baila-baila

Minggu lepas merupakan minggu paling Vouge,gila,penat,epy,enjoi,melalak, melompat,menari dan tergolek. Sesungguhnya satu minggu itu aku tito lambat tak seperti slalu, pukul 10malam mata nie dah pejam! hahahahha. start ari isnin dan selasa dah lambat tito seterusnya hari rabu... jom saksikan aktiviti2 ituew:


Rabu: hari rabu aku g keja cam biasa. Plan nak g karaoke ngan budak2 opis. karaoke mmy hobi. sbb aku pandai menyanyi(hahahahahahha) so plan karaok pas abis keja. kul6-9mlm(3jam). pastue sambung lagik, sbb fena nak jumpa dan belanja karaok lagik 2jam(wlpun aku yg bayar dulu, sampai skg masih belom dilunaskan...Fena bz ngan kehidupan dia yg dikatakan sgt besh). acu dan amal jugak join time tue. So kul 11 baru abis. kul 12 sampai rumah dlm keadaan yg sgt ngantuk dan pening!!

Khamis: buzday hareez, seperti korang tau buat kat karok jugak. sampai kul 1 pagik. merasalah ngantuk lagik!!! tapi dilayankan jugak. sbb buzday anak buah kan.. gila tak dtg kena maki ngan akak aku.

jumaat: konsep!!! seperti biasa party jumaat mmg ditunggu2. hahahahahah.. bersama kwn2 yg mmg seminggu skali jer jumpa. so kat situ jer tempat riadah bersama. Semenjak ramai yg dah bekeluarga dan beranak pinak(walaupunnnnn) mmg jarang jumpa, mmg kat itu jer tempat berjumpa. harus sampai kul 3pagik.. lambat lagik tito.... konsep tak ingat apa itu penat! haha..

Sabtu: Aku diundang( di undang cam artis plak bunyiknyer), aku join party yg telah diaturkan oleh naz untuk semua model dan mereka yg terlibat dalam photoshoot yg lepas dan penari2 baru dr RnP(dapat gak berkenalan). Bertempat di Quantro kuala lumpur.

Tema malam tue warna warni, tapi apa kan daya ramai yg datang bertema 'biru'. So tak nampak sgt warna warni. Tapi tetap ceria sbb yg datang semua mmg giler2 remaja. Malam tue aku menari sampai kul 2.15 jer( wahhh sempat nie tgk jam) hahahahahah.... Lg 45min ko buat apa wan??? haaaaaaaaaaaaaa... aku buat bodo! hahahahah( tetap). makasih utk naz. bila2 free buat lagik( bila2 free nie, pengsannn).

kami bertindak liar bila pose beramai2.. konsep nie tak perlu nak jadi ayu@macho.

Diatas adalah aktiviti2 aku utk minggu lepas. So minggu nie aku nak rest dan g bertapa. Ingin sucikan diri dan membersihkan jiwa. kita tengok sampai bila ianya bertahan dari alam 'bertapa' ituew. hahahahahahahhaah. jom bertapa, nanti baru ada aura dan semangat bila ada party seterusnya.

*Enjoi giler!!! penat giler!! pose tak hingat!!nari sakan!!!akhirnya tumbang. bye.

batman party: hareez makin membesar

Hari ini izmil hareez genaplah 5tahun. Besar sudah anak buah aku nie. Menunjukkan pakciknya jugak makin muda remaja. hahahahaha(tetap!)Semalam akak aku buat buzday dia kat KTV ampang park. Yang datang jugak dari kaum keluarga je. tak buat besar2an, tggu dewasa baru boleh grand.(dulu aku kecik2 pun x ada buzday party segala,siap bertema lagik!! over.) Tema malam tue ilah 'Batman'. motip batman?? yerlh buzday kanak2 riang haruslh ikut apa kata hati dia. hahahahaha. So kami tidak lah gila utk berpakaian batman yer.. kami memilih warna nya sajor. So biru jadik pilihan. Majlis start kul 1020 malam. Aiyoooo musti abis lambat. Buzday boy pandai nanyi okey... Lagu fav. ialah 'Matahari- agnes monika'.


Malam tue paling banyak nanyi ialahhhhh... 'AKU'. makasih.(hahahahah) penat dan seronok k. Sbb banyak pemintaan suruh nanyi, maka aku tak lepaskan peluang. Dan paling syok ialah si buzday boy tito yer, sebab terlalu lama nak tunggu pukul 12 tgh malam. PETANDA pertama.

Dah pukul 12mlm. Bangunnnnnnnnnnnnnnnn!!!!! elllooooooooooo... anak buah pakcik, bangun sayang. potong kek dan boleh balik..... Hareez, bangun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! PETANDA kedua. Hareez tak bangun2 k, walaupun lagu buzday dah berkumandang 3 kali.( ko jawab!!)

Fuyoooo, kek pun batman yer.. Sedapnyer... tak sabar nak makan.

Hareez sangat liat utk bangun yer, terasa cam nak je aku yg tiup lilin tue.

m'jwblah hareez masih tutup mata kat depan kek,wlpun lilin sudah nyawa2 ikan bilis.

itu bukan ambik nafas utk tiup lilin yer... tapi 'menguap' .. konsep sangat.


Akhir sekali, cara penyelesaian ialah mummy dia yg tolong tiupkan. hahahahahha. kelakar sungguh. tuelah aku dah cakap kat akak aku buat majlis awl. Nie tak, nak jugak tggu kul12 mlm. Kan dah merasa ko tiup lilin buat kali ke2 dlm hidup utk tahun nie. Makin cepat tualah jawabnyer. heheheheheh. Apa2 pun selepas tue hareez bangun dan makan kek. Sempat nanyi lagu 'matahari' sekali lagik.( demiiiii yer). Malam tue aku g sorang2 jer, sib baik sonia ingin temankan aku. So tak lah buhsan sgt dalam keter( motip???) hihihi... Dalam kul 1 majlis abis, aku pun pulang ngan gelak ketawa. 'Batman tito' .

Satu2nya anak buah aku setakat nie. Dia lah segalanya2 bagik aku. Dia mewarisi bulu mata aku. hahahaha lentik okey( tetap nak nie) yer la, akak aku punya bulu mata so2 jer... harap hareez membesar ngan penuh kasih syg dari mummy dia. jadilah anak yg kenang segala jasa ibubapa. insyallah.

*Minggu nie aku mmg tak cukup tito.... terasa berpinar2 bijik mata.

ANTM12

Episode 10: Aminat RATU bottom 2

Melihat pada tajuk aku beri nescaya korang akan tahu bahawa Aminat tak tersingkir. Sungguh biadap. Pic dia disifatkan paling buruks,buhsan,jemu,laha,hanjz,ado,hauk,dan seumpamanya. Kenapa tak tersingkir???? Sbb aminat jugak telah dipolitikkan utk bertahan lama( sungguh biadap tyra). Apa2 pun jom saksikan first photoshoot mereka kat brazil sana.

TERBAIK:


Allison: WOW!!!!!! Gorgeous. Allison mengejutkan ngan pose yg mmg lain dari dia. Tiada siapa dapat mengatakan pic dia buruk. Dan dia layak dipanggil dulu. Jika allison terus begini maka dia bakal menyingkirkan ratu 'politik teyona' untuk menang dalam ANTM12. Harap dia dapat teruskan kecemerlangan nie. Phezzz u go girls( tetibaaaaa!!!)

Teyona: Aku tak nafikan untuk pic nie teyona sangat bagus yer! pose badan,muka semua lengkap. So aku tak mampo untuk kutuk dia. hahahahha.( aku bersifat telus jika cmmnt). Bakal pemenang ANTM12(jika laaaaaa) masih meneruskan perjuangannyer.(walaupun!!) Jika dia menang maka cycle nie paling boring!!! Thx.(so tyra jgn menangkan dia) hahahahaha..

Fo: lega bila tyra sebut nama dia. Fuhhhhh!!!!! bagik aku pose fo utk pic nie x se power pose dia yg lepas. Very the cik kiah jual buah kat lorong haji taib. hahahahha. Aku suka fo, so walau apa pun dia buat, aku suka.. So what????

Celia: supermodel! itu jer nak cakap. Celia tak perlu berlebih2 jika nak beraksi. Berdiri jer dah supermodel(korang mampo?) cuma apa yg merisaukan aku dia bakal tersingkir jika terus begini. celia kena lah pelbagaikan gaya. Biar nampak gila tak per, sbb ko dh chantik. Risau aku tgk preview utk episode 11, cam celia punya masalah masa beraksi photoshoot!!! aduh! nerves.

BOTTOM 2:

Aminat: Ratu segala ratu. Tapi bukan ratu chantik yer.... Ratu bottom 2. Sejujurnya pic nie paling buruk antara banyak. Dari dulu aminat dok bagik aksi sebegini.Aku rasa tyra perlu pakai speck mata pas nie. Tak pun guna mikroskop jika nak lagik jelas! Aiyoooo aminat, sorry bagik aku ko nie cam dah lama tersingkir.

Natalie: Tekaan cece tepat! nat tersingkir cece utk episode nie. Cuma bagik aku dia tak sepatutnya tersingkir dulu sbb pic dia tidak buruksz ye. Apa2 pun aku tetap suka dia tersingkir. Boleh?? hahahaha.... Cian dia walaupun di pujik melambung oleh mister jay, tyra tetap menyingkirkan dia. (malang sungguh!!)

*Go see bakal menjelma... wisaunya aku utk episode 11 memikirkan celia.

ANTM12

Episode 9: Ciara owh ciara

Sorry semua aku lambat sikit update kesah ANTM12 sebab terlalu sibuk memBZ kan diri. Untuk Episode 8 tak perlu aku update sebab RECAP okey!! sangat membuang masa jika update. Untuk episode 9 mereka kena beraksi ngan pop star 'Ciara'. huhuhuhuhu... moh lihat pic2 mereka.

TERBAIK:


Teyona: Bakal pemenang( agaknyer, sbb tyra cam suka sgt, padahal ada lagik yg lagik bagus) menunjukkan sesuatu yg biasa ditunjuk.Boleh??hahahahha.. bagik aku pic nie bagus, tp bukan yg paling terbaik antara yg lain. Apa2 pun teyona beruntung sbb tyra suka dia.(politik!!)

Fo: WOW!! ini baru terbaik. DARI semua segi fo mmg SUPERB! pilihan ke2 aku dan pilihan hati cece nie berjaya menunjukkan sesuatu. Selamat maju jaya utk fo. Fo cam Naima pun ada dalam pic nie. hahahahhaha.

Celia: lalalalallala.. celia tetap hebat bila beraksi. dia kena beraksi lebih hebat lagik, sbb persaingan makin sengit dan tengit!! Aku rasa celia mampu buat itu. go celiaaaaaaaa...

Natalie: Sesuatu yg lain dari natalie. Dia jugak semakin bagus. tapi masih belom mampu untuk CUKUP bagus menandingi yg lain kecuali natalie cuba kekalkan prestasi dia skg. Sbb dia nie kadang2 malatop, kadang2 Ado.

Allison: Pilihan pheez mmg fierce dalam pic nie. YES!!!! dia menunjukkan yg dia mampo buat wajah yg berbeza. Cam tuelah.... Tyra jugak suka dia, aku harap tyra lebih menyukai dia berbanding teyona. hahahahha. Aku lebih rela dia yg menang berbanding teyona.

BOTTOM 2:

Aminat: apa yg degil sangat tyra nak singkirkan dia nie?? Buat semak jer. Tetap!! Tyra masih percaya sesuatu dari dia, walaupun seluruh alam tahu, dia nie suka sia2 kan nyer. harap dia bangkit ok. klu tak bangkit2 jugak, harus pas nie dia ucapkan bye2...

London: hukhukhukhuk, pilihan ke3 aku sudah tersingkir. London punya masalah ialah badan dia yg semakin mengembang! dan dia terlalu pikir tentang ituew. Apa2 pun london telah berusaha. Nanti kita jumpa kat london k. bye...

6 peserta lagik tinggal, mereka akan diterbangkan ke 'BRAZIL'. Fuyooooo, brazil. Mampokah model yg pendek beraksi hebat kat sana? Brazil terkenal ngan model yg tinggi2 semua. Tyra menampakkan lagik dia nak menangkan teyona.(pandai jer aku). hahahha. mampokah fo dan allison bersaing? adakah teyona bakal menang? celia bakal jadik cam analeigh ? atau aminat yg yg tak bagus tue bakal ke final 2? Sama2 kita tunggu dan saksikan ANTM12 yg bakal beraksi di Brazil.

*Brazil owh brazil... aku tengah bayangkan bentuk runway di sana...

photoshoot NAZ modelling

Ahad: Aku ada terlibat dalam photoshoot untuk Agensi NAZ. Agensi NAZ adalah yg terbaru kat malaysia nie, so photoshoot diadakan utk profile office. Antara yg terlibat adalah model2 dan artis. Artis yg terlibat ialah Anding, Jue,Zanita bersama anaknya ZARA yg cute. Model2 yg terlibat Amar hero remaja, Ursha(kak shi) dan model2 lain yg aku sendiri tak UPDATE namanya( sorry). Sepatutnya ramai lagik terlibat tapi saat2 akhir ada yg tak dapat hadir. Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama aku untuk photoshoot sebesar ini.. Selalu terlibat dalam photoshoot sendiri2 jer.. tapi hari itu sangat lain. Sebab terlibat dalam satu team yg ramai dan cool.

Dimakeup oleh mereka2 yg PRO dalam bidang makeover.

okey ker?tapi nie baru separuh makeup, org yg make up tue kata muka aku senang nak uruskan sebab dah ada bentuk dan halus(voley?) hahahaha... Photoshoot hari itu dikendalikan oleh 'Jay ismail' . Fuhhh hebat tue, photographer yg sudah terbukti hebat dalam bidang nie. Aku time mula2 nak shoot sangat hilang arah tujuan..Sebab terlalu banyak pikir aku mmg 'lost' dan tak dapat pulang ke pangkal jalan yer... Serius aku cakap. Untuk pose individu aku cuba bermain ngan muka jer...sib baik ada tunjuk ajar jugak dr photographer dan phezz .Untuk photo dalam grop, aku satu kumpulan ngan kak shi(supermodel hebat!!) dan ada 2 lagik model lelaki.(tema grop kami ialah, ensem Warriors)Time shoot ramai2 baru aku cam bersemangat untuk beraksi. selesai photoshoot yg pertama aku rasa lega sangat!! (Sejujurnya jugak aku untung punya pengalaman ini, baru aku tahu cam mana rasanya mental dan fizikal harus bergandingan) sib baik lost aku tak berpanjangan, dan dapat di cover ngan sokongan semua.

Photoshoot ke2 ialah 'Corporate'. Aku dah bersedia untuk beraksi! penat tau tunggu giliran, tapi konsep studio yg telah diubah suai menjadik cam rumah membuatkan rasa buhsan menunggu itu ilang. Dari pagik sampai ke malam kami bekerja. Yang penting makanan sentiasa ada, mmg aku paling banyak melantak. hahaha. model2 lain sibuk dok jaga badan tak nak makan, so aku makan jerlh.. tp tetap berpada2, karang terbuncit susah pulak. hahhaa..

Photo2 yg korang lihat nie bukanlah gambar2 photoshoot okey!!! nie gambar yg aku snap sendiri.(biasalah klu wan dh beraksi) hahahahaha. gambar2 tue dalam proses edit. aku sendiri tak tengok lagik. Harap okeylah pose2 aku dan model2 lain.. Sebab kami semua epy bekerjasama. Klu ianya dah siap dan dibenarkan dipaparkan, insyallah korang boleh tengok okey!

Pic diatas diambik kat facebok hatta dolmat. Aku ambik nak tunjuk hasil gambar dr photographer jai ismail yg terlibat dalam photoshoot aku ngan model2 lain. chantik kan? model itu pulak ialah Ursha(kak shi) Vouge giler kan? hahahaha, i know.

Terima kasih kat Naz, anis,phezz, juru makeup, photographer , model2 yg terlibat dan semualah. Ini merupakan pengalaman yg memenatkan tapi sangat enjoiii . Banyak giler pengalaman yg aku dapat. Penat giler badan nie.. terasa sengal2 sampai sekarang. Tak sabar jugak nak lihat hasil kami semua....

*sangat2 tidak sabar utk melihat hasil2 photoshoot aku.

Jangan tegur

Semalam aku g tengok citer 'jangan tegur' kat TGVKLCC. Sebelom citer start aku sempat g shopping baju ngan apex untuk party kak aida... (merah atau kuning temanya) perlu ada merah lah???? tak sesuaiiii!! sib baik ada pilihan lain iaitu kuning... So baju kuning ler kami shopping! Pas abis shopping baju, kami pun g ler tengok citer nie.. Teruja dan berdebar2 okey. jom tengok 5 terbaik dan terburuk utk citer nie....


TERBAIK:

- Lakonan rasuk oleh nadia mustafa(baizura) sangat Emely rose okey!!! cool. i like cakap bahasa siam itu.. pastu berubah ke bahasa melayu... HEBAT!!

-Lakonan rasuk dari Julia Ziegler WOW sangatlah menggerunkan dan sempoi giler. MMg julia pandai giler bawak watak itu berbanding time x jadi hantu. hantu arab yg dibawak julia sangat menggerunkan dan sampai sekarang aku terbayang2 lidah dia tue. AIYOOOOOOOO...

-bunyik latar dia masyallah kuat nak mampos!!! setiap detik sentiasa akan mendebarkan.. Sbb dari sunyi, tetiba arrhgggggggggggggggggggg... sapa yg tak terkejut!! bila2 lagik bila ada bunyik gendang, adalah hantu pastue... hahaha..

-jalan citer okey!!! tak terlalu mudah, tak terlalu susah untuk paham. nicelah!!! untuk tontonan sekeluarga. katernya..

-hantu2 yg datang cam lahalh... mmg hantu sangat!!! dan bunyik suara2 hantu very the 'RAKSASA' i like.... pembaharuan.. idak ler jerit2 jer.... makeup hantu jugak superb. bagus yer!! berkesan.

BURUKS:

-lakonan Pierre Andre terlalu 'lembik' dunt no, aku sangat tak suka. cam tak sampai.. cam tak perlu wujud pun tak per.

-lakonan julia time tak jadi hantu sangatlah buruksz. Cam kekok ala2 tak reti berlakon pun ader. Aku pun hairan apa puncanya.. nak seledik jap!!! time jadi hantu, punyalah hebat! walaupun aku tak paham bahasa arab tue, pastu masuk bahasa melayu, ianya nampak natural dan chantik. MMg sesuai jadik hantu jer sepanjang masa.

- Skrip ada punca jugak kot!!! dapat dilihat skrip dlm citer jangan tegur sangatlah 'Drama' sangatlah menampakkan mereka nie 'Berlakon'. skrip tak nampak real. sbg contoh aku bagi:

julia: 'maksu bila kali terakhir baizura dilihat?'
maksu: 'Seingat maksu kali terakhir baizura bersama kami adalah sewaktu kami menjalankan upacara menghalau hantu.'( very the bahasa melayu tersusun u allsz, SPM boleh dapat A untuk karangan yer.!!) sepatah2 mereka bercakap yer... (tak sesuai tau!)

aku bukan apa, maksu tuelh dah kekampung, baju, makeup,watak punya penghayatan dah bagus, sekali kuar ayat2 dialong very the ikut skrip sgt. nampak kekok dan tak natural. walaupun maksu itu ialah elly suriati okey(pelakon hebat) sorry Pierre Andre skrip ko mmg menakutkan. Banyak lagik korang boleh lihat ayat2 yg sangat ikut skrip!! susah nak cakap, baik g tengok jer.

- masih ada aksi2 seperti jangan pandang belakang serta congkak.MOTIP???? tak de ilham dah ke? hurmmmmm....

-filem nie mmg seram, tapi kualiti tak berapa bagus untuk dibanggakan. untuk seram mmg SANGAT seram. Utk kualiti sorry... cam tgk sambungan jangan pandang belakang atau congkak jer. sama! tapi aku suka citer nie dr kedua2 citer sebelom nie.

itulah pandangan aku untuk citer 'jangan tegur'. Seram... Saspen....Mendebarkan.... Aku enjoi sangat. Yang paling pengting 80% aku banyak tutup muka jer!!! seram dowh!! bunyik dia tue yg tak tahan(kuat giler), yg buat citer nie menyeramkan. Sepatutnya kena tukar tajuk citer nie, 'jangan tutup muka' BUKAN 'jangan tegur'.hahahahha. Boleh dikatakan semua org banyak tutup muka okey, bukan aku jer. Yang paling syok banyak malam dari siang!!( jahanam sgt, penat doh tutup muka) Aku bagik 3.9 Bintang tuk citer nie. G la tengok, tak rugi.. sebab bunyik dia tak akan dpt bila citer nie kuar TV. Enjoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

*party..party... debaran ari ahad makin terasa...

shopping VS ABP2008

Semalam ahad aku plan nak g shopping!!!! Aku g ngan pheez dan amer. Dari sg wang ke lot10, dari lot10 ke PV. Sesampai ngan mood nak shopping tetiba acu call ajak g ABP2008, ada tiket..akan tetapi terpaksa aku tolak sebab 'Shopping ituew lebih mustahak'.
Sangat besh yer shopping ngan orang yg suka shopping. PUAS okey!!!!!! dari kul 2 sampai kul 7 kami berkampung kat area bukit bintang sana. Dari kering ke basah kuyup sbb ujan! haha

time nie menunggu amer meg 'transfomasi' kan dirinya menjadi lebih muda remaja..

pilihan baju kuning menyuntik kesegaran dan keremajaan(tetap!!)

Aksi dari kami ber3 yg puas bershopping 'menghabiskan duit' utk kelihatan chantik.

Berbalik kepada ABP08, kenapa aku tak pi????? sebab paling utama 'ziana zain' tak der(tetiba). Sebab ke2 hujan lebat(petanda). Sebab ke3 kebanyakkan pemenang sudah di COPY PASTE sejak zaman berzaman. Kenapa wujudnya 'Copy paste' nie?? nak tau? sebab pengundi sudah terikat ngan HADIAH KERETA dan hadiah sampingan yg lain. Walaupun udah berbuih2 mereka kata yg pemenang dipilih melalui slogan yg terbaik bukan dari undi yg mereka pangkah, bagi aku jawapan ituew terlalu menipu!! boleh?? hahahha.... Knp aku kata menipu?? sebab dah sejak zaman berzaman lagik, pengundi yg dok undi nie dah masak ngan peraturan2 pertandingan. pilihan paling banyak TEPAT lebih cerah untuk menang. Bila orang dok pertikai pemenang yg sama saban tahun adalah sebab hadiah yg lumayan dan pengundi undi ikut majoriti BUKAN pilihan mereka sendiri, BARULAH mereka pusing cerita kata 'slogan terbaik' yg dipilih BUKAN pilihan yg tepat!!(wak luuuuu!!) Dulu cakap pilihan yg tepat, bila orang dah biasa mcm tue dan melahirkan bintang2 yg sama menang( walaupun bagik aku dh tak popular) baru mereka tetiba cam mengubah cerita. (kak pora sgt!!!)

Aku paham konsep bintang popular ialah 'artis yg popular la' Selagik dia popular, selagik itu dia akan menang!! yes aku setuju JIKA dia betul2 popular. Contoh aku bagik Dato siti ler. Memang dia popular dan terus popular, 12tahun dia pegang gelaran itu, sewajar ngan popularitinya sekarang. Masalah aku adalah utk artis yg dinobatkan pemenang utk kategori2 yg lain, Dia menang sedangkan dah muak melihat( tak popular dahhhh!!) knp ini terjadik? sedangkan tahun ituew bintang sorang lagik nie LEBIH popular berbanding dia, tapi dia dah 6tahun menang still menang!!! (wlupun dah berkedut di bawah mata, tetiba cuba menjelaskan siapa dia) hahahha.. Whateverlah kan, dunia seni malaysia kecik jer.. so putar2 situ jer.. artis yang hebat pun boleh dihitung guna jari jemari. So tak hairan sgtlah kan..

Harap tahun depan utk pengundi bagi hadiah hamper jer, jangan bagi kete.. pasti sengit doh!!!! mereka akan pilih calon kegemaran mereka bukan memilih artis(majoriti dipilih) DEMI utk menang sebijik keter!!!!

jom saksikan pemenang tahun nie berserta ulasan aku sikit jer:

Bintang Paling Popular - Nabil

:aku sangat SETUJU dia menang!!!! yes juara baru yg mmg popular tahun2008.

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

:aku jugak SETUJU Que menang!!!!!!

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

:Aku suka maya menang, Dia popular dihati ku.

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

:Mawi??? releven lagik ker? hahahah , sorry!!NEXT.

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

:Tiada saingan langsung calon2 lain. Mmg siti layak yer.

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

:Ada lagik??? hurmmm Asraff muslim lebih popular! THX.

Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

:Juli menang!!!!! i like. Suka dynas!!

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain

:Semustinya kumpulan nie layak menang!! mmg popular!

Artis Nasyid Popular - Rabbani

:Aku tak ingat lagu 2008 mereka yg popular. Zaman intifadah dlm kenangan

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

:Juara baru yg mmg hebat, klu apex gak menang mmg aku nangis.

Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

:kahkahkahkah, kihkihkih lawak giler.

Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

:Yeahhhhhhh pilihan yg betul!

Artis Baru Wanita Popular - Stacy

:wlpun mic tercampak time nanyi, stacy mmg hebat. haha

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

:Aznil selayaknya menang, dia tiada tandingan utk kategori ni.

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

:Dia jugak selayaknya menang, calon2 yg lain AZAB yer, RTM sgt.

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

:Aku suka pak aznil menang, aku pendengar Era yg setia. hahaha

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

:Fara mmg dj yg popular utk tahun 2008.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah

:Okey jer!!



tahniah kepada yg menang.. semuanya rezki dari tuhan, apa yg diluahkan bukan protes, tp kebebasan utk memilih sudah terikat ngan hadiah2 yg lumayan. So harap x der hadiah pun tak per... baru semua gigih menggundi artis kesayanagn mereka sendiri. Apa2 pun bagik aku 'ziana zain' paling popular dulu kini dan selamanya.... Harap anak kembarnya dilahirkan sechumel aku. (jom pengsannnnnn sesama selama 2minit) hahahaha

*AIM bakal menyusul, jgn ada lawak sudah.. sbb nie kategori TERBAIK ye.

ANTM12

Episode 7: Cover Girl commercial

Untuk epidose 7, tiada photoshoot! Cover Girl commercial telah membuka tirai.
siapa yg bagus? siapa yg hauk? siapa yg lancar? siapa yg gagap? moh saksikan ulasan nyer.

Minggu bersama paulina, time nie mereka diuji berlakon bersama 'Clay aiken'

paulina cam ada hati kat clay( tetiba....) hahahaha...

TERBAIK:

Celia: Haruslah dia yg bagus segala2nya kan? hahahahaha... itu tandanya dia mmg bagus yer! Di panggil dulu oleh tyra, ternyata celia punya commercial tidak mengecewakan langsung. Pakaian dia masa jumpa juri dipujik lagik. har har har har.... Photoshoot bagus! cm/mcial jugak bagus!!!U go girls....

Natalie: semakin hari dia semakin perasannn.. hurmmm cuba jadi baik sikit. dia jugak antara yg terbaik minggu nie.. Persaingan sengit sungguh!!! Aku tidak meminati dia. Sorry! hahahaa..

Teyona: tyra menunjukkan dia suka si teyona nie. Dia nak bagik teyona menang nie.... Hurmm utk cmm/cial teyona tak seberapa nak bugus!( terasa cam kayu hitam berjalan) jika tyra nak bagik teyona menang, tyra perlu hubungi aku dulu(boleh?) hahahahah... apa2 pun teyona adalah pencabar celia.

London: clip dia pun kurang bagus, tp idaklah buruk yer.... cara dia jer cam ganas skit!! hahahaha. yo...yo..yo... men! cam tuelh pembayangnyer.

Fo: lega aku sbb ramai jugak yg suka ngan clip fo. hehehehhe.. dia mmg chumel okey! model ke2 aku nie perlu gigih lagik. Fo jangan foyo k. hahahahha

AMINAT: tiada pic? tiada comment! NEXT...( kayu hitam berjalan jugak)

TERBURUK:

Allison: sangat bahaya masa dia duduk bottom 2. Sbb kes yg lepas, masih sama ngan minggu nie. Satu wajah ,2 BIJIK mata bulat. itulah allison. Dia punya satu wajah, tidak mampo buat wajah lain, Sangat bahaya!! sbb tak kan nak jadik model MATA jer kan? very the kena gigih bekerja lagik yer.... pheez ajar dia buat mata fearsszz versi sepet ke, redup ke... jangan Asyik bulat..bulat..bulat.. hahahaa..

Tahlia: Akhirnyaaaaaaaaaa...... model pilihan krol terpaksa akur yg dia mmg tak Mampo!!!! ( dia cam sgt tidak selesa, dan cam hambar sgt ) tersingkirnya tahlia sangat tidak mengejutkan aku! sorry krol. Tapi bangga jugak sbb tyra pujik dia, dan dia mampo pergi ketahap ini. So tahlia pergi mandi lulur selalu.

*7 yang tinggal.... bila aminat nak tersingkir?( hahaha, tetap!)