Bilik untuk disewa

Sabtu lepas segala teka teki aku terjawab, dimana lutfi??? masih hidup?? ternyata dia masih bernyawa dan semakin sihat.BAGUS. aku jumpa kat LQ. so aku bertanya kedudukan dia dalam umah itu setelah hampir 2 bulan tak balik. Setelah kena sumpahan maut dari mulut aku nie, lutfi memberi semangat kat aku yg dia masih duduk situ sampai akhir bulan nie dan duit sewa akan diberi nanti( Nerves jugak tue!!) So bermakna aku perlu mencari rakan serumah untuk bilik tengah. Kemasukan Januari 09.

Syarat-syarat kelayakan:

1- haruslah lelaki, x nak pompuan atau pondan. Klu bersifat top model x per, janji lelaki.

2- Pembersih, aku paling titik beratkan kebersihan baru hidup sihat. klu terasa diri anda pemalas@ pengotor, jgn bercita2 tinggi utk tinggal sekali.( walaupun kau itu orlando bloom)

3-klu boleh nak insan yg punya 'CINTA SEJATI'(harap korang paham maksud tersiratnya)

4- tidak kedekut dalam soal rumah. barang2 umah.

5- berkerja tetap. tak nak student kerna bakal menyusahkan aku KELAK.

6-Berhati baik,penyayang dan cute cam aku(pengsann jap) hahahahah... taklah, kernalah baik hati sbb aku nie jenis baik hati jugak klu kena pada tempatnya.

7-tak nak org yg punya barang2 sendiri, maksudnya sofa ker, peti ais ker, mesin basuh ker, dapur ker, sebab semua kelengkapan itu dah ada. Kecuali barang dalam bilik kamu sendiri. silalah bawak. barang hiasan bolehhhh, boleh chantikkn umah lg.(klu ada ler, x der x pe)


Kemudahan yg ada disitu:

1- berdekatan ngan LRT setiawangsa. klu berjalan kaki ambik masa 15minit( senaman tue)

2- berdekatan ngan Giant, Mcd dan KFC.

3- Jusco setiawangsa jugak ada. 5minit jer sampai.

4- Sunyi dan aman dari ganguan2 nyamuk atau binatang buas.

5- x ada lif tapi tak tinggi sangat, tingkat 3 jer.(kemudahan ker tue?)hahahaha

6- park keta banyak kat bawah, tak perlu berebut.

7- dekat jugak ngan KL. klu tak jem ambik 10minit sampai klcc. klu jem maka lebam dalam keta selama sejam.(kemudahannya naiklah LRT)

8- byk kedai makan, pilih jer yg mana berkenan dihati.

9- kawasan setiawangsa terlalu Eksklusif, sbb byk top model dan artis tinggal sana. (so kemudahannya apa?) senang lah klu nak pose2 chantik kat sana.hahahaha

10-macam -macam ada lahhhhh.....

harga bilik ialah RM300 sebulan
deposit 1 + 1
api , air dan astro ikut harga semasa.
Anggaran sebulan termasuk semua= RM350

segala pertanyaan lanjut bolehlah msg aku atau drop cmmnt kat blog nie atau msyspace.
konsep sekarang siapa cepat dia dapat. Terima kasih.

*harap temui apa yg dicari......

pergi tak kembali

Sabtu: Aku g club ngan seorang kawan yang tak nak namanya dihebohkan, dia kini sudah menjadik pelakon(seni yg halus tue). So tak nak namanya kuar di akhbar2 tempatan yg dia nie liar( walaupunnn). Bertempat di LQ(konsep berkabung ala2 enjoiii) Semua org dah tau tauke LQ sudah mati akibat terjun dari premis kedainya yg terbakar.kesian sungguh.( salah posisi nak terjun, dan terus mati DI TEMPAT kejadian) Org kata dia terlalu berat, so bila terjun mmg cam nangka terjatuh memghempap bumi.( apa2 pun harap mummy tenang dialamnya, jgn menghantui kami semua) Dalam club ternampak sudah seorang lagi teman bergelar top model. Siapakah dia??? dia jugak nak namanya dirahsiakan, kerna tak nak publisitinya terjejas dalam majalah kerna meroyan dlm club dlm keadaan seksi.hahahahahha. semua orang nak rahsia zaman sekarang, so aku tak tahu dimana HAK aku sebagai penulis blog.(kan??) Tapi demi kebahgiaan kawan2, aku menghormati keputusan mereka.


Aku,acu dan amal antara insan seni yg tak perlu berahsia utk berhibur.

Apa2 pun malam tue sgt besh, cam nak terbalik dunia pun ada. kan??? and nk ucap thx kat top model yg sudah melunas hutangnya belanja aku minum. enjoiii sgt. Malam tue jugak ramai bertanya mana APEX? apex tak dapat datang sbb kepenatan kerja( IZZI sgt melampau,aku tak galakkan org lain keja situ) Tapi berkat sabar aku, akhirnya apex berhenti kerja dari situ. AMIN.
Habis berhibur, kami g pelita makan2 dan gosip2. dunia 'seni' memang banyak gosip. Pas habis bergosip, baru kami berangkat pulang.


Ahad: aku kuar ngan achu,amal,lee dan azri g main bowl . Syokkk jer klu buat aktiviti yg aku suka.hehehehhehe. puas main. Pas selesai main, kami g KTV imbi untuk karaoke.(yes, akhirnya dapat gak melalak)

Kami g book dulu bilik kat KTV, pastu g mkn kat jalan Alor. Nasi goreng Kerang kat situ sedap kata achu. So aku sangat teringin untuk rasa, sbb tak pernah makan nasi goreng kerang. heheheh.... SEDAP! walaupun penat berjalan, tapi puas dapat mkn makanan yg sedap.

Nasi Goreng Kerang yg popular dijalan Alor.Sedappppppp...

Pas makan, kami terus g KTV untuk melalak. apex pun tiba utk join karaoke sekali. So kami ber6 pun start nanyi. Pic2 karaoke semua ada dalam kamera achu, so aku tak leh nak pamir kat sini. apa2 pun semua enjoiiiiii....

*seronok bersama teman , ilang semua sterszzzz dalam otak!!

Aktiviti minggu lepas

Menjadi insan yg sentiasa BZ, aku terpaksa update aktiviti2 lepas dalam slot yang sama. Bukan apa, jika aktiviti penuh maka tangan nie malas untuk menaip. Selepas jelajah show sana sini, skg jer time nak lepak2 ngan org tersayang yg ADO disekeliling.(jelajah apa? feeling jer) . Jom kita tengok ceritara kisah aku untuk minggu lepas...........


Cha cha time: musti ada satu kali dalam seminggu. Aktiviti sihat nie perlu yer, untuk membina stamina bila di RUNWAY.( pertua nie). lama x lepak ngan akak dan adik aku. So dikesempatan nie, ada masa, ada waktu maka aku okey jer.(masuk free la pulak kan,mmg dr x free masa terus lapang) aku g ngan sesorang yg tak perlu disebut namanya.(biarlah rahsia, kerna rahsia itu utk mereka yg wajib tahu jer ) sgt besh layan live band dan showtime.

Jumaat: jika dulu masa aku diisi ngan aktiviti cha cha, tapi jumaat sekarang dah bertukar kpd aktiviti bebas. sama ada g tengok wayang atau g karaoke jer. jika x ada program aku lebih selesa dok umah. so aku buat aktiviti ngan tgk wayang utk minggu lepas. g tgk citer Quarantine.

Aku memang suka layan citer seram. Tak kisah cam mana citernya janji seram memang aku suka. Citer gini mmg besh tonton, wlpun citer nie guna kaedah live citer, tapi besh. cam mana nak feel tengok citer gini? tak pening kepala ker? bagik aku tak!!!! nasihat aku nak tgk citer gini kita kena bayangkan, 'kita berada ditempat kejadian'. semua yg dirakam adalah spontan, so bila dah feel, memang syok layan dan terasa seramnya. Memang klu aku ada kat tempat kejadian, aku akan feeling pengsan atau berlakon jd cam mereka yg kena sawan anjing gila tue. aku bagik 3.9 bintang tuk citer nie.

kami bebas dari Quarantine sawan anjing gila. terima kasih.


Sabtu: aktiviti karaoke bersama teman. G kul 10.30 mlm, tapi masuk karaoke kul 1.30 pagik. Agak LAHANAT kan?????? tapi berkat sabar, kami lupakan apa yg berlaku. Saja plan g karaoke, sbb lama tak nanyi2 manja.(sory pic x ada, sbb semua terlalu tergesa2 utk menyanyi)* masa itu emas, klu dok sibuk pose2 maka mmg kempunan utk nanyi.

Ahad: aku,achu dan amal g jalan2 pusing kl. G mid valley main bowling. sorang 4 game. pastu g jln pudu g beli ikan dan sebelah malam g tengok wayang lagikkkkk........

citer cartoon, madagascar2. utk sesi malam apex ada sekali, sbb dia dah balik keja. cian dia penat. tapi demi citer kesukaan dia, tetap gagahkan diri. Bagik aku citer nie besh jugak wlpun tak minat sangat cartoon. Demi kelainan apa salahnya kan.. aku bagik 4 bintang tuk citer nie. Watak moto moto sgt vouge yer. hahahahahhaha....

kami ber4 memang team paling besh bila kuar jalan2 sekali.

*fuhhhh penat kan menjadi aku? tapi PUAS itu aku saja yg tau. bye...

ANTM11- final

ANTM11 sudah sampai kepenghujungnya. Sebagai pemerhati dan sentiasa update tentang ANTM11 maka penutup yg bakal anda saksikan x ada kat blog org lain.hahahahha. Aku dah call tyra suruh dia bagi pic cover girls ANTM11 kat aku dulu. So pas nie klu ada kat blog org lain maka korang taulah mereka copy kat mana. Antara Analeigh, samantha dan mckey siapa bakal digelar 'America Next Top Model'? moh saksikan ulasan untuk kali penghabisan.

Analeigh: Permulaan dia dalam ANTM tak bagus mana. Pernah duduk bottom2 dua kali bagi aku mengajar dia untuk terus meningkat dari tersingkir. Dan dia berjaya lakukan. Semakin lama semakin bagus, sampailah ke top3. Aura yg dimilikinya memang terserlah disamping sifatnya yg chumel2 itu. Model pilihan cece ini layak menang sebab dia antara model yg meningkat prestasinya. Tapi percayalah tak mudah dia nak menang, sekali salah dia bakal tersingkir. atau dia bakal jd cam Anya,Natasha atau chantal.(tak menang sbb dah terjamin masa depan) hahaaa..

Mckey: Model pilihan firz serta jugak pilihan aku setelah Elina tersingkir jugak tidak kurang hebat. Memang hebat kot. Mckey bagik aku sangat supermodel. Pakej dia terlalu lengkap . Dia model kelahiran ANTM yg aku rasa paling tinggi dan supeb. Permulaan dia jugak cam Analeigh, tapi x seburuk analeigh, Dia duduk tengah2 jer. Mckey adalah satu2 nya model x pernah duduk bottom 2.(hebat kan??) Wajah dan diri mckey memang boleh jual dan pergi jauh. Dia patut menang bagik aku, sifat rendah diri dan tak menunjuk2 sangat. Tak lupa dia selayaknya menang sebab memang dia nie antara model pilihan yg aku cop antara top4 ari tue. Aku nak dia menang.


Samantha: Apa ada pada sam?? itulah yg aku pikir masa nak tulis tentang diri dia. aku memang x berkenan sam dari mula2 lagik. Bukan sebab dia jahat, tapi entahlah memang tak suka kan nak buat cam ner. Tapi pic sam pernah menjadik terbaik sebanyak 2 kali. Bagik aku dia selalu terselamat dr tersingkir sbb pic dia nie dok tengah2, x buruk tak jugak chantik sgt. ala2 nice gituew. Tak akui wajah dia jugak unik dan superb. cuma jika dia lakukan kesilapa pas nie, mmg tersingkir, TAPIIII jika dia buat superb pas nie, awas dia bakal beraksi di runway. Dia model pemusnah orang kata.hahahah.



Easy,Breezy,Beautiful- Cover Girls

Analeigh: Pemenang ANTM11 kater orang2 luar, Phezz paling meng 'ia' kan kata analeigh memang juara. siapa yg ckp? dia dengar dr forum, aku dah agak mereka yg ckp tue bukan supermodel. apa mereka tahu semuanya kurafat!!(begitu)hahaha, aku tak pernah percaya dan aku hanya tetap menanti dan memilih top model pilihan. Aku dah kata siapa yg buat salah untuk final ANTM pasti akan di adili ngan kejamnya. Hahahahaha. itulah berlaku kat Analeigh. Semustinya ramai yg akan benggang giler bila aku kata dia hanya mampu dok untuk top3 sajer. Mungkin analeigh gugup time commercial . Apa2 pun kerjaya bakal menanti dia kat luar sana.




Samantha: Wauuuu!! dia memang meningkat dan terus buat yg terbaik. Kan dah kata, jika dia buat betul dan baik saat akhir dia pasti ke final. dan itu berlaku. OMG, aku tak sangka dia pergi sejauh ini. Tapi siapa dia jika nak dibandingkan ngan mckey di final 2. melihat dari segi catwalk mckey dan sam seimbang( catwalk mereka biasa2 jer, tak hebat mana)ANTM11 kali nie x cenderung dari segi catwalk. sebab catwalk time dah selesai ANTM pun boleh belajar lagik kan?hehehhe..hanya photoshoot jadik ukuran . dan ternyata Mckey bukan tandingan samantha.


Mckey: Inilah juara ANTM11 yang sebenar. bukan Analeigh yer!!!! tapi Mckey. Haruslah aku suka. Mckey memang layak menang. ANTM11 kali nie memang sengit dan aku sangat berpuas hati ngan pemenang kali nie setelah tyra lahirkan juara yg tak menguntungkan season lalu. hahahaha... kali nie memang berpuashati dan enjoi sgt tengok ANTM. So tahniah untuk mckey.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa mengikuti ulasan ANTM aku selam nie. dah masuk season11 , aku memang tak akan terlepas utk memberi ulasan tentang ANTM. Dunia supermodel terlalu dekat ngan diri nie( korang mampu?) so aku tutup kesudahan ANTM11 ngan rasa 'Sangat puas hati'.

tyra kembali pose kat belakang. season10 jer dia berani pose depan sekali.haha

*kita jumpa lagik dalam ANTM12 kelak. byeeeeeee...

opah dan STEM nya....

Sabtu lepas dayang turun kl. Yang pasti datang jumpa aku dulu( sbb fared x balik keja lagik) cuba klu fared dah balik, pasti x der maknanya dtg jumpa aku. Yang penting feeling x nak naik umah aku.(penat katanya naik tangga) sbb kat penang sana terus masuk umah x perlu panjat tangga(biadapppp sangat!!) udah lupa asal usul. hahahahah. Tapi naik juga umah aku, sbb fared cam lambat2 manja datang. So sembang2 lah, aku masa tue tgh bersiap utk ker??? mana lagik dah malam siap2 kan?(tak perlu ckp la, korang pasti tahu destinasi aku) Dayang dtg 3 hari, ari isnin dah balik penang. Dapat gaklah lepas windu. walaupun dia jauh sekarang tapi dia tetap dekat dan selalu kat hati kami semua.(kan achu??) wlpun jauh dia ada jer bila berkumpul ramai2. mmg dia ahli tunggal yg ado.



Ari isnin pula aku g mkn kat EPL ngan apex. Pastu achu sekeluarga datang. Tak sampai seminit dayang pun dtg ngan fared.Kami tak rancang pun mkn sama. tapi dah kata sehati sejiwa, mmg EPL tempat makan kami semua. Ahli setiawangsa mmg suka mkn kat situ. Dayang dtg dlm keadaan nak kena POST keluar negara gituew( STEM bertempek kat badan) hahahahahah. Banyak dan memang tahan 2 minggu stem tue.( tukang copnya ialah fared lah) hahahahah. tapi kami tak kisah pun keluarga bahgia cam kami memang sentiasa memahami. Tapi klu kena kat org lain, haruslah bergosip selepas itu.(kan achu???) achu lagikkk.. So dayang ko duduk lah sini balik yer, fared dah dapatkan keja, ko tetap dpt sokongan kami semua. Dapat lepak ari tue cam terasa ko x pindah pun penang. ada jerrr.... sory x dpt melawat ko seperti yg dirancang..

*STEM paling mahal pernah aku tengok..hahahha..

Quantum of Solace

Aku x meminati citer bond nie. semenjak citer nie bertukar heronya aku mula meminati. X pasti meminati cerita atau heronya.(baiklah..) Apa pun aku tengok cerita nie start dari citer 'Casino Royale'. Kira tak rugilah sebab Quantum of Solace nie adalah penyambung ceritannya. Aku tak pernah tengok cerita bond yg dulu2(x pernah tengokkkkkk, soryy!!) so aku hanya boleh bandingkan casino royale dan citer terbaru nie. Bagik aku, aku lebih gemar heroin casino royale. Nampak sikit gadis bondnya. jalan citer jugak aku pilih casino royale. Tapi untuk aksi yg melampau citer bond terbaru nie yg layak dapat. Memang penuh aksi. Cuma heroin dlm citer terbaru nie aku tak berkenan wataknya.( cam x ada pun okey jerrr....) aku lebih gemar wanita yg nak jemput bond balik tue(apa entah namanya) walaupun kejap jer peranannya, tapi auranya terasa lah...(walaupun mati disalut minyak hitam)hahahaha. Apa2 pun x rugi g tengok citer nie.


Aku g tengok kat klcc ngan apex. bangun tito terus book citer nie online.(kemudahan zaman sekarang) so tak perlu beratur. abis tengok citer nie ingat nak g servis kete, tapi kedai kete x bukak.(mereka pun cuti ari ahad, tak ke lahanat?) sbb aku free ahad jer. so tunda ari berikutnya.

*Dayang datang jumpa aku?? selepas ini...

ANTM11

Episode12 : akulah pekebun yg supermodel

Analeigh: melihat tajuknya , analeigh membuktikan dia begitu supermodel dimana2 saja. Juara ANTM11 ini menunjukkan dia sebenarnya tiada tentangan.(kecuali mckey) Tetapi kelebihan nampaknya berpihak pada dia lagik untuk kali nie. Picnya diumum antara yg terbaik. Dah banyak kali picnya diumum terbaik, so analeigh memang SAH final 2(ANTM11).

Mckey: tentangan analeigh yang begitu gigih utk menonjolkan dirinya. Pic mckey yang ini mengingatkan aku cam pic mula2 dia yang dahulu. (ala2 Boxing gitu). Aku tak begitu gemar pose dia gini.... masih menampakkan dia yg dulu. Tapi mckey antara calon akhir yang memang layak untuk ke final 2. Apa2 pun aku tetap suka dia dan analeigh berentap di runway nanti. mckey punya pakej tuk jadik supermodel yg gah dipersada.


Samantha: meniru pose marjorie ker?( pose bengkang bengkok) hahahahha.. apa2 pun aku memang dah agak dia akan duduk bottom 2. Samantha jugak mungkin memberi kejutan. kita tak tahu apa yg akan terjadi episode akhir minggu depan. so sama2 kita nantikan.


Marjorie: Apa dah jadik??? episode kali nie marjorie menunjuk prestasi yang paling buruk Dalam ANTM11. dengan minum sampai mabuk serta melacur ngan jantan2 yg ada. apa dah jadik???? Sememangnya dia tak layak dok final 4 nie. (klu bagik kat elina pun okey) baru saingan sikit. Ternyata posenya kali nie begitu buruk. berdiri tegak, anak buah aku pun boleh pose gitu. Apa2 pun tersingkirnya dia, membuktikan percaturan aku betul. sebab dah agak analeigh,mckey dan sam akan ke final 3.


*siapa juara ANTM11????? adakah betul Analeigh? sama2lah kita tunggu...

LOVE

kad yg tomei itu punya jiwa cinta yg mendalam...


abadi sebuah gambar dihari yg menggumbirakan.

Selepas membaca kad LOVE, aku, apex dan phezz bertolak ke LQ. semperna hari yg berbahgia nie, maka kami sedondon purple. Owhhh yer, rambut aku tue achu yg buat.(thx acu sayang) hehehehheh... kami sampai dan tunggu kedatangan achu sekeluarga... Yg penting maksu datang menyembah duli( datang jugak sabtu yer? baiklah) hehehhehe.. isis jugak datang. kebuhsanan katanya pas abis keja terus datang, mencari aku. (cian dia keseorangan, nanti kena culik kan susah) so kami berjimbaaa sampai terbakar Lq bahagian atas...(siapa yg g buang putung rokok atas sofa pun tak tahu lah, biadap sungguh!!) berasap dan hangit baunya..... Demi tak nak bau asap yg busuk itu, kami turun menari kat bawah... sejuk dan amannn menari kat bawah.( lama x nari dan pose2 kat bawah)hahahahahah... apa2 pun meriah jer bagik aku. seperti biasa sampai habis lagu baru kami balik( sekarang tunggu sampai abis lagu okey) hahahahah, esok x keja. pas tue kami g pelita makan2 dan sembang2.

kami bertiga ditempat yg selalu jadi pot untuk pose.haha..

*pas nie tiada ahli wanita bersama selepas dayang tiada.

Perpisahan dayang



Susah untuk aku plan majlis nie untuk dayang, maklumlah dayang nie susah nak tahu jadual dia.( bila dia free, aku tak tahu) tapi berkat usaha dan bantuan kawan2 aku berjaya untuk buat majlis 'perpisahan' ini. Susah jugak nak kumpulkan kwn2 , dan bersiap sedia tuk gerak ke ktv imbi bila2 masa.(hebat sungguh kami) bila dapat isyarat dari achu, maka aku msg kawan2 yg lain utk gerak ker ktv dengan segera.(kami nak sampai dulu sebelom dia) dan semua berjalan ngan lancar. semua ada disitu sebelom dayang tiba. Bila dia tiba.. maka anda saksikanlah pic2 diatas itu.( sudah terangkan segalanya) bilik itu menjadi sangatttttt sedih dan hiba.


Hadiahhh aku itu akan ko kenang sampai bebila...

dendangan terakhir dari kami untuk kamu 'Dayang'......

cece terpaksa pulang cepat, krn ada hal rumahtangga.(baiklah)

kami sentiasa ada bila kamu merindui, baliklah kl yer...

senyuman,joget,suara,gelagat ko akan aku rinduiii.....


Aku harap ko dapat sesuaikan diri kat sana. Cari kawan yg baik2 okey. Tapi yang pasti x ada sehebat kami semua( tetambah aku yg top model nie, tiada ganti) Segala kenangan kita ko jangan lupa yer.. video yg aku buat tue khas utk ko.(klu windu ko pasanglah yer) Aku akan kehilangan kawan wanita yg paling baik ngan aku. ko selalu teman aku, bantu aku klu keta rosak, teman aku makan, dengar luahan hati aku.... tapi kini aku tak ada sesiapa lagik.... senang nak cari kawan, tapi susah untuk cari kawan yg boleh kongsi segala2nya. Bz ko berkerja, bz bercinta tapi aku tengok ko tak macam yg lain, sebab sentiasa ada bila kami perlu. sentiasa bersama ngan aku,acu dan amal. perginya ko, maka kami akan kehilangan ahli wanita dari setiawangsa.( ko jerlah yang selalu ada bersama kami kat situ) hukhukhuk.....

Thx kerna jadik kawan aku yang baik. kadang2 jahat jugak ko, cam x g bercuti ke pangkor ngan kami, tapi dah kata kerja ko cam lahanat kan? maka ko pun terjebak lahanat. so diampunlah. (tapi tetap utang satu percutian ngan kami)



thx jugak kat semua yg terlibat semalam. korang memang sempoiii.. senang berurusan. Lagik pun tak selalu buat suprise gini. so thxxxx sesangat. harap dayang x jd pindah. hahaha...

* kenangan terindah itu suatu yg kekal dalam hati..

ANTM11

Episode 11: Go see

Untuk episode 11, Go see telah dikenakan. Masa nie lah utk lihat bertapa 'Laku' nya model2 dan berapa banyak kerja yg mereka dapat dari pereka. Dan ternyata Mckey paling menyerlah dn Marjorie paling teruk( dah agak pun) akan tetapi mckey lambat 5minit.( so tersingkir) Saingan antara Elina dan Analeigh.( analeigh menang sebab elina x dapat tempahan utk pakaian mandi, ada tatoo) tapi tetap mendapat tempahan utk pereka yg lain. mohhh lihat photoshoot tuk minggu nie.

TERBAIK:

Samantha: Untuk minggu nie dia dipanggil dulu sebab kedua2 picnya,Tanpa makeup dan makeup sangat meletop... Samantha utk Go see tak begitu bagus. Terlalu biasa kata designer. (lagi ko nak terkejut kan??, ko memang biasa2 jer.. x ada yg hebat mana)

aku terpaksa suka pic nie, model CK sangattttt...(meletop)

wauuuu, samantha tetiba hebat pula.memang aku suka pose dia.

Mckey: Dialah pemenang utk Go see, sebab keempat2 go see dia pi, semua nak tempah dia. Terlalu supermodel dan fenomena.(mckey memang hebatlahhhhh) tapi nasib tak berpihak padanya..lambat pulak tapi tak per... masih selamat. janji tyra tau dia nie laku.

model DKNY untuk keluaran terbaru, mckey layak utk itu.

terlalu supermodel bagik aku. Go mckeyyyyyyyy....

Analeigh: Saban hari bakal pemenang ANTM11( kater org2 luar) semakin bagus. Dia yg menang go see sebab dapat 3 tempahan dari 3 go see dia pi. (nasib) aku suka pose makeup dia jer.. sebab tanpa makeup dia terlalu kusam bagik aku.(tyra pun setuju okey!!)

peluncur ais bakal menang ANTM11?? kita tunggu dan lihat..


Marjorie: Aku tak tahu nak cakap apa. Dia utk go see tak dpt satu pun tempahan. Mengikut tradisi ANTM, siapa yg buruk go see bakal ucap bye2... tapi dia masih dikekalkan, sebab pic2 marjorie tak perlu sangkal lagik memang hebat. Tapi bagik akulah kan... Dia x boleh jual lah.. setakat model majalah mungkin laku. klu catwalk, Sorry plz NEXT!!!!


Boleh jadik model CK jugak.. sempoiiiii habis....

Kehebatan marjorie terlatak pada posenya yg bengkang bengkok..

Elina: model pilihan pertama aku terpaksa akur pada kehebatan yg lain. Memiliki wajah paling kuat dalam ANTM11 masih belom terjamin utk elina kekal. Dia punya kekurangan ialah tak nak lepas segala gerak geri tubuh sehabis daya. Apa yg dia buat sekadar ala kadar jer.. kena datang belajar ngan aku nie. Aku tak nyesal walaupun elina tersingkir dia merupakan top model pilihan banyak blogger( termasuk aku) Kerjaya elina bakal cemerlang kelak.

Persis angelina jolie,dia bakal malatop ngan tradmark tatonya

kekuatan muka, kelemahan pose adalah punca elina tersingkir..

Selepas melihat model pilihan pertama aku tersingkir, kini aku ingin pilih mckey sebagai yg layak menang dalam ANTM11. aku jamin mckey dan analeigh akan ke pentas runway. Walaupun tahu desak desus kata analeigh menang, aku lebih meminati mckey untuk menang. aku suka kedua2 antara mckey dan analeigh. Aku yakin model pilihan firz dan cece bakal bertarung hebat... aku hanya pilih Satu antara Analeigh dan mckey. ANTM11 paling sengit saingannya.( semua chantik). Harap mckey menang walaupun tahu desak desus kesudahannya...

*Marjorie dan samantha hanya tunggu giliran jer..hehehhe.

The coffin

Semalam g tengok citer 'The coffin' ngan apex. Aku memang tunggu citer nie kuar. Tak pernah terlepas nak tengok citer lakonan 'Ananda Everingham'. Selepas the shutter, ananda muncul lagik ngan cerita seram2 lahanat.( dia memang sesuai berlakon citer2 seram). aku x nak comment atau ulas cerita nie. Aku bagik 4BINTANG. yang penting pompuan jahat ( cikgu dlm longkhong jadik hantunya) sesuai sungguh pompuan tue jadi hantu... hahahahahah.

Cerita benar dari thailand ini harus ditonton semua... cerita nya memerlukan kita berfikir sedikit, tapi tak susah mana pun( budak buta huruf pun paham klu tengok citer nie) . Kepada peminat ananda, korang x perlu tunggu priview cerita lakonan dia, korang pasti g terus tonton sebab Ananda hanya memilih film yg berkualiti utk dia lakonkan. dia pelakon yg cerewet. Tapi hasilnyaaaa.... sangat puas hati.... cuma aku suka dia berambut panjang dari dia berambut pendek( tetibaaaa lari tema) ananda tetap pose badan dia utk film nie... hurmmmm..(hanya dia yang mampu..) aku hanya mampu tengok jer sambil telan air liur sebab sakit tekak. hukhuk

kepada yg minat karen mok jugak boleh g tgk citer nie. cuma nasihat aku, jgnlah masuk dlm keranda klu belom mati lagik... keranda hanya untuk si mati, bukan kepada yang hidup. kita tak berhak mengubah sesuatu yg telah ditetapkan. Tapi demi cinta, kita sanggup lakukan apa saja.. 'hidup itu satu putaran, biarlah ia berputar menunggu masa' itulah slogan dlm citer nie. Selamat menonton.....


*Anda berani mati dok dlm keranda time tengah hidup?? cubalah....

Bowling Vs clubbing

Sabtu: sunway pramid aku,achu dan phez ada plawanan bowl. Apex, amal dan achik turut ikut tuk bagi sokongan moral. Kata start kul 8, tapi biasa lah janji melayu, kul 9 baru bermula. sorang 3 game. so kami main ngan penuh semangat waja.... dan ternyata achu dan phezz perlu dididik sebaik mungkin tuk masa mendatang.(begitu) walaupun main suka2(kata phezz) tp perlu ada sedikit rasa nak menang dan teruja( x boleh suka2 sgt!!!) Tak per, kita cuba lagik okeyyyy.... janji kita x pulang ngan tangan kosong.. kami tetap menang tau.... menang kategori apa????????






Trio acara bowling, tapi aku nak masuk kategori perseorangan suatu masa nanti.


Kami menang pose dan menang gaya jer...(janji ado, ko ado???)




Selepas abis bowling, kami bergegas pulang, kerna ada tuntutan seterusnya. biasalah kehidupan top model x pernah lapang, pasti bz ngan aktiviti. Ada perasmian club di LQ.( rasmi apa?) rasmi DJ ivan kembali. SABTU???? yeahhhh sabtu R&B di LQ. so jumaat pulak cik wan?? ari jumaat ialah house music sesuai utk sesiapa yg ada demam malaria atau denggi berdarah.(aiyoooooooo, kenapa??) kerna house music x ada step yg chantik... bakal anda saksikan ialah mereka2 yg menari ala2 sakit macam tengah pijak bara api yg menyala.( bayangkan sekarang!!!) hehehehe...x reti nak nari bila house music( sorry) R&B dihati.



Ternyata malam itu milik kami semua. Lagu2 yg disajikan ivan sangat berkualiti dan hebat... Ivan kembali ngan music2 R&B yg Freshhh....dan remix yg coolz. Aku dari dulu sampai sekarang hanya boleh layan R&B kerna tubuh ku boleh menerima tarian itu jer. Sia-sia menghadap Youtube ari2 dok hafal step tapi tak dipertontonkannn.. Dengan adanya Dj seperti ivan, lagu2 terkini dan sensasi pasti tak akan terlepas. Pas nie aku g club ari sabtu.... Lama giler tunggu saat nie... jika dulu memang ari sabtu aku kuar g club, tapi semenjak R&b kat lq ari jumaat, terpaksa korban tito aku dan kadang2 terjejas keja aku.(sbb aku sabtu kerjaaaaa) tapi kini tak lagikkkkk..
boleh lepak sampai subuh...hahahahahhaha....

Anda mahukan 'Womanizar' kunjungi LQ ari sabtu..sajian R&Byg menghiburkan.

*kembali seperti dulu kala... cha..chaaaaaa sampai terbit fajar mentari.