Pembetulan...

Sebelom nie aku mengatakan show rnp senior akan berlangsung minggu nie, akan tetapi ditunda kepada tarikh 14/8/2009 disebabkan nak buat persediaan yg lebih rapi. Ini jugak kerana minggu depan ramai yg tak ader. Diharap semua bersabar dan bertenang k. Show senior mmg cam tue, tak pernah tak tertunda!! kahkahkahkah... Konsep warna pilihan malam kemuncak itu ialah merah. Korang setuju atau tidak?? Sebab aku rasa warna itu mmg ramai yg dah buat, tapi aku tak pernah buat. So aku terasa nak buat warna nie, sbb mmg dlm almari korang dh ada warna nie. Kpd kwn2 yg masih belajar, bole lah pakai baju merah yg tersedia ada sebelom nie, kepada yg dah kerja bolelah beli baju merah yg baru. Kepada yg kedekut senyap2 jer, pakai je baju merah yg lama. JANJI merah!!!! tak sabar nak berkumpul cam nie lagik. Show dan tema paling besh pernah kita buat ialah time show pertama aku di LQ dan tema kita 'BIRU'. Itu paling meriahhhlah. Yg tema 'KUNING' tue aku tetiba pengsannn* kan? so x besh. hahaha.
Harap yg ini besh. jumpa korang minggu depan !!

Tempat : LQ
show: Rnp senior/junior/ dan persembahan nikki( artis)
Tema : merah
tarikh: 14/8/2009

*Gaji dah kuar, shopping siap2 baju merah dan simpan.. Aku semakin bz dan letih. tapi masa aku terluang ngan benda2 yg berfaedah. berpeloh hari2..

tersebut lah kisahhh..

Jumaat/Sabtu: Sebenarnya klu ujung minggu datang memang muka2 kat bwh nie jerlah peneman aku. hahahaha. Begitu jugak jumaat/sabtu lepas, merekalah yg bersama2 aku. Achu dan amal klu bole hari2 aku nak bersama aku.. tanpa mereka aku bole jd gila dok bercakap ngan anak2 hamster yg kini sudah bertambah lagik 2. hahahaha. Kisah yg lepas tiada apa hendak diperkatakan kecuali kesah fena. U i nak bagik lite2 jer k. Jumaat dia bersama kami, tema putih pun dia yg beri... tp kemuncak kegembiraan itu tak der...(gaduh ke? fine!! sbb tema aku ialah, 'AKU NAK MENARI') Hari berikutnya pulak kami kuar bersama2 lagik. Ingat nak g main bowl, tp siottt penuh sampai subuh!!! so tukar plan, plan aku seharusnya nak g pasar!! tp yg laen nak g karaoke, maka aku ikutkan saja..... Tapi kemuncaknya jugak??? (gaduh lagik?? biadap sgt dah nie) FINE!!! aku tak kesah sbb aku 'KAYA'( kan achu? kita kan kaya) so cianlah achu dan amal. hurmmm nasihat aku ialah nak gaduh itu bole, nak merajuk itu pun bole, tapi kita dtg dalam satu rancangan, so sudahkan rancangan itu dulu baru gaduh! boleh? huhuhu Apa2 pun fenna masih belajar utk episode barunya ini. So dimaapkan!!! AWAS, klu buat lagik, sekali ngan teeddd* itu aku basuh sampai puteh! konsep aku pada minggu itu, 'MAAFKAN'. Harap dimasa mendatang kita epy2 semua yer...

Aku syg korang semua, wlpun byk drama...drama...drama.. kaseh syg aku tak pernah kurang utk korang. hehehehe..


Masih ingatkah anda tentang kisah kasut ini?? cuba anda lihat dimanakah kasut ini berada? masih anda ingat tentang tempat itu?? Jika anda sudah tahu, maka bersedialah kerna ianya akan muncul. RnP senior akan kembali mengegarkan pentas LQ jumaat depan. Aku harap semua frendz dapat hadir, kosongkan jadual anda pada jumaat depan. Rambut kuning akan kembali. bye.

* minggu nie/depan aku akan mula bz untuk ke studio...

pemberian sahabat

Blogger
Blogger Mr Romeo said...

lagu ni pun sesuai..
untuk kekasih


Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

selamat menyanyi

July 21, 2009 11:44 PM

Ulasan aku: Terima kasih, lagu nie sgt indah liriknya. Cuma ianya cam sesuai utk org yg bercinta, sedangkan saya belom bercinta. Apa2 pun ada lirik yg kena. makasih mr romeo.


deuxelmyra
said...

lagu ni mmg khas utk u

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gila
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

July 22, 2009 12:50 AM

Ulasan aku: Lagu nie dari dulu u tujukan untuk i kan??? jgn nafikan!!! hahahahah.. sekarang tujukan lagik? sedeh lah gini... hukhukhukhuk.. terima kasih kerna sentiasa memahami diri i dan sentiasa sokong i. Cuma lagu nie tang hujung tue keras sgt bunyiknya. dia masih lagik permata, bukan kaca... so ada yg boleh dipakai, ada yg boleh di tukar liriknya. Apa2 pun rangkap pertama lagu nie sgt KONSEP!!


deuxelmyra
said...

mmm sedey gak lagu nie....

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

July 22, 2009 1:01 AM

Ulasan aku: Lagu nie 100% kena ngan KONSEP!!! serius wlpun kehadirannya itu sementara, sampai skg ianya masih diingati. Masih terasa kehadiran itu baru semalam berlaku, wlpun sudah lama tidak ketemu. Tamak sungguh bagik dua lagu yer??? hurmmmmm... berpeloh dah nie muka.


Blogger ADLIN ALAWI said...

Kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku
acuhkan diriku

[*]
Bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

[^]
kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

[*][^]

[interlude]

[^]

lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku



*lagu ni sy pernah terima dari seseorang yg terlalu sygkan saya..hahhaa..jiwang sgt

July 22, 2009 1:33 AM

Ulasan aku: Adlin lagu nie sgt keras..kecewa sgt nie lagu nie.. huhuhuhuhu.. apa2 pun thx kerna memberi lagu ini utk tujuan berkongsi emosi di dalam lagu. Rangkap ke2 lagu nie wan suka!!!
Delete

Blogger Achu said...

Ku Milikmu Khas utk WAN

Sememangnyaku
Seringkali menunggu
Oh renunganmu
Bagai memanah dikalbu
Ku bertanya
Oh siapa
Gerangannya

Dan kini ku menanti
Kau bersuara
Tidak mungkin aku yang
Memulakannya dulu...

( korus )
Jika engkau cuba mengerti
Apa yang tersirat dihati
Apa lagi perlu kau ragu
Ku milikmu
Cubalah engkau menghayati
Isyarat cinta yang diberi
Jika dirimu tahu
Ku milikmu

Jangan nanti
Debarku kian berakhir
Menunggumu berubah pula
Nanti hatiku
Yang kumahu
Dirimu
Mendekatiku

Kemaskan langkahmu
Aturbicaramu
Manisnya kurasa
Andai bersama oh...

( ulang korus )

Walaupun diriku
Sering saja diganggu
Dipujuk dirayu
Oh...
Hanya kau difikiranku
Dirimu yang ku nantikan

Ulasan aku: Thx acu, ko mmg biadap!!! hahahha.. Sangat kena jugak lagu nie. gila tak kena, dah terasa cam berlanggar ngan batang idung aku sendiri dah nie. hahahaha.. Ku menanti selagi belom jelas terbukti. hanya kau difikiranku..... KONSEP!!


dan

Putus Terpaksa - Ziana Zain


Verse 1 :
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku
Verse 2:
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada
Chorus :
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
(CHORUS )
Verse 3 :
Demi masa hadapan
tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri(x 2)

July 22, 2009 10:10 AM

Ulasan aku: Gila bagik lagu ziana zain??? bak kata feena lagu kakak u i tak berani nak bagi. Ko berani mampos bagi lagu nie? hahahahahah... Hurmmm putus terpaksa ker? idaklah sampai begitu kot. Keras jugak lagu nie... menangkap jantung aku lol. tapi aku suka lagu nie. Pernah ke lagu ziana aku tak suka? hahahah... and Verse 3(akhir) paling KONSEP!!!! jika cinta itu bukan milik kita, baek kita undur diri....

*Haiyooo korang, membuatkan idup aku ari nie begitu 'Jai hoo' yer... Terima kasih sahabat kerna semua lagu sgt indah.... Mood jiwang itu sgt KONSEP utk semua lagu diatas. Aku tak sabar nak letak lagu2 cinta pulak pas nie. jom doa2 lagu cinta akan kuar dlm blog nie minggu hadapan!
Delete

kenapa?

Kenapa setiap kejujuran disambut dengan kepalsuan? Adakah kejujuran iu belum cukup untuk buktikan setiap keikhlasan dihati? Kenapa perlu diwarnai dunia ini dengan kepalsuan. Tak cukup lagikkan apa yg dicurah? Perjalanan kearah bahgia aku makin menutup pintunya di ujung sana. Aku nampak cahaya itu... memang ada di ujung sana, tapi kenapa lambat benar utk aku sampai kearah itu? Mungkin itu bukan lah 'destinasi ku'. Walaupun harapan yg digengam melebihi kudrat yg aku ada. Aku tak pasti kenapa aku masih ingin mengikuti jalan itu. Sedangkan liku2nya sgt mencabar aku. Untuk berpatah balik bukanlah cara aku.. tapi aku hampir kalah melawan arus ini..

Aku punya ramai kawan2.. kawan2 yg sentiasa memahami hati aku. Sejauh mana aku cuba melarikan diri dari kawan2, sebenarnya aku semakin dekat dengan mereka. Tanpa mereka aku rasa mungkin nama aku tak akan terukir di 'kuala lumpur' ini. Punya ramai kawan2 jugak bukan lah sesuatu kebanggaan yg boleh diperhebohkan, kerna ada segelintir mereka yg akan tikam kita dari belakang. Tapi itu semua bukan dari kawan2 baik aku. Tipu jugaklah aku cakap yg aku tak punya kawan2 yg tikam aku dari belakang, semustinya itu ada... tapi baik tikam dari belakang atau depan2.. percayalah yg akan rasa kesakitan paling pedeh ialah org itu sendiri. Bukan ingin menunjuk diri ini hebat, tapi itulah yang berlaku. Dari dulu sampai sekarang ada je insan2 macam ini, klu tak der tak besh jugak kan? Aku terima jer mereka2 ini dlm idup aku, kerna itu rona2 kehidupan aku. Penyesalan aku adalah kenapa kebaikan itu dibalas ngan keburukan? sama cam kejujuran dibalas kepalsuan.

Hargailah sesuatu yg datang itu tanpa meminta balasannya.. kerna pabila ianya pergi nanti, penyesalan itu akan memakan diri. Tapi manusia sentiasa tamak utk memiliki keinginan nafsunya. Macam cerita pelajar sekolah ngan rumput. korang musti dah pernah dengar kan? Aku cerita dlm versi pendek: ' cikgu menyuruh ali(pelajar) mencari satu rumput yg paling sempurna dimatanya utk dibawak kpd cekgu tue. dengan syarat ali tak boleh berpatah balik. Maknanya sekali lalu saja. Ali pun g kat padang sekolah utk mencari rumput itu.. Dalam perjalanan ali dah jumpa satu rumput yg sememangnya menarik minat, tp ali ingin mencari kat depan lagik, mana tau ada yg lebih elok kan.... Bila ali sampai diujung padang, ternyata rumput yg ali jumpa mula2 itu tiada yg mampu tandingi..... Terus ali menyesal...' begitulah cerita itu. Kenapa ianya jadik begitu?? kerna manusia kadang2 tak menghargai apa yg ada didepan matanya. Untuk perenggan ketiga ini apa yg aku nak tekankan ialah. hargai ia sebelom ianya pergi...dan jgn menyesal kerna ianya tak mungkin kembali.

Anggapan negatif sememangnya boleh merosakkan. Sama jugak macam positif, jika terlalu positif memikirkan ianya boleh memakan diri kita balik. jika tak caya try buat tengok. Aku tak suka pikir negatif tentang orang... aku jugak tak suka pikir terlalu positif.. Ala2 duduk tengah2 lah. Senang!! Tapi cerita tentang negatif dan positif percaya tak korang, yg korang boleh rabun membaca ulasan aku.hahahahahhahaha. sebab terlalu banyak yg boleh dirungkaikan. Cuma apa ingin aku kongsi ialah jangan mudah terlalu menerima positif tanpa sebab. begitu jugak negatif, jgn terlalu mengadili seseorang itu terlalu negatif! Cuba untuk memahami adalah cara terbaik utk seimbangkan (-) dan (+).

Aku harap aku akan diketemukan ngan sesorang yg jujur/ikhlas/menghargai/cinta/mencintai/ dengan diri ini. Mungkin ianya belom tiba sekarang, tapi aku yakin ianya akan datang satu masa nanti. Harapan aku ini terlalu tinggi utk itu. Terima kasih 'sahabat' kerna korang kekuatan aku. Terima kasih 'cinta' walapun kamu belom tiba, ianya sudah mengisi angan2 ku. Kerna terpaksa, aku terima semua ini. Lagu kat bawah nie adalah hiburan untuk kita semua. aku suka liriknya, melodinya.. perhhhgggg sungguh terkena kat aku.kahkahkahkah..

Fauziah Latiff (Asmin Mudin)

Enggan

Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah

Enggan dipersia
Enggan berkelanan
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa akur berdoa
Enggan kecewa

Nak ku mimipi tapi enggan terlena
ku dan sepi nan terintih
Ku disaksi oleh jelapang kasih
Nan terbentang kekeringan

Aku sebenarnya insan yang dahaga
Cinta tapi tidak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cinta mu enggan mengundang

Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan
Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang

Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas
.


* suatu hari nanti aku akan terkenangkan saat2 aku menaip ini.. semasa menaip nie aku di iringi oleh lagu2 penyanyi kesayangan aku.(tak perlu sebut korang dah tau) sgt basahlah pipikan. bye.

skrip 7707

Semalam aku kuar ngan firz, nak shopping katernya... hahahaha.. kat PV. Sesampai sana cam nak tengok wayang pun ada. Orang sekarang dok terhegeh2 tgk citer harry potter yg banyak membebel tue, So aku ngan firz mengambil kesempatan utk tgk citer 'skrip 7707'. musti tak ramai yg tengok!! hehehhe... Citer start kul 8, so sblom start kami jalan2 utk habiskan duit. Bulan nie aku tak shopping lagik, so inilah masanya.( ye ker tak shopping lagik?) abaikan!!! Jalan punya jalan , kasut jugak aku taste. hahahaha. kasut baru lagik... ngan sehelai baju. Cukuplah utk konsep sabtu nie.(kahkahkahkah)

Berbalik pada citer nie, aku tertarik nak tgk citer nie sbb ada 9 kesah,9 hantu, dan ramai artis. Apa yg boleh aku ulas ialah citer nie ' indah khabar, dari rupa'. ( voley?) hahahahah... Nampak seram, seram ler jugak.. tutup jugak muka aku time2 tertentu... apa yg cacat dan baik citer nie, jom aku bagi 5 terbaik dan terburuk:

TERBAIK:
- kesahnya berlainan dari filem2 melayu yg lain, walaupun konsep bercerita.
-ada jugak yg betul2 seram cam dlm hospital dan antu tuntut hak dia yg tertinggal. haiyooo meremang jugak.
-jln cerita very the senang gila paham, tak abis lagik aku dah tau kesudahannya( kebaikan ke nie?)hahahaha..
- para pelakon bagus berlakon terutama pelakon veteran lah yer.. yg baru, bye.
-banyak giler pedoman/pengajaran yg ingin dipaparkan....

BURUKS:
- sound dlm citer nie tak cukup gempaq lah, cam bergema.. berlakon dlm gua ke?
- kualiti gambar jugak byk yg buruk dr chantik...
-cerita dia cam duduk bercerita, so kadang2 cam terpotong stim utk rasa seramnya..
-bayi berjalan nampak sgt patung!!!! perlu ker beli patung letak bateri, simbah cat merah?? buat lah nampak gempaq skit. ini filem ye bukan drama RTM( motip rtm?) hahaha.
-penghujung cerita mmg cam haram sgt, kesudahan yg aku dh agak!!!

Itulah serba sedikit, wlpun byk giler nak senaraikan. Aku peminat pilem seram, tak kira dari malaysia,indon,thai,korea atau mana2 jerlh... bagik aku Hesteria/susuk/JPB masih 3 terbaik utk aku kenang sampai skg. Tapi utk hiburan biasa2 boleh lah g tengok citer nie. Aku tak byk sgt menguap tgk cerita nie berbanding harry potter.( mamposlah harry potter fames dlm blog nie)

Antu mak bidan nie, haiyooo ngeri.. aku pernah jugak dgr kesah antu nie... ngerilah jugak.

kencana dewi jadi antu chantik. tak ada dialog pun.. mimik muka jer. sambil jln2.. hahaha..

Antu kat hospital nie menakutkan jugak. berani mampos jantan bj merah tue cakap besar!!

Aku paling suka antu nie, menuntut hak dia yg tertinggal. meremang lol. Besh sbb ada pelakon yg hebat utk babak nie. m. rajoli dan maimon talib besh.

owh babak nie seram2 lawak.. Entah satu panggung gelak. maybe sbb suara fasha kot. Tapi ngeri cara fasha gugurkan kandungan. boleh dirasa kesakitannya!!! klu lah zaman moden skg x ada cara mudah utk gugurkan kandungan, aku rasakan pompuan2 skg akan takot utk main ngan bf mereka, atau akan pakai pelindung masa main. sbb cara fasha buat mmg menyakitkan!! tp sayang, zaman skg kemudahan begitu mudah utk dapat!!! sbb tue ramai sgt yg rosak. Hurmmm renung2kan lah.

Apa2 pun cerita nie banyak pengajaran. Setiap babak ada isunya. Cuma tuelah klu lah cerita nie boleh dicantumkan menjadik 9 kesah, 9 hantu , 1 cerita. haiiyooo boleh berpeloh kot. Tak terpotong stim skit. nie konsep bercerita, zaman aku masuk pengakap dulu pun dah ada. Lagik real okey!! hahahaha.. Aku bagik 2.9 bintang tuk cerita nie. bye.

* syoknya ari2 aku diabiskan bersama teman2 tersayang.

Harry Potter AND Half-Blood Prince

Semalam aku diundang untuk tengok cerita Harry potter dengan harapan boleh menarik minat aku tulis tentang kehebatan cerita nie. Kira2 akulah blogger yg terpilih dari yg ado. hahahah, thx sesangat kepada acu (dan kwn2 acu) yg memberi tiket nie. Semalam berlanggung kat GSC mid valley, kul 9 malam tayangannyer.. ramai sungguh artis2 yg dtg.( ramai ke acu??) ahahahha.. pengsan*. Teruja giler acu nak tgk cerita kesukaan dia nie... Aku pulak idak lah minat mana, tapi tak pernah terlepas dari tgk lah.. Klu citer X-men aku teruja lah. hahahahaha...

Start citer nie( 5 minit pertama) WOW hebat!!!!! kuasa jahat mula menular... 5 minit pertama jer.. pastuuuuuuuu....... Tertunggu aksi seterusnya. Hasilnya hanyalahhhh...?????????


Kesah cinta... yerlah harry kan dh dewasa, musti nak merembes bersama2 wanita...

Diteruskan ngan chenta.... tak sudah2. terasa cam tgk cerita cinta bkn cerita ahli sihir..

Dan baling besh membebel tak sesudah!!!!! sakit hati aku utk tggu aksi.. kerna sgt kedekut yer. Tak abis2 membebel, bergosip, berciom, berembak, beralun. haiiyoooo....

Abis cerita, aku tgk acu.. acu tengok aku!! nie jer??? apa nie??? x salah panggung ke? haiyooo.. sgt terkejut!! bukan aku jer, satu panggung cam boooooooooo utk cerita nie. Serius mengantukkan. baek aku tito atas katil , mimpi ttg harry potter tengah main lagik syok!! Mungkin mereka nak cerita kisah cinta/kesetiaan/kepercayaan/kecurangan/ kebangkitan penjahat.. tapi bagik lah sedikit aksi yg UMPHHHH!! Adalah sedikit kejutan diujung cerita nie( korang tgk ler) Kita sama2 tunggu harry potter 7 pulak. Apa akan terjadik. maybe kat situ baru boleh kita tgk aksi2 harry bersama teman membalas dendam atau masih bercinta dan beranak pinak segala!! Aku bagi 2.5 bintang tuk cerita nie. bye.

Kepada yg mengikuti cerita nie pasti tak nak lepaskan peluang melihat cerita nie. g jer.. wlpun kali nie buhsan at least boleh paham utk sambungan seterusnya.

*Nak tgk cerita skrip 7707 pulak pas nie.. sokonglah filem tempatan!!!(hehehe)

mira kahwen

Aku sebenarnya plan x nak buat blog sampai suatu masa aku kembali. Tapi ramai dok suruh buat and tanya kenapa blog lcw tak update.. hurmmmm peka korang. aku mals sebenarnya nak menaip, kang jiwang-jiwang punya ayat kuar.(hahahahah) Okey berbalik pada majlis kahwen mira yg berlangsung penuh gilang gemilang dan sungguh kaya laki dia(konsep!!!!!!) Majlis nie berlangsung pada sabtu lepas kat club golf rawang sana. Sangat meriahhhhh!!


Aku ngan feena pasangan paling padanlah berbanding yg lain( kan u?) hahahaha...

konsep majlis nie ialah persandingan dalam taman. sbb tue kami pakai hijau.

Tetamu2 yg hadir semuanya dari kerabat2/dato2/datin2/tan sri2 termasuk kamilah kan.

kami yg hadir adalah muka yg sama masa mira kahwen kat perak dulu. ternyata ini jer sahabat baik mira pun. Cuma kakak aku jer join kali nie, sbb nak tgk mira bersanding, bukan slalu tgk kwn2 naik pelamin. Konsep aku, kad sudah diedar, nak dtg..datang... tak nak datang sudah! hehe Apa2 pun mira dah selamat disandingkan, selesai sudah majlis perkahwinan kawan baik aku nie. Untung sunguuh mira!!! sangat untung.......(nanti dpt pangkat datin, jgn lupa kasi kat aku sikit, dapat ke???) kahkahkahkahkah...(feeling je).

Pas nie mira buat majlis untuk kwn2 baik dia. tak sabar nak cha-cha bersama pengantin baru nie. mira pilih tempat yg besh untuk kita k. yeahhhhhh.. lq pun besh apa.. voley lq jugak? kahkahkahkah.. tak nak lah.. lain tempatlah... Miraaaaaaaaaaa moga berbahgia k. aku doakan yg terbaik untuk ko. jika aku ada masalah jiwa, harap ko boleh menjadik pendengar yg setia lagik. Sekarang pun jiwa aku tak tentu hala, tp aku sabar je.

*malas nak update blog, aku ada dengar cerita ttg artis haprak tengah berkompang pasal aku. kata aku pernah terkejar2kan dia dulu. motip??? chantikkah wajah artis itu? atau adakah artis itu yg direjet oleh aku?? sesungguhnya aku belom rabun. Disebabkan sabar.. aku malas nak promosi muka artis haprak nie bersama temannya yg x sedar dek untung!! aku menyesal kenal manusia yg begini. Serius menyesal. Tapi aku halalkan makan minum dia. Cuma kepada artis haprak, bercerita biar dr cerita yg benar...tp klu aku dengar lagik, maka mmg fames lah artis nie nanti. Jgn bermain api ngan top model. kang kena baling HP!!

kembali bersama

semalam seperti biasa riadah bersama teman. Apa yg aku nak citer ialah kembalinya feena a.k.a paris hilton malaysia ke persada. hahahhaha... 'welcome back' Sebelom nie kami sentiasa bersama2 epy time ujung minggu, kerna hanya waktu tue jer kwn2 free dan boleh berkumpul skali. Setakat seminggu sekali @ 2 minggu sekali apa nak luak jika beri kebenaran dia utk bersama kami?????? tak gitu???? tapi kesilapan dulu tak diulangi sekarang. Feena kembali ngan dirinya sendiri.. bak kata aku utk dia... dia jugak perlu ruang utk bersama teman, bersama tercinta dan untuk diri sendiri. Kini itulah yg dia lakukan. Apa yg menarik skg kehadiran seseorang dlm hidup dia yg 'BOLEH MENERIMA KAMI DAN JOIN SEKALI BERSAMA'.First time kuar bersama kami 'dia' itu sangat tidak kekok utk membawa diri... baru betul! Sangat besh lah semalam serius terasa zaman2 dulu kembali terjalin ngan ada kwn2 baru yg baru kenal.

Gambar ketika dulu-dulu... kini kami kembali menceriakan malam2 minggu.

Dayang jer masih sesat tak jumpa jalan. kahkahkahkah.. windu opah.

Gambar diatas diambik masa riadah yg lepas2 (kami dulu suka berkonsep sedondon) ,smlm aku x snap pic pun.. penat pose!! boleh?? hahahahah.. apa2 pun aku tetap nak citer tentang smlm... Semalam macam2 terjadik.. kakhakahkah... serius aku rasa epy smlm setelah sekian lama hati nie sakit.... Ku tak akan biar ianya sakit lagik... feena dan 'dia' jika free kita lepak2 riadah cam nie lagik k. tak rugi kan skali skala bersama? bukan mintak tiap2 minggu.. tp klu mampo apa salahnya! hahahahha... achu,amal,phez,maksu,yana dan semua makasih kerna menceriakan hari2 ku.

*selepas nie giliran 'yana' utk bawak buah hatinya kesitu... ratahlah sesama...kahkahkah.. jgn takut, kerna kwn tak mkn kawan punya... klu ada yg mcm tue kita sula jer ramai2..