Terbaik/Terburuk 2011
Kita dah sampai ke penghujung 2011. Macam2 yg indah berlaku dalam tahun 2011. Seperti biasa, Terbaik/Terburuk pasti menemui anda.. dan inilah antara2 kenangan yg terbaik/terburuk sepanjang tahun ini.... Moh tengok korang duduk dalam kategori mana.... layan....
Terbaik 2011 :
1/1/2011 -Tarikh yg penuh bermakna buat aku, dia dan mereka. Mahu tak nyer.. New year kan, haruslah bermakna. Tapi di sebalik tarikh new year itu, tersembunyi satu kenangan di mana aku, dia dan mereka saja yg mengetahui. Indahnya hari itu sungguh suci seperti tema yg kami pilih iaitu PUTIH. Makanya setiap tahun ada 2 perayaan yg akan di sambut pada 1hb 1. Sesungguhnya tiada apa yg mampu buat aku lupa pada tarikh itu... Dan ini menjadik kenangan pembukaan yg terbaik tuk 2011. . Ianya akan di teruskan tuk tahun 2012. Amin...
Genting Kota Keriangan - Whoot~whoot!!! Setiap tahun aku akan naik genting! Tak kisah naik/turun or stay sana satu malam. Tuk tahun 2011, aku tido sana... lama x tido genting.. slalu buat zaman remaja dulu.. naik ramai2, pastu satu bilik share ramai2.. kau bayangkan meriahnya bagaimana. kah3! Tahun 2011 merupakan tahun/kali pertama abeeb jejakkan kaki naek genting! Ha3...Meriah engko, rasa cam bawak pakcik2 dr kg naik genting. Keterujaan itu terpancar2 seindah suria. Makanya kenangan itu menjadik yg terbaik tuk tahun 2011. 2012? Mau naik lagik kah?? Whoot~whoot!!*Kenangan terbaik 2011, Genting kota keriangan.
Mok kecik- Tahukah anda inilah anak sulung aku! hahahahhaha... Namanya Mok kecik. Mok Kecik adalah ciptaan/kurniaan paling terbaik tuk 2011. Aku x bole berenggang dgn dia. Wlpun dia tak bernyawa, aku x pernah merasai itu.. kerna bagik ku, dia hidup dalam jiwa n sentiasa berckp dgn aku. kah3... kan MK kan?? Thx Mok besar kerna melahirkan MK yg comel ni. Kemana saja aku g bercuti, MK akan ikut... Klu aku demam, MK akan ikut ke opis. Klu aku tido, MK akan sentiasa di sebelah bantal muchuk ku. So bau MK seperti bau bantal muchuk dah.. masam yg sedap tuk di gomol2. MK pandai menari.. n kuat merajuk mcm aku.. kah3!!!! Inilah anak papa... bunyik cam gila, tp dgn kehadiran MK,Molly n mocha idup aku x sunyik. Mereka sentiasa ada teman aku n teman aku tido.. ZzzZzzz...*Ciptaan terbaik 2011, Mok Kecik.
Sarawak - Kali pertama buat aku jejakkan kaki ke situ. So aku pulak jadik pakcik2 yg melawat desa. hahahahhaha... Sesungguhnya Sarawak cantek n sunyi n damai. Jln x bz, tempat shopping byk, kek sarawak bersepah tepi jalan, minyak kuat jugak turut bersepah terdampar di jual! Patotlah meriah anak2 org Sarawak. Aku g bercuti sama abeeb n mama. Balik kg. abeeb. Sumpah besh giler kat sana, bukan kerna kg. abeeb... tapi mmg besh Al-khesahnya! Dari g hantar baju raya, ke acara mlmnya.. semua meriah. Acara clubbing paling aku x sangka kemeriahannya.. Damai Resort merupakan penginapan paling terbaik tuk tahun 2011. Klulah harga tiket ke sana murah, aku akan selalu cuti2 Malaysia! Tp yg ado!!!! harga g Bali lagik murah engko! so? Renunglah sejenak. Tapi mmg aku suka Sarawak. 2012? Penanglah pulak ye wok? hahah...*Penginapan terbaik 2011, Damai Resort Sarawak.
Bufday hareez/ 1Anniversary akak - Ianya menjadik terbaik pilihan aku kerna ada 2 party dlm satu mlm. Bertemakan Hitam Vs Merah aku merasakan ianya sungguh menyerlah dan meriah. Semoga hareez membesar dgn sihat dan akak bahgia tuk tahun ke2nya. Mira antara teman aku yg hadir tuk acara akak ni. Love u Wan Khairiah.
Open House 3M - Mcm2 drama berlaku sblom open house nie berlaku! Dari 4M ianya bertukar kepada 3M, sbb 3 org je yg join tuk open house 2011. Tema Merah ini sungguh menyala. Setiap tahun aku x pernah tak buat open house... Lebih best bila gabungkan open house ini dgn sahabat2 yg lain.. Sbb kwn2 kami 90% sama je.. Alhamdulilah ini kali pertama abeeb join jadi tuan umah tuk open house. Kali pertama menu utama ialah Nasi. Nasi minyak menjadik pilihan. Alhamdulilah semuanya habis.. Thx pada amal&abeeb n semua sahabat yg hadir dan tolong itu ini tuk open house 2011. Tahun nie, ramai yg dtg berbaju merah. siap ada yg sms, call tanya apa tema open house tahun itu. Makanya Tema terbaik 2011 jatuh pada 3M Open house. 2012? Kuning anak raja akan menemui anda.. Siapakah anak raja yg akan join buat open house ini?? Kita tunggu....*Tema terbaik 2011, 3M Open House.
Open house 2011 - Tahun ni aku hadir byk sgt open house.. sana sini engko! Sib baik koleksi baju melayu aku banyak.. so andai yg ada tema, aku mampu ikut... Dari open house kengkawan, ke open house JMD. Jamu mak dara menjadik open house paling glam pernah aku pergi.. Sungguh glam, sampai nk mkn beraturnya berjam2.. Hambek engko! Manakala Open house Chott adalah open house terbaik dari segi makanan dan kepuasan... Mee karinya sedap! Nasi ayamnya enak! Laksanya cool... semuanya tersedia indah... Open hse fifi n family jua tidak menghampakan, cuma lokasi itu seperti yg tidak2 jauhnaya.. sesat berjuta kali.. So tahun 2012 buat lagik ye semua.. kita nak g mkn2 sambil beraya, sambil jumpe kengkawan..*Open house paling glam 2011, Jamu Mak Dara.
*Open house terbaik dr segi makanan 2011, Umah Chott.
Ziana Zain - Tahukah anda dia merupakan idola hati ku sejak di bangku sekolah lagik? Andai di sekolah dulu semua org tahu aku minat dia, dan kini tiada yg mampu menyangkalnya lagik. Andai dia muncul je kat mana2, pasti selepas itu Sms akan masuk melalui hp aku, 'Cantek akak awk'... 'Sedap akak awk nyanyi'.. 'tahniah, akak awk menang!!' ... dan mcm2 lagik. Umpama aku nie mmg Wan Zain adik kepada Ziana Zain. Begitu dekat aku dgn ZZ, begitu jugak semua org tahu. Di usia 26tahun inilah detik yg aku tunggu... bergambar bersamanya! Akhirnya!!!! terlaksana! Pic termahal 2011!! Satu2nya pic, di mana hanya sekali snap n pose! 2012? Ade lagik ke? Kita tunggu... Selamanya dia akan bertahta di hati, percayalah...*Pic termahal 2011, Ziana Zain n ME.
ZianaFolks - Tahukah anda tahun 2011 merupakan tahun Ziana Zain tuk hidup aku. Dah dapat jumpe ZZ, dapat jua temu club peminatnya. Semuanya terdiri dari yg terbaik. Di ZF, aku dapat 2 abg, iaitu abg long dan abg ngah... Mereka punya kebaikan x perlu dipertikaikan lagik.. sentiasa comment Fb aku. Sentiasa ada dan ingat akan aku. Abg long paling aktif ber chat dgn aku di fb. Klu di twitter pulak si Qarl_Haiqal pemilik nama yg aktif. Di ZF aku temu ramai kwn2 yg baik dan kini aku makin selesa berkawan dgn mereka. 2011, aku kaya dengan sahabat2 yg baik... sahabat yg buruk? Kau tunggu.. ulasannya dlm kategori terburuk! 2011 permulaan aku bersama ZF, 2012? ianya pasti akan lebih rancak. Love ZF n ZZ.
Phuket - Whoot~whoot!!! Percutian bulan 5 tak pernah tak masuk dalam kategori terbaik tuk setiap tahun! hahahhahahha... Tahun ini, percutian Phuket pula tersenarai.. Percutian ini sungguh sempurna dimana byk hepy nya dan dramanya... Melibatkan ramai yg pergi, percutian ini di lihat seimbang! Akan tetapi kuasa kebaikan itu byk, so yg x baik sudah tercampak ke laut dan kini sudah pun terkubur.. Bufday abeeb di langsungkan kat sana.. Meriah sgt... Aku byk abiskan masa dgn mereka2 di atas ini. Yg lain bukan x abeskan, tp dh masuk kategori anak2 org lain time tue. Asyik x ada je mereka.. klu acara mlm pun 5 di atas inilah paling last abeh berkempennya! Hangover terbaik 2011 jatuh kat acara mlm di sana...kah3... Knp aku ckp itu? kerna yg di atas ni saja tahu.. anak2 lain pasti x tahu. So bye.. kah3!!! Kenangan bersama kakngah perghhh!!!!! x sabar percutian bangkok2012 dah ni. Wa3.BTw, Alhamdulilah kini semuanya bersatu kembali dlm jagaan mama. Anak2 mama kini kembali bersatu padu. I Like..*Hangover terbaik 2011, Phuket.
Bufday party - Bufday mama/ bufday ayie/kakngah/east adalah bufday party terbaik dalam KL tuk tahun 2011. Aku hepy berada kat bufday party mereka... Bufday party mama simple je.. tapi meriahnya kalah Diwali festival! hahahhaha.. Bufday party ayie/kakngah/east pulak grands nanny! Aku x akan lupakan apa yg berlaku kat Ascott! Semuanya penuh GLAM! 2012?? Milik empunya siapa pulak? jeng~jeng~jeng...*Bufday party terbaik 2011, Bufday party mama/bufday party ayie/kakngah/east.
4M- Tertubuhnya group 4M. Dubarnya The Queen's di angkat sebagai keputusan terbaik tuk 2011. Mahu tak terbaik kerna 9 org di dalam 4M adalah yg benar2 rapat n non lalang n langau! Terdiri daripada 5 pemilik nama dia atas, lagik 4 yg lain ialah East, Kak ngah, Kak long & Achu. So kami akan bersatu dlm apa saja KES yg melibatkan antara kami. Sorang kena cuit, yg lain akan bangkit.. So jgn nak main2 sgt! Klu dah sendu non ada org mahu kwn, jgn nak reka cerekarama yg tak berapa nak laris.. kau terasa? kau hadap! Janji aku x petik nama sesiapapun. Lagipun ini tuk semua org, tahulah bahwanya kami nie akan bersatu dlm apa jua bencana yg datang! Slogan group nie, 'Bersatu kita teguh, bercerai kita kawen lagik'. Aku hepy dgn 4M, sbb kami damai sampai penutup 2011. Makanya, harapnya ianya akan berkekalan, sbb konsep kami skg, klu x puas hati terus terang aja... Kedamaian kami jgn kauorg usik... andai berlaku, kau hadaplah mulut2 di atas. Dan jgn di tanya lagik knp mulut yg x ada kena mengena turut berbunyik! Dah bagik tau siap2 nie.... Bersatu kami teguh!!! kau cuit kami rempuh!! KL Gangster2 punya slogan.. kah3.*Keputusan terbaik 2011, Dubarnya The Queen's, tertubuhnya 4M.
Bali,Indonesia - Percutian bulan 10 jugak x pernah x masuk carta terbaik! Sesungguhnya percutian Bali adalah percutian paling terbaik tuk tahun 2011! Hanya ber 5 yg pergi, dan yg 5 inilah mencipta kebaikan itu... Bufday aku jua di sambut disana... YeahhhHA!!Aku suka g bali sbb kat sana pemandangannya cantek!!! klu tak caya g tengok Fb aku, album bali 2011 merupakan album paling banyak 'like' oleh frends. Begitu indah Bali... begitu indah kami.. begitu sexy aku. hahahahhahah... Muahx3!!! Album terbaik 2011.. 2012? kita tggu percutian seterusnya..*Percutian terbaik 2011, Bali,Indonesia.
*Album pic terbaik 2011, Bali,Indonesia.
Tiup lilin - Tak sangka tahun nie aku dapat kek tuk di tiup. Yg penting inilah kek paling sedap yg pernah aku rasa. BR nie sungguh enak...Thx kpd mok besar! Syg Mok besar sgt2.. #eh. Au buat bufday ni selepas balik dari Bali, khas buat ahli keluarga iaitu akak aku n kpd bff yg x pergi ke Bali. Bertemakan kuning, merasakan bufday kali nie paling meriah.. cam LQ dah suasana dalam tue.. Klu tahun lepas lengang je bilik karaoke... tahun ni tidak ye!!! kah3. Chenta korang semua sekuat hati ku. muahxoxo.. thx jugak pada yg bagik adiah... Baby Cruz paling aku sukalah.. minyak wangi jugak... baju jugak.. n semualah...... thx korang! Tunggu bufday korang... akan ku bagi hadiah itu... TUNGGU 2012...
Raya Aidilfitri - Raya yg terbaik bagi ku... Sambut bersama ahli keluarga di Melaka, merasakan byk jugak keindahannya.. Wlpun bukan Penang... tapi suasana raya kali ini lain skali kemeriahannya.. mungkin sbb rumah baru ayah itu buatkan aku selesa... Semua ahli keluarga aku ada... semuanya ada.... Keluarga aku kecik aja, tapi riuhnya.. mak aikkk... taman sebelah boleh dgr suara masing2... 2012 raya di mana?? Masih belom jelas destinasinya...Al-khesah terbaik sudah selesai....Now akan ke terburuk 2011 pulak. Sesungguhnya seperti tahun lepas, kes terburuk x akan mampu tuk menguasai diri. Tetambah tahun nie aku dah punya keluarga, kebahgiaan itu melebihi segala2nya.. So terburuk itu tak berani tuk hampiri.. Tapi ada jugak secalit dua kes terburuk... Moh lihat apakah kes terburuk 2011...
Terburuk:
Kes bergaduh merupakan benda yg akan sentiasa berlaku setiap tahun. Sama ada byk atau sedikit saja yg membezakannya. Tahun 2011, aku merasakan aku x der hal dgn sesiapa sgt kecuali kes dalam The Queen's. Kenapa aku anggap ianya terburuk? Inilah al kisah penutup kes terburuk 2011...
Hahahahhahha, tau pun jantung berdegup kencang! wa3! Btw Al-khesah The Queen's itu biarlah ianya berkubur dan karam dgn sendirinya. Knp aku berkata itu? Kerna tuk tahun 2011 aku tak ada kehilangan sesuatu yg berharga pun.. Sumpah yg ilang itu tiada nilainya. Semua yg berharga masih bersama dan di samping ku, hingga kini. Walaupun aku di anggap sebagai bukan kwn yg baik, tapi itu semua sekadar KATA KAU! Hakikat sebenar? Dia yg kerugian dan di anggap tak baik oleh semua. Makanya? aku tak tewas apa2 pun...Prihal kedua ialah kes fitnah yg dimana aku anggap ianya terburuk! Walaupun bukan aku yg kena fitnah, tp yg rapat dan di samping ku itu penting tuk aku pertahankan. Sejauh mana kebenaran cerita itu, hanya dia dan tuhan yg tahu. Andai benar kisahnya, cubalah cari org yg betul tuk meminta kembali.. bukan dgn menjaja kat org lain.. KECUALI org lain itu sudi tuk membayarnya. Nampak sgt jahat kan? Sampai skg kisah ini terus dibekukan... bukan tanda diam! Tapi kau tunggu.... Andai cerita ini rekaan mulut dia sendiri, kau tanggunglah! Kepada yg tolong sebarkan jugak, korang tanggunglah di aqirat sana. Andai benar, carilah tempat yg betol tuk bercerita, kerna di pihak sini, sampai skg, jenuh dia berfikir dan terfikir kat celeh mana dia pinjam duit engko! Sumpah dia lupa nie.. klu betol ada pinjam, mai bwk dtg sini.... ingatkan dia...Semoga ianya selesai dan berakhir dgn hepy2 je. Jgn buat org benci...
Kisah kesihatan aku tuk tahun 2011 ok, kecuali demam 2 minggu tue... Di anggap yg terburuk tuk tahun 2011.. Adoiii, sakitnya sampai hendak di bawak ke hospital... Dengar nama hospital terus sihat engko. wawawawawa... First time dlm kehidupan aku, kena cucuk kat bontot time demam. Aku x pernah kena cucuk.... so, perasaannya sgt tidak best! Tanyalah achu, cam org lepas bersalin aku jln.. hahahahhahah... kenangan sgt.
Apa yg aku tulis dalam kisah terburuk2011 sekadar tauladan/rumusan buat semua dan diri sendiri. Lagik pun itu semua kenangan yg berlaku tuk tahun 2011. Sama ada ianya terbaik atau terburuk, aku terima dgn hati yg terbuka terpancar sinarnya. Bagi aku apa yg berlaku adalah satu pembelajaran tuk menjadik lebih baik di masa yg mendatang. Mungkinnya 2011 bukanlah terbaik buat aku dan mereka, mana tahu 2012 lain corak perjalanannya... Anggap saja kes terburuk itu sebagai tauladan . Tak semua manusia itu sempurna.. kdg2 aku jua ada melakukan kesalahan di tahun 2011... andai itu ada aku menyusun 10 jari memohon ampun... Apa2 pun keindahan 2011 sentiasa penuh dari keburukan.. Keburukan hanya singgah dan pergi... tapi kebaikan terus bertahan dan bahgia hingga kini. Alhamdulilah... So di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tinggal 2011, dan selamat datang 2012. Semoga 2012 yg bakal tiba ini akan membawa byk lagik cerita2 yg positif dan kekal bahgia, Insyallah... di mana ada keazaman, di situ ada kejayaan... Aku syg Akan keluarga aku sekarang... MB,MK,Molly,Mocha,4M,ahli keluarga,Bff yg lain,frends Fb/Twitter yg byk menceriakan aku, percayalah yg WanKhairy syg kalian semua. Syg itu ikhlas. Cinta itu suci.p/s: Jgn nak terasa hati kepada yg membaca dan terasa itu adalah utk dirinya... sesungguhnya aku tiada memetik nama siapa pun... Ini adalah sekadar pengajaran dan kenangan tuk hidup aku sendiri. Paling penting ini adalah blog aku.... Aku tiada niat apa2, kecuali ingin berkongsi dan menutup memori 2011 dgn cara aku sendiri. Sama ada ianya terbaik atau terburuk, aku terima aja dgn hati terbuka, kerna aku percaya akan asam garam kehidupan dan karmanya.. Wasalam...
*Hepy New Year buat semua pembaca setia blog ini. Kita jumpa di 2012 pulak ya.. Sesungguhnya aku terharu, wlpun blog nie x semegah blog org lain, tapi kunjungan setiap tahun meningkat. Terima kasih pada semua yg menyukainya... yg tak menyukai? Sila lah ke blog org lain... bukan susah pun. Muahxoxo...
posted by wan khairy @ 5:51 PM
7 Comments
Kaki Wayang
Agent Ethan Hunt kembali! Melihat Tom Cruise membawa watak ini sungguh puas! Dia sepertinya sebati dlm dunia penyiasatan sebegini.. Berlakonlah citer apo pun, Aura M.I tetap bersamanya. Kali nie dalam film M.I sendiri, so bertambahlah kuat aura itu. Dia semakin tua, hahaha.. itu ketara nampak! Aku suka pengenalan di awal film nie... Menarik kita tuk terus duduk di kerusi panggung! Jln citer film nie sama saja seperti yg lepas2... Ada misi, permulaannya sempurna, selepas itu seperti tercalar imej n kembali menebus dan menamatkan misi. Mmg itu sajalah hidangan yg dpt kita lihat. Apa yg beza adalah lokasi tempat, heroin, org jahat serta pembantu2 yg lain. Apa yg menarik minat aku ialah Dubai/India sebagai lokasi berlakunya aksi. Aku suka part di dalam bangunan tertinggi di dunia itu. Burj Khalifa sungguh mempersonakan! Apa yg x mempersonakan, tinggi je lebih, pemandangannya hanyalah padang pasir n debu. kah3. Part paling aku suka n puas ialah melihat Moreau di tendang keluar oleh Jane! Puas hati aku, Merasalah kau... Kau bunuh bf aku, aku sepak kau keluar!! Part ribut pasir jugak best! Byk aksi dlm film nie. Kepala tom cruise seperti besi kan?? ada 2 part dlm film nie, dapat aku rasakan hentakan itu.. tp dia ilek je.. non luka non sakit! Haiyo... Kemunculan Anil kapoor akan melariskan film ini kat India sana. Wa3, kemunculan 5minit dia pastinya berbaloi. Tapi aku seperti tidak merasa auranya tuk film ni... Cam biasa n x penting! Heroin film nie hebat bila ada aksi lawan, part romantik dia seperti gigil n kacip. Why? Nerves ngan Anil kapoor tue, hahahahhaha... Keseluruhan film ni best! Aku terhibur dgn aksi2 yg di sajikan. Muslihat di sana sini, byk aksi2 suspen jugak. Non suspen x menariklah kan? so M.I kali nie dipenuhkan dgn suspen. So jgn buang masa korang, pi la tengok! 4.2bintang aku kasik .*New year 2012 hampir tiba... Terbaik/terburuk sepanjang 2011 akan menyusul. Tunggu.
posted by wan khairy @ 3:41 AM
1 Comments
ANTM17
Al-kisah Angelea :
Fames dah dia sekejapan! Hari ni aku terima byk sgt info2 ttg isu 'disqualified' yg melibatkan peserta akhir ANTM17 Angelea. Terlalu banyak romours ttg isu ini. Antaranya....
1- Angelea menghebohkan yg dia tersenarai dalam top 3, ANTM17. Erk??? aku x tahu pun! Selepas tgk baru tahu... Korang singkirkan Laura kesayangan aku! Cisss.. hahahha.... Apa yg aku tahu, org dok heboh dia adalah pemenangnya! Sedangkan Finale minggu depan. adakah itu???2- Angelea hebohkan kat fb n twitter tentang kemenangannya. Siap record suara engko! Sedangkan syarat peraturan, rancangan realiti TV , peserta kena kunci mulut sehingga rancangan itu menemui penonton! Tetapi disebabkan terlalu mencapap atas kemenangannya, dia hebohkan.....! Ini bermakna Angelea adalah pemenang asal! Selepas runway show, slalunya akan terus di adili n tyra akan g jumpe peserta di back stage! Cycle kali ni ado??? Yg ado!!! Sebaliknya hanya menunjuk detik2 sedih n menyesal angelea. Mungkin kah itulah detik di mana dia di reject? sbb g heboh dia menang... Mungkin jugak! (walaupun, cepatnye kau g heboh kot ye pun!! ha3) Tak kanlah, dia stress pas abes runway show? sepatotnya peserta rasa hepy n lega sebab berada di final n dah lakukan sehabis baik.... Kadang2 hp n teknologi bole membinasakan manusia.. lihatlah...
3- Dia di reject sebab agensi modelling yg menjaga angelea x izinkan dia bersama covergirl. Biar betol? Melanggar contracts katanya! Amboiii..... dah final baru agensi tue datang bagik tahu yg mereka x izinkan? Pembohong sangat ni... Selama ni x sedar ke angelea berada dlm cycle 17? WoW, citer ni mmg terpesong aqidahnya......
4-Angelea x nak menang, dia serahkan kemenangan dia pada orang lain.. sebab kena boooooo n di benci rakyat jelata. #eh... cam ne rakyat jelata tahu? pengumuman ni di buat depan penonton yg tengok runway show ke? Lagik merepek khabar angin ni. Klu kena booo pun dia x kisah! Janji aku menang, kau ade??? Tp klu dia menang pun mmg akan dibenci ramai, seperti teyona,krista dan hangusan yg lain kecuali Eva! aku suka dia menang! So? sib baik dia buat hal, setidaknya2 org simpati dgn dia n mencari dia.
5- Angelea tarik diri sbb dapat contracts lagik letop dr agensi lain? Apa nama agensi itu? kau diam! kau tipu! #kbai
6-Tyra x nak menangkan Angelea, sbb akan merosakkan namanya sebagai juri n pemilik rancangan! Cukup sekadar bawa dia ke final! jgn nak menangkan! Sebab covergirl nak jugak menangkan Angelea walaupun cam hauk jugak. Amboi, nie nampak sgt kemulian tyra... baru sedar akan namanya rosak! Selama ini kau bermimpi? hahahaha.... cerita ni mungkin keluarga tyra yg karang wahai teman! Klu tyra melawan, siapa nak sediakan contracts?? Tyra jua yg kerugian.
Terlalu banyak romours! yg no 1&2 kemungkinan besar kenapa angelea di singkirkan! Dia g heboh akan kemenangan nya.. Angelea merupakan pemenang sebenar??? Andai ini benar, maka benarlah politik itu wujud dan sia2 saja yg lain bertungkus lumus bagai nak gila! Bila melihat angelea ke final pun aku dah gelak n pasti dialah model yg covergirl mahukan. 4 kali di bottom 2, dia diselamatkan... 4 kali pic nya buruk wahai teman! belom masuk yg lain2, tetap hujung2 namanya di panggil. Semua ini tidak adil bagi yg lain bukan? sebagai pemerhati n peminat ANTM aku merasakan rancangan tyra ini sudah tidak perlu di sajikan kepada penonton! Baik suruh covergirl pilih model mana yg dia taste n shoot terus tuk kempen! Tak yah nak mencapap cari popular. kat situ jugak nama ko, berkembang seakan tidak. Model x menang jugak lebih grands... sbb yg menang selera mereka cam muntah di dalam mulut. Pribahasa baru. wa3. Klulah tyra cuba cari penaja lain, musti best! Cari yg lebih UP! Musti lain acuan pemenangnya. Mungkin selera itu akan sama dgn pemikiran manusia sejagat yg lain. Klu lah angelea x buat perangai n heboh kan... dan dialah dgn rasminya pemenang ANTM17, keadaan akan menjadik lebih membenci.... kerna angelea x mempersembahkan apa2 yg menarik dlm ANTM kali nie. Thx kerna ini berlaku, banyak hikmahnya... now ko popular! semua wartawan mencari dia tuk minta penjelasan. Now kita tunggu Angelea bersuara ok. aku dah selesai di sini. Lisa yg menang! Terlalu banyak drama... Dimana kejujurannya? hasilnya? hanya diketahui apabila ANTM ni habis.. now kita lihatlah siapa di antara mereka akan berjaya dengan cemerlangnya. Patotlah buruk pic Angelea, edit over seperti tiada limit.. mungkinkah di sabotaj?? mungkinkan final photonya adalah yg lain? Patot jugak pic Allison so-so, sbb dia x menang jua. Patotlah jugak aku taste pic Lisa, sbb yg terbaik n cantek mereka pilih. Adakah patot itu benar?? entahlah.... adili dan pikirlah sendiri...*Tyra menangkan Lisa, sebab merasakan laluan Allison lebih cerah walaupun tak menang. Yes, itu benar... lagik pula kini Allison terlalu popular n byk peminat selepas 2 kali dapat no2 je. ha3. Kejayaan tuk dia akan berganda.
posted by wan khairy @ 4:35 AM
3 Comments
ANTM17
Episode : Finale
Semalam sudah tersebar akan kemenangan Lisa D'Amato di mata dan telinga aku. Biasalah walpun video belom keluar, kak nam12, kak pora, kak jah feeling nak menjadik pemberita utama #kengkononnya. So smlm dah tau pemenang, today aku baru layan tengok videonya. Macam2 drama.... Dari segi photoshoot ke runway show ke result pemenang... Semuanya drama yg boleh di film kan. Semuanya cam misteri.. misteri?? haaaa.. moh kita cercita n ulas buat penghabisan kalinya tuk ANTM All-Star (yeEahhh pas ni rehat). Youtube : dcdice11
Angelea - Melihat dia beraksi di final seperti membuang masa. Tetiba mendapat berita dia disqualified. huh??? Apa jenis jenaka ni? Semakin membuang masa! Baik letak Laura di Top 3. Misteri kisah Angelea aku sendiri x faham! ramai dok tanya kenapa... Aku dah ratusan kali call Tyra, tp non dapat! mungkin dia x tahan mendengar cacian atau makian! Buruk perangai ko Tyra! Makin buruk bila Al-khesah rancangan ko di bongkar oleh Janice (ulasannya di bawah sekali) Berbalik pada angelea yg sudah pun beraksi di final, photoshoot Covergirl dia seperti bapok tua yg buat pembedahan kecantikkan supaya kelihatan muda. Terlalu PHOTOSHOP pic dia ni, ketara kot!! (maap le kepada adik2 muda yg minat separuh mati kat dia, nyatanya mata kau salah dik, byk lagik timba ilmu dr dok buat wall kat fb meroyan2.. terasa? kau hambek!) Tak semua org buta, tp pic diatas x cantik. Runway show pulak, dia risau akan rambutnya yg lurus itu akan menjadik kejung (rambut asal) bila kena berenang sebelom catwalk! Konsep runway kali nie paling ova dalam sejarah ANTM. Renangan dia berjaya wlpun berhenti seketika ambek nafas. Catwalk dia ok berlatar belakangkan lagu yg mereka record! Apa jenis mencapap pun tak tahu.. Tyra kau dah kenapa makcik? Rosak dress! Lagu dengan dress x kena langsung! masuk balik dalam kolam, jgn timbul2 dah! Pas selesai semuanya, Angelea seperti menangis n sedih n sebak n tetiba dia x der.. misterinya sampai skg belom terungkai dgn jujurnya! So angelea terkeluar terus dari senarai, makanya Allison Vs Lisa dalam bilik juri. Bye Angelea, aku doa ko masih hidup n buktikan kau mampu jadik beyonce, #eh.
Allison - Dia bakal dinobatkan sebagai Juara All-star! 4sure! KATA KAU! Melihat ini kali ke2, allison berjaya ke final, semuanya termasuk aku meramalkan dia bakal menjadik juara! Selayaknya! Akan tetapi, sekali lagik dia tewas di final. Aku tak terkejut pun dia tewas, aku terima n akur kerna aku tahu laluan Allison lebih cerah berbanging sang juara. Melihat photoshoot n video clip tuk Covergirl Allison x mengecewakan aku! Walaupun matanya sekali lagik payah tuk bukak, allison berjaya membawa kelainan dgn menutup mata n feeling2 berada di syurga. Aku tak taste sgt dgn pic Covergirls dia kat atas ni.. cycle12 dulu punya lagik chantek! Pic kali nie nampak Allison cam keliru n kosong! Cam apo entah.. saja je kan Tyra? yes... i know you, Thx! Tp idaklah seburuk pic angelea yg kaya dgn PHOTOSHOP tu. ha3, Allison maseh di landasan yg betol. Runway show? Renangan Allison paling cantik! Dress Allison paling #letop! Lagu runway Allison paling kena dgn gaya dan pesona! Catwalk Allison aku suka! Semuanya milik Allison! Tak percaya? tgk la sendiri beb! jgn nak emosi dgn Angelea ko.. (kena smash lagik! ha3) Dapat aku melihat personality allison keluar.. dia yakin n hepy. Walaupun dia tewas, tahukah anda bahwa peminat allison x dapat ditewaskan andai Lisa+angelea punya peminat bersatu bergabung! Kau ade? Jutaan org tengah mengeji tyra skg.. wawawawa... Aku yakin Allison akan sebaris dgn runner-up ANTM yg lain seperti Chantal, Anya dan yg lain2. Dia bakal menyerlah... tak caya? tunggu saja... Tengok saja waktu photoshoot tuk italian Vouge, allison paling VOUGE ye! Sgt Italian look. Yg penting Laura kesayangan jua suka allison. Go Alicats, we love you.
Lisa D'Amato - Inilah juara tuk All-star!!! YeaEehhhhhA #manakala. Sejujurnya aku x terkejut dia menang! Dia antara yg byk menang aksi cabaran dlm ANTM17 dan picnya jugak antara yg terbaik. Kemenangannya idaklah tidak logik di fikiran, bole diterima seadanya #walaupun. Personality Lisa meletakkan dia dihadapan, selepas Laura tersingkir aku dah merasakan Lisa akan menang dengan selesa. Cycle kali ini personality itu lebih utama, hal2 pic semua terletak no2. Tub2 personality hebat! cabaran byk menang! Pic juga baik! Bertambah selesa Lisa di landasan kemenangan. Berbalik pada photoshoot n clip Covergirl, Lisa cemerlang. Aku suka pic Covergirl dia... superb n sweet n smile with ur eyes. Runway show? Lisa tersesat engko time berenang! Ade? karam sejenak. Selepas itu dia kembali dgn dress rock star yg dia idam2kan. #letop melayang2 kainnya.. pastu lagu yg dia nyanyi kuar, hambek ko tertendang2 seperti sedikit gila. Penonton suka....sama ada betol2 suka atau carot aku tak pasti. Tapi Tyra n the geng jua turut suka. so lantaklah.. Eloklah kot showcase itu. Keseluruhan Lisa OK. Di bilik juri Allison begitu cantik berada disamping lisa tuk dengar keputusan. Lalu clip video mencapap yg Tyra cipta kuar... America next top model All-Star is...... tup..tup... poom..pomm.... kedebak.. kedebuk..kedebik wajah LISA kuar.. Makanya Lisa menang dan Allison tewas buat kali ke2. Tahniah Lisa, aku idaklah seperti yg lain x suka akan kemenangan ko, sbb ko dah bersungguh2 n buat yg terbaik dlm cycle 17 ni. Hak itu milik mu.. dikala usia mu pun bukan muda lagik... Ciptalah kejayaan mu di Covergirl selama setahun. Btw aku suka tulang pipi Lisa, hidung lisa, taste!!! Tamat.
"I experienced being on that show, being conned, thinking that I was actually helping judge a TV franchise. That actually my say had any input. But it really didn't. Covergirl are the people that choose the model, not any of the judges.
The point is that Dickinson says that Tyra's brand of reality TV is especially "unreal" and that none of the challenges or photo shoots or critiques actually matter. Tyra Fuck you.
Petikan dr Janice ini sesungguhnya banyak kebenarannya! Time janice ckp fuck you Tyra, kau mmg grands mak hayam! ha3. Lihat saja model yg x menang lebih menyerlah banding pemenang! Runner-up selalunya lebih grands dr pemenang ANTM. Klu dah Covergirls menentu siapa perlu menang, siapa x perlu.... knp perlu ada suara juri tuk menilai? baik letak org besar covergirl kat bilik juri. Tak faham disini, nape covergirls x buat rancangan top model sendiri?? Kan mudah! kau boleh pilih model kau nak! X yah mencapap menyakitkan hati seluruh umat manusia.. last2 product kau di situ jua! Mungkin kau x fames, n menumpang popularity rancangan itu, FINE! Penaja kan, janji poket Tyra masyuk!Selagik Covergirls jadik penaja selagik itulah yg layak menang akan tewas..... kecuali 2 ,3 org yg dah menang.Serkian.
*Rezeki itu bukan di tangan Tyra... di tangan tuhan. Makanya yg tewas itu usah berkecil hati, kerna x semua buta dan bodoh. Lihat saja Chantal, Anya,Katarzyna dll semuanya berada di landasan yg lebih grands . Covergirls menentukan pemenang, patotlah yg tercipta byk yg terkeluar dr taste aku kecuali sorang dua yg sangkut! Sebab lcw high taste! Covergirl? Korang sendirilah tentukan... Tamat sudah cercita ANTM17 kali ni.. semoga jumpa lagik tuk ANTM18. Jadik kan LCW sebagai saluran ANTM rasmi anda..#kbai.
posted by wan khairy @ 7:20 PM
6 Comments
Kaki Wayang
Ombak Rindu menjadik bualan semua org! Sana sini buat status ttg film ni! Hebat tul penangan film nie. Dengan menghimpunkan pelakon2 terbaik FFM, film ni berjaya memikat hati semua. Aku baru tgk semalam di Wangsa Walk bersama abeeb,amal dan achu. Susah nk dpt tiket film ni... Selalu tinggal seat bawah sekali. Hanya yg tiada perasaan je sanggup beli seat bwh skali. Kali nie kami dapat seat atas sekali, hambek kau! wa3. Rata2 yg tgk film nie suruh bawak tisu. Sure nanges katanya!! Kwn2 perempuan aku semuanya suka film ni, terutama skali mira! Selepas tonton aku tau knp dia suka.. kah3... ada watak dia rupanya...Aku teruja nak tgk film nie, fenomena sgt di twitter,Fb dan status bbm. Maya karin... hmmmm... maya owh maya... wa3... pegang watak gadis desa, anak nelayan, pakai tudung n mengajar budak2 mengaji. WoW, sesuatu yg baru Maya persembahkan di layar perak! Membuktikan dia pelakon yg serba boleh. Semua watak mampo dia bawak. Mampo kah dia bawak watak Izzah?? Pendapat aku, watak itu tidak kena dgn dia! Serba serbi tak betol! Dari segi loghat dia je dah gagal! Bila gagal, nanges pun x menusuk kalbu! Ada satu dua part OK(bila bersama Aaron, ada babak yg menyentuh hati aku), tp bila bercakap je.. mak aikk.. anak nelayan? or anak mat saleh yg kena bela dgn pakcik/makcik selepas ibu bapa meninggal? hmmmm... Bahasa Melayu Maya utk watak izzah itu seperti salah masuk rumah(ingat nyanyi je salah key? lakonan pun ade ye) Tapi maya dah pesembahkan sehabis baik. Pujian harus diberikan. Kekuatan Maya adalah matanya yg punya jiwa. Aaron Aziz berjaya membawa wataknya dgn baik! Dia saja cam bole buat aku sebak seketika (tp x nanges) Patotlah pompuan2 suka dgn film nie.. Rupernya... hadap! Aku suka lakonan dia, bersahaja dan jantan! Tak salah masuk umah.. air mata dia mahal n nampak sejati dr air mata Izzah. Lisa surirumah jugak x mengecewakan! Aku x taste dgn lakonan dia, tp tuk film nie, lakonan dia ok-ok la, wlpun adakalanya seperti terbabas masuk longkang. Watak2 yg lain jugak ok! Kehadiran kak limah tgh mandi itu cam cute. Poom* Watak datin2/mak yg di lakonkan oleh Azizah cam meluat aku tengok! Berdialog sgt! Tak nampak real.. bukan menyampah sbb lakonan jahat dia.. tp menyampah sbb cam fake n geli. Bye. Watak mail cute.. itu baru budak kampung! Kehadiran julia yg berbaju ketat nampak perot menggelebeh mendapat gelak tawa panggung! kah3! Film nie dah menarik dari segi jln ceritanya. Sumpah best... Tp pemilihan pelakon itu saja dilihat salah n lebih kepada keuntungan, populariti. Kualitinya? Kurang melekat dihati ku. Watak Izzah tue kuat/berat! klulah watak itu pelakon yg punya bahasa melayu yg lebih JATI bawak, musti film ini seperti Titanic engko! Amboi melampau imaginasi aku(membayangkan Fazura tuk watak izzah). Pape pun aku terhibur dgn film nie.. Kebanyakan perempuan bertudung kuar panggung dgn mata merah, tapi aku kuar ilek2 je.. non sebak di dada. Seperti kata kwn2 Fb aku, pemilihan pelakon itu salah dari segi jiwa n kebolehan mereka. Tapi bagi pengarah ini merupakan pilihan bijak, sbb film nie mendapat sambutan hangat! Tidak sia2 meletakkan yg terbaik n popular dlm film ni. Maya Karin dah membuktikan , bahwa dia pelakon terbaik di Malaysia. Bukan satu kemenangan terbaik dia pernah dpt, byk dik.. so jgn nk pertikai sgtlah... Dari pontianak harum sundal malam ke Anak halal. Film nie mendapat tempat dihati peminat. Aku bagik 3.6bintang tuk film ni. Aku suka dgn jalan citernya... Naskah yg terbaik. Enjoi ya nonton, aku x nak citer lebih2, kang x suspen buat korang. Tahniah buat semua yg terlibat, atleast naksah terbaru Osman Ali ini menjadik bualan semua. Btw sebelom film nie start ada preview tuk film AZURA. Euwww.. cam geli je! Hero/Heroin cam x selera nak tengok. Indah rupa je lebihnya....*Lagu tema film nie sentiasa menghantui dari awal hingga habis ye.. Vokal Adira n Hafiz AF dimana2. Semua org dok nanyi bila kuar panggung! H E B A T .
posted by wan khairy @ 12:35 PM
2 Comments
Kaki Wayang
Payah tul nak tengok film nie di kedudukan yg x perlu mendongak! Aku x faham yg g tengok film nie kena mendongak ke langit! Kepuasan apakah yg korang kecapi??? Harga tiket sama je. So aku lebih rela g tengok lambat, asalkan kedudukan itu selesa n berbaloi. Kali nie g tengok kat TGV KLCC bersama abeeb n maksu. Lama x jmpe maksu, bila jumpe dia mmg sihat n gebu. Hehehe, sampaikan org yg jaga tiket x nampak dia... sentap betol dia... org tue nampak makanan dia je! hahahaha..... Citer nie start dgn perkahwinan yg di nanti2kan semua... WoW! Cantek! Dress itu seperti memukul aku tuk memakainya, poom* hahahahahha... Pastu bermulalah Al-khesahnya dimana part bulan madu aksi di atas katil di potong! Yg di tinggalkan ialah keadaan katil yg dh roboh. Bayangkan bertapa ganas n kuatnya bella dikerjakan oleh Edward. Bella suka hokey... wlpun Edw rasa bersalah dgn aksi ganasnya ituew.. kah3. Dua minggu bulan madu, bella dah mengandung! Bertapa hebatnya penangan pontianak gersang ini. Kandungan itu menjadik punca bella sakit kerna x dpt menampung anak pontianak yg kuat dan sentiasa lapar! Bella pulak sekadar manusia biasa, so kandungan itu menjadik punca ceritanya... Aku suka cerita part 1 ni. Penuh dgn rasa cinta, pengorbanan seorg ibu, dan kasih sayang sebuah keluarga dan tolong menolong antara serigala (jacob) dan pontianak. Tak sabar tuk tgk part 2! Pasti ianya lebih bertenanga, kerna mata bella akhirnya berubah warna.... tapi warna itu menjadik tanda tanya.... MERAH engkau. Jahatkah? bahek kah? tunggu sambungannyer... 4bintang aku kasik.. Aku suka film cinta ini kerna segala emosi dan rasa horny itu senantiasa ada. Wa3.
Ni lah dress yg Bella pakai di hari perkahwinannya... Meletop ye. suka!*Part 2 keluar bila? haiyooo suka buat part-part... dah menjadik penyakit pulak.. Film melayu bila lagik? jenuh... hahahhaha
posted by wan khairy @ 7:00 PM
0 Comments
ANTM17
Episode 12 : SemiFinal
Top 4 bebeh! Pepagi tadik layan youtube di Emselfo, aku dah dapat agak yg bakal tersingkir adalah Fav. dalam All-Star, Sebab byk Dislike dari like! PETAKA! Jujurnya ianya seperti tidak adil! N menunjukkan Tyra sememangnya mencipta sendiri senarai top 3 dia, bukan dari keseluruhan yg telah dipersembahkan oleh top 4 yg ada. Moh kita melihat apa tyra cipta ini di benci semua. Sib baik masih ada 1 wakil aku akan beraksi di final kelak! Klu dia kalah mmg Tyra saja mencapap memberi kemenangan pada model yg x mampu berjaya hendaknya! Slalukan kita lihat model hebat tersingkir sbb dia dah ada kerjaya.
Lisa - Dia di luar jangkaan aku! Dia berjaya ke final! Aku suka dia berjaya ke final sbb dia mmg layak dari persembahan yg telah dia bagik. Aku suka dia beraksi di final klu dia menang aku jugak tidak akan persoalkan kerna dlm All-Star dia sentiasa positif n pic2nya menarik n dia banyak menang aksi cabaran... Go LISA!
Angelea - Melihat Ep.12 nie korag boleh melihat dimana ini adalah rancangan Tyra! So dia berhak menentukan siapa yg dia nak angkat sebagai yg terbaik! Ep.12 terlalu ketara tetiba Angelea ni bagus dari segala macam segi sampai menang aksi cabaran! Baheklah!!! Hakikatnya? Dia ratu bottom 2 (4 kali beb!) Pic dia x pernah ada yg meletop! xpernah menang aksi cabaran kecuali Ep12 nielah ye... so dia layak ke final? Fine! Klu dia juara? Tak masuk otak langsung, wlpun ke final nie pun ramai je yg benci. Menangnya kau x di raihkan.. sedeh beb... Dislike je banyak kat Youtube tu... kagomlah engkau sensorang.
Allison - Nielah pilihan LCW dari awal rancangan bersama laura yg mungkin beraksi di final. Akan tetapi dia akan bergerak solo sekali lagik beraksi di final. Klu tak menang aku tak faham lah ye! Allison berhak ke final kerna aksinya sentiasa WoW! Picnya WoW! Lantaklah dia nak senyap2 ker, or what!!! janji dia meletop sentiasa. Aku memilihi dia sebagai juara All-Star kerna dia juara di hati peminat disamping bakatnya yg sememangnya ada. Dia x pernah duduk bottom 2, kecuali Ep.12 nie lah.... Kali ke2 dia beraksi di final ANTM, so kelebihan itu ada padanya. Go Allison.
Laura - Mangsa seterusnya selepas Dominique. Di All-Star semua peserta menganggap Laura adalah pesaing mereka! Picnya 2 kali di angkat sebagai pic terbaik. Aksi dia sentiasa menggembirakan. Dia tersingkir bukan kerna dia x bagus! Tersingkirnya dia kerna inilah permainan tyra yg mahu melihat Angelea beraksi di final! Fine. Bagi aku dia tersingkir dgn maruah n berjuta peminatnya... Buat apa menang klu peminat membenci? Untung kerna dia adalah calon Fav. paling banyak peminat di All-Star. Calon juara pilihan aku nie tersingkir dgn jutaan kebaikan bukan keburukan. Go Laura, kerna kau juara di hati peminat mu. Terus kekalkan senyuman n Vouge! Bangga kerja model yg paling pendek ni berjaya membuka mata n menendang model2 tinggi yg laen.* Allison Vs Lisa! Itu je yg aku nampak. Angelea? Sekadar prop yg bakal menghiasi runway nanti. Jgn nak feeling kau bagus, kerna inilah kemahuan Tyra! klu ikut bakat, kau jauh ketinggalan. Melihat keseluruhan , Allison Vs Lisa je. Mereka berhak ke final! Harapnya kemenangan berpihak pada Allison... Klu lisa menang? Aku tetap senyum kerna dia telah mempersembahkan sesuatu yg x pernah kita lihat dlm cycle dia dulu. Bye.
posted by wan khairy @ 6:10 PM
5 Comments
Kaki Wayang
Jarang Lcw tengok wayang citer cartoon! Film yg terpilih saja, lcw akan g tgk kat panggung! Happy feet 2 antaranya. Film yg pertama dulu berjaya membawa aku tuk terus ikuti sambungan yg ke2 ini. Mumble sudah berkahwen, n dikurniakan anak yg istimewa cam dia jugak dulu2. Eric! Eric ialah watak utama tuk Happy feet ke2 nie. Dia sungguh comel n seperti mahu dimiliki. Seperti biasa film ini akan kaya dgn lagu n step2 yg mengceriakan. Film kali nie byk pengembaraannya. Banyak watak2 baru di wujudkan. Paling ketara watak 2 ekor udang Will & bill di tampilkan dgn menarik. Musti pasni ada film ttg 2 ekor udang itu. Kisahnya bermula pabila eric diketawakan lalu merajuk membawa diri.... Di situ dia berjumpa dgn kwn2 penguin yg laen, dan byk cabaran jua ditempuh selepas itu. Bencana terus menimpa.. Mumble sekali lagik menjadi hero tuk selesaikan masalah...Film nie kaya dgn kasih sayang ayah pada anak2! Tersentuh melihat aksi si anak memanggil- manggil ayah mereka yg ditimpa musibah.. 'Dady..dady.. ar u ok? dady..dady..' Uwaaaa, comel beb part ketika itu.Film nie berjaya membawa aku tuk terus layan sampai ke penghujung. Merasakan Happy Feet pertama lebih seronok, yg ke2 ini kaya dgn kasih sayang dan pengorbanan dan persahabatan dan tolong menolong dan tidak putus asa. Terlalu banyak yg positif dalam film ni. G le tgk ye, 4bintang aku kasi. Aku suka part Eric nanyi lagu tuk ayah dia tue... Vokal n penghayatan dia time tue perghhhh terbahek/meremang sedeh! Hug dady.. watak udang jua terbahek bagik aku, berjaya membawa warna tuk film ni.
Citer nie pulak bukan pilihan tapi terpaksa sbb citer happy feet 2(masa tue) waktu tanyangannyer terlalu lambat! Mampos lebam mau tggu kat wangsa walk 4 jam?, mmg x tgk lah! So citer nie je yg paling dekat ngan waktu.. so layankan aje. Film nie bermula slow, pastu cam sakit kepala dgn keadaan kameranya waktu itu, pastu diteruskan lagik dgn benda2 merepek bagik aku citer ni terlalu mencapap! Aku suka tgk film2 aksi/seram, tp film nie bagik aku non seram! Tp kelakar seram. Jln cerita buruk, pelakon pun lebih kurang x best. Harap watak hero je cam cute2, tue pun cam sengal2 jua sbb taste kat heroin yg bagik aku x chantek! Serba serbi x kena tuk film ni. Tp aku layankan jua, sbb x mahu membazir n bole ulas kat korang! Citer nie lambat kuar, sepatotnya film nie kuar zaman 80an dulu. Klu kuar time tue, sure gembaq giler film ni. CGI tuk film ni, Cicak man lebih baik n sempurna. So korang bayangkan lah. Aku bagik 1.5bintang tuk film nie. Sepatotnya non bintang, tapi ada jugak part2 yg ok dan aku layan sampai abes, makanya wujudlah sedikit bintang itu.*Tak sabar nak tgk sambungan twilight, perghhh lebih menarik aku rasakan.. percintaan itu bertukar kepada perkahwinan yg membawa kepada zuriat.. dan zuriat itu??? tidak sabar mahu menonton... Coming Soon.
posted by wan khairy @ 9:28 PM
0 Comments
ANTM17
Episode 10 : Ancient Olympians
Episode kali nie ada suka n dukanya. Sukanya Photoshoot kali nie baru benar2 cantek n High-fesyen! Benar2 serius n Vouge! Akhirnya!!!!!!!! Photographer kali ni ialah Nigel. Apa yg x best pulak? Yg tersingkir itu seperti SALAH! Seperti aku katakan sblom ni, cycle kali ini lebih pada aura,persona walaupun pic n pencapaiannya buruk sepanjang episode! Sedeh lol!! Aksi cabaran minggu ni penoh drama n perdebatan n carotan bila peserta jadik juri tuk nilai siapa yg lemah n siapa yg terbaek tuk cycle kali ni. Pemenangnye siapa? Tercorotnya siapa? Jom kita tengok siapa yg menang Gold Madel! Youtube( GenuineANTMcycles)
Laura - (Archery) Meletop kau! Aku suka bila photoshoot yg high-fesyen dilakukan. Di situ Laura berada dilandasan tersendiri. Lihat saja cycle laura dulu, pic2 dia ternyata Vouge! Dia kembali dgn memanah tepat ke jantung Tyra! Dia adalah pemenang tuk aksi cabaran! Peserta paling kuat dlm cycle17! Ade? Dialah pemenang Gold Madel. Laura teruskan aura mu! LOVE.
Allison - (Discus) Gorgeous! Ada ke patot dia di pilih sebagai peserta paling lemah? ha3! Klu dari personality mungkin ya! Dia nie terlalu senyap . Org gaduh2 pun dia dengar je.. pastu buat muka nak nanges! he3, comel! Aku suka gaya pose dia, High-fesyen! Dia persaing laura, tapi dia juga calon juara pilihan LCW! So, aku gembira dia dan laura terus bersinar.
Lisa - (Hurdles) Lompat kijang! hahahahha.. Bab melompat, terbang, terhempas dia mmg pakar! Personality lisa terlalu kuat dlm cycle kali ni. Aksi dia jugak x menghampakan. Adakah dia calon juara pilihan tyra? hmmmm... Entahlah, tapi dia pencabar kpd calon2 juara pilihan LCW. Aku suka tulang pipi lisa #menawan.
Angelea - (shot put) Dia duduk bottom 2 buat kali ke4!!!!!!! Tetapi dia maseh terselamat! Apa yg ingin di buktikan Tyra? Kali ke4 kot, dh terang lagik bersuluh yg dia x mampo tuk tandingi peserta2 lain. Dia teros terselamat dan disimpan kerna dia pencetus drama/film! Aku rasa keputusan kali ini amat berat sebelah dan x ada logiknya simpan angelea lagi. Dia x mungkin menang! Tak ada satu pun pic dia mempersonakan! Haram J* Dia terus terselamat sbb personality dia kuat. Itu saja yg engko ada! Sedeh*
Dominique - (Javelin) Tidak ku duga dia akan tersingkir! Aksi dia sepanjang cycle kali ini sungguh di luar jangkaan semua. Dia memberi cabaran dan pic2nya meletop! Malah ada picnya dipilih sbagai yg terbaik. Dia tersingkir kerna mereka x kenal siapa pemilik nama Dominique ni. J.lo kah? Beyonce kah? Baru sekarang korang x kenal? Sebelom ni korang bukan main pujik dia. Alasan yg menyedihkan! Klu pic domi buruk, aku rela je dia pergi.. tapi.... Tidak ye jika nak banding dgn Angelea. Calon juara pilihan ke tiga aku tersingkir kerna dia begitu gorgeous! Dia tersingkir dgn maruah dan gayanya. Nigel mmg badi dalam idup domi. Nigel snap pic, domi pasti tersingkir... baik dr cycle dia, mahupun yg terbaru. #badi.* Tinggal 4 peserta. Ada 2 pilihan aku, dan 2 lagik bukan pilihan. Laura/Allison VS Lisa/Angelea. Aku merasakan pesaingan akan terus sengit. Laura/Lisa punya personaliti yg amat kuat. Allison picnya superb! Angelea? Entah, kuat carot n feeling hebat #manakala? Ke laut! Top3 pilihan aku, Laura/Allison/Lisa.
posted by wan khairy @ 3:46 AM
3 Comments
Kaki Wayang
Semalam pas abeh gym aku, abeeb n mama g tgk wayang kat WangsaWalk. Film pilihan? Shark Night versi x 3D. Klu 3D mau pusing kepala. Seperti kebanyakkan film shark yg laen, ada jerung ada pantai, ada manusia sexy (tetap!!) ada darah, ada mayat ada hero/heroin (yg laen mati akhirnya) Citer nie bermula dgn aksi serangan jerung kat wanita! dimana kekasih wanita itu terselamat.. Pastu bermulalah Al-khesahnya... 7 org pelajar g bercuti kat rumah Sara (Sara paxton) 3 tahun Sara x balik sana, bila balik ada jerung! Ade??? hahahahah.. Mangsa pertama telah mencemaskan semua, sbb dia x mati.. tangan je putus! Bermulalah acara tuk selamatkan kwn yg tgn putus nie... disitu sorang demi sorang yg laen mampos di makan jerung yg byk! Banyak ok jerung kat situ.. Cam berada dalam kolam ternakkan jerung! Pelbagai jenis ada.. Ada org bela ke?? itu korang kena g tengok.. siapa dalangnya? pi jugak tengok sendiri. Ada aksi sexy tak wan?? Harus ada.. tapi ianya di potong!!! Pulangkan duit kami separuh!!!! kau potong babak lukisan itu kenapa? lukis je kot... bukan apa2 pun!!! Dush* Babak2 aksi memantat x der dlm film nie.. Klu film2 jerung yg laen pasti ada babak romantik sebelom mereka mati kena makan dgn jerung.. Tp dlm film nie non ado. Sexy2 biasa je.. setakat 6pax n bontot n goyang2 inul je ada.. Sgt biasa. Aku cadangkan korang membeli DVD cetak rompak sajor.. Btw jerung2 dlm film nie semua suka terbang ok! jgn rasa terselamat sgt wlpun bukan di dalam air. Sekali dia lompat, tamat riwayat. 2.7bintang tuk film ni.*Lama x tengok wayang.. pas nie nak tgk citer laen pulak.... lama x shopping, pas nie nak shopping jugak.. Eheh..
posted by wan khairy @ 7:10 PM
1 Comments







