak itu tidak kena dgn dia! Serba serbi tak betol! Dari segi loghat dia je dah gagal! Bila gagal, nanges pun x menusuk kalbu! Ada satu dua part OK(bila bersama Aaron, ada babak yg menyentuh hati aku), tp bila bercakap je.. mak aikk.. anak nelayan? or anak mat saleh yg kena bela dgn pakcik/makcik selepas ibu bapa meninggal? hmmmm... Bahasa Melayu Maya utk watak izzah itu seperti salah masuk rumah(ingat nyanyi je salah key? lakonan pun ade ye) Tapi maya dah pesembahkan sehabis baik. Pujian harus diberikan. Kekuatan Maya adalah matanya yg punya jiwa. Aaron Aziz berjaya membawa wataknya dgn baik! Dia saja cam bole buat aku sebak seketika (tp x nanges) Patotlah pompuan2 suka dgn film nie.. Rupernya... hadap! Aku suka lakonan dia, bersahaja dan jantan! Tak salah masuk umah.. air mata dia mahal n nampak sejati dr air mata Izzah. Lisa surirumah jugak x mengecewakan! Aku x taste dgn lakonan dia, tp tuk film nie, lakonan dia ok-ok la, wlpun adakalanya seperti terbabas masuk longkang. Watak2 yg lain jugak ok! Kehadiran kak limah tgh mandi itu cam cute. Poom* Watak datin2/mak yg di lakonkan oleh Azizah cam meluat aku tengok! Berdialog sgt! Tak nampak real.. bukan menyampah sbb lakonan jahat dia.. tp menyampah sbb cam fake n geli. Bye. Watak mail cute.. itu baru budak kampung! Kehadiran julia yg berbaju ketat nampak perot menggelebeh mendapat gelak tawa panggung! kah3! Film nie dah menarik dari segi jln ceritanya. Sumpah best... Tp pemilihan pelakon itu saja dilihat salah n lebih kepada keuntungan, populariti. Kualitinya? Kurang melekat dihati ku. Watak Izzah tue kuat/berat! klulah watak itu pelakon yg punya bahasa melayu yg lebih JATI bawak, musti film ini seperti Titanic engko! Amboi melampau imaginasi aku(membayangkan Fazura tuk watak izzah). Pape pun aku terhibur dgn film nie.. Kebanyakan perempuan bertudung kuar panggung dgn mata merah, tapi aku kuar ilek2 je.. non sebak di dada. Seperti kata kwn2 Fb aku, pemilihan pelakon itu salah dari segi jiwa n kebolehan mereka. Tapi bagi pengarah ini merupakan pilihan bijak, sbb film nie mendapat sambutan hangat! Tidak sia2 meletakkan yg terbaik n popular dlm film ni. Maya Karin dah membuktikan , bahwa dia pelakon terbaik di Malaysia. Bukan satu kemenangan terbaik dia pernah dpt, byk dik.. so jgn nk pertikai sgtlah... Dari pontianak harum sundal malam ke Anak halal. Film nie mendapat tempat dihati peminat. Aku bagik 3.6bintang tuk film ni. Aku suka dgn jalan citernya... Naskah yg terbaik. Enjoi ya nonton, aku x nak citer lebih2, kang x suspen buat korang. Tahniah buat semua yg terlibat, atleast naksah terbaru Osman Ali ini menjadik bualan semua. Btw sebelom film nie start ada preview tuk film AZURA. Euwww.. cam geli je! Hero/Heroin cam x selera nak tengok. Indah rupa je lebihnya....
*Lagu tema film nie sentiasa menghantui dari awal hingga habis ye.. Vokal Adira n Hafiz AF dimana2. Semua org dok nanyi bila kuar panggung! H E B A T .

Kaki Wayang

Payah tul nak tengok film nie di kedudukan yg x perlu mendongak! Aku x faham yg g tengok film nie kena mendongak ke langit! Kepuasan apakah yg korang kecapi??? Harga tiket sama je. So aku lebih rela g tengok lambat, asalkan kedudukan itu selesa n berbaloi. Kali nie g tengok kat TGV KLCC bersama abeeb n maksu. Lama x jmpe maksu, bila jumpe dia mmg sihat n gebu. Hehehe, sampaikan org yg jaga tiket x nampak dia... sentap betol dia... org tue nampak makanan dia je! hahahaha..... Citer nie start dgn perkahwinan yg di nanti2kan semua... WoW! Cantek! Dress itu seperti memukul aku tuk memakainya, poom* hahahahahha... Pastu bermulalah Al-khesahnya dimana part bulan madu aksi di atas katil di potong! Yg di tinggalkan ialah keadaan katil yg dh roboh. Bayangkan bertapa ganas n kuatnya bella dikerjakan oleh Edward. Bella suka hokey... wlpun Edw rasa bersalah dgn aksi ganasnya ituew.. kah3. Dua minggu bulan madu, bella dah mengandung! Bertapa hebatnya penangan pontianak gersang ini. Kandungan itu menjadik punca bella sakit kerna x dpt menampung anak pontianak yg kuat dan sentiasa lapar! Bella pulak sekadar manusia biasa, so kandungan itu menjadik punca ceritanya... Aku suka cerita part 1 ni. Penuh dgn rasa cinta, pengorbanan seorg ibu, dan kasih sayang sebuah keluarga dan tolong menolong antara serigala (jacob) dan pontianak. Tak sabar tuk tgk part 2! Pasti ianya lebih bertenanga, kerna mata bella akhirnya berubah warna.... tapi warna itu menjadik tanda tanya.... MERAH engkau. Jahatkah? bahek kah? tunggu sambungannyer... 4bintang aku kasik.. Aku suka film cinta ini kerna segala emosi dan rasa horny itu senantiasa ada. Wa3.

Ni lah dress yg Bella pakai di hari perkahwinannya... Meletop ye. suka!

*Part 2 keluar bila? haiyooo suka buat part-part... dah menjadik penyakit pulak.. Film melayu bila lagik? jenuh... hahahhaha

ANTM17

Episode 12 : SemiFinal

Top 4 bebeh! Pepagi tadik layan youtube di Emselfo, aku dah dapat agak yg bakal tersingkir adalah Fav. dalam All-Star, Sebab byk Dislike dari like! PETAKA! Jujurnya ianya seperti tidak adil! N menunjukkan Tyra sememangnya mencipta sendiri senarai top 3 dia, bukan dari keseluruhan yg telah dipersembahkan oleh top 4 yg ada. Moh kita melihat apa tyra cipta ini di benci semua. Sib baik masih ada 1 wakil aku akan beraksi di final kelak! Klu dia kalah mmg Tyra saja mencapap memberi kemenangan pada model yg x mampu berjaya hendaknya! Slalukan kita lihat model hebat tersingkir sbb dia dah ada kerjaya.

Lisa - Dia di luar jangkaan aku! Dia berjaya ke final! Aku suka dia berjaya ke final sbb dia mmg layak dari persembahan yg telah dia bagik. Aku suka dia beraksi di final klu dia menang aku jugak tidak akan persoalkan kerna dlm All-Star dia sentiasa positif n pic2nya menarik n dia banyak menang aksi cabaran... Go LISA!

Angelea - Melihat Ep.12 nie korag boleh melihat dimana ini adalah rancangan Tyra! So dia berhak menentukan siapa yg dia nak angkat sebagai yg terbaik! Ep.12 terlalu ketara tetiba Angelea ni bagus dari segala macam segi sampai menang aksi cabaran! Baheklah!!! Hakikatnya? Dia ratu bottom 2 (4 kali beb!) Pic dia x pernah ada yg meletop! xpernah menang aksi cabaran kecuali Ep12 nielah ye... so dia layak ke final? Fine! Klu dia juara? Tak masuk otak langsung, wlpun ke final nie pun ramai je yg benci. Menangnya kau x di raihkan.. sedeh beb... Dislike je banyak kat Youtube tu... kagomlah engkau sensorang.

Allison - Nielah pilihan LCW dari awal rancangan bersama laura yg mungkin beraksi di final. Akan tetapi dia akan bergerak solo sekali lagik beraksi di final. Klu tak menang aku tak faham lah ye! Allison berhak ke final kerna aksinya sentiasa WoW! Picnya WoW! Lantaklah dia nak senyap2 ker, or what!!! janji dia meletop sentiasa. Aku memilihi dia sebagai juara All-Star kerna dia juara di hati peminat disamping bakatnya yg sememangnya ada. Dia x pernah duduk bottom 2, kecuali Ep.12 nie lah.... Kali ke2 dia beraksi di final ANTM, so kelebihan itu ada padanya. Go Allison.

Laura - Mangsa seterusnya selepas Dominique. Di All-Star semua peserta menganggap Laura adalah pesaing mereka! Picnya 2 kali di angkat sebagai pic terbaik. Aksi dia sentiasa menggembirakan. Dia tersingkir bukan kerna dia x bagus! Tersingkirnya dia kerna inilah permainan tyra yg mahu melihat Angelea beraksi di final! Fine. Bagi aku dia tersingkir dgn maruah n berjuta peminatnya... Buat apa menang klu peminat membenci? Untung kerna dia adalah calon Fav. paling banyak peminat di All-Star. Calon juara pilihan aku nie tersingkir dgn jutaan kebaikan bukan keburukan. Go Laura, kerna kau juara di hati peminat mu. Terus kekalkan senyuman n Vouge! Bangga kerja model yg paling pendek ni berjaya membuka mata n menendang model2 tinggi yg laen.

* Allison Vs Lisa! Itu je yg aku nampak. Angelea? Sekadar prop yg bakal menghiasi runway nanti. Jgn nak feeling kau bagus, kerna inilah kemahuan Tyra! klu ikut bakat, kau jauh ketinggalan. Melihat keseluruhan , Allison Vs Lisa je. Mereka berhak ke final! Harapnya kemenangan berpihak pada Allison... Klu lisa menang? Aku tetap senyum kerna dia telah mempersembahkan sesuatu yg x pernah kita lihat dlm cycle dia dulu. Bye.