The ship kuala lumpur

Biasalah bila dah lama cuti, maka banyaklah yg kena update kat blog nie.... Sesungguhnya waktu cuti raya cina nie, HP aku asyik berbunyi2.. banyak sungguh SMS masuk... Terasa sangat glamor okey.( rasanya cam tue kot, jd artis popular) baiklah!!!! hahahahahha.. penat tau.. Aku nie dah la tak suka ber SMS nie... tapi tetap kena gigih yer,..... Ramai yg dok bertanya pasal kes blog aku. Aiyooooooooooooooooo apa kes/???? rupa2nya ada yg melenting.Hurmmmm lantak lor yer.... aku malas nak layan, sbb yg popularnya aku. hahahahahahah... tetep okey!!!

So aku nak citer cuti ari tue aku kuar ngan akak aku, adik aku, abg aku dan phezz.. kami g the ship.. layan LIVEband. Besh sgt, walaupun pompuan yg nanyi tue main belasah jer lirik nya. hahahaha.... Dah lama gila aku tak lepak ngan akak ku sowang nie. Bila berkesempatan kami pasti bersama2.. tak sabar nak g buzday party dia bulan 2 nie... Yeahhhhhhhhhhhhh!!

akak aku yg semakin mengembang sihat....

adik aku jgn cakap lah...berkembang subur yer....hahahahha

Nie plak phezz yg dok bersama aku tuk minggu cuti nie. sebab kami tak tau nak g mana cuti2 kat kl nie... so kami selalu lepak sekali... Sah2 umah dekat. Makasih kerna dok teman aku sepanjang minggu cuti. nanti kita lepak sesama lagik yer......


Ari tue kami ber2 g tengok wayang, citer 'INKHEART'... okeylah citer dia... cuma agak lembab bergerak.. 3bintang aku kasi. syok jugak, baca jer buku watak2 dlm buku tue kuar..... (mau aku baca buku snow white, part last sekali) korang rasa sapa yg kuar??? hahahahahahahahhahahah...... so klu nak tgk watak2 dlm buku kuar, g la tgk citer inkheart.

*aduh malasnyer kerja... banyak sungguh kerja!!

suara PALESTINE

Hebatnya perdebatan dalam blog aku yg chumel nie.....Dari semua tak tahu, kini hampir semua tahu AL-kisahnyer... So aku Malas untuk ambik pot...... Sebab tiada faedah bersama. Apa2 pun makasih kepada semua yg comment dan bagik pendapat. Rasanya cukuplah perdebatan ini berakhir disini.. Tiada apa utk dibanggakan, korang menyalak cam mana sekali pun, akhirnya benda itu akan pergi setempek terjatuh kedeBUKK ke muka sendiri... So udah2lah... Kpd frendz jugak kita sama2lah meneruskan kehidupan kita tanpa perlu memikirkan benda2 ini lagik ok? Aku sekarang memiliki ketabahan yg sgt luar biasa. (tp klu masih over meneruskan hujah, mmg luar biasa itu akan jadik sgt berbisa) aku doa harap2 x ada lg lah perdebatan nie.

Aku pulak???? Terus cemerlang meneruskan hidup ngan pelbagai aktiviti berfaedah yg tidak satu pun mengganggu orang lain. Nak tahu aktiviti2 aku masa cuti?????

Aku sebenarnya teringin utk join projet DONATION FOR PALESTINE AT ISTANA BUDAYA (dikendalikan oleh Rnp).. So aku pun g teman phez ke studio untuk rakaman suara. Mereka kena baca sajak..... Mendayu2 ada... jeritan ada.. yg paling besh tangisan( tahniah utk umi) sedeh sangat!!! Dan tetiba suara ku juga diperlukan utk dimasukkan dlm persembahan itu nanti. Wahhh terasa teruja sangat sebenarnya( walaupun malu2) Kami kena baca sajak ramai2.. 2 lelaki, dan 2 perempuan... So apa lagik.... kami pun gigahlah baca.... Pengalaman yg sgt besh masuk studio... Dapat gak merasa masuk studio sebelom jadik artis( tetap, janji mampu okey) haha..


gigih mereka mendengar penerangan sebelom memulakan rakaman.

acara itu akan berlangsung kat laman lantai istana budaya pada 2/2/2009. start kul 8mlm. Datanglah beramai2 utk melihat lakonan, dari penari2 rnp... dan model2 dari NAZ... Mereka terlibat dalam lakonan. Nak dengar suara aku yg merdu walaupun ramai2???? Datanglah kesana. Heheheheheh....Sepatutnya jugak aku terlibat dlm pementasan itu, akan tetapi disebabkan tugasan kerja aku kat office sangatlah memeningkan kepala, aku terpaksa menolak!! Tak der rezki aku.. hukhukhukhuk... (cam nak jerit jer kat bosssss @#$&*!)

Apa2 pun korang semua digalakkan pergi... Disamping kita melihat persembahan anda jugak boleh menderma kepada tabung palestine. Harap negara malaysia akan sentiasa aman dan damai dari segala pencerobohan. Sama2lah kita berdoa agar negara kita yg tercinta ini akan cemerlang dan terus terbilang.

*Makasih kat semua frend yg sentiasa berada disamping aku....

Gong xi fa CHOIIIIII....

Memang Choiiiii..... Aku dah dapat bonus, bonus kerja setelah gigih berkerja tahun lepas... Nak tahu berapa?????? sangat tidak munasabah jumlahnya. Menyakitkan hati,jiwa dan raga...
Rasa cam nak jadi pembunuh jer(bunuh bos aku) tp apa kan daya aku kan seorang yg baik, wlpun hidup cara barat( wahhh 'barat' dh boleh dijadikan tradmark) hahahahahah, merasalahh. Aku amat kesal ngan sikap bos besar aku nie.... rasa cam nak sepak laju2 selama 22jam je... Sakit hati sgt. Tapi aku tetap pasrah ngan ketentuannya( tetiba kak ramlah) mungkin dah ditentukan rezki aku utk tahun nie begitu. So aku terima ngan tangan terbuka.. Motip nak ketwat menolak... lagi rugiiiii..hahahahahhaha.... Setalah dapat bonus, bukan lah terima kasih yg kuar dr mulut aku.. tapi kuar perkataan... 'AWAT sikit sgt????? nak beli selipar pun tak lepas okey'..... wahhhh bos aku terkejut ala2 cam kena serangan jantung!!!!

Hurmmmmm tapi apakan daya, bukan aku bos nya... Aku hanyalah penolong bos.. Klu aku bos harus aku bagi bonus 10kali gaji( pemurah sgt tue).. aku redha dan terima semuanya setelah penat maki hamun, (tetap la kena maki dulu) So utk 2009, aku cam nak banyakkan MC jer... Tahun lepas jadik cemerlang pun tetap tak dihargaiiii...

Aku harap sangat bos aku baca blog aku nie... Biar dia menangis di pagi hari raya cina nie... Tak baik buat aku yg cute ni cam tue. Walau cam mana pun aku masih bernasib baik, sbb ada jugak kwn2 aku yg berkerja x dapat bonus langsung( lagik sedeh hidup dia) so aku syukur ngan pemberian yg esa.. Harap gaji aku naik.... Sbb dengar cerita gaji akan dinaikkan... Jgn naik Ala2 tak nak kasi sudahlah.... AMIN.


selamat tahun baru cina kpd semua yg menyambutnya...

Motip pic opah ada kat sini???? utk pengetahuan semua, aku kini merindui opah yg berada kat penang sana... Sama ada sihat, sakit atau kena telan dik tsunami aku tak mengetahuinya... So dayang a.k.a opah... kembalilah ke pangkal jalan. hahahahahahhaha. balik ler kl. Lama sudah hanq x balik kan? so balik cepat..... Byk ceritara cinta duka lara nak citer nie...


* cuti raya cina, aku plan nak g jln2 jauhhhhhhh....... lalalallala

Pemerhati

Aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca2 blog aku. Blog aku diwujudkan utk berkongsi cerita suka atau duka. Suka aku ngan kehidupan aku, suka aku ngan diri aku, suka aku ngan masa2 yg lalu. Begitu jugak dukanya.

Cerita aku selalu membabitkan org disekeliling aku. Tak kan nak buat aktiviti tanpa org kan??? ko ingat aku wilard??(berkawan ngan tikus jer?) So bila dah buat aktiviti ngan teman, banyak mata yg memandang.. selalu yang pandang ialah harus lah mata2 kawan-kawan. Kawan2 yg kenal aku, dan kawan2 yg kenal ngan teman2 yg aku selalu kuar. Sebab apa mereka pandang? sbb aktiviti kami x semuanya selalu bersama atau berjumpa. Itulah tujuan mereka baca, atlist dapat tau aktiviti masing2. Tujuan bukan utk war2 segala aktiviti...cuma sekadar ingin bercerita dan jadikan ianya suatu bacaan yg menghiburkan. Akan tetapi ada juga pemerhati yg baca blog aku utk tujuan yg lain.....

Tujuannn yg lain????? MAKSUDNYA????? maksudnya ialah mereka baca utk tujuan ingin tahu aktiviti teman2 aku yg mereka kenal!! TAK paham la cik wan........... Ringkaskan maksud tue... ! RINGKASAN ialah mereka baca bukan sebab utk tahu hal aku, tapi ingin tahu hal teman2 aku yg mereka kenal( ala2 pemerhati yg ingin tahu, apa teman mereka buat minggu itu) ala2 rujukan gituew. Kenapa jadik begitu???? kenapa mereka ini perlu jadi pemerhati dari blog aku? kenapa tak g tanya sendiri kepada teman2 mereka itu??? Kenapa perlu berpandu pada blog aku? Nak tau sebabnya????????? Mungkin teman2 aku ada masalah jiwa atau peribadi ngan insan2 pemerhati nie.(FINE!!) so nak jadikan rujukan, blog aku jadik sasaran pemerhati. Aku tak ada masalah utk itu....

SO?? apa masalahnya article 'Pemerhati' nie diwujudkan cik wan???? Masalahnya ialah bila mereka tak dpt maklumat dari yg sepatutnya dan rujukan di blog aku, yang kena tempias adalah aku. Aku dituduh ikut cara barat!!!!( OMG, aku yg dituduh???? disebabkan tak puas hati?) Aku tak hairan pun, cara barat,timur,selatan atau utara sekali pun Selagi aku tak kacau korang, Teruskanlah berkata. Orang kan, terutama yg melayu2 nie lah suka bercakap bila menengok dari mata kasar jer... apa yg mereka nampak, itulah mereka akan kata.( sgt jahil yer!!) sorry agak kasar perkataan 'jahil' itu, tapi aku rasa itu yg layak utk org yg macam nie. Cakap tak guna otak, main belasah jer...... Teruskan lah yer, sebab aku mmg jenis tak makan dik kata2 org2 yg macam nie... Sesungguhnya ko bukan kasi aku makan.

Dalam minggu nie aku dapat sudah cari siapa 'HAMBA ALLAH' yg dok memberi ceramah hal ehwal semasa kat aku.( ada 3 senarai akhirnya, tp aku tak kisah yg mana satu .. sbb ianya serupa jer) Sejujurnya Terima kasih sesangat, aku amat menghargai nasihat itu. Tapi bila nasihat yg diberi berbentuk TUDUHAN yg tak boleh aku terima., maka ianya tak boleh dilupakan.Mak bapak aku pun tak cakap macam tue. Sbb apa mereka tak cakap cam tue??? sebab mereka lebih mengenali aku . Bukan korang pun...... Korang musti nak tahu siapa hamba allah ini kan??? sejujurnya klu bagi tau pun, korang x kenal, sbb aku pun tak kenal(tapi klu aku bg tau korang kenal, maka bukan urusan aku, sbb bagi aku insan yg aku x kenal, aku x mau ambik pot) Sebarat2 aku pun, aku tak perlu menipu sesiapa atau menyusahkan sesiapa. Terlalu bijak sgt kah dia?? sanggup membedil orang lain, insan pemerhati merangkap hamba allah ini sangatlah mengecewakan aku. Kenapa aku kecewa?? sebab cara dia menilai org amat cetek. ( sdgkan aku tau dia seorang yg pandai)

'Alah cik wan, dia bagik nasihat jer kan? nak terima terima, tak nak terima tolak je ketepi!!!!!' Yup memang boleh tolak ketepi, tapi dia(pemerhati) akan sentiasa menanti cerita baru yg membabitkan aku dan insan yg dia kenal itu. So aku kena beri sedikit penerangan kat sini. Kehidupan aku hanya aku yg tahu kebenarannya. Tapi bab cerita insan2 yg kuar ngan aku, korang g tanya sendiri k. Menjadik diri sendiri lebih baik dari dok mengikut orang atau TERPAKSA mengikut kehendak orang(bahaya sangat)

Pemerhati mencari info tentang org lain, tapi mangsanya aku nie. Aku tak buat salah apa2 pun kat dia... hal dia ngan insan lain selesailah dimana2 tapi bukan di blog 'Last call wan'. Rasanya pas nie info tentang insan itu aku tak akan terbitkan... Musti pemerhati kecewa kan????? Merasalahhhhhhhhh..... Walaupun aku tak perlu buat macam tue, sbb blog aku hak aku lah!!!
lantaklah ngan sapa aku nak bergambar atau kuar, selagik aku tak paksa sesiapa ianya tak salah kan?? mana mungkin aku memaksa org utk kuar ngan aku? tak gitu!!!!!!!

Baik buruk aku biar yg maha esa tentukan, bukan kamu wahai hamba allah. Sebagai hamba allah aku jugak tau batas2 sesuatu kejahatan. Menasihat biarlah berpandu kpd sesuatu yg sahih!! jgn main sodok jer... Karang aku rodok moroyan pulak. Pas nie, aku harap semua pemerhati yg tak kenal aku, tapi kenal insan2 yg kuar ngan aku, PLZ carilah penjelasan itu kat mereka sendiri. Jangan nak memandai2 kat sini. hal korang selesailah sendiri k.




Apa2 pun aku sayang ngan semua sahabat aku. Aku memang tak boleh hidup tanpa persahabatan yg terjalin antara sahabat2 yg kenal aku. Wlpun jarang2 sekali jumpa.. tapi bila jumpa Aura persahabatan itu amat kuat terasa. Aku untung kenal kawan2 yg amat baik budi pekerti.. ada jugak yg biadap.... tapi sebagai manusia benda itu sesuatu yg NORMAL. Manusia tak akan terlepas utk biadap sesama manusia. Tapi aku masih sayang mereka semua. Kepada pembaca setia aku, terima kasih kerna sentiasa melawat blog nie. Kepada pemerhati yg aku tak kenali dan korang jugak tak kenal aku, terima kasih jugak kerna singgah dan update cerita2 kehidupan aku. Sama2lah kita harmonikan kehidupan kita ke arah yg lebih cemerlang.

*maaf jugak jika ada yg terasa hati ngan luahan ini, luahan ini jujur dari hati.. jika ianya mengguris hati sesiapa aku minta maaf sesangat. Sebagai manusia yg hidup cara barat(kata pemerhati) aku tak berselindung di sebalik topeng!! renung2kan.... WASALAM..

TGI friday

Agak lambat aku post tentang lepak2 makan kat TGI friday Pavillion, maklumlah bz. Ari tue Firz ajak aku g pavillion, nak jalan2 shopping katernya. Tapi aku cam menolak( ala2 ketwat la), tapi setelah dipujuk bebagai, maka aku setuju setelah dia kata nak belanja makan( YES!) Tak tahu plak dia nak belanja makan kat TGI friday, sesampai jer dia ajak makan situ. aku apa lagik, perlu ker ketwat utk menolak??? terima sajorrr!!! lalalalallala...

kesedapannya hingga tak larat nak abis kan... kenyang sgt!!


Pas abis makan, baru kami jalan2 utk habis duit yg ado. Sana sini masuk, tapi akhirnya akur kat ZARA ... Banyak sungguh sale..hingga naik juling melihat. Setelah selesai berurusan kat ZARA, kami berangkat pulang... Makasih yer firz kerna belanja makan. Nanti belanja lagik, baru rezki sentiasa murah. AMIN.

*BONUS tahun nie brapa la?? NERVES........

AJL23

Semalam terjawab sudah teka teki lagu manakah akan dinobatkan sebagai lagu terbaik utk AJL23 tahun 2008. Tahniah MUH.(korang menang bergaya) jom aku ulas utk setiap kategori.

Etnik kreatif:

sejujurnya kategori nie sangat lemah.. tak macam zaman CT dan noraniza idris dulu. Dan tekaan aku farawahida bakal menang sudah terbukti. Lagu nie lain dan layak menang sbb unsur2 muzik cina dimasukkan. Walaupun persembahan farawahida cam ala2 pembukaan Sukan SUKMA @ Citrawarna, farawahida tidak menghampakan. Heliza/zahid adalah persaing nya.. disebabkan heliza nanyi buruks peluang menang tipis.

juara etnik kreatif: persoalan cinta

Balada:

saingan utk kategori nie sgt la kuat. Tolak ketepi 2 lagu, bila nak saksi dan hanya dimercu. Soryy aku tak suka lagu itu.THX. Dan kena tolak gak lagu 'Dingin' nyanyian akak aku. Layaknya lagu nie sbb penyanyi itu yg punya pengaruh yg besar dalam AJL dan hanya sekadar utk menyerikan majlis dan mengaut ranting yg tinggi.( bertapa hebatnya artis bernama Ziana Zain, sbb tue lagu nie dimasukkan saat2 akhir) dan terbukti wlpun tak menang, ziana menerima sorakkan paling gemuruh berbanding artis yg lain ... Strategi TV3 sgt menjadik. Aku tak kecewa lagu nie tewas(wlpun meminati ziana sehabis jiwa) gituew!!!! sekadar yg terbaik aku carik dan puas melihat dia nanyi(wlpun kasut yg dipakai terpaksa dibuka) So saigan hanya ada pada sampai syurga,cuba dan lagu kita. Rezki mungkin sudah diaturkan utk faizal tahir( tetap) maka lagu dialah yg menang. aku puas hati jugak melihat dia nanyi lagu sampai syurga. so balada dia lah sapu.(tak nak citer pjg lebar, kang aku kutuk jer..bukan pujik) tahniah kat Audi mok jugak.

juara balada: sampai syurga.

Poprock:

Satu lagi kategori yg kuat. Aku harap elyana yg menyerlah.... Tapi Meet uncle hussein yg bikin gempaq!!!! aku sgt suka dua lagu nie jer. Elyana menggunakan konsep sama cam separuh akhir.. dok nanyi sambil duduk... buhsan..(elyana bukan ziana) ziana nanyi cara yg sama dan sorang2 pun tetap mencuri perhatian semua. So aku harap MUH boleh sapu AJL23. stacy pula sgt malatop dance nyer.... 2 kumpulan lagik, biasa2 jer...THX.

juara pop rock: Lagu untukmu


Persembahan terbaik: sampai syurga

aku dok target stacy la kan... harus lah dah bersusah payak hafal step....(ingat senang?) tapi rezki dah ditentukan utk faizal tahir( lahanat wlpun mmg besh pun persembahan faizal) tp stacy lagik layak... jarang kita jumpa penyanyi cam stacy kat malaysia nie. boleh menyanyi dan menari sekali. Apa2 pun stacy stg britney a.k.a agnes monika.(hebat!!)


vokal terbaik: faizal tahir- sampai syurga

Aku target MUH menang la utk vokal, sbb sgt hebat kot vokal dia... aiyooooooooo!!!!! tak pun kasi ziana menang( tetap nak dia menang,hahahahahha) agih sama rata org kata.. Tp TV3 tak nak kerugian yer... memberi sekali lagi rezki kepada faizal( sudah tertulis awal) so tahniah kpd faizal tahir.

AJL23: Lagu untuk mu- meet uncle hussein.

Rumah aku keriuhan bila pengacara mengumumkan MUH menang!!! yes!!!!!!!!!!!!!!!!! bukan faizal tahir yg tengah feeling nak sapu semua anugerah. Aku sgt berpuas hati yerrrr ngan keputusan yg awal2 aku mmg pilih mereka utk menang dlm AJL23. Tahniahhh MUH.

Kesimpulan: stage AJL23 sgt malatop dan paling hebat dalam pembikinan. Keputusan pula hanya utk persembahan terbaik/ vokal terbaik jer aku tak suka melihat pemenangnya. Tapi tetap terima sebab memang dari awal sudah tahu kejutan ini. Kerna ianya sudah tertulis. Apa2 pun tahniah kpd semua yg buat persembahan semalam. sgt mengghiburkan. Dan tahniah kpd semua pemenang2 AJL23. Tak lupa kpd komposer/penulis lirik. Anugerah juara lagu tertumpu pada LAGU, maka penghormatan itu utk penciptanya. Bukan tertumpu pada artis semata2.


*AJL24, adakah artis TV3 akan menang lagik???? sama2 kita tggu dan lihat.

belicious Boutique&Cafe

Sabtu: Hari paling bz untuk aku. Aku bangun kul 12tghari terus mandi dan siap2 utk ke damansara.(apa??? bgun 12t/hari? tak keja?) lagik nak tanya, aku MC buat pertama kalinya utk 2009. Hari nie RnP ada show kat perasmian butik umi aida&betty. Dalam kul 3 kami sampai sana. Wahhhhh runway segala sudah terpasang siap! Sebelah petang aku hanya mampu duduk dan menunggu utk latihan buat penghabisan sebelom show. Penatttttnya menunggu okey!!!!

lalalalalaa, harus pose utk buktikan aku memang ada disitu.(boleh??)

Nielah penari2 yg sangat berwawasan, tetambah yg depan tue...

Malam pun tiba, maka ramailah celebrity dtg bertandang. Wartawan pun dtg utk buat liputan tentang butik baru belicios itu. Apa yg penting aku tak rasa nerves langgung. Mungkin terlalu penat atau memang x ada perasaan(boleh???) Show nie melibatkan step2 yg sudah aku ketahui kebanyakkannya...cuma diubah suai sana sini sikit jer.. aku lebih nerves bila buat show kat club.. sbb ramai kwn2 aku yg datang. hahahahahah... apa2 pun aku tetap buat yg terbaik.

Antara celebrity yg datang dan berebut2 utk pose ngan aku( tetaplah nak menipu kat sini) hahahahahah, feeling2 apa salahnya kan?? adalah .............

Ezlyn yg sgt baik dan kecoh bila bercakap...

Dynaz dan aku sgt secocok bila digandingkan....lalalalla

cik murni pun ada..sib baik dia x histeria masa show kami.

Ainul, kami cam adik beradik kan?? pulak!!!! hahahahaha

selepas majlis perasmian butik/cafe selamat dirasmikan, majlis buzday kak umi pula menyusul. Buzday yg ke...........................(entahlah rahsia hak terpelihara) sgt meriahhhhhhhh..... ngan show artis, catwalk dan show rnp. Semuanya berjalan lancar. Dan harap butik belicios terus maju jaya.
*Badan aku sangat sakit, cam nak tito seminggu tak nak bangun2...

majlis kahwen kali ke 22

semalam aku telah dijemput hadir ke majlis makan semperna hari bahgia paktam. Dia kini sah menjadi milik org lain. Milik siapa?? milik masyarakat? hahahahahhaha.... biarlah rahsia. Aku g ngan fena setelah apex last2 minit tak boleh pi... Yang penting kami sampai paling last. biasalah jln jem sepanjang 22km. Dah sampai kena menapak ke umah paktam selama 22minit berjalan. Sgt belakang kami park( sbb x ada parking,condo jer besau, park jauh..lahanat!!) tp kami tetap gigih... Bertema angel, kami sgt salji di rumah baru paktam bersama teman tersayangnya...



sebanyak 22 pic telah disnap, di kawasan lampu tue jer.

Si pengantin baru yg bersanding sebanyak 22 kali...

Setelah aku dan fena sampai, kami terus disajikan makanan yg lazat. 22 saat menunggu, terus dpt mkn... tak mcm yg lain dtg 22jam yg lepas baru dapat mkn. VVIP rasanya. Hanya makan sekali jer, ala2 barat tak boleh nak tambah(mungkin masak sikit jer kot) tapi makanan sgt sedap... paktam mmg pandai memasak.. cuma tak cukup kenyang(tetap nak kenyang nie) hahaha.... rumah baru pulak? sgt besar dan sangat primadona duduk situ... lif dalam umah... Cam nak dibikin kat umah aku...(tapi dah selesa naik tangga) hahahahahah, alasan!! suasana umah sgt selesa.....

makanan yg lazat, gulai ayam tue sgt sedap....

Yang hadir adalah antara yg rapat2 jer ngan paktam... dia tak buat besar2an majlis nie.. sbb takut terbakar umah baru tue... tak nak jadi 'pelamin angan ku musnah'... so dia buat kecik2 jer.. untuk tetamu VVIP jer... Majlis berikutnya dia kata akan jemput ramai... (zaman skg kawen mmg buat 22 juta kali) ingat mawi jer boleh kahwin buat byk kali??? hahahahahha...

Harap paktam a.k.a romeo ceria2 dan bahgia selalu disamping yg tersyg. Kehidupan yg selesa jgn disia2 kan.... jagalah adat dan sopan( tetiba jadi mak2 bg nasihat) dan skg time tuk kumpul duit.lalalalalallaaa....


*Harap dpt anak sebanyak 22 org...Boleh buat megadrama nanti..

Tag oleh : Aidy dan Hid

Title:16 random things about you
Terms:Please refer below~
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
***********************************************

Tag nie datang dari aidy.. sangat lahanat... banyak sgt!!!!!! tp aku yg x seberapa nak sihat nie buat jerlah..Demi kengkawan(katernya). wlpun tag begini pernah aku buat dulu.

1-Pembersih
Semua orang tahu itu. Aku amat mementingkan kebersihan. klu kat umah hari2 aku menyapu, wlpun habuk tak der.Hari2 aku mengelap, hari2 aku buat keja umah. klu umah dah bersih aku buatlah apa yg patut. ubah suai kediaman.

2-Ubat
aku mmg tak suka makan ubat. Yang kenal aku amat masak ngan perangai tak nak makan ubat aku nie. So kadang2 dua minggu aku demam. Gara2 tak nak makan ubat. atau buat2 makan ubat.hahahahah

3-clubbing
Aku amat suak beriadah. tak kisahlah apa org nak cakap, tapi aku suka buat benda yg aku suka buat.(org yg dok mengata, silakan mengata sepuasnya) janji aku tak kaco duit mereka. suka sgt cha..cha bersama teman.

4-shopping
klu ada duit lebih dlm dompet, harus aku akan kepanasan duduk kat umah. shopping time... Suka habiskan duit membeli benda2 yg mahal(matilah) baru duit cepat habis. hahahahha..

5-membela ikan
Jika dulu aquarium umah aku kecik, sekarang sebesar2 manusia. aku suka tgk ikan2 chumel berenang2 tanpa halangan. syok jd ikan.. terasa cam diva duduk dilautan. kat umah aku macam2 ikan ado...(anak ikan jer x ada)hahahahaha..

6-SMS / CALL
Aku tak suka sms atau call org. makasih. klu org sms aku atau call aku aku akan layan jer.. Tp klu dr aku, mmg jarang2 sekalilahhhh.... entah, mmg aku x suka buat benda itu.

7-Fesyen
Aku suka berfesyen. kadang2 org panggil aku perunding imej(walaupun) yup, fesyen tue penting utk supermodel seperti aku. so terimalah hakikat.lalalalalalalal.

8-karaoke
tak bercita2 jadi artis pun( sbb dah terasa artis sgt sekarang) tapi aku suka g karaoke. sejujurnya suara aku lebih sedap dr bintang2 realiti yg ado. So aku suka g melalak kat karaoke bersama teman2.

9-wayang
Aku jugak suka tengok wayang. tapi utk citer2 yg terpilih saja. X suka tgk citer2 romantik. Klu citer2 hantu akulah antara yg awal akan g tengok. hahahahahahah....

10-mood
Aku punya banyak mood. bila aku marah, aku akan marah sehabis2nya... tp aku juga cepat reda dari marah. Tak suka nangis(suka nangis sorang2 jer) suka senyum skg(dulu payah giler nak senyum)

11-perfume
Aku sgt meminati pada bau-bauan yg menyenangkan. Aku suka pada org yg wangi ngan perfume Dunhill dan boss. Aku juga amat meminati polo double black dan davidoff advance (perfume aku skg)

12-Bowling
Suka riadah nie selain clubbing dan karaoke. Bila terluang masa aku akan g main bowl ngan kawan2. Tak lah mahir sgt, tp bila main aku selalu jadi juara.hahahahahahha

13-tido
Benda paling syok dalam hidup aku. selagi mampu, tito itu satu anugerah.... hahahahha.. dan paling penting aku suka tido awal. cam org muda zaman sekarang suka melepak malam2 kan? tapi aku suka tido dr melepak KECUALI g karaoke atau club.hahahaha

14-LRT
Paling benci bila lrt buat perangai cam sial. terasa cam nak jerit jer... BABIIIIIIIIIIIIIIIIIII.. tetambah time nak balik, bila lrt rosak, maka manusia yg berkumpul, boleh koma 10 hari kerna pelbagai bau2an yg busuk lagik meloyakan....

15-makan
Aku suka makan nasi. dalam satu hari nasi musti ada. Suka makan nasi goreng daging atau goreng kampung.(sedap)

16-kawan
Aku suka berkawan. kawan2 yg ada skg sangat membahgiakan aku. Tak suka kawan yg memeningkan kepala.

Aku tak nak TAG sesiapa dah.. takut kena maki.(aku buat nie pun dah penuh makian dlm diri) hahahahahahahah....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TAG ini pulak datang dari hid, sib baik chumel tag nya so aku jawab jer...

Four jobs I had in my life:

1. kfc
2. keja soal siasat org( ala2 csi)
3. kredit officer(kerja sekarang)
4. ada 3 jer, tak sampai 4 lagik.


Four movies/TV series I would watch over and over:
1. ugly betty
2. ANTM
3. titanic
4. semua citer p.ramlee


Four places I’ve been for the past one week:
1. EPL suatu kewajipan makan kat sana bersama teman2 setiawangsa
2. medan selera setiawangsa
3. pelita klcc
4. wisma central( haruslah kan??) hahahahah


Four of my favorite food:
1. McDonalds
2. sup ekor
3. Tomyam ayam pedas
4. nasi goreng kampung/daging


Four places I would rather be right now:
1. balik umah tito( skg kat opis)
2. nak tito atas katil yg empuk
3. umah yg cam istana, ada katil yg besar.
4. nak tito jer aku pikir, sbb tak sihat skg.. so terbayang katil jer. maap yer itu jer tgh aku terbayang2 sekarang.katillllllll


So the other 4 person I want to tagged are...
1. kakak aku
2. tok aku
3. ayah aku
4. mama aku
*(erti kata lain, tak nak tag sesiapa, klu mereka diatas ada blog boleh lah buat)hahahahahahha...

Kisah Twiggy

Episode 2: bersama akhirnya...

Apex begitu 'tegar' utk pulangkan paolo ke kedai setelah mendapati Twiggy dan paolo tak boleh hidup serasi... So aku dan apex ambik keputusan utk satukan mereka, biarlah apa nak terjadi, wlpun tahu akan risiko kematian paolo(kami tetap redah jerrrr...) So kami satukan mereka dalam seminggu berikutnya. TIBA-TIBA........

Terkejut melihat twiggy dan paolo makan sesama.... mereka dah berdamai? sudah serasi?
Bagusnyaaaa.. kerna aku dan apex mmg sayang kat twiggy dan paolo.

Disebabkan mereka dah hidup bersama, maka apex membeli mereka condo(umah) yg baru. Mereka akan dipindahkan setelah condo itu siap.... musti chumel jer nanti... so nantikan condo baru mereka di episode akan datang...

twiggy mmg rajin minum air...(jaga bulu katanya)hahah..

*tak sabar nak tgk twiggy dan paolo berasmara

Es buzday

Awal tahun jer dah ada celeb buzday party. antara kawan aku yg buzday awal ialah es. 2/1/2009 genaplah umur es yg ke???(rahsia, sbb semakin muda katernya) bertempat kat KTVimbi, aku g ngan apex. Dia hanya jemput kawan2 rapat jer..... so okeylah buzday dia. Simple dan gila2. Dapat gak lah merasa karaoke( mengikut plan yer apex??,hehhehehe)

Aku,apex, maskot buzday es(tema jembalang yer),dan es.

LCW ingin sekali lagik ucapkan Epy buzday kat ES. Semoga panjang umur + murah rezki. Harap 2009 sinar bahgia akan muncul.(hendaknya) dan kerjaya sebagai artis semakin bagus.AMIN

*kisah twiggy episode ke2 akan muncul selepas nie...

selamat datang 2009

Epy new year... selamat datang 2009. Malam itu aku kuar ngan apex,epa,acu ,amal dan maksu. Destinasinya?????? LQ je.(lagik nak tanya) Untuk tahun 2009, tidak banyak perubahan tentang diri aku, kecuali rambut aku kembali berwarna.(tapi tak seterang sebelom2 nie) ala suam2 kuku gitue.. tapi masa mendatang tak tahu la kannnnn.. aku klu dh warna rambut, mmg akan menokok tambah..lalalallala...

Epa jugak turut serta kami setelah sekian lama menghilang. Walau macam mana hadir orang ke2 atau ke3 dalam hidup epa, kenangan kami ber2 tak ada yg boleh lawan setakat nie..(gituew) walaupun tak serapat dulu2 kala, kami tetap mesra bila berjumpa. Utk new year nie dia memilih utk kuar bersama aku dan rakan2.

Seperti tak dapat dipisahkan, acu dan amal tetap akan bersama2 aku. aku rasa tanpa mereka mungkin malam itu akan jadi sedikit hambar. Dan ternyata kami ber4 memang serasi bersama. utk tahun 2009 harap persahabatan aku ngan acu dan amal dapat dikekalkan sempurna.

Malam tue, LQ sesak ngan manusia yg pelbagai... macam2 gaya dan aksi dapat dilihat. Aku hanya melihat satu jer dalam tue, KEGEMBIRAAN. Sangat epy bila kita sambut tahun baru ngan kawan2 yg dah bertahun2 kenalnya.. Dari situ akan terimbas kenangan dulu2.... Sangat terharu rasanya kerna kenangan baru bakal terukir lagik bersama2.

Tak lupa jugak Maksu. Tanpa dia malam tue pasti tak begitu nak gegar.(katernya)
Aku selesa g club ngan maksu, sbb kami g nak nari dan pose2 manja.. bukan menggatal. kan maksu?? sbb tue aku selesa g clubbing ngan maksu timah( tetiba nama penuh) malam tue maksu sgt bertenaga menari.(terpegun melihat)

First time aku dan apex sambut tahun baru bersama2. Permulaan agak kurang bagus dari kami ber2, tapi bila dah berada dlm club ianya kembali ceria. aku harap 2009 bakal menpersembahkan cerita yg indah2 dan sempurna hendaknya. ( tak larat nak' melaja jiwa' setiap tahun) Tapi dugaan dan cabaran pasti ada.(aku akan tempuhi ngan cekal,insyallah)Dan aku jugak harap dapat menyambut tahun baru ngan apex utk tahun berikutnya. AMIN.

Kesimpulan: Permulaan yg baik utk tahun 2009 dari segi perhubungan. Dari segi kewangan pula mengalami sedikit kegawatan( gara2 umah sewa). kesihatan alhamdulilah masih sihat setakat nie. Sambutan 2009 yg sgt meriah dari kami semua. Dan harap meriah itu akan diteruskan utk majlis2 yg berikutnya. Aku epy bersam korang semua.

* 2009 kini memulakan perjalanannya..............