Ramadhan aku

Episode 8, 9 dan 10: Johor baharu/singapore

Cuti merdeka digunakan sebaik mungkin oleh aku. Aku join achu balik kampung dia kat johor sana. Dari aku dok kl tanpa ada sesiapa, baek aku ikot achu dan amal. Selepas abis keja ari sabtu, achu terus ambik aku dan kami gerak pulak pi ambik amal LCT. Selepas semua ada kami gerak ke melaka dulu ambik achik( abg achu). Selepas tue baru gerak ke johor ( banyak tul 'selepas itu' kan?) haha. Sampai2 johor, kami terus ke pasar ramadhan. Tak semeriah 'setiawangsa' lah pasarnya.. ( tetaplh nak promosi setiawangsa kan?) Sampai umah achu, bersalam2an ngan keluarga achu yg sgt ramai, tiba2 dah azan... ( wahhh johor berbuka awal dr kl, bgus ye). Konsep mkn kat umah achu x sama cam setengah keluarga yg berkumpul depan makanan dan mkn sesama. Konsepnya ambik dan g mkn mana2 pun. hahahaha... Sbb tue aku x ada pic makanan yg bole snap. Sebab makanan 5 minit hidang, selepas itu hanya tinggal pinggan je.

Menu berbuka : Nasi rawan + Nasi tomato + Nasi lemak + Nasi goreng.
Banyak okeyyy juadah berbuka kat umah achu, cam buffet dah. makan lah apa yg anda mau. Kenyangggg..

Selepas abis mkn, kami rest2/ main bunga api / dan terus kuar ke......'stulang' cari makanan tengah malam.( konsep jalan2 cari makan) . Pentingnya makanan kt situ sedap okey..

Sotong sambal nie sgt lazat dan fresh... hurmmm terliur sudah.

Sayur jugak segar-segar semuanya.... konsep daun pisang tue cool.

Nasi goreng nie jugak umph!!! lazat... banyak rencahnya...

Kesimpulannya = haruslah habis semua makanan yg lazat itu...

Air tembikai menjadik pilihan aku pada masa itu.. waaaaa... sedap!

Episode 9: shopping di singapore

Sempat nie g jln2 singapore. Alang2 ada kat johor, alang2 ada paspot, alang2 ada duit, apa salahnya g kan. hahahahaha ( alang2 sgt) Beshhhh dan teruja sebenarnya... sebab first time bagik aku/achu dan amal ke sana.

MRT singapore sgt pjg, besar, laju dan selesa.. klulah LRT kita cam nie, seronok rasanya.. idaklh macam sardin. Mmg rakyat singapore jadikkan MRT sebagai pengangkutan UTAMA mereka.

Kat sini x bole pose sebenarnya, tapi x ada pic larangan tangkap gambar. so bukan salah kami.. Dah selesai pose baru guard dtg cakap, tak boleh bergambar kat sini... sedangkan pic dah snap byk nie. lalalallalala.. bye* aku dh snap pun pic. 'sgt jalan kaki'.

Singapore hujan, sbb tue kami banyak ke shopping2 mall jer dari berada kat luar. Lagik pun mmg asalnya nak g tgk barang2 kat sana. weiiii shopping mall kat singapore sgt peningkan kepala dan sgt banyak... jenuh berjalan... nak ke shopping mall sebelah, kena guna jalan bawah tanah yg menghubungkan satu bangunan ke bangunan yg laen. Sgt pening kepala sebenarnya, maybe tak biasa kan.... tapi sgt pelik dan x besh sebenarnya. hahahahha... Sbb Dah terlalu semak bagik aku, sana sini ada Channel/zara/guess/LV/wht ever. Seriuss... sgt banyak dan bersepah2, tp manusia dlm kedai yg bagak besar itu bole dikira juga mata je. Membazir kan? semak kan? apa2lh... setiap bangunan ada je kedai2 nie... Cam x ada kedai laen ke? haiyooo jalan punya jln, dan terus berjln jumpalah kedai ala2 sg.wang/ lowyat... haaaa.... baru bole tgk kelainan yg ada.

Selepas penat membeli/berjalan, masuk kedai tue..kuar kedai nie... kami tekad utk pulang ke johor, sbb dah petang. Dah nak berbuka poser... Penat sgt... Serius singapore penuh ngan cina. Melayu g mana? entah, maybe dok dlm umah jer kot.. klu kuar kena tembak.. hahahaha.. sgt tidak besh utk cuci mata, sbb sana sini jinjang. wanita dusun pun ramai dr negara mana x pasti., maybe thai/kemboja/indon/viet/ atau apa2lh... sgt bersepah sana sini. Boring!!!

Menu berbuka: Nasi putih + rendang ayam + mee rebus

selepas berbuka, kami semua keletihan. achu menjahit langsir, aku mengedit gambar, amal pula tido!! KONSEP amal, selagik terdaya tido.. dia akan tito.

Episode 10: shopping di johor.

Hari terakhir sebelum pulang ke kl ialah shopping kat johor. Kami g Jusco tebrau. Wauuu sgt besar dan byk butik2 hebat ada dlm tue. beshnya...Sememangnya kat situ aku /acu/amal shopping sehabis daya. hahahahah. konsepnya Rumah jer yg raya, sbb banyak brg2 umah dari barang2 sendiri yg beli. Takperlh 'umah ku , syurga ku'. Hari terakhir x ada pic, sbb dah malas nak snap.

Menu berbuka: Laksa penang + murtabak jumbo + lontong + bihun goreng


Selepas berbuka, rest jap.. kami pun pulang ke kl dengan sejuta satu kenangan terindah. Serius besh. kali ke2 aku g johor, baru terasa beshnya.. Walaupun bulan puasa aku tak terasa haus pun bila g jalan2 ( sbb shoppingkan, sbb tue x haus,hahaha). Sempat singgah singapore. Hurmmm penatnya.. kerna kul 3 pagik baru dapat tito, sbb g umah achu dulu, sbb nak sambut buzday si ewan kecik. heheheh. Epy buzday 2 u, Ewan.

*masuk minggu ke2 puasa, jadual berbuka aku sudah disusun... gila bz kan? hurmmm harap berkesempatan berbuka ngn korang semua.

Ramadhan aku

Episode 6 : little penang KLCC

Jelajah 'ramadhan aku' ke klcc, sebelah opis aku jer.. so tak yah balik umah, hanya tunggu achu dan amal jer. lalalallala... Konsepnya nak berbuka sama 'rifai' tapi apa nak kata, rifai telah melupai kwn baek dia sendiri iaitu achu, dan anak dia amal. Aku hanya kwn bagi rifai, so tak seberapa nak sentaplah berbanding achu dan amal. So kami plan berbuka kami ber3 jer.. Sebab konsep kami jugak mampo yer! Kami g la 'Little Penang' utk berbuka... sib baek ada tempat.

Menu aku paling atas iaitu 'nasi + kari hantu' diikuti ngan achu 'nasi lemak ayam', bwh skali amal 'nasi + lauk ayam kicap' (bole x ingat nama). Sedap yer... habis makanan kami, achu order chaw keow teow pulak... Memang konsep berbuka puasa yer! hahahahahha...

Air sirap bandung cincau jadik pilihan aku ...

*Pentingnya abis makan, aku x g shopping yer, kawal nafsu....

Episode 7: Umah gombak

Utk kali pertama berbuka bersama family terchinta. Sbb hanya jumaat jer ibubapa aku cuti.. hanya ari jumaat jer mama aku bole masak dan ada kat umah. Klu hari laen, mmg tak lah. So kesempatan jumaat nie, aku ajak achu g berbuka kat umah family aku. Achu antara sahabat yg tak pernah terlepas dari berbuka bersama keluarga aku. heheheheh.. Sebab menu utamanya sgt sedap!! Tak seperti yg dijual kat luar sana..

Kepakaran mama aku ialah masak ' Asam pedas daging'.. Menu nie klu kat luar sgt biasa2 dan cair jer kuahnya.. tapi mama aku masak UMPHHHH pekat/pedas/lazat. Tanyalah frendz aku yg pernah rasa masakan ini, musti akan menghantui mereka setiap kali ramadhan tiba, atau tiap kali aku sebut..' mama aku buat masak2, nak join tak?' pasti nakkk jer semua.. sbb menu nie pasti ada sbb ianya kegemaran aku sendiri.

Menu lain yg menarik perhatian ialah ' ikan terubuk bakar' nie.. tak rugi aku beli kat bazar ramadhan setiawangsa ... Sebab manis/lembut/segar yer ikannya..
2 ekor aku beli... Adoiii semasa aku menaip nie perot aku tiba2 bunyi kelaparan. baek aku hentikan memuji makanan .Apa2 pun besh berbuka bersama keluarga... Ada masa jumaat depan ketemu lagik.

* Jelajah 'ramadhan aku' akan berada di johor baharu... Nantikan cerita2nya setelah aku balik kl. Selamat berpuasa semua.. 3 hari jer aku x update blog nie... tggu ceritanya..

Ramadhan aku

Episode 4: rumah aku

Untuk puasa kali ini, baru sekali aku berbuka kat umah sendiri. Jika dulu bole dikatakan hari2 kat umah, tp idup skg ngan dulu berbeza, maka berbuka diluar lagik meriah.. sbb boleh tengok ramai org berbanding kat umah, hanya haku seorang. Puasa ke4 aku plan utk berbuka kat umah dan pi pasar ramadhan di 'setiawangsa'. Pasar ramadhan ngan umah aku tak jauh, 'jalan kaki' sikit jer dah sampai.. Kali nie ada mira. Dia join skali, katanya tak baek berbuka lambat ngan kawan baek sendiri, selepas keluarga dan suami, aku adalah org yg akan dia cari.. bertapa hebatnya aku dlm hidup dia. Sbb tue aku paling sayang mira. hehehhe.. Klu org laen, dah cuti pun masih mengelat ngan alasan2 duniawi yg sudah lali dengar ( abaikan sbb itu bole mendatangkan dosa berbanding pahala) hehehe..

Aku berada ditengah2 pasar ramadhan 'setiawangsa' yg pjg dan sesak ngan org. Tapi aku suka sbb permandangan org2 kat situ banyak yg indah2.. dari mana dtg pun tak taulah.. tp mmg pasar ramadhan setiawangsa penuh ngan kejadian yg 'SIAP'. ( sapa x paham, sila abaikan)


Mira pulak, selagik boleh membeli... tgk tue nak beli.., tengok nie nak beli... tambah2 kuih muih, selagik tak kena marah, akan tunjuk jer apa yg dia nak... balik2 kuih itu hanya masuk dlm mulut aku. hahahaha. Apa2 pun thx mira sbb dtg umah wan. Nanti kita berbuka sama lagik.

Nie makanan kami ber4 time berbuka, acu/amal/mira/dan aku. air tebu tue sedap!!

* Rasanya bila lagik nak berbuka poser kat umah sendiri nie?? hurmmmm sbb plan minggu nie dh penuh ngan acara luar.


Episode 5: kampung baru

Hujan lebat bukan ALASAN. Ramai orang jugak bukan ALASAN!! itulah tanda org yg nak pi berbanding org yg nak mengelat pi.. so? sendiri mau pikir... Aku plan utk berbuka poser ngan mir sebenarnya, dan alang2 ajak kengkawan yg laen. Sebab jelajah ramadhan aku mmg memerlukan mereka. Aku tak mungkin berbuka sorang2. Aku ajak achu (seperti biasa mmg kena ada), ajak banod (yesss dia datang) dan mir ngan kwn dia. Tempat biasa gerai kat pintu gerbang tue, kami ber5 berkumpul. tapi mir dan frend dtg lambat sikit sebab jalan jem. Seronok jugak dapat jumpa banod.. sbb time puasa musti ada satu kali kami berbuka sama.. kecuali time kali nie am x der... sebab dah kahwen. Konsep kwn2 kat kl nie, dah kahwen susah sikitlh nak ajak kuar. KONSEP!!! tak perlh yg ado sajor di ajak.. yg x ado abaikan.. hehehhe.. Esok2 dah solo pandailah mereka carik. wahhh bukan doa yer.. wlpun dah tadah tangan nie. hahahahhaa...

Ikan bakar jadik pilihan (tp x sedap okey!!!) hahaha... tapi dah beli mkn jerlh.. Sembang2 ngan banod (gosip2 halal ye) tetiba mir sampai.. dah berbuka, baru mereka sampai... Dah selesai mkn kami g karaoke. boleh?? hahahha, plan saat2 akhir... G la nanyi lagu raya lagik... Tapi banod x join sbb kena balik susukan anak. kah3. Seronok kuar ngan mir,wan (kwn mir) dan achu.. hurmmm suratan atau kebetulan adalah lagu paling besh aku nanyi smlm . hahahha.. sbb cam kena sikit liriknya. konsep kenapa pic x banyak?? sebab malas snap.. hahahah.. so cukuplah simbolik ikan bakar tue k/.

* jelajah 'ramadhan aku' semakin rancak menyusun plan. johor baru adalah destinasi utk ujung minggu nie.

Ramadhan aku

Episode 3: berbuka di PV

Konsep dia ialah nak guna coupon KFC yg achu dapat, konon2 akan tamat tempoh pada 31 hb nie. so cam x mo rugi g la sana utk berbuka. Akan tetapi dah sampai, dah duduk, skali tgk 31 hb 2010 rupernya!! kahkahkahkah.. lama lagik tue... Tapi x perlh sah2 jelajah ' ramadhan aku ' tak kira tempat, selagik ianya dijamin sedap apa salahnya. Konsep berbuka/shopping dan tengok wayang.

Aku klu berbuka harus kena ada 'nasi' kahkahkah.. sedapkan juadah berbuka kami.

Pengetahuan semua 'ZARA' x ada sale tau, tapi kami tetap membeli, konsepnya ialah Selagik ada duit. hahahaha.. kasut pertama acu dan amal dr butik 'ZARA'.. semoga selesa dan beli selalu tau pas nie. klu aku dh keberapa pun tak tau, campur yg lama semua. hahaha.. mmg suka memborong kasut kat sana. Sukanyaaaaa walaupun terasa nak demam time dh beli. yerlh bukannya gaji lagik.. sib baik bulan poser x ada g mana2...huhuhu..

Selepas tue g lepak starbuck jap sementara tunggu wayang start. Seronok semalam sbb dpt jumpa kwn amal.. wlpun dari jauh jerlh kan.. tp jadiklh dari tak der. kahkahkahkah.. Weiii cerita G.I. JOE sangatlah tidak membuhsankan!! penuh aksi!! dari mula sampai abis beraksi jer!! bagus tul. tak membazir duit aku g tengok citer nie. Sangat puas hatiii... Kejutan cerita nie besh. sentiasa ada kejutan dan kejutan. Jalan cerita yg kemas, penghabisan yg puas.. kerna ada sambungannyer... Yeahhhh.... Aku bagik 4.6bintang tuk cerita nie.

*aku tak jejak lagik kaki ke pasar ramadhan... kiranya hari nie nak jejahlah utk episode 'ramadhan aku' yg berikutnya.

Ramadhan aku

Episode 1 :

Sabtu: Aku,achu,amal dan kakak(bole x ingat nama), kuar g Mid valley utk berbuka poser kat Hotel Cititel. Semua ini adalah jemputan khas dari achu. Achu belanja buffet kat sana. knp saya? sbb saya adalah insan yg paling/sangat/amat/betul/gitu/setia/walaupun/kan/selalu / cute (nak jugak nie)/ solo( ada jugak nie) /baek dengan achu. Lagik pun achu dh berniat lama utk belanja saya, di atas sbb2 tertentu. So kpd kwn2 yg laen jgn berkecik hati kerna anda jugak kwn achu. apa yg aku melalut pun tak tahu, cuma penting nak bagi tahu' Achu belanja, terima kasih achu'. Sampai mid valley awal, so apa lagik.. shoppinggggggggg.. first puasa dah shopping. Dah nama 'wan khairy' tak shopping cam x besh kan? so shoppinglh.. dari dok sakit hati tgk achu shopping.. baek aku join skali. hahahahha.. konsep!!

Nielah kami ber4 ... tak perlu perkenalkan lagik kot, korang dah tahu sgt siapa kami.

Berbalik pada buffet di Cititel, fuhhhh sgt banyak hidangan.. ada lebih 60 hidangan lauk pauk yg pelbagai. Makanlah sampai mengesott konsepnya! Sangat pusa hati. Serius . Rm50.++ untuk seorang. (promosi ini hanya utk seminggu je, pastu naik harga). Semua makanan sedap, kecuali AIR.. ada tawar, ada manis cam air gula dan last skali air sejuk jadik pilihan.( hahaha)

Semua lauk dpt aku rasa, kecuali sup ekor... tak perasan ada.. time nak balik baru ternampak ada sup ekor!!! hukhukhuk.. cam nak duduk balik, perot dh penoh. tapi tak perlh, x ada rezki kat situ.

Antara lauk2 yg menarik minat aku kat situ..

buah2an jugak jugak menarik minat... pesta buah jugaklh.

kambing nie korang kena rasa wlpun sekeping. sbb sgt sedap. aku x mkn kambing sgt, sbb takot mengembekkk nanti.. tapi aku tetap rasa sikit.. jika tak rasa cam rugi jer... Sangat sedap!!!!!!

bubur lambuk. Sedap kan? makanan terakhir aku ambik ialah bubur lambuk..

Pencuci mulut, ais cream.. ada cendol/ABC.. tp ais cream jadik pilihan...

Paling mustahak semua makanan yg aku ambik, habis dimakan. Achu dan amal jugak sudah terduduk tak larat nak bangun! kami duduk situ sampai kul 9.30 kot.. Setelah selesai semua, kami pun berangkat pulang.. Terimakasih kat achu skali lagik. Tak lupa jugak kat amal.. dan kwn achu tue... besh kuar bersama korang.

*Jelajah' ramadhan aku' episode 1 berakhir dengan bila nak g buffet lagik? haha


Episode 2:

Ahad: Pagik2 kami dah bgun, g sahur kat pelita jln ampang( tetap!!!) dan g pasar kat jalan pudu. Konsep hari nie ialah masak2 di umah achu. yg masak achu, yg makan kami. hahaha..

Aku/amal tue hanya pandai pegang/kacau/senduk/tuang/gaul jer.. yg masak tetap acu. kahkahkah.. tapi kami membantu kan... yg mana mampo, kami tolong. hehehhe

Menu paling besh hari tue ialah ketam masak lemak cili padi dengan siput sedut goreng pedas!! Sangat sedapppppp!! mmg x ada jual kat pasar ramahdan cam nie punya rasa. serius...

Kami ber4 antara yg 'rajin' berada kat dapur... dapur achu x bole masuk ramai2, kang jadi LQ pulak, susah nak masak. kahkahkahkah..

Haaaaaaaaaa, konsep berbuka dirumah ialah berseluar pendek yer.. Semualah konsep suar pendek. kecuali si superman. Dia kena anta makanan kat gadis gedik manja kat celcom, so kena pakai suar panjang. Penting nya si superman x makan kicap! wahhh power nie.. Apa2 pun makanan semua sedap....terima kasih achu sekali lagik sbb masak makanan yg sgt sedap!! Fames pulak nama achu kat sini.. tak per skali skala. pas nie nak tggu Am/fifi/jack dan ewan pulak masak. jawabnye aku kena standby bekal siap2 dari umah. kahkahkahkah.. Apa2 pun hari ke2 berbuka, hari aku sgt terisi dan tak rasa sunyi lagik.. terima kasih teman.

* jelajah 'ramadhan aku' episode 2 berakhir dgn selepas nie siapa pulak nak masak? tak sabar sudahhh...

RnP show 2009

Show Rnp ini adalah kali ke3 aku turut serta di LQ. Show ketiga jugak bagi senior kat LQ. Rnp Senior hanya muncul satu tahun, satu kali jer... mana boleh slalu( kata naz) Konsep kali ini ialah Gothic/seram/zombie dan sewaktunyan nyalah... Kelainan yg dibawa kali ini ialah dengan menampilkan nikki sebagai pembuka tiraiii... Dan senior bergabung ngan junior buat pertama kalinya.. tak pernah lagik kami bersatu selama nie. Dan merupakan gabungan paling ramai penarinya..

Nikki mempunyai suara sangat merdu dan sedap sebenarnya. malam itu dia nanyi sedap, tapi disebabkan s/sistem cam agak sedeh dan hauk, suara nikki sedikit tenggelam. tapi itu tak mematahkan semangat nikki utk teruskan nanyi sampai habis. tahniah nikki..

Selepas itu kemunculan yg dinanti2 tiba.. Rnp senior/junior bersatu dlm satu show yg sgt Seram temanya. kahkahakhakh...ROCK beb!! Show kali nie paling banyak prop digunakan kerna setiap lagu punya jalan cerita yg tersendiri. Lagu briney harus kena ada kan? hahahha.... Diteruskan ngan lagu cristina Aguilera ( penat sial step lagu nie) dan terakhir hush hush...(PCD) ternyata tidak mengecewakan semua. Rata2 memuji dari mengeji. Haruskan ada keji itu? harus sebenarnya.. bagi akulah, benda itu kena ada utk diperbetulkan dimasa hadapan. Negetif itu perlu dipositifkan utk show tahun depan. Yang pasti Positif paling mencurah2lah... Seperti biasa Show rnp tak pernah mengecewakan selama ini( itu kata mereka yer, bukan saya). Rungutan negatif paling banyak ialah, kenapa perlu Rnp senior dan junior bergabung?? 'kami nak tgk senior' haaaaa itu paling banyak aku dengar kat telinga nie. Itulah aku katakan tadi, inilah kelainannya.. kami bergabung buat kali pertamanya. sbb tak pernah bersatu lagik. so kira ok lah kan.

Kehadiran maksu sgt aku harapkan, sbb dia photographer malam itu. Terima kasih maksu kerna hadir dengan tema merah yg menyerlah. Sgt abg-abg yer... hahahahahah.

Kehadiran kwn2 yg lain jugak sgt mengembirakan aku. Yana adalah kwn paling lama aku tak jumpa. Dapat jumpa dia bole lepas winduuuu... yanaaaa thx yer sbb dtg.

Haaaa, nie wajib dtg, tak dtg mmg aku merajuk sampai hari raya... kakak aku adalah vvip yg terpenting kena dtg. Dia dtg ngan patner dialah.. Terima kasih sgt2.... nanti kita gosip, byk sgt gosip aku terlepas dr mu.

Mira dan suami jugak dtg!!! seronok aku. Zam sgt besh arhhh pakai merah jugak. Sapa kata org yg dh kawen x spotting?

kami mmg gila pose, selagik ada.. Acu,amal,fena,hery,paktam,mira adalah teman aku yg sentiasa teruja nak tengok show rnp. Hery jerlah kira first time tgk show rnp, sbb baru lahir kan? hahaha

Luv u guys.. serius.. sebenarnya ramai lagik kwn aku yg dtg.. Cam louie/firdh/ash dan ramai lagik yg tak tersebut namanya... makasih sebab dtg dengan tema 'Merah' serius jumaat lepas lQ penuh ngan tema merah.. sana sini merah...

Untuk pengetahuan semua, ini adalah show terakhir aku bersama Rnp. Selepas nie aku akan mengundurkan diri dari dunia tarian yg memenatkan ini( naz punya step pernah ke senang?) hahaha... Terima kasig naz, kerna memberi kepercayaan kat wan selama wan join rnp. Saiful,phezz,anis,didi dan semua junior2 yg tak tersebut namanya.. thx sbb korang sgt Besh. Pengalaman ini adalah sesuatu yg tak mungkin org lain perolehi. Aku harap Rnp akan terus mara kehadapan.. Kerna Rnp adalah group kesayangan/kesukaan aku sampai bila2. Terima kasih sekali lagik kat semua..... Sayang korang sebab aku tau korang sayang aku jugak! bye.

* Penat aku berbaloiii, pas nie nak rehat , ingin mencari cinta...Perlu ke cinta? entahlahh...