Eternal Summer
Posted on
Tuesday, April 8, 2008
by wan khairy
PERSAHABATAN & CINTA
Kalau diberi pilihan.... diantara cinta dan persahabatan, yang mana akan korang pilih...?
Eternal Summer adalah sebuah filem Taiwan.. mengisahkan tentang erti sebuah cinta dan persahabatan.Kisah ini bermula dengan sebuah persahabatan semasa zaman kanak2.. dan kemudiannya membawa sehingga dewasa.
Bermula ngan kisah SHANE.. sorang kanak2 bermasalah.. dia ni nakal.. susah di uruskan.. kat skolah xde sapa nak kawan ngan dia... Ibu SHANE bebincang ngan guru skolah.. camne nak ubah sikap dia ni.. so.. cikgu dia pun mencadangkan JONATHAN berkawan dengan SHANE... memandangkan JONATHAN ni baik.. bijak...mudah didekati..
Kemudian diaorg ni rapat la sampai besar.. kat mana ada JONATHAN kat situ ada SHANE..
SHANE banyak begantung ngan kehadiran JONATHAN dalam hidup dia.. SHANE aktif dalam sukan.. JONATHAN lak.. bz ngan belajar..
Bagi JONATHAN... SHANE adalah cintanya.. dan dia pendam betahun lamanya..
Bagi SHANE.. JONATHAN.. adalah kawan paling rapat... satu satunya yg dia ada..
Persahabatan dioarg goyah ngan kehadiran CARRIE. Awalnya.. JONATHAN membuat hubungan ngan CARRIE.. tp cinta CARRIE berpaling arah pada SHANE setelah JONATHAN tak dapat meneruskan hubungan mereka, kerna mencintai SHANE.
JONATHAN mula menjauhkan diri dari SHANE.. bila dia merasakan.. perasaan cemburu.. sayang.. semakin susah dikawal... SHANE menyedari perubahan tersebut.. tp semakin JONATHAN menjauhkan diri.. SHANE semakin hampir dengannya.. dan dioarg telah melakukan hubungan SEX... walau pada awalnya JONATHAN mcm inesen.. cuba menolah.. tp... terlanjur gak...(suka la tue)
Ending citenya.. bila CARRIE dah tau.. hubungan diaorg ni.. so.. JONATHAN amik keputusan xmo jumpa diaorg lagi.. tp.. SHANE tetap ngan keputusannya.. menganggap JONATHAN still kawan rapatnya walau dah tau rahsia isi hati dari mulut JONATHAN sendiri yg dia mncintai kawan rapatnya sendiri... tp SHANE tetap memilih CARRIE... dan tetap menerima JONATHAN.. dan JONATHAN memilih????? 3 some? saksikannn...



Kesudahan yang sedih.Memilih antara persahabatan dan cinta adalah satu perkara yang selalu terjadi kepada setiap individu. Perasaan kita tak boleh kita tipu.mungkin boleh tipu orang lain, tapi bukan tipu ngan diri sendiri.Setiap yang kita impikan x semudah yang dijangka. kerna lain orang ,lain rasanya. Sejauh mana cuba kita untuk lari dari kenyataan sebenarnya semakin dekat kita ngan diri sendiri. Selagi kita hidup di alam ini, sebenarnya semakin banyak yang kita perlu jalani. Oleh itu kita perlu insan disisi. Kita perlu sahabat. kita juga perlu cinta. Tapi kadang2 kita tidak boleh kecapi kedua2nya sekali. kenapa?? kerna title sahabat dan cinta berbeza. Adakalanya persahabatan lebih utuh berbanding cinta yang bila2 masa boleh roboh. Jika kita memilih cinta, cinta itu tak mungkin jadik sahabat yg baik bila sesuatu yang buruk berlaku . Lain pula sahabat yang mungkin bertukar menjadi cinta atau sangat memahami kita lebih dari cinta.
Apa2 pun citer nie sangat besh, ringkas, dan paham. so frendz jika nak tgk movie ini layari
www.crunchyroll.com.Selamat menonton.
posted by wan khairy @ 10:27 PM