Antara jenayah dan cinta

Susahnya aku untuk mencari cinta kali ini. kedatangan cinta bagaikan satu jenayah yang aku sendiri lakukan. Adakah aku belom bersedia? atau cinta itu belom tiba? Tak larat sudah melihat yg datang itu kecewa, aku kini cam penjenayah cinta yang buntu untuk mencari jalan keluar dalam kemelut kali ini.Serasi itu memainkan peranan. Adakala aku dah jumpa kejadian 'siap luar dalam', tapi tetap masih belom dapat menawan cinta hati ku. apa yang aku mahu???? itu jadi persoalan. ingin kesempurnaan yang terlalu tinggi aku letakkan membuat aku kini sendiri. sendiri dalam hati ini ingin bercinta. sendiri kerna aku ingin memilih yang terbaik. Tapi sebaliknya terjadik. Bukan yang terbaik ku temui, tetapi yg perit aku terpaksa aku telan.

Luaran memang nampak aku cam bahgia. bahgia menjalani kehidupan yang memang sempurna. sempurna punya kawan2 tersayang, sempura punya keluarga yg bahgia. cuma sunyi dalam bab2 bercinta. Nampak cam bercinta, tapi aku x dapat tipu bahawa cinta yg aku war2 kan tak seindah biasa.

Adakalanya aku rasa cam amat jahat. buat orang lain terluka.terluka kerna aku tak dapat menipu diri ini bila cinta itu tiada dalam hati. Aku x pernah bagi kata putus,tp aku tahu dia kecewa. Mengharapkan sesuatu yg x pasti, aku tahu bagaimana perasaannya.kerna aku jugak pernah mengharapkan cinta yang aku sendiri tahu ianya tak mungkin. still berharap membuatkan aku separuh gila.Oleh itu aku tahu cam mana perasaan mereka yg mengharapkan cinta ku.

Badi jenayah cinta ku kian merungsingkan. aiyooooooo tolong. help me.tak ingin jadik jahat. Aku cam takut untuk mencuba dan memberi harapan kat orang. takut2 aku jugak yg salah nanti. Oleh itu aku lebih bersifat terbuka untuk meluahkan sesuatu. maybe kena berterus terang awal dari terus bermain ngan perasaan yang boleh memakan diri sendiri.

Sejujurnya aku masih ingin mencari cinta. tapi kini aku biarkan cinta itu datang tanpa aku sedari. biarlah lambat, asalkan aku nak hindari jenayah cinta.Harap2 cinta yang di ingini datang dengan cara yang baik. kerna aku sudah tidak larat begini.

1 Comments:

At April 7, 2008 at 3:47 AM , Blogger ash said...

"Jenayah Cinta" - tajuk yg menarik kali ini..sama2 ambil iktibar dari pengalaman yang lalu..Pengalaman mengajar erti cinta,pengalaman juga mematangkan seseorang individu itu.

Biarkan cinta itu datang sendiri..dan pabila ia datang maka yakinkanlah pada diri bahawa yang datang itu ialah erti cinta sebenar.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home