kaki wayang

Semalam aku & habeeb g nonton film Thor. Konsepnya bukan ambek yg 3D yer.. klu ambek 3D boleh mendatangkan pening kepala sepjg perjlnan film. hahahaha,bersepah semua film2 barat nak buat 3D! Tak tengok 3D pun, film nie sememangnya akan menghiburkan anda! Puas hati sbb sekali lagik dapat tgk film yg seronok dan enjoi dan berbaloi2 beli tiket! Cerita nie bermula dgn baik skali, senang faham!! Cuma konsep dengki2 tue, sudah biasa dan senang sgt nak teka dari mula lagik! Tapi kita tetap terhibur dgn kualiti CGI mereka yg cantek dan lakonan yg mantop. Heronya, perghhhhhh teramatlah sesuai dgn cerita, heroin pulak terbaik. Natalie potman pulak kot, sudah membuktikan dia sememangnga terbaik dari ladang dan laut dalam. ha3. Cam x puas sebenarnya tengok film nie, dari aksi2nya dia bagik cukup.. cuma entahlah ada sesuatu yg aku nak tengok lagik... mungkin part sexi2 kot... poom* Aku malas nk comment pepanjang nie, sbb jarang aku update blog time cuti. So dengan nie aku bagik 4.3bintang tuk citer nie. Tak rugik malah cam sesuai tuk ditengok berkali2. Ceritanya simple sgt2, tapi korang akan terhibur dgn dongengnya itu.. Bab2 fantasi nie, memang feeling.

*WoW!!! banyaknyer film2 baru kuar, tapi masa itu tak der dah.. sbb aku akan g bercuti minggu depan.. Yeaaaahhhha.. dan jugak blog tentang ANTM16 jugak tak sempat nak update! klu sempat korang bacalah, klu tak sempat korang bersabar dan layari Youtube dulu k. Bye.

america next top model cycle 16

Episode 10 : Unta owh unta

Top 5 , semakin hampir dan jelas siapa yg terbaik tuk cycle 16. Ternyata memang mereka2 ini bersinar sepjg episode. Tapi siapa yg cemerlang? Episode nie akan memberi anda jawapan itu. Aku nerves sebenarnya episode nie, takut Molly aku buat perangai lagik, merungut lagik depan photographer. Fuhhh sib baik x der, wlpun tetap merunggut kena tidur bertiga! kah3. Itu x per, drama ..drama..drama.. Episode kali nie skali lagik khidmat binatang diperlukan tuk jadik prop! Seronoknya pasar Morocco. OMG!! Aku cam TASTE tuk g bercuti sana.. musti byk yg aku beli. WoWWww... serius aku suka... Photoshoot kali nie berlangsung kat padang pasir, moh lihat siapaa yg unggul... Sudah tiba masa tuk kita pilih top 3 dan top 2 final... dan ini pilihan aku..

Molly - Ternyata Molly Unggul tuk photoshoot! Andai episode lepas dia x buat perangai merungut, photo itu jugak Unggul di panggil dulu. Tapi Molly menebusnya tuk episode kali ni. Dia dipanggil dulu oleh tyra tuk pic terbaik. Ternyata pic diatas editorial. Natural n high fesyen. Sebenarnya tak perlu over tuk pose andai aura itu wujud. Aku cuma risau ttg perangai merungut dia tue, klu dari segi yg laen, model, catwalk,pose aku sememangnya tak risau kerna Molly berada dalam landasan yg betul tuk jadik Supermodel. Aku letak dia sebagai pilihan tuk beraksi di final.

Brittani - Andai di lihat dan ditanya siapa pencabar Molly , hanya Brit saja akan disebut dan mampu tuk duduk sebelah molly. YES! Mereka antara yg cemerlang tuk cycle 16. Aku x berapa suka pose diatas nie, sbb cam terlalu banyak sgt pose, agak blurr wajah britt dan x berapa nak high fesyen ( cam projet budak2 sekolah je pose tu). Bagik aku lah. Tapi tetap pic nie ke2 yg terbaik... Aku merasakan final 2, antara molly dan britt. Aku rasa mereka ber2 layak tuk ke final jika diukur dari segi potensi dan kecemerlangan mereka dlm cycle 16. Andai diukur dari unsur2 drama mungkin pilihan ramai ini tak dapat beraksi di final. Musti ada je drama tyra nanti... Klu x der drama n permainan nie bersih, Molly dan Brittani sememangnya layak berada di FINAL ANTM16.

Hannah - Yeahh aku suka hannah dipujik tuk photo di atas. Aku letak hannah tuk top 3! Sebab itu saja yg dia mampu. Bagik aku hannah blom mampu tuk tepis britt mahupun molly dari segi High fesyen or Vouge. Pic2 hannah sepanjang cycle mmg OK dan cantek. Tapi setakat itu saja kemampuan hannah ( kecuali photo ngan baby cheetah tue, yg itu mmg Vouge). Tapi klu ada drama yg tercetus , aku tak terkejut klu hannah ke final! Manalah tau episode minggu depan Hannah nie terlebih unggul ke. Mana lah tau, tetiba tyra unggulkan dia. Manalah tau....... Ha3. Tapi klu ditanya pendapat aku, Hannah top 3!

Alexandria - Liat tul nyawa dia.. hahahaha.. Pose NegaraKu ini sememangnya kayu! Melihat dia pose begitu, cam sudah putus harapan tuk maju, baik terjun bangunan dan mati... tapi ternyata tidak yer, dia terus hidup.. cuma cacat je seumur hidup. Hebat tak cerita aku tuk pic dia ni? ha3. Episode kali nie, dia tonjolkan balik perangai lama dia tue, tetiba x dapat bendung Fake nya itu, tetiba terkeluar jugak. kah3. Aku letak alex top 4 je! Itu je yg dia boleh andai dilihat lagik 3 model yg beraksi tuk episode minggu depan. Tapiiiiiiii klu tyra wujudkan drama yg sememangnya wujud, dia mungkin akan sampai ke top 3. Klu dia mampu ke final, aku akan call tyra suruh dia buat FILM terus, x payah drama lagik. Sekian.

Kasia - Episode kali nie kita dapat lihat bakat kasia mmg tersekat dan terbatas. Model plus 10 mmg wujud! mmg ada! mmg antaranya cemerlang dan terbilang! Tapiiii bakat mereka itu dijual dan terjual bukan tuk semua bidang(bidang ni, kau ade?). Kes kasia kali nie, Saiz baju dia x der.. sampai putus asa kasia. Ciannn dia.. huk huk huk... Sib baik ada jugak, baju mana entah mereka ambek. wa3.... Paling tak tahan si Franca (editor Italian Vouge) cakap x der nampak model pun kasia nie. Wlpun cam kejam je bunyiknya, tapi itulah hakikatnya sbb 4 model yg lain lebih pakejnya, lebih nilainya utk Italian Vouge. So dayang, aku kini tetiba cam teringat dan tahu dah knp ko slalu pakai baju pink ko tue bila jumpe aku. Wa3, larik!! Kasia akhirnya tersingkir.... Tp dia musti berbangga sbb duduk dlm top5 dlm cycle16. Ok le tue.

* Aku dah pilih top 2 aku siapa.. korang pulak nilailah sendiri k. Paling seronok ANTM 17 All-Star akan kuar selepas cycle 16 nie tamat. Korang dapat bayangkan tak? WoW!!! Musti lagik pening nak pilih pemenangnya..

kaki wayang / bufday hareez

Semalam aku ajak habeeb tengok muvi di atas. Mungkin agak lambat aku g tengok citer nie.. Tapi yg penting aku tetap g tengok. Akhirnya penantian tuk tengok film yg best berjaya jugak. Cerita nie mmg kegemaran aku. Film yg memerlukan kita fikir, meneka dan membayangkan situasi itu adalah cerita yg pintar. Siapa yg bodoh dia x suka lah tengok film nie. Pemilihan hero sangatlah sesuai. Sedap mata memandang, sedap lagik hati memikul bebannya... terlebih sudah*. Heroin pulak, sangat sepadan dan sweet. Pendek kata film nie BEST. Panjang kata, mak aik.. tak tertaippp.. pjg sgt dia berkata-kata. 8min masa diberi, apa yg korang mampu buat sebelom mati? 8min masa diberi tuk selamatkan keadaan? 8min diberi x boleh dilanjutkan? G le menonton film nie... BEST ye. Dengan ini 4.2bintang diberi tuk film Source Code. Film yg kreatif dan layannn...

Sabtu yg lepas, aku, habeeb dan mira telah g bufday party Hareez (anak buah aku) dan 1st Anniversary akak dan suami. 2 majlis dalam 1 hari. Bertemakan Merah Vs Hitam majlis berjalan dgn sempurna. Majlis berlangsung kat karaoke Just K. Seronok disitu.. macam2 ragam boleh kita lihat disamping biliknyer besar dan sound sistem nyer bagus.

Warna merah sememangnya warna kegemaran akak aku. Tak sudah2, tak habes2 ngan tema merah dia.... Raya tahun nie pun merah! kah3, hadaplah.... Kombinasi merah/hitam sgt menjadik. Menarik dan harmoni. Kehadiran mira menceriakan suasana.. konset yg ingat dibuat akhir nya berjaya jugak! wlpun ada je yg skip lagu kita, kita tetap membalasnya... Mlm tue mcm2 ragam dapat dilihat.. Cam teramat kelakar melihat pokcik2 menari, menyanyi key kelaut dalam tapi tetap yakin dan penoh pesona menanyi. Haiyoooo aku dan mira hanya mampu ketawa (tetap!).

Semakin besar Hareez... Ingat lagik bufday dia yg tema biru.... kat karaoke jugak tempatnya.. Time 2, rambut aku panjang... skg rambut aku pendek.... makin besar dia, makin tua aku.. Huk! Cuma apa yg melegakan, aku sentiasa nampak cam 21 tahun. Poom* dayang klu baca musti dia carot aku selagik mampo. hahahahha.. Pape pun harapnya mak & anak ini bahgia sampai bebila disamping yg terchenta. Sayang korang.. muahx..muahx..

* 10 hari lagik tuk percutian yg di tunggu2. Tak sabar tuk beraksi..

kaki wayang

Jumaat yg lepas aku g nonton citer diatas. Yang mendorong utk tengok citer nie sebab hero kesukaan aku beraksi tuk film nie. WEeeeEee. Cam melihat diri sendiri berlakon, POOM*. Aku enjoi tengok citer nie, walaupun citer dia teramat slow yer.. very the mendayung sampan hingga ke muara. hahaha. Kisah Roommate yg gila , meroyan dan feeling di cintai dan feeling melindungi. Cam eheh kesian idup dia. Kah3. 18sg cam x sesuai je tuk dilabelkan bagik film nie. Sebab aksi ganas nyer idaklah banyak.. Lite2 je... cam sesuai ditonton oleh kanak2. Mendidik supaya tidak menjadik lesi. Ade? Walaupun citer dia slow, tabiat meguap aku x banyak.. mungkin kerna ada faktor laen yg mendorong aku tuk terus fokus dan terhibur. Sejujurnya citer nie tersgt biasa dan tiada yg luar biasa.. Bila perempuan mencintai perempuan, sifat cemburu mereka melebihi tahap kewarasan manusia.. Sebab tu mereka buat film aksi perempuan ngan perempuan. Klu buat lelaki dgn lelaki cam x logik cemburu itu, Walaupun zaman skg, sememangnya lelaki sudah menguasai tahap cemburu kalah dari pompuan. Smash, bergegar bulan dan bintang! Jgn marah arhhh, sape terasa dia lah perempuan itu. Hahahaha. Moral film nie, jgnlah nak feeling dicintai, walaupun org itu ambik tahu or buat baik dgn kita. Itu tak semustinya cinta. TAKE NOTE FRENDS. Dengan ini aku memberi 2.5bintang tuk citer The Roommate.

* Sakit pulak hati sbb asyik tengok film yg bintang nyer x bergemerlapan. Tak per, byk lagik film akan keluar dan cam best tuk ditonton. Citer melayu cam x best tuk ditonton skg. Tunggu Karak dan Seru keluar. Film tue cam seronok tuk tutup mata. ha3.

america next top model cycle 16

Episode 9 : RECAP

Tinggal 5 peserta, akan beraksi ditempat baru... mereka terbang ke Morocco. Episode kali nie Recap! Saja nak bagik kita penasaran menunggu seminggu lagik. Recap kali nie banyak tunjuk clip2 yg tak pernah kita tengok seperti magic cristal Hannah, perangai kanak2 jaclyn dan Mcm2 lagik. Paling ketara sikap Bitch Alexandria... Tengok episode 9, rasa menyampah n meluat kembali meluap2! tengok Youtube makin bertambah kutukan kat Alex. Ha3. Terkejut aku tengok dia Smash Jaclyn yg cute tue, sampai nanges org tue! Tyra sedar bertapa FAKE nya alex, tapi tyra masih kekalkan dia.... Drama memang diperlukan dalam ANTM. Mungkin nak bagik peserta laen tergugat ngan Alex dan buktikan sesuatu yg lebih unggul dari Alex. Seronok tengok Recap kali nie.. macam-macam ado. Kisah rambut Molly di ceritakan lagik. Memang terburuk dalam sejarah ANTM.


Melihat pada peserta, antara Alexandria, Molly, Brittani ,Hannah dan Kasia aku merasakan persaingan sengit akan dtg dari Brit, Alex dan Molly. Kasia bagik aku cantek tp utk Italian Vouge? im not sure. Hannah pulak kejap timbul kejap tenggelam. Tak sabar nak tunggu minggu depan, mereka akan beraksi ngan Binatang sekali lagik! Cycle kali nie mmg banyak khidmat binatang digunakan. Hehehehe... Lega minggu nie aku tak perlu taip panjang2.. YeaAAahhhh!!

* Top 5 bakal beraksi. Setiap mereka punya kelebihan masing2. Siapa saja boleh tersingkir andai x fokus. Sumpah tak sabar dah nie nak tggu minggu depan. ha3.

Bufday Erry/East/Ash

Bertempat di Ascott KL, bufday party ini berjalan sgt lancar dan meriah. Tema warna majlis ini ialah Black/White/Gold. (Dress code) Melihat pada warna tema, melihat tempat, melihat pada aturcara majlis, konsep Glam Rock sesuai tuk dikenakan. Bagik aku ianya majlis hari jadik. bukan konsep g kenduri kahwen, so tema itu sgt sesuai ngan jiwa dan usia ku! Thing! ilang* Melihat pada fesyen bufday boy's n girl, mereka memilih utk lebih formal. Mungkin lebih selesa begitu, sbb mereka tuan umah! Cam g kenduri East n Ash kahwen pun ade. Ayie jadik bapak kepada Ash. hahahahaha...(drama sebabak). Pape pun mlm tue, semua yg dijemput hadir ngan tema Glam. Penting skali semua dtg dgn tema warna yg diberi. Cool!!

Aku memilih konsep Glam Rock! Habeeb pulak memilih konsep Glee. Fesyen habeeb itu ideanya dtg dari saya. Comel kan? wEeeee.. Tapi malam tue semua org panggil aku Gaga! Kenapa erk? maybe Glove itu identiti gaga. hahahha... Seronok dpt temu kwn2 yg laen , sambil mkn2 dan nari. Majlis start kul 7.30, tapi dah kata melayu kul 8 baru start! Makanan yg dihidang sgt lah lazat! Bersesuaian ngan tempat, sgt PUAS HATI makanan kat situ!!!! Selepas makan2, hadirin semua dihiburkan oleh showgirls dari Viviana Ent. Terhiburlah jugak melihat pepondz menari sambil menggedik dgn tetamu. Pastu acara tiup lilin dan kembali menari2 manja. Ade? Tapi agak potong stim, sbb muzik x leh dikuatkan.. sgt slow sampai x terdengar liriknya... apa kejadah kan? Baik tutup je... Tak sampai 5 minit muzik terus tutup! Rupernya tempat tue x leh bising n tutup jam 11.30pm. Selepas disitu kami berarak pulak kebawah.. kat situ boleh bising! hahahahhaah..

Dibawah kami enjoi bersama2 bufday boy's n girl. Majlis selesai kul 1.30 am. Kat bawah pun tutup awal. Cam kemut je sebenarnya Ascott nie... Hampas! Selesai dibawah, sedangkan byk lagik lagu tak terpasang, kami pun naek ke bilik... Aku naek terus tido. Org2 laen naek dan terus sambung nari n gelak2. Darshat tenaga mereka. Terlalu byk ruang dlm badan mereka. Kah3. Pape pun majlis berjln sgt sempurna di mata ku. Semua org hepy itu sudah memadai. Harapnya Erry/East/Ash bergembira di majlis itu n Wish hepy bufday sekali lagik tuk kalian ber3. Moga2 terus cemerlang,bahgia dunia & aqirat, Sayang korang..muahx3. Selesai jua majlis ini. Tahun depan ade lagik ke? NERVES. Pape pun x sabar nak tunggu gambar2 dr photographer, sbb dlm kamera aku x byk gambar bersama kakak2 aku semua. Malam tue ada photographer, so malas la aku nak snap pic kwn2 yg laen. Semuanya ada kat mereka. Sbb tue dlm FB jugak x byk pic2 di majlis nie. Tunggu pic yg lagik grand ye. Harap2 dapat dgn cepat sebelom acara laen muncul.


*Acara seterusnya, Phuket Thailand! Acara yg ditunggu2 selepas acara bufday diatas. Harapnya semua dah bersedia. Tak sabar nak g bercuti kat situ bersama kakak" & yg terchenta.

kaki wayang

Semalam aku dan habeeb sempat nonton citer nie. Sebenarnya nak tengok citer laen, tapi biasalah konsep aku x suka tunggu lama2, tengok je citer yg mana paling cepat dan cerita nie berada dalam waktu terdekat itu.. wawawa... Diva sungguh konsep! Preview citer nie, mmg GRAND! kah3... Ada 3 preview ye, sblom citer ni start! kah3... Citer seram kelakar ini mmg punya pengikut yg ramai.. Dah masuk siri ke 4, ternyata citer nie mmg sambungan citer yg lepas2. Lawak sengal dan seramnya di adun dgn baik. CUMA!!!!! Masa citer nie start, aku tertanya2 adakah aku tengah tengok CD cetak rompak?? Aku berada di panggung nie!! Tak mungkin cetak rompak. Kualiti film nie sgtlah buruk. Tak dapat aku bayangkan klu cetak rompak, cam ne lah hasilnya... hahahaha.. Serius tak tipu, baik beli cetak rompak je.. sbb kualitinya sama je cam tengok panggung! Tak tahu dimana silapnya, first time tengok citer org putih punya kualiti cam citer prof. Razak Mohaideen. Ratu the movie elok lagik kot kualiti gambarnya. (tak tengok pun citer tue, tggu raya je.. tue pun blom tentu nak tengok!) ha3.

Pembunuhan dalam citer nie, seperti siri2 yg lepas, tetap dengan tema Call n bunuh secara kejam! wawawawa... Banyak aksi bercakap ditonjolkan! Disitu je aku menguap 3 kali. Aksi bunuh pun ada, tp x senerves dulu. So aku bagik citer nie 1.5bintang. Makanya x payah lah korang susah2 nk g tengok panggung. Beli CD sudah... Apakah kesudahan citer ni??? korang layannn le sendiri.... Sbb rugik gak dah tengok citer nie 3 sirinya, siri ke4 tak tengok, cam kesian pulak kat korang. huhuhu.. so g le tengok , cuma pilih sama ada ke panggung atau beli CD.

* Ada bufday party menanti... nantikan ulasan disebalik kemeriahan itu.. AKAN DATANG!

america next top model cycle 16

Episode 8 : Go sees

Melihat episode 8, aku dah agak molly dalam bahaya. Hahahaha, selepas brittani ditegur oleh juri, episode nie Molly pulak kena.Memang badi lol!! lepas sorang, sorang buat hal. Wa3, mmg sesuai ngan situasi. Aku suka je Tyra tegur model2 pilihan nie, sbb dari situ mereka boleh berubah.. Cam alex, 2,3 kali kena tegur, kini dia menjadik persaing yg fokus dan baik (wlpun fake, janji sopan ye idak fasha?? tetiba*). Begitu jugak dengan britt. Melihat episode nie, aku rasa persaingan cam antara alex,brit dan molly. Entahlah, tapi mereka bertiga nie mmg menonjol dan semakin berapi2. Fuhhh... aku teruja episode nie sebab ada cabaran Go-Sees!! LOVE..love..LOVE . Kat sini kita boleh melihat kemampuan model2 itu sendiri utk menonjol dan dapat job! Akibat perangai dan aksi muka molly itu dia terlepas tuk memenanginya..... Photoshoot? Dramatic/vouge VS sampah sarap! moh melihat ulasan ttg 6 peserta ini dan siapakah tersingkir! molly? owhhh jom saksikan.

Alexandria - Bagik aku ini bukan lah photo terbaik tuk episode ini. Tapi untuk double kan kegembiraan alex, dia di panggil dulu. Dia jugak pemenang Go-Sees, wlpun hakikat sebenarnya Go-Sees kali ini milik molly. Akan tetapi perangai molly tue cam hampas, rezeki milik alex. So tahniah tuk Alex kerna berjaya memberi saingan dan buktikan negatif itu boleh dipositifkan. Aku suka je pada model2 yg baik nie... mungkinkah dia memenangi ANTM16? owhhhh diluar jangkaan aku andai dia menang. Pape pun setakat nie, dia membara dan berkobar2. Joey senyum cepat!!! krol ko pun senyum la jugak k. walaupunnn*

Hannah - Amazing dress!!! Pose superb!! tapi dia makin boring dan tak menonjol cam permulaan episode. Hope dia berapi2 jugak tuk bagik saingan. Aku rasa dia terselamat sebabkan Dress itu membunuh. Pose sikit je dah Boommm kebaboommm! Aksi cam nie slalu sgt aku tengok, so aku cam x berapa best ngan prestasi dia tuk episode nie. Cabaran go-sees catwalk dia ditegur supaya lebih mantop!! Hope dia bangkit sebelom tersingkir.

Kasia - Top 3 untuk cabaran Go-Sees. Antara dia,molly dan alex di adili tuk final Go-sees, dan alex menang kerna personality dia cam gedik (tetap!). Ini jugak membuktikan kasia mampu dapat job, dan tepis 3 peserta yg laen. Brittani,hannah dan jaclyn yg punya pakej boleh tewas ngan dia. So jgn pandang sepi atas kemampuan kasia. Tapi melihat aksi dia diatas, ternyata dia yg patot tersingkir, cam sampah dah aku tengok. Bak kata pemerhati ANTM cam WALL-E . Baju nie cam plastik sampah sgt, x high fesyen pun.. dapat plak kat kasia yg besar nie, cam perli habes photo diatas. Tyra masih suka dia, masih nak simpan, masih syg, makanya pic nie dipujik melambung2 kelangit! Pape pun entahlah.... tak taste pic nie. Cuma permandangan pic di atas cool..

Brittani - Aku suka suasana, aura ,aksi pic nie. Britt kembali dgn pesona yg baru. Drama minggu lepas meninggalkan kesan yg mendalam pada dia. Tapi dia dah mintak maaf pada semua.. Dress yg britt dapat sgt cantek dan elegen! Pose dia jugak cantek cuma nampak seperti dibuat2 dan x relex, yesss itu diakui! Pape pun aku suka pic nie... sempurna. Pilihan ramai nie kembali menceriakan semua.

Molly - Seperti aku duga, molly memang akan duduk bottom 2. Semuanya berpunca dari attitude dia. Cabaran Go-sees dia berada senarai paling atas tuk menang. Tapi perangai yg dia tunjuk masa final 3 tuk pilih pemenang, molly cam krikk..krik...krikkk.... makanya alex menang! Tapi aku lega, sbb dia mampu tuk dapat job andai tersingkir kelak. Sebab mmg terang lagik bersuluh potensi molly sgt besar. Aksi photoshoot pulak? Superb! Vouge! High fesyen! Italian Vouge! TITIK! Pic nie sepatotnya yg terbaik tuk episode nie, tapi disebabkan attitude itu, tyra perlu letakkan dia di bottom 2 tuk tegur. Hope molly belajar tentang itu, andai x faham bahasa gak, x mustahil dia bakal tersingkir kelak. Pape pun aku lega, kerna model pilihan pertama aku berjaya masuk top5. Yeahhh, setakat nie, x pernah pilihan pertama aku tewas dr masuk top 5! So aku lega kini.. Aku harap dia persembahkan yg baik2 pas nie, wlpun aku suka sebenarnya aksi tunjuk lidah dia tue, bila dia tengah meluat.. cam comel :)

Jaclyn - Melihat pada aksi dia, yes mmg patot duduk bottom 2. Tapi untuk tersingkir bukan dia. Kasia lebih buruk sebenarnya. Ramai org bersedih dia tersingkir. Dress yg jaclyn dpt nie buruk ler.. cam Halloween costume. Aksi dia sepohon kayu sikit. So aku ok je dia tersingkir, idaklah bersedih sgt... persaingan sememangnya makin hebat, siapa buat silap, yg x der aura pas nie, dialah tersingkir. Model pilihan maksu dalam kenangan. suara dia yg comel itu akan di ingati. Melihat top 5 di atas hanya hannah je x pernah duduk bottom 2. Yg laen semua dah pernah. Adakah hannah cemerlang keseluruhannya? yg duduk bottom 2 tak baik? Jgn terpedaya, kdg2 yg ditegur itu tyra suka. Tak sabar melihat top5 beraksi ditempat baru. Mereka akan terbang ke Morocco. WoW, seronoknya!!!

* Top 5 sudah diketahui, tempat baru,cerita baru, aksi baru. Drama?? Siapa pulak yg akan bikin drama minggu depan? Owhhh tunggu... 5 yg terbaik ini akan mencemaskan kita ngan perangai dan aksi mereka.

kaki wayang/ ABP2010

Semalam aku nak tengok citer CUN (movie melayu) tapi tanyangan dia kul 9mlm, lambat!!! sebab sgt hampir ngan waktu tido ku. So aku putuskan tuk tengok citer HOP. Semalam punye mood ialah santai, so citer nie sgt sesuai. Citer HOP terlalu comel. Aku suka ngan citer nier.. Segar dan comel je E.B tue. Weeeee.. cam nak bela je, sbb perangai cam manusia yg baik. Klu perangai cam binatang, mmg bye.. Tetambah berak x busuk, siap kuar gula2 lagik. siapa x nak bela. Klu berak satu blok bole bau, mmg ko idup je di Zoo. hahahhaha. Citer nie simple je.... tapi aku teruja sbb citer nie diidupkan dgn aksi2 yg cute dan lagu2 yg segar. Wawawawa... Kepada sesiapa yg dok stress bekerja, dok stress mencari cinta, dok stress ngan kekasih, pi tengok citer nie... anda akan terhibur dgn kechumelan E.B dan binatang2 yg laen. Aku kasi 3.9bintang tuk citer nie.. Yang penting dalam citer nie ada satu watak, cam sama je ngan watak kwn aku sorang nie (2 patah perkataan, cari sendiri... mok je tau! wa3)

ABP2010 dah tamat minggu lepas! Aku tak terpikir pun nak blogkan nyer, sbb segala luahan dah pun tertulis dalam comment2 wall FB, tapi si opah sekor nie nak jugak aku buat! musti dia ada x puas hati ngan pemenang2nya... Makanya utk x kecewakan dayang, aku pun update le ttg itu. Melihat fesyen2 artis kita, ada yg sedap mta memandang, ada yg cam kena sambar petir klu pandang.. aiyooooo... Melihat persembahan artis pulak? Bohsannyer kecuali dari Anuar Zain dan Dato CT. Kehadiran Usop Wilcha sgt best ye!!! Moh lihat keputusan pemenang dan ulasan aku.

1) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular - 6ixth Sense
Agak terkejut sbb Bunkface kalah! Si SAM tue cam dh nak bangun je.. Walaupun* wa3. Suka je mereka menang, sbb aku x suka tgk pemenang copy paste setiap tahun.

2) Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Aku suka dia menang!!!!! hahahahha.. wlpun ramai yg menyumpah dia menang! Bagik aku dia layak menang banding lisa surirumah itu (Mampos kena maki ngan peminat lisa) Ade mek kesah? wawawawa.... Entah, aku cam suka dia menang, dia cantek mlm tue, manis, dan berlagak mulia (tetap smash).

3) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Boring!!!! Ingatkan saleh yaacob yg menang! Ade? hahahahha... Entah aku bosan tgk dia menang, cam eeerkkkk... tutup TV.

4) Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
Aku lebih suka si sharifah tue menang. Sbb aku suka tgk dia berlakon komedi. Tapi Noorkhiriah jugak bagus, so aku suka je dia menang.. lalallalalaa.... aksi raja azura ngan shira mmg terbaik lah time nie.

5) Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
Owhhh no!!!!! Aku ingatkan Mirwana menang k! Rabbani two thousand LATE! Kenapa mereka asyik menang sedangkan lagu2 Mirwana yg byk kat radio skg. Hmmmm.. tutup radio.

6) Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Ingatkan Zizan menang! Tapi penangan mak hayam tetap x boleh senang2 tepis. Maybe tahun depan kot milik zizan.

7) Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Ermmm aku x berkenan dia! Tapi dalam top5 itu tiada saingan langsung!! so dia berhaklah naik stage ABP itu sekali. Skali je k!

8) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Ok, aku suka dia.. walaupun dia byk kali menang, tapi ianya x membuhsankan. Cuma Dress dia malam itu, fafau nampak tua sebelom usia. Sepatotnya Didie alias pakai baju fafau tue.. biar sopan! Dah tua lagik nak berkemban segala.. aiyoooo sib baik tewas, klu tak? satu malaysia tgk pakaian dia mlm tue... Nany Mpchee sgt.

9) Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Bosan giler!!!! serius, cam byk lagik calon2 laen yg lebih layak.. ternyata pembaca berita harian sengkuang. Sib baik aku baca metro dan kosmo je. Wa3.

10)Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Sekali lagi naek stage!!! Suka! mungkin nie tahun last dia tuk trofi tue, sbb dia dah kuar melodi.. Klu dia ada jadik hos kat rancangan laen, mungkin persaingan sengit itu akan dtg dr pengacara melodi yg baru. Sebab rancangan melodi sgt popular.

11)Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
Yeahhhhhhhhhhhhh!!!! tue sudah cukup buktikan kegembiraan aku.

12)Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Kenapa bukan Anuar Zain?????????? hmmmm tapi ok je, janji bukan Shahir.

13)Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Ermmmmmm naik stage jugak Lisa surirumah ni. NEXT.

14)Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Yeahhhh!! suka jugak!! janji bukan Adira. Aku pun tak tau nape anti sgt ngan budak2 AF yg lepas. Kualiti x der ler... aku susah nak suka org yg tiada kualiti.

15)Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Tak syak lagik!!! memang layak milik dia klu nak ukur dgn film2 dia yg pecah panggung itu.

16)Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pengganti dato CT. Dia sememangnya layak menang!!!!

Anugerah Sepanjang Hayat - Dato' Rosnani Jamil
Sesungguhnya artis2 yg berasal dari Pahang, anda kerna bersyukur kerna lahir di sana. Sultan Pahang amat menghargai seniman2 kita. Lihat saja artis2 yg berasal dari pahang, semuanya dapat DATO sudah.. klulah ZZ berasal dari sana.. hmmmm dah dapat dato jugak rasanya.

Anugerah Artis Mobile - 6ixth Sense
Besalah klu bab2 mobile wanita2 gedik lebih menguasai.. so x terkejut mereka nie menang. Kah3.

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 - Shaheizy Sam
Memang tahun 2010 merupakan tahun Shaheizy Sam. Film2 yg dia berlakon semua pecah panggung, walaupun kualiti film itu pecah rumah sebenarnya. hahahhah... So mmg layak dia dapat gelaran bintang paling popular 2010. Tahniah, aku suka, dia di undi tuk gelaran itu.

* Dayang ko puas hati? aku dah ulas tue.. ade nak tambah pape? Sila drop comment ditempat biasa... sekian terima kaseh. Semakin hari semakin ramai yg view blog nie... terharu2 sgt... Ker?

america next top model cycle 16

Episode 7 : Crazy..crazy..

7 model yang tinggal, dalam ketujuh2 model itu hanya 4 pilihan LCW iaitu 2M,hannah dan jaclyn. Lagik 3 model lain? 1 x berkenan perangai , 1 tak taste, 1 tak kuasa. Hahahah.. Episode kali nie lebih Darshat dari minggu lepas... pergaduhan antara Alexandria(racun) ngan Brittani (pilihan ramai). WoW!! drama makin rancak....Sesungguhnya setitik racun boleh rosak susu sebelanga. Episode lepas, badi itu menyebabkan Monique tersingkir.. adakah kali ini Brittani pulak? NERVES. Jom saksikan photoshot tuk kali nie bertemakan crazy-awesome , bersama prop yg diberi.

Jaclyn - Gila Makeup! Itulah tema yg si jaclyn dapat. Sgt superb ye... Dia mmg supermodel dalam gambar, tapi live? Owhh terlalu comel tuk jadik model bertaraf antarabangsa. Itu je kekurangan dia... huhuhuhu... Apa2 pun aku tetap suka pilihan maksu ini tuk terus mara dalam ANTM kali ni. Nie lah bini Joker. hahahahhaha...

Molly - Gila accessories! Tue tema yg molly dapat. Mula2 aku cam nerves sbb tema nie susah nak crazy kan. Tapi cuba lihat hasil yg molly tonjolkan? Italian Vouge! Titik! Dia semakin bagus, aku amat suka dgn perkembangan ini... Bak kata tyra hampir2 tuk dapat pic terbaik pada minggu itu. Tapi x per, no2 pun ok dah.. sbb molly dah pernah dapat sekali, bagi peluang kat jaclyn plak. Pilihan pertama aku hampir ke top 5. mampukah dia?

Hannah - Gila beg! Tema yg hannah dapat, tp tema nie kurang ummphhh la. Hannah cam ilang sengatnya. Cam bohsan!!! muka pretty..pretty nie mmg payah tuk tonjolkan kegilaan di wajahnya. hahahha.. still nampak cute.

Kasia - Gila wig! Sesuai!!! hahahhaha... model x kuasa nie terus bertahan. hahahha.. Dayang berbanggalah anda model yg aku kasi nie terus bersinar2 cam bulan .

Alexandria - WoW!! dia terus terselamat ye. Tahniah jugak pada dia sebab menang kereta ford ye tuk aksi cabaran minggu ni. WoWWWW!!!! bestnye dapat keta. Dia nie sebenarnya cam dah berubah lah skit2, tp tetap satu rumah tue benci dia.. Terutama brittani, yg ingin sgt tengok dia tersingkir. Satu rumah tue dok doa agar dia tersingkir.. Tyra x bodoh nak buang org bikin drama nie.. Seharusnya simpan lama2 skit. Aku berani jamin dia x mungkin menang ANTM16, itu pasti! ( yakin sgt nie, skali menang ANTM16! pengsan**) So x kisahlah dia x tersingkir lagik, esok2 tue tersingkir JUA. Wa3.

Brittani - Akibat pergaduhan itu, dia duduk bottom 2. Huk! Sgt nerves drama dalam bilik juri. Sib baik dia terus terselamat kerna juri2 yg laen VOTE tuk selamatkan dia. Tyra sorang je Vote tuk singkirkan dia. WoW!! klu dia tersingkir, menanges yg laen. hahahahhaa... Tp pic dia kali nie, mmg buruk pun... x crazy! Padahal tema Gila kasut nie sgt senang tuk beraksi.

Mikaela - Akhirnya tyra x dapat selamatkan dia lagi.. Ternyata tyra amat suka dan sygkan dia. Sbb pertama kali aku tengok tyra cam sedih tuk lepaskan org yg tersingkir ni. Pilihan ke2 aku ucapkan bye2 kerna aksi Gila Shopping itu x ditonjolkan dgn baik. Cubalah klu aku ganti dia.. pergh!!!! mmg gila set tue aku kerjakan.. Shopping adalah hobi aku. wawawawa.. Mika akan teruskan kerjaya modelnya diluar sana, kerna sebelom masuk ANTM dia mmg model pun. So tak pelah rezeki x der kat situ. Walaupun sedih akan keilangan mikaela dalam ANTM, aku berpuas hati kerna masih ada Molly tuk di sokong.

* 6 peserta yg tinggal, tinggal 1M bersama2 dua model tuk aku sokong. Bersaing dgn 3 model laen yg x taste.. WoW, ianya makin hampir, persaingan makin sengit. Tak sabar!!!