kaki wayang

Rasanya lama tak tengok wayang... byk muvi aku terlepas dan kena g cari DVD je. Tapi ahad lepas, aku berpeluang tgk cerita Knight & Day. Bersama siapa lagik jika bukan amal. Wangsa walk pilihannya... Tak meletakkan harapan yg tinggi kat cerita nie, sbb citer nie jer x penuh, tue pun 3 dari bawah... mau mendongak sikit..hahahahha. Start je cerita nie ianya sudah mencuit hati and cam eh eh menarik wlpun mendongak! Selepas itu aksi yg dtg tanpa henti dan di selang seli kan dgn lucu yg mencuit hati. Serius ianya sgt best. Lakonan mantap dr Tom Cruise dan Cameron Diaz x perlu dipertikaikan lagik, kecuali Tom Cruise je dah gemok!! hahahaha..

Aksi dalam film nie sgt banyak, kita akan dpt lihat byk manusia yg mati ditembak.. klulah aku ada pistol dan dihalalkan kat malaysia nie, pasti aku jugak dah tembak seseorang (tetiba keluar dr skop penceritaan sekejap) Apa2 pun cerita nie best!! Aksi2 ngeri jugak byk.. huhu..Tak rugi menontonnya.. aku ngan amal tak sangka sgt cerita nie meninggalkan kesan bila keluar panggung... aku bagik 4.2 bintang tuk cerita nie.

* Ramai tak sabar menantikan cerita burung cinta, byk pandaangan positif dan ada satu pandangan negatif, dan aku tahu siapa dia.. aku suka melihat itu kerna ianya akan disampaikan begitu baik utk cerita 'Burung Cinta' nanti... tunggu!!!

Burung Cinta

Ermmm Lama rasanya aku tak update blog nie! Serius sebenarnya byk giler cerita, tapi aku tak punya mood untuk menaip kisah2nya.... Tapi atas permintaan ramai, aku update satu kisah yg terjadik dalam hidup aku.

Baru-baru nie aku keluar jalan2, jauh jalan2 dari KL (Demi dia..dia yg bernama..?) Aku g Zoo taiping (boleh??) hahaha..janji kuar kl. Zoo taiping punya banyak cerita tersendiri dalam hidup aku. Kisah dimana dikejar monyet, kisah dimana aku pernah hepy bersama mereka, kisah cinta suka duka aku... kisah yg tak mungkin aku lupa banyaknya terpahat di ZOO TAIPING. Hajat aku hanya satu ialah mengembalikan memori itu. Ternyata ianya terukir (tp x dikejar monyet dah kali ni, wink) Semasa perjalanan aku amat tertarik pada 'BURUNG CINTA' yg ada di Zoo itu.. Tertarik pada namanya 'CINTA' dan tingkah laku pasangan burung itu.. serius aku tersentuh melihat mmg mereka 'BERCINTA'. Alangkah bahagianya bila ungkapan cinta itu bersatu dalam dunia yg nyata bukan sekadar dibibir saja. Aku amat teringin utk merasai itu.. Sampai terfikir utk bertukar ganti menjadik burung itu, bukan menjadik diri aku... terlalu rumit menjadik insan bernama 'Wankhairy'. Mengecapi hidup bersama cinta adalah perkara terbaik pernah aku jalani.. disebalik baik, buruk jugak akan singgah.. itu lumrah kehidupan.. tapi aku menyukai zaman percintaan aku... Walaupun zaman solo ku terlalu rancak dan menghiburkan. Cuma aku jenis insan yg suka bercinta... Sedar atau tidak hmpir setahun aku jalani kehidupan solo ku. WoW!! tak sangka aku masih mampu bertahan! Mcm2 jenis manusia aku jumpa semasa aku single. Transformasi yg berlaku pada diri ku membuatkan perjalanan idup aku berubah terlalu banyak... Dari tak disukai, aku kini disukai.. daripada ditolak, kini aku diterima... Permainan dunia yg melihat luaran itu sebagai ukuran adalah trand zaman sekarang.. sedangkan yg bernilai itu berada di dalam diri seseorang manusia itu.. (rugiknya jd manusia yg begitu) Tapi aku tak mudah utk melatah benda2 begini... aku ikutkan saja permainan mereka.... Dimasa aku solo jugak, byk hati terguris disebabkan aku tidak menyambut Cinta yg cuba diberikan. (sampai delete fb akulah!!! huk3) sedih right? niat utk berkwn menjadik begitu... Tapi aku x salahkan mereka, sbb kadang2 kita lakukan benda yg sama utk melupakan seseorg yg kita cintai... kini ramai melihat aku bahagia mengecapi kemuncak solo aku... Ramai yg nampak yesss.. akhirnya zaman solo wan akan berakhir... Reality sebenarnya?? Yessss!!! aku menuju kearah itu.. tapi bersama siapa??? (biar hanya aku yg tahu......) Yg indah dimata biarlah dipertontonkan.. yg duka dan lara biarlaah disimpan. aku kini lebih menjadik perahsia berbanding dulu, aku mmg suka bercerita dan meluahkannya....

Tapi bila tanya siapa kekasih hati wan? aku hanya mampu 'krik..krikk..krikk'. Walaupun hati aku sudah dimiliki tapi aku tak rasa ianya akan diakhiri... kerna terlalu byk pahit aku telan dari manis yg aku dapat. Apa2 pun itulah dugaan kehidupan... Untuk berputus asa bukan cara aku... tpi utk terima kenyataan adalah slogan kehidupan aku. Sekarang aku meniti hari menuju kearah berakhirnya zaman solo... tapi bersama siapa...? korang nantikanlah... jgn terkejut andai yg disangka itu bukan yg itu.( bahasa kau wan mmg cilaka, hahaha) tak paham jgn baca! apa susah! wink*

Nantikan cerita yg lebih terperinci tetang 'Burung Cinta' yg akan aku post nanti... ini baru pengenalan tentang itu.... (tue dia pengenalan dh begini...) Apa2 pun aku kini lebih tenang dalam buat keputusan... lebih fokus utk menerima, lebih tabah berbanding dulu.... Apa2 pun doakan apa yg aku harapkan akan aku dapat.... aku mengharapkan satu cinta.... iaitu 'Cinta Sejati'. Cinta dimana antara kau dan aku, suka dan duka, manis dan pahit, senyum dan tangis , biarlah aku dan DIA!


*Nantikan sambungannya...(jika larat nak menaip)

kaki wayang

Cerita nie pheez kata boring!!! Tapi aku tetap nak tgk sebab bagi aku ianya cam menarik... So aku, amal dan jijan( sapa tue?) pergilah nonton cerita nie kat WangsaWalk. Suka TGV situ, besar,cepat dan dekat. hahahahha... Start je citer nie, dah beraksi... i like... X menguap tengok cerita nie... Beraksi je... Walaupun jalan cerita dia bagi aku simple tapi ianya tetap menarik... Disney la pulak kan, haruslah simple dan cool... Aku enjoi sampai habis tengok cerita nie, sampai terpikir kat mana boring nye??????//// Maybe time pheez tengok cerita nie dia datang bulan kot! wawawawawawa.. Aku bagi 4bintang tuk cerita yg heronya sexi... Tapi heroinnya lagik sexi. Aku suka tamina punya bibir dan suaraa.. Adehhhh terasa diri ku berada dlm dirinya.. POOM* berkecaiii...

Cerita yang aku nak sangat tengok..... Makanya aku g tengok ngan reff ari rabu. Hari rabu???? Wan tak keja?? OMG!!! hahahahah... aku keja jer, tapi mintak balik awal, sbb reff cuti.. dan aku nak luangkan masa bersama dia, minggu nie dia cuti sehari je.. Makanya kiranya aku cutilah hari rabu itu.. yelah kul 11pagik dah balik... wawawawa... WangsaWalk jugak lokasinya... Mula2 reff ala2 gedik x nak tengok, takut tak best.. Tapi aku dah yakinkan dia, bahawa citer nie best sgt!! tgk dan hayati je..... Lega aku kerna dia amat menyukai cerita ni. Kan i dah kata best!!!! Cerita percintaan yg bagik aku best utk ditonton.. Banyak sudut2 baru diperlihatkan dalam film ini.... Cantik sgt pemandangan dalam film ini... Aku sukalah film nie... Serius walaupun simple, ianya sgt romantik.. Sory ye aku mmg jiwang! hahahahha... Setianya cinta itu sgt susah dicari zaman sekarang yg selagik boleh TAMAK nak semua. (kan dh kena smash!!) Siapa yg tak setia bolehlah terasa.. kerna itulah dosa korang! Cinta yg suci dicemari dgn nafsu sendiri. Aku bagi 4bintang gak utk cerita nie... Semua pelakon2nya memberi lakonan yg mantop!!!! hukhukhuk.. sambungannya harapnya lebeh kebabommmm...

*Ramai tanya knp blog aku suram sejak kebelakangan nie... Sorylah sebab dugaan idup aku tuk bulan nie sgt mencabar... Sekarang dah ok aku bersemangat utk update. Mmg itulah aku... Harap sinar bahagia ini berterusan bukan sekejap saja... amin.

Genting 2010

Hari wesak yg lepas, aku, areff,amal dan jijan naik genting. Sungguh teruja sbb kami g ber4. Lama x naik genting last naik pun time ABP rasanya... kali nie dapat naik lagik bersama kwn2 tersyg dan tercinta... Umat manusia jgn cakaplah mmg ramai, tapi peduli apa sbb x kaco kami.

Pic nie terbaik dari kami ber4... kenangannya akan terus bersemadi.... kul 10 lebih kami sampai ke puncak genting.... pusing2, main2,pose2,gaduh2(ngan pompuan cina bodo mana entah) kami tetap juara. kah3... Seronoklah sbb nie kali kedua aku bersiar2 bersama reff.

Selalu naik genting tak pernah masuk umah salji nie.. tapi kali nie berkesempatan... Sangat seronok dan sejuk.. berasap2 mulut kami semua... Best tak terhingga... beku dibuatnya. dah la kami je yg feeling2 pakai suar pendek yg masuk. kah3!!!

Seronok berada di puncak, genting waktu pagik x sejuk, tapi masuk petang, WOW!!!! i like.. bole membawa kepada pelok yg tak kan dilepaskan... best sgt!!!! Percutian pendek nie berjaya dilaksanakan kerna ianya lan saat2 akhir... Nanti plan lagik ya.. destinasi lain pulak..

Kami pulang dengan selamat... byk sgt pic2 disnap, tapi cukuplah byk nie je dimasukkan, kang sakit pulak hati DAYANG SUHANA* melihatnya.. kahkahkahkahkah.. nak tgk pic2 lain, masuklah fb aku ya..

* Aku memberi hati ku utk dijaga diatas sana.. tp apakah dia?( RAHSIA lah)