
Semalam terjawab sudah teka teki lagu manakah akan dinobatkan sebagai lagu terbaik utk AJL23 tahun 2008. Tahniah MUH.(korang menang bergaya) jom aku ulas utk setiap kategori.
Etnik kreatif:sejujurnya kategori nie sangat lemah.. tak macam zaman CT dan noraniza idris dulu. Dan tekaan aku farawahida bakal menang sudah terbukti. Lagu nie lain dan layak menang sbb unsur2 muzik cina dimasukkan. Walaupun persembahan farawahida cam ala2 pembukaan Sukan SUKMA @ Citrawarna, farawahida tidak menghampakan. Heliza/zahid adalah persaing nya.. disebabkan heliza nanyi buruks peluang menang tipis.
juara etnik kreatif: persoalan cinta
Balada:saingan utk kategori nie sgt la kuat. Tolak ketepi 2 lagu, bila nak saksi dan hanya dimercu. Soryy aku tak suka lagu itu.THX. Dan kena tolak gak lagu 'Dingin' nyanyian akak aku. Layaknya lagu nie sbb penyanyi itu yg punya pengaruh yg besar dalam AJL dan hanya sekadar utk menyerikan majlis dan mengaut ranting yg tinggi.( bertapa hebatnya artis bernama Ziana Zain, sbb tue lagu nie dimasukkan saat2 akhir) dan terbukti wlpun tak menang, ziana menerima sorakkan paling gemuruh berbanding artis yg lain ... Strategi TV3 sgt menjadik. Aku tak kecewa lagu nie tewas(wlpun meminati ziana sehabis jiwa) gituew!!!! sekadar yg terbaik aku carik dan puas melihat dia nanyi(wlpun kasut yg dipakai terpaksa dibuka) So saigan hanya ada pada sampai syurga,cuba dan lagu kita. Rezki mungkin sudah diaturkan utk faizal tahir( tetap) maka lagu dialah yg menang. aku puas hati jugak melihat dia nanyi lagu sampai syurga. so balada dia lah sapu.(tak nak citer pjg lebar, kang aku kutuk jer..bukan pujik) tahniah kat Audi mok jugak.
juara balada: sampai syurga.
Poprock:Satu lagi kategori yg kuat. Aku harap elyana yg menyerlah.... Tapi Meet uncle hussein yg bikin gempaq!!!! aku sgt suka dua lagu nie jer. Elyana menggunakan konsep sama cam separuh akhir.. dok nanyi sambil duduk... buhsan..(elyana bukan ziana) ziana nanyi cara yg sama dan sorang2 pun tetap mencuri perhatian semua. So aku harap MUH boleh sapu AJL23. stacy pula sgt malatop dance nyer.... 2 kumpulan lagik, biasa2 jer...THX.
juara pop rock: Lagu untukmu
Persembahan terbaik: sampai syurgaaku dok target stacy la kan... harus lah dah bersusah payak hafal step....(ingat senang?) tapi rezki dah ditentukan utk faizal tahir( lahanat wlpun mmg besh pun persembahan faizal) tp stacy lagik layak... jarang kita jumpa penyanyi cam stacy kat malaysia nie. boleh menyanyi dan menari sekali. Apa2 pun stacy stg britney a.k.a agnes monika.(hebat!!)
vokal terbaik: faizal tahir- sampai syurgaAku target MUH menang la utk vokal, sbb sgt hebat kot vokal dia... aiyooooooooo!!!!! tak pun kasi ziana menang( tetap nak dia menang,hahahahahha) agih sama rata org kata.. Tp TV3 tak nak kerugian yer... memberi sekali lagi rezki kepada faizal( sudah tertulis awal) so tahniah kpd faizal tahir.
AJL23: Lagu untuk mu- meet uncle hussein.
Rumah aku keriuhan bila pengacara mengumumkan MUH menang!!! yes!!!!!!!!!!!!!!!!! bukan faizal tahir yg tengah feeling nak sapu semua anugerah. Aku sgt berpuas hati yerrrr ngan keputusan yg awal2 aku mmg pilih mereka utk menang dlm AJL23. Tahniahhh MUH.
Kesimpulan: stage AJL23 sgt malatop dan paling hebat dalam pembikinan. Keputusan pula hanya utk persembahan terbaik/ vokal terbaik jer aku tak suka melihat pemenangnya. Tapi tetap terima sebab memang dari awal sudah tahu kejutan ini. Kerna ianya sudah tertulis. Apa2 pun tahniah kpd semua yg buat persembahan semalam. sgt mengghiburkan. Dan tahniah kpd semua pemenang2 AJL23. Tak lupa kpd komposer/penulis lirik. Anugerah juara lagu tertumpu pada LAGU, maka penghormatan itu utk penciptanya. Bukan tertumpu pada artis semata2.
*AJL24, adakah artis TV3 akan menang lagik???? sama2 kita tggu dan lihat.