Kaki wayang

Lama giler aku tak update ttg kaki wayang! Itu tandanya LCW x g tengok wayang! Berbalik film yg aku tgk kali nie, citer HP7 Part 1 aku tak tgk lagik!! Cerita2 laen aku tgk, tp part 1 aku cam x sempat dan terlupa sudah. Selepas part 2 nie kuar, baru aku terhegeh2 g cari CD HP7 part 1 punya. Minggu lepas aku tgk part 1, n semalam aku g tgk part 2 di panggung! So idaklah lupa jln ceritanya bagaimana yer... hihihi.... Ini Harry Potter yg terakhir, so aku x nak lepaskan tgk kat panggung! Harry Potter pun dh besar berjanggut berbulu segala... Masa mula2 muncul, sgt comel dgn speck mata booolat dia tue.. Sgt pantas masa berlalu... kini cerita ini dh dipenghujungnya. Comment aku ttg film terakhir nie???? OMG!!! aku teruja giler menonton part 2! Cerita 2jam lebih aku x sedar yer... terlalu seronok dgn aksi... Asyik dgn jalan ceritanya... Sedih kerna ianya penghujung! Segala rahsia disebalik setiap watak semuanya diceritakan dlm siri terakhir ini. Part persedian sebelom berlawan, aksi perlawanan bulu roma aku meremang.. serius... aku dpt merasai setiap detik yg berlaku saat itu... Setiap yg rebah, yg tumpas, kepuasan kemenangan aku dpt rasakan... Sumpah ianya berjaya buatkan aku tersenyum puas melihat apa yg berlaku. Sungguh tidak mengecewakan... Cuma aku sedih kerna inilah pengakhiran film nie. Klulah kita tgk dari part 1 hingga part 7 dlm satu hari, kita dpt merasai setiap perubahan watak itu, dpt rasai setiap kenangan yg berlaku, dapat hayati kesedihannya, kegembiraannya, kedukaannya, kesakitannya, kemasyuran seorang ahli sihir yg bernama HARRY POTTER! Aku bagik 4.6bintang tuk film nie. Sumpah aku suka semuanya yg dipersembahkan. Apakah ada sambungan utk anak HP? Manalah tau kan.... klu ada, aku alu2kan.. kerna film nie punyai jln cerita yg menarik... tak sia-sia bagik pengikut setia film ni. Aku nk dapatkan koleksi film nie dan tgk dlm satu hari, perghhh musti lebam bijik mata ku... Tak pe janji PUAS!~!

* Sudah hampir bulan Ramadhan.. kali nie aku x sambut ramadhan keseorgan lagik. Moga2 puasa kali ini, ianya memberi sejuta keinsafan dan kebahgiaan buat aku dan semua umat islam yg aku sayangi...

Kaki teater

Sabtu, 16/7/2011 aku dan abeeb g I.B tuk nonton teater musical diatas! Terima kaseh pada bang long a.k.a Riez Anuar yg senantiasa ingat pada adik chik nya. ha3! Aku suka layan teater skg, sungguh seronok... korang kena rasai pengalaman itu andai x pernah tengok teater. Aku x payah ulas jln cerita teater nie, sbb sama je cam dlm filmnya. Apa yg beza adalah pelakon a.k.a penyanyi, bukan org yg sama . klu sama, perghhh aku dpt tengok Beyonce nyanyi LIVE! HA3. Beza paling ketara ialah semuanya secara langsung! Klu dlm film, nyanyi sumbang, bole ulang balik.. tapi tidak teater... klu sumbang, makanya bernanahlah telinga! Sungguh menakjubkan kerna kesemua yg terlibat punya suara yg POWER!!! Bayangkan lagu2 dlm film Dreamgirls bukan senang2 semuanya... Semua itu dinyanyikan dan dilakonkan penuh bertenaga oleh yg terlibat! Aku suka yg pegang watak Effie.. haiyaaa, Vokal dia.... perghhhh.... lagak dia.... pesona dia... seperti Jennifer Hudson. Aku jugak kagum ngan vokal pompuan yg pegang watak Lorrell Robinson. Perghhhh!!! sungguh sedap. Watak Beyonce je cam agak karam dilaut sepi.. Sorry... cam x kena kau jadik beyonce... Watak2 laen, aku suka dan kagum! Set pementasan simple! Wlpun simple ianya tetap menarik kerna pengcahayaan dlm teater nie terbaeklah!! Sungguh!! Aku kagum ngan pengcahayaan dlm teater nie... sgt memainkan peranan paling besar. Ianya berjaya memukau setiap detik demi detik (cam mana entah ayat aku*) Tak melibatkan byk penari2 yg boleh semakkan mata! Ada class teater nie.. dgn vokal yg bertenaga, aku sgt PUAS tgk! Lebih puas banding tengok film... Semuanya depan mata je.. Vokal dan lakonan x der sumbang dan sumbing! Semuanya All-Out!! Bayangkan show yg aku tgk tadik, cam last show!! semua org nanyi cam esok x der show dah! Sedangkan, banyak lagik yer show mereka... Itu membuktikan kesungguhan mereka dlm teater nie! Rugik pada yg x g tengok teater nie. Musical paling puas aku tengok!!!! Sambutan tuk teater nie cam dingin.. x ramai pun yg g tengok! Mungkin kurang promosi.. Sayangnyer teater yg bagus cam nie x der sambutan...Selesai acara aku pun pulang..... terima kasih sekali lagik pada bang long ye! Waktu aku tgk teater nie ianya x dijayakan oleh Dina, Cherly samad,Azura zainal dan Dafi. Ianya dilakonkan oleh org laen.. Cuma Tony eusoff je ada... Aku dh agak teater nie melibatkan ramai spy tayar... Sbb ianya mencabar vokal kot.. klu libatkan sorang je sampai abeh, mmg persembahan seterosnya suara angsa boleh kedengaran dengan jelas..

*Teater yg 100% berbahasa inggeris. Teater inggeris pertama yg aku tonton! Ianya x mengecewakan, kerna aku pulang sambil dok nyanyi lagu Dreamgirls.. mula dah berangannn*

Kaki teater

Menonton teater dh menjadik sesuatu yg menarik skg! semenjak tgk PGL the musical. Selepas itu byk teater2 laen kuar seperti Cuci the musical, Natrah, Teater Antara dan byk lagik.... Semua tue aku g tengok. hihihi.. Yg terbaru ialah Mak Dara Nyonya... Terima kasih pada mama dara kerna bersusah payah dapatkan tiket tuk aku dan yg laen2 . Aku amat hargai kamu. Ok, berbalik pada cerita, hmmmm permulaan monolog oleh Juhara Ayob yg menjadik ibu halimah yg merupakan pencetus Jamu Mak Dara. Liku2 kehidupan Ibu halimah diceritakan dari awal hingga dia berjaya kini. Perghhhh apa yg dilalui dia, mmg x masuk otak! Terlalu byk cabaran, drama, dugaan yg dia tempuh spjg perjalanan hidup dia. aku cam x percaya setiap dugaan itu dihadapinya dgn hati yg tabah! Cekalnya wanita itu tuk berjaya.... wlpun mcm2 dia lalui, dia tetap terima dan x putus asa. Penyampaian juhara x perlu nak cakaplah, mmg superb!!! Mmg sampai kepada penonton... Teater nie diselitkan pulak dgn satu lagik cerita, iaitu cerita Nyonya, yg membariskan nama2 hebat seperti Sarimah,misha,zizi, fafau dan laen2. Cerita nyonya x ada kena mengena ngan cerita Mak Dara! Ianya cerita yg berbeza! Pelikkan??? tp itulah yg terjadik tuk teater nie. Tp teater Nyonya x mengecewakan, penuh dgn gelak tawa sampai habis... semua hebat dlm memainkan watak masing2... Paling menyerlah ialah watak Sherry abdullah! Dia mmg seksi,wlpunnnnnn* klu kena tindih boleh biru seminggu. ha3. Byk ayat2 yg kelakar! Lakonan fafau x menghampakan, meowww!! misha pun! Zizi mmg terbaek penyampaian dan aksinya.. Manakala sarimah, ko mmg pompuan gila! hahahahahaha... Aku terhibur dgn slot Nyonya tue. Cuma aku agak pelik, nape cerita Mak Dara x di lakonkan! hanya sekadar monolog?? hmmmm.. itu je cam x faham...Pas abeh teater nie, semua dok tanya, apa kena mengena cerita nyonya ngan mak dara???? Semua dok tanya aku pulak tue! hahaha.. bagik aku lebih menarik klu cerita Mak Dara di lakonkan, bukan sekadar bermonolog! Tp mungkin klu di lakonkan, ianya akan melibatkan prop yg grand! dan pelakon yg ramai... Papepun tetap terhibur, wlpun cam cerita Nyonya lebih menyerlah banding cerita Mak dara sendiri. Teater nie gunakan prop paling sikit pernah aku tgk ( hanya ada katil, meja solek,langsir, meja mkn dan kerusi tamu). So aku mls membebel pjg2, sbb teater nie dh abeh pun! Apa nak cakap, tak rugi tgk teater nie, sbb ianya menghiburkan dan penoh emosi . Tahniah pada semua yg terlibat! Pas nie buat yg lebih GAH ok?

*Pas abeh teater, aku terus balik! sbb dh mengantuk! Btw, tiada pic disitu sbb aku x bawak kamera... konsep malas nak edit... Klulah watak Ibu halimah itu Ziana Zain yg jayakan, aku dpt rasanya part cerita kelakar, musti pecah usus gelak! Part emosi jugak aku rasa dia mampu memukau.. Tp juhara dh buktikan dia mmg pelakon teater yg terbaek!

Ning Baizura - Dewa


Walaupun ramai yang risau dengan keadaan di Kuala Lumpur ekoran dari demonstrasi BERSIH yang dijangka berlangung pada sabtu 9/7/2011, peminat-peminat Ning Baizura tetap membanjiri Zouk KL pada jumaat lepas . Banyak jalan yang akan ditutup dan KL dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas, semuanya gara2 BERSIH cilaka (oppss, terlepas carot pulak.. biasalah manusia biasa jugak)

Selain dihadiri oleh peminat setia Ning iaitu Ning Clix & HappeNing, showcase dan pelancaran yang dianjurkan oleh syarikat rakaman dan edaran Universal Music Malaysia ini juga turut dihadiri oleh penulis blog dan media yang turut sama membantu mempromosikan album Ning. Album ning nie menampilkan 8 buah lagu baru. aku suka lagu BILA.. sedap je lagu tue :) Acara mlm tue berlangsung meriah wlpun terasa byk jugak ruang2 kosong dlm Zouk tue.. mungkin akibat org semua takut nak datang! hmmmmm... tp semua itu dpt ditutup dgn kemeriahan peminat2 setia ning! Mereka mmg gempaq! hahahhaha.. aku dan abg long kerja gelak je. sambil membayangkan klulah Ziana Zain punya pelancaran album nie, perghhhh!! runtuh Zouk KL ni. Sure punya.... hahaha..


Aku terhibur dgn Event nie. Terima kasih pada en. Riez kita yg sudi mengajak saya ke acara itu. Andai lapang, saya sudi je pergi ke acara2 yg melibatkan dunia glamor(dayang, kau ada? haha.. tetiba rindu kat opah!) Cuma sepjg acara berlangsung aku hanya membayangkan ZZ je... bilalah akan merasai suasana seperti itu. Huk! Hanya bole pasrah dan buat2 biasa je... Pape pun korang kena dapatkan album nie, kerna ning menjanjikan sesuatu yg berbeza dari album sebelomnya. Aku paling suka lagu bila dan raksasa! Acara selesai aku pun pulang.. pulang ke? ha3.

* KL pada mlm itu sunyi dan sepi.. woW!! dalam sejarah aku melihat KL mati pada mlm minggu itu.Semuanya kerna perhimpunan BERSIH! Bersihkah KL pada esoknya?? Korang yg punya mata, jawab ler sendiri.. bye.

AL-Kisah ANTM - Tahukah anda?

ANTM17 akan temui kita bulan 9, tak sabarnyer nak tgk cycle ALL-STAR itu. Sebelom aku kembali bz dok update yg terkini kat korang ttg ANTM17 aku saja nak kongsi info ttg kisah2 selepas abehnya ANTM. Saja nak rajinkan diri. Aku update yg mana WoW dimata aku. Semua org tau, x menang antm bukan bermakna x berjaya diluar sana.. sesungguhnya semua itu rezeki masing2 dan menunjukkan tyra kadangkala rabun dalam menilai sesorg. Ikut sedap dan taste dia je.. hahahahha... Kisah aku nak update nie bukan kisah model2 seperti anya or chantal or tocara.. itu semua org dh tau kejayaan mereka . Aku pernah update kat korang. Nie Al-kisah ANTM16 yg baru tinggalkan kita.. Tyra menangkan si Brittani dan menaib juarakan Molly (bahasa aku!! ade?) Aku nk citer model yg benar2 memukau selepas tersingkir iaitu Nicole. Dia tersingkir sbb nampak tua dlm pic... Tyra je yg menuakan Nicole! Nicole membuktikan yg dia sebenarnya di anak tirikan dlm ANTM16 (bole? hahaha) Dia begitu laris utk photoshoot mag!! Wajah dia terhias dlm ELLE mag dan byk lagik mag yg ada.


Aku malas nk taip pjg2, saja nak kongsi pic dia kat korang.. tengoklah bertapa Vouge nya dia.. Tp klu korang ingat ulasan aku ttg ANTM16 Bahawa cycle tue mmg byk yg unik dan exotik. So tak heran klu mereka2 ini bersinar.




Vouge tak? Tyra lihatlah peserta yg ko singkir terlalu awal telah membuktikan bahawa simpan Kasia terlalu lama adalah kesilapan!! tetiba** hahahahaha...

Aku jugak selitkan pic-pic molly aku nie! Dia dan brit akan pindah ke New York dlm bulan 7 nie tuk kembangkan bakal yg sememangnya ada... Rasanya mereka sudah dpt job sbb akan tinggal sekali nanti di New York.

Nielah Al-kisah yg aku nak kongsi ngan korang... Andai ada info lagik aku update ye! klu tak der, tggu jelah ulasan ANTM17 yg pasti mencetus drama yg bukan2. Bye.

*Semakin bersepah model2 skg!!! tgklah rancangan pencarian top model tyra nie dh merebak ke byk negara... selagik boleh semua nak buat. Malaysia je x der... sbb model2 malaysia byknya sendu. Bukan main byk yg vouge tetap warga asing kuasai pentas runway. Sedeh!!

Kaki wayang

Jumaat yg lepas aku dan abeeb g nonton citer MEGA diatas. Tiket wayang citer nie, beli seminggu lebih awal kerna citer nie mmg menjadik tumpuan seluruh umat dibumi. ha3. Klu beli lambat makanya, mendongak lebih tinggi la, tak pun melihat perkataan FULL di skrin. Aku mmg menantikan film nie, tp seperti biasa film sequeal aku x letakkan harapan yg menggunung, sbb takut akhirnya akan kercewa... Film nie start dgn aksi dan cerita disebalik tabir sebelom berlakunya kejadian. Agak terbelit utk faham citer transformers 3 kali nie... byk sgt bahasa2 robot dan salasilah yg perlu kita tangkap. Membuatkan film nie sedikit rumit. Bila rumit jalan ceritanya menjadik tak menarik kerna susah utk kita faham. Pape pun sbgai manusia yg ada otak, aku layan jer.. dan cuba tangkap setiap kejadian yg berlaku.. Hero tuk film nie tetap sama, heroin saja yg bertukar. Tak der lagik Megan fox. Digantikan dgn Supermodel Victoria secret, Rosie Alice Huntington-Whiteley. Aiyoooo dia sgt cantek dlm ini film... Dia mcm x berlakon... dia cam berada di tempat kejadian tuk pose dan photoshoot! ha3.Ada part dia seperti Cameron Diaz. Sumpah dia cantek dan meninggalkan megan fox bertiang2. Dari segi lakonan, megan lebih umphhhlah..Tapi mata aku mmg akan tertumpu kat dia klu dia muncul. Babak lawak seperti biasa ada...romance ada.. wlpun cam sedih dan sikit. Paling x menahan dlm film nie, dimana ada bencana (aksi pergaduhan) disitulah hero&heroin feeling menempel. Aksi tue terlalu ketara buatkan aku rasa cam hmmmm... berlakon sgt! Tiada yg kebetulan, semuanya cam mereka sendiri cari pasal . ha3. Berbalik pada cerita nie, aku lebih gemar Transformer2 . Itu lebih teruja dan menghiburkan. Dari segi aksi, robot2 kali nie lebih pemusnah dan gangster! wawawa... Pape pun aku terhibur dgn aksi yg dipersembahkan kali nie.. Berbaloi je g tengok citer nie kat panggung. Pape pun bagik aku Transformer2 adalah yg terbaek dr segi jalan cerita dan aksi. Jln cerita yg ke2 lebih mesra pengguna. Ade? Dgn aksi yg ado, dan kesudahan yg ado aku bagik 4.1bintang tuk cerita nie.

*AVATAR masih film terbaek setakat ini.... berapa lamalah tuk tggu film mega yg mampu tepis Avatar? aku sendiri tak pasti.... Seperti aku katakan tadik jgn letak harapan terlalu tinggi pada film sequel. Takut korang meroyan.. Film seterusnya yg aku tggu ialah Final Destination 5!