Raya pertama aku

Tahun nie aku pulang beraya ke desa terchinta 'Penang'. Dah 2 tahun aku x beraya sana, tahun nie pasti indah. Sesungguhnya aku sangat teruja dan sedeh. Naper sedeh? nanti aku ceritakan.. Hurmmm aku bertolak dari kl pada ari sabtu, jam 2ptg. Pulang bersama akak dan anak dia jer.. Cukup ler ber3, kang ramai2 penuh x besh pulak. Wink. Perjalanan dari kl sangat menyenangkan, akan tetapi PETANDA jalan jem itu kelihatan bila kami dah masuk perak. Aiyooooo dah ler hujan lebat sepanjang jalan, selagik masih berada dalam daerah perak, mmg hujan jer.. Sgt tidak beshlah jika beraya kat perak. Kemalangan? perhhh sepanjang jln, pasti ada jer keta berlanggar bontot keta.(menjawab ler ) Sangat sakit hati bila bawak keta 20kmj.. Demi raya, kami bersabar, sebab mood berpuasa itu masih ada.. kang klu maki2 batal puasa kami. Dalam kul 5ptg kami sampai hentian tapah.. korang bayangkan nak ke tapah jer ambek masa 3 jam.. kami berhenti situ sbb nak bungkus nasi, takut nanti x sempat, sbb mmg tak sempat pun!! So berbuka dalam keta jer... Kul 9mlm kami sampai penang. Tue diaaa.... kematu dok dalam keta lama2.


inilah ruper jln yg jem, nak ke penang ambek masa selama 7 jam...

Sampai sana, seperti biasa suasana desa ngan jutaan lampu pelita, budak2 main bunga api, membuatkan aku rindu zaman budak2 aku. Sbb time tue, umah tok aku paling banyak lampu pelita, kami berlawan antara satu sama laen utk chantikkan umah ngan lampu pelita. Tapi tahun nie, x der siapa nak buat kat umah tok aku. hurmmm 'SAYU yg pertama'. Kami tidur awal mlm tue sbb esok nak raya, bangun pagik... Dalam kul 7 lebih aku dah bangun, mandi wangi2, pakai baju melayu pink, siap bersampin, makan ketupat aku pergi ke masjid. Di masjid hati aku menjadik sangat sayu,terasa takungan air mata nie tak terbendunglah.. (dah tak ensem seketika) Mudahnya ia mengalir sebab banyak perkara. 'SAYU yg kedua'. Aku kehilangan ibu terchinta diusia aku 3bulan. Ketiadaan ibu, aku dibela sampai besar oleh nenek (tok) aku yg terchinta. Untuk tahun nie, aku tak dapat beraya ngan tok lagik, bukan utk tahun nie jer, tapi utk selama2nya..kerna tok aku dah pergi mengikut mama aku sudah lama menunggu dia di alam sana. Banyak frendz tahu aku mmg sangat rapat ngan tok aku, kerna bagik aku dialah ibu dan dialah bapa aku... Walaupun aku masih punya bapa, tapi kasih sayang mereka tak pernah hadir sampailh aku besar, kerna mmg aku dari kecik sampai besar, kasih sayang itu hanya hadir dari tok aku. Aku merindui bebelan dia, tangisan dia, gelak tawa dia.... tue yg malas nak update blog nie... 'SAYU secara LIVE'. Semakin ramai yg meninggalkan aku... Dari keluarga ke kawan2... pasti ada yg datang dan pergi... Di pusara, aku berdoa yg suatu hari nanti aku akan pergi mencari mereka di alam sana.. kerna aku rasa, masa aku utk berjumpa mereka tak lama. entahlah perasaan ini dah lama aku rasakan... Hanya paktam jer tahu. 'SAYU ke tiga'. Habis sayu2 aku pulang utk beraya... tukar mood!!!!!!

Beraya kat penang tak sama cam beraya kat melaka yg kaya ngan lemang dan sambal udang jer. Setiap umah aku pi, itu jer menu mereka. kan membuhsan kan. very the x boleh buat rancangan jln2 cari makan. Sbb bila dah dewasa nie, hanya makanan jer menarik perhatian, jika dulu nak duit raya jer.. tak makan pun tak per. kah3... Raya pertama, pagik2 g umah tok su aku.. Dah pekena nasi ayam. Pastu g umah makcik pulak, kena 'Mee kari' pastu g umah paksu pulak kena ' bihun sup' Aiyooooooooooooooooo sangat berhari raya yer penang. Yes, jika korang nak tahu penang punya raya mmg cam tue.. lemang/ketupat/kuih2 mmg ada.. tapi kami jugak masak menu laen utk dihidangkan. Wink... baru ler syoknya raya. Kira2 cam open hse di hri raya pertama.

Orang2 penang jugak lebih selesa buat kuih sendiri dari kita yg suka sgt buat kuih tunjuk jer. kah3 janji dapat masuk mulut dan kenyang. Apa2 pun biskut raya buatan sendiri sgt mewah ngan perisa dan bahan2 nyer.

Selesai beraya sana dan sini, perot pun x boleh nak terisi lagik ni.. kami berehat2 kejap kat umah sambil berborak ngan sepupu sepapat semua... Sebelah petang ada photoshoot raya kat bendang. Wahhh tak sabarnyer.... aku/akak/keluarga mmg suka buat photoshoot raya. Cuma tahun nie ayah/mama/adik2 yg laen beraya kat melaka.. so mereka hanya mampu makan hati melihat pic2 nie nanti. kah3.

Akak aku nie Semakin bagus time pose.. Takpayah ajar yer sekarang dah mampo utk bertindak sendiri. Aku mmg suka konsep org tak payah diajar2 nie.. memudahkan aku snap jer.
Haris jgn cakaplah, sgt pandai pose yer.. terkejut aku.... Segala2nya dia mampo. Sah, besaq nanti boleh jadik 'top model' yg berjaya.kah3. Besh giler snap pic2 dia... nanti kita bekerja sama lagik.


Aku? hurmmm perlu cakap lagik ker? kali nie nak ucap tahniah kat akak aku kerna mampu kendalikan 'sonia' dgn berjayanya, wlpun mula2 cam hampeh hasilnya. Tapi selepas itu tak perlu cakap, dia tahu apa nak buat. keluarga berdarah seni, mmg senang nak bentuk. Koma*

Raya pertama aku berjalan sungguh sempurna. Masa itu tak diabakkan langgung. ader jer aktiviti. Cuaca di penang pun alhamdulilah sgt bagus... tak panas. Aku nak ucapkan selamat hari raya kat semua.. Tahun nie jika rezki kita bertemu di open house aku. insyallah.....

* Raya ke2 aku sudah pulang ke kl, tapi sempat g open hse lagik sbb menu nasi tomato/ nasi daging sgt tidak boleh dilepaskan.... Perghhhh sedap. Pentingnya 3jam jer drive, kami selamat sampai kl yg sunyik. uwaaaaaaa.....

4 Comments:

At September 23, 2009 at 10:12 PM , Anonymous mr romeo said...

yg pergi biarkan mereka pergi ngn aman..kiter yg hidup teruskan perjuangan..semoga lebaran ini mmberi seribu sinar untuk awak..

 
At September 23, 2009 at 10:41 PM , Blogger wan khairy said...

terima kaseh....

 
At September 24, 2009 at 8:56 AM , Blogger EdwarD FirdauS HaikaL said...

banyak betul aktiviti wan untuk raya pertama...sokong ngn romeo...hope wan terus tabah dan teruskan perjalanan hidu dengan ceria...

 
At September 24, 2009 at 6:49 PM , Blogger wan khairy said...

mmg banyak... terima kaseh yer..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home