drama queen

Aku tergerak hati nak buat cerita benar nie setelah baca kisah benar dari pihak sana. Ada berani mau main api? mari kita main sama2. Kisah nie, nak kongsi jer, bukan tuk aibkan sesiapa. sekadar cerita yg boleh dijadikkan pedoman bersama. Apa kisahnya cik wan oiiii? sat lah.. nak bunga2 pengenalan dulu.

tajuk cerita: cinta tiada penghujung.
pencerita: mr dickinson.
pengarah: mr. dickinson.
pelakon:kamil , anuar , omar, alex , ben, kawan kamil(alim,abu,casandra dan kristina)
Penerbit: LCW

Cerita cinta kamil tuk untuk tahun ini paling sukar dalam sejarah. Sejarah mengajar kamil tentang cinta seminit dan cinta2 abadi. kisah kamil nak di ceritakan ini ,bukan cerita cinta, tapi cerita tentang insan yg ingin mencari cinta. bukan terdesak, tapi cinta itu melengkapkan segala2nya.

Setelah lama mencari cinta kamil rasa cam buhsan ngan idup dia. kerna kehidupan kamil penuh ngan kisah2 cinta. kamil tak pernah bersendiri. cinta adalah nyawanya. Tapi cinta kamil untuk kali ini sangat lama untuk muncul. kadang2 kamil tertanya knplah ini yg terjadik? nasib baik kamil punya rakan2 baik sentiasa ada bersama.
Seperti biasa ari jumaat adalah hari kamil berhibur bersama kawan2. Tempat fav. kamil ialah QL. Memang situ jer tempat dia berhibur ngan rakan2. abis club, kamil dan kawan2 g lepak pelita. Sampai dipelita kamil terpandang sesorang yg putih tapi banyak jerawatttt.... Dari dok pandang alim dan abu(kawan kamil) baik dia pandang mamat berjerawat itu.... ishhhhhh masa tak mengizinkan, kamil terpaksa pulang sambil memapah si abu yg dah terlebih minum malam itu.. 'Berhibur mengusahkan aku'. Itulah rungutan kecil dalam hati kamil. tapi tak per, merekalah kawan2 baik kamil.

Keesokkannya kamil kerja, seperti biasa pastilah on ms. Tanpa ms pasti kamil mati kutu keras kat opis tue. Buka jer ms, adalah seorang insan nie add kamil.' Ehhh cam kenal jer mamat nieh? sapa erk? kamil berbisik. Lalu di app kan mamat ini. Kamil pun mula bertanya, sapa yer ? cam kenal sangat, tapi tak ingat kat mana kenal. And mamat tue menegur, 'saya Anuar budak pelita yg asyik kamu pandang tue'. Kat situ kamil terus menjerit.. OMG. tak sangka and terkejut. wahhhhh tetiba kamil senyum lebarlahhhh apa lagik kan? Disitu mereka mula tukar2 no tel, and msg2lah klu senang. Tapi jarang skali mereka msg. So Kamil x ambik peduli sangat, sebab masa tue hati kamil telah dicuri oleh ben. Siapa ben? Ben jugak dikenali kamil dalam itu ms. Sejuta kali lebih kacak, ganteng dan berkerjaya. Cuma sayangnya si ben ini sudah berpunya. Kamil adalah skandalnya saja. Mahu tak mahu itulah kehendak kamil. Kadang2 susah jugak nak baca apa yg berada dalam hati kamil nie. Tapi sesungguhnya kamil hanyalah insan biasa yang punya hati perasaan untuk dikasihi dan disayangi. Selalu sangat makan hati ngan si ben nie, kamil mula mencari pasangan yang betul2 boleh jadik miliknya. Sampailah suatu masa muncul Alex.

Kehadiran alex pada permulaannya mencurigakan kamil. Sebab si Alex nie kawan kepada ben. Kamil takut si Alex nie spy kepada bf si ben. matiiiilahhhhhh...klu betul. So kamil mula siasat, dan ternyata si alex ini bukan kwn sesiapa. So bolehlah melayannnn... Wahhhhh idup kamil kembali rancak. Melayan si ben, cuba memahami si Alex. Sebab bagi kamil, ben tidak boleh kekal lama sebab dia sudah dimiliki. Kamil jugak klu boleh tak nak hubungan skandal ini berlanjutan. So dengan munculnya Alex sedikit sebanyak mengumbirakan hati kamil. Kamil tel alim, 'alim malam nie nak g QL tak? jommm argghhh aku buhsan nie. tapi si alim tak dapat g sebab nak ambik abu balik keja. So kamil try ajak casandra dan kristina. (yeahhhhh mereka join) Tiba2 tel kamil berbunyi, muncul nama yg selama nie dah ilang dalam ingatan, tiba muncul balik. sapa lagik anuarlah. 'hi u? malam nie kuar tak g QL?' haruslah kuar, nada gembira kamil dapat dirasai anuar.'u g tak?' kamil tanya. nak g, tapi tak tahu nak tito mana, sbb kawan2 i tak g.' 'u titolah umah i, apa susah?' bolehh ker? anuar cam teruja.' sudah semustinya.... 'so kita jumpalah malam nie k', anuar terus meletak telnya. Kamil bertambah semangat tuk turun Ql malam tue...
Tiba di QL, kamil dat msg dari anuar, 'u i tak dapat trun sbb lrt tutup awal hari nie' kamil cam kecewa skit, tapi no hal sebab kristina dan casandra ada bersama dia. Lagik pun kamil suka g club untuk menari. bertemu orang perkara no 2 bagi dia.

Keesokkan pagik yg aman, lagu ANTM berbunyi, itulah msg tone kesukaan kamil. Msg dari sapa nieh? rupa2 nya dari Anuar, ckp sory sbb tak dapat turun semalam. And kamil membalas, its okey. Hari tue kamil berym ngan ben. Besh ym ngan ben sbb ben nie gila gedik. Nak carikk kayulah, nak ngorat opah lah... apa2 jer ayat dia. Kamil ajak ben datang umah dia hari nie, tanpa bagi tahu bf ben. Tapi si ben yg sengal nie x nak turun katernya.. So si kamil nie buat2lah majuk kejap.... hahahahahahhaha.. si ben suka pujuk kamil. So cam jadik jer si ben nie turun, Ya tuhannnn kamil paling gumbira hari tue.... Sebab dapat jumpa ben. Petang tue si anuar nie dok msg2, tanya petang buat apa? so kamil cam tak tahu nak msg ker idak. So kamil berdiam diri dulu, sampailah dh petang sgt, dia msg ben tanya datang ker idak... sekali ben balas, dia g umah bf dia. Masa tue kamil sedih gilerrrr. Nangis sorang2. Kamil terus msg anuar kata ada kat umah jer, tak g mana. so anuar membalas, datanglah ambik i. Kamil mmg malas bawak keta, so si anuar sanggup naik lrt dan kamil ambik kat lrt. So malam tue kamil mula nak tahu isi hati si anuar nie, mana tau boleh jadikkan calon. hahahahhahahaha. Tapi dalam dok bersembang tue kamil perasan sesuatu yg mencurigakan dari kisah2 anuar nieh. Hurmmmmm dari bertanya baik dengar jer dulu, sebab rasanya kebenarannya bakal ketahui tak lama. Kenapa kamil begitu yakin? sebab kamil punya 'penjaga'.Penjaga? apa itu penjaga? yang tahu sudah tahu, yang tak tahu buka mata, pasang telinga. Sekejap jer akan tahu apa yg terlintas dipikiran kamil semasa bersembang ngan anuar. Dia cam malu2 ngan h/mate kamil, si omar. Sapa omar? OWH lupa omar adalah h/mate si kamil. Si anuar ckp sombong kn omar tue? dalam ym dalam ms punya main menggedik, tapi bila jumpa buat2 dunt no jer. Pas tue kamil cakaplah, 'tegurlah dia'. 'Dia malu tue'. ishhhhhh tak naklah anuar terus blog ayat kamil.hurmmmm, paper jerlh bisik hati kamil. Mereka sembang sampai lewat malam gak, si anuar banyak dok cerita sedih dia. Cerita sensara ngan xbf dia, cerita tentang xbf dia yg pertama, cerita kengkawann yang suka mengata dia. And banyaklah cerita2 yang kurang sedap dari dia. Sebagai pendengar, kamil hanya boleh mendengar dan memberi nasihat apa yang patut. Malam tue gak mereka tgk tv, lepak2 and tito.

Pagik tue terasa selesa, sebab anuar berada dalam dakapan kamil.cam mimpi plak. Tapi ada bau dari umah atas yg masak apa entah membuatkan mereka terjaga dari tito dan terus bangun. Lagik pun kamil kena antar si anuar tue pulang, dan boleh singgah jom bising kejap. Dekat sangat ngan umah anuar. So kamil dapatlah kenal anuar secara lebih dekat. Tapi ada benda yang masih was2 dalam diri anuar tue. Esoknya si anuar tue msg lagik kamil. tanyan kamil keja apa? and kamil nie x suka bagi tau keja atau jawatan dia, tapi rasanya bagik tau jerlahhhh.... kamil pun cakaplah dia kerja apa. Dah bagi tau kerja apa, si anuar nie mula menceritakan kisah peribadinya yang agaknya betul.Klu tak betul pun kamil tak rugi apa2. kisah apa?? Kisah kewanganlah. Manusia tak dpt larik dari masalah kewangan. Masalah keluarganya yang terdesak memerlukan wang. Simpati kamil dengar cerita dia. sayu rasanya. Tapi baru kenal, agak mustahil bagi kamil untuk meminjamkan duit kepada anuar. Wlpun tak lah banyak, cuma RM500. kamil mampu jer bagi seribu pun klu sayang, tapi kan dah bagi tahu, Kamil ada penjaga. So dalam bab2 nie ada baiknya kita punya penjaga. Sebab dapat tahu mana baik buruknya. So kamil bagi cadangan suruh dia ke bank untuk buat pinjaman. kamil berkerja di sebuah bank terkemuka di malaysia(hebat tue), merupakan ass manager, tak der masalah untuk kamil app kan loan si anuar yg sikit itu.
Sebelom sampai opis, si anuar doklah msg2 ngan kamil. Dalam masa yang sama si alex semakin rapat ngan kamil, terasa kehadiran alex lebih jujur berbanding anuar. Alex lebih ikhlas dari anuar. Alex lebih cute dari anuar. lebih dari segala2nya berbanding anuar hahahahahha. itu ceritanya... kihkihkihkih.Suatu hari si alex ajak kamil jumpa kat klcc, wahhh gumbiranya teruja sungguh kamil nak jumpa alex. Ala2 first date gitu. So dari jauh si alex nampak tinggi dari gambarnya yang nampak pendek. Memang putih, cam cina and mmg itulah kot taste si kamil nie. So mereka lepak DOME klcc. MAsa lepak situ kelibat si anuar muncul kuar dari mulut klcc menuju ker air pancut klcc. OMG, buat apa dia kat sini? Ohhh baru aku ingat pagik tadi dia msg nak jumpa xbf dia yang pertama. tapi tak sangka klcc tempatnya. Dapat aku melihat xbf dia tue. Aik awat x sama dengan pic? siap ciom tangan berbagai. gemok, pendek and maybe kaya lah kot. itu jer yg pasti. tapi cam busuk pun ada. Lantaklahhh, janji dia bahgia. JAnji kamil masih lagik boleh mengharapkan cinta dari alex, sbb rasanya si anuar tue memang x boleh pakai. Lagik pun Alex lebih sempurna luar dalam berbanging anuar. Banyak diborakkan, rasa nya x ada gangguan jika aku bersama dia. Tak der mimpi buruk and rasa selamat. Alex macam boleh melengkapkan idup kamil. Tapi itu semua masih awal. Kena lebih kenal lagik. Keesokkannya anuar datang ke bank bersama akak dia, sbb guna dokumen akak dia, tak nak guna dokumen dia yg jugak bekerja..Kamil disitu mula hairan, kerja ker tak mamat nie? wht everlah kan, akak dia pun boleh jugak, masalah family, apa salahnya... sama jer. Tapi disitu tetap belaku kemalangan yg memang tak sengaja tapi punya hikmah. Dokumen akak si anuar nie tak lengkap. Tak lengkap mmg tak boleh buat apa2. So kamil dapat dengar akak anuar berkata, 'cam mana nie? suka hati ko lh, ikut kolh, ko yg nak guna duit tue'. Aik???? anuar yg nak guna atau untuk family? maybe kamil salah dengar. So anuar terpaksa pulang dlm keadaan kecewa tak boleh buat loan. And rasa simpati itu kamil sms anuar, kata sory.
Masa itu si alex datang opis kamil, nak teman kamil g klcc beli baju buzday kawan kamil kat Ql. Pink temanya. Nie kali ke2 mereka bertemu setelah kali pertama bertemu di klcc jugak lokasinya. Rasa selesa bersama alex. Masa jalan2 situ, si anuar adalh msg, wahhh orang baru yer? siap bawak balik umah lagik ke? kim slam dia k. kamil tak balas msg tue, dalam hati kamil berkata, 'ingat cam ko nak bwk balik umah jer?' Kamil mungkin nk buat si alex sebagai bf dia, so kena slow2. Malam tue g la club berbaju baru. hasil pilihan kamil dan alex. Alex x dapat join sebab kena balik umah awal. Tak per next time mungkin join sekali. Esok cuti agung so kamil lepak lama, dalm kul 4.30 baru balik umah.

Tengahhari, mula terasa cahaya kian terang dan panas, maka kamil pun bangun, hari tue kamil dah janji nak kuar ngan alex kuar tengok wayang. So sebelom dia sampai melihat kamil masih tito, baik kamil bangun mandi dan siap. masa dah siap, kelibat omar kelihatan ceria dan semangat lain macam.Rupa2nya teruja nak g tgk teater muzikal p.ramlee. Wahhhh beshnya. Tapi dia gosok 2 baju? sapa ada lagik dalam umah nie? kain pelekat seterusnya ker? Kamil memang suka sakat omar begitu.
'hye kenapa baju nie x elok? x der baju lain ker nak bagik si dia pakai? wahhh siapa si dia tue?' Omar malu2 biawak mula2. ' Bagik lah pinjam baju awk,' omar seloroh. Motipp?? pakai jerlah baju tue, elok gak' trus kamil mengelat.hahahhaha. Terdetik dihati ingin tahu siapa yg dibawak balik oleh omar. Sebelom nie pun ada jugak org dia bawk balik, tapi selalu x ambik peduli sangat, sbb biasalahkan single.... heheheheh, tapi untuk kali ini memang terdekit gila2 babi untuk tahu. Mula2 g lihat kasut. wahhhh selipar saiz sepuluh. Hurmmmm tinggi orang nie. siapa yer? hati kamil bertanya sendiri. Lalu demi nak tahu jugak, kamil terus buka pintu bilik omar untuk melihat siapakah org didalam bilik itu. OMG. terhenti jantung bergetar, tersekat nafas menghembus, terasa loya tekak tiba2 lalu kamil terus menghempas pintu yang mula2 dia sendiri yang teruja untuk bukak,berlalu pergi dengan tanpa hasutan sapa2 dia berkata, 'OMG PELACUR'. what theeeeee...shit. muka omar pun nak termuntah lihat waktu itu. Cam tak der rasa malu ker dia? omar tak rasa bersalah ker? (walaupun kamil ngan anuar x der apa2)weiiii baru selang seminggu kot, kamil bawak balik mamat tue, and now omar? OMG. selepas nie maybe h/mate kamil sorang lagik, borhan pula dia tito.Selama nie why dia msg2 aku? kamil bertanya. 'kenapa tak msg2 or jumpa dia dulu sebelom aku'? muslihat apa? apa kes? ari tue kata geli nak kuar ngan omar, omar ajak g club dia boleh tanya aku lagik? apa motip dia nie...??????selalu msg or omment2 ngan omar, tapi naper aku gak dia nak jumpa dulu??/ Selepas itu borhan yang berada ditempat kejadian dimana anuar dibawak balik oleh omar jugak terkejut. Gini ceritanya kamil......

'Aku ngan si poly nie dok mkn buger, si omar tel malu2 nak bawak balik orang yang dia kenal, sapa nokkkkk? budak pavvibabion. ko kenal.....so masa bawak balik tue, mmg si poly nie terkejut, bukan minggu lepas bilik sana? minggu nie bilik sini plak? aiyoooooo... motip?? poly dok ngomel ngan borhan. Entahlah nok maybe cur kot mamat tue.... eeeeeeeeeeeeeee...... aku pun cam geli gak mula2, tapi dah kata korang x der paper, cuma terkejut awat dirumah yg sama dan baru seminggu kot kan?.'borhan bertanya.

'hurmmm borhan, aku dah tahu pun.. so minggu lepas bilik ko plak', kamil menyakat. 'klu bilik aku bolehhhhh jer, boleh dia tolong kemas bilik aku tue'. kihkihkihkihkih... kamil dan borhan ketawa sekejap.

'Anuar yg dulu aku kenal, aku tau segala cerita dari xbf dia, dari mulut dia sendiri, kini jelas terbukti punya niat yang sesuatu. Walaupun bila dicerita atau dipikir2kan aku tak rugi apa2 atau tak der apa yang perlu dimalukan kerna bukan aku terhegeh mencari, dia yang merangkak datang.Malah aku dulu dapat merasa dia sebelom omar, tapi terasa jijik jugak kerna mengenali orang yang mulanya aku cam percaya setiap kata2, kini aku mula percaya apa yg musuh2 atau kawan2 dia yang lain bercerita tentang dirinya. Terbukti sudah, apa jenis dia nie. berada dikelas bagaimana dia nie. kini semuanya jelas. Ya tuhan ko telah menjawab segala teka teki aku selama nie, thx aku memang tak pernah terlintas untuk memilih dia berbanding alex. Sib baik pilihan aku sebelom nie betul. Terdetik jugak nak tahu knplah si omar buat begitu? walaupun aku ngan anuar tiada ikatan, jauh skali skandal tapi jarakkknya tue tak masuk dik akal. Bila aku bercerita kisah ini kat orang lain, mereka jugak bagik pendapat yang sama. Tak boleh tunggu sebulan? 2minggu paling terdesak sgt. tak boleh?????'atau buatlh dibelakang pengetahuan aku. hurmmmmmm kamil menghembus nafasz. bermacam2 bermain difikiran, selama hidup kamil didunia nie, ini kali pertama dia melihat seorang insan yang boleh melakukan itu, dlm umah yang sama dan ada kaitan antara hidup ini. Tak sangka yer, begini punya kes pun ada. Tapi sejujurnya kamil masih lagik boleh tersenyum kerna, sisa itu bukan dia mengutipnya. Maybe kutip dr orang lain jugak, tapi bukanlah dari h/mate serumah.Sebab dunia nie kecik jer, memang pusing2 situ, musing2 situ, tapi tiadaklah seperti kes kamil nie. Selepas kes itu, kamil tidak lagik menganggap omar kwn baiknya. maybe sekadar kwn kenalan, kawan baik itu sudah pupus sama sekali. Tak ada sudah rasa percaya atau apa2 yang ingin dikongsi bersama. Hope dia anggap si anuar itu kain pelekat jugak. Klu dia buat lover, maka hati2lah.

Setelah terbongkar semua ini didepan mata kamil, kini muktamadlah kamil memilih alex. Bukan kerna kes kantoi ini, tapi sememangnya kamil mencintai alex sebelom kes ini muncul. alex bukan lawan anuar yg terhimpit ngan kisah hidup yang menyedihkan. Tahulah aku kenapa ramai yg membenci anuar. terungkap sudah kenapa dia selalu susun ayat sedeh2, tahulah aku kenapa dia senang gila ikut orang ke bilik. tahulah aku kenapa dia jugak membuat cerita2 sedeh dikutuk di blognya. Kerna orang zaman sekarang tak bodoh, Orang zaman sekarang ada mata, ada telinga, ada ilmu jugak. Dia masih muda, katernya sudah banyak pengalaman, tapi aku rasa dia masih mentah dalam bermain dengan benda2 begini. Jangan mudah ungkap sayang, jika perlu sex. Jangan mudah ungkap rindu jika ada niat tak baik. Jangan mudah ugkap cinta jika nak sesuatu benda. Cuma harapan kamil ialah omar tak serius ngan pilihan dia itu. Bukan dengki atau iri hati(sbb dah rasa dulu weiii) tapi atas dasar kawan, walaupun bukan kawan baik dah, cuma nasihat kawan yg dh kenal lama.

Kamil kini bahgia ngan kehidupan yang baru dibina. Kehidupan bersama alex,kawan2 tersayang. Kamil kini bahgia. Itu sudah cukup. Harap cinta ini lebih utuh berbanding yang dulu. Ben adalah kenangan terindah yang kini menjadi kenangan. ianya tak mungkin kembali. Anuar pula kesilapan yang tiada penghujung. Semua yang dilalui kamil memang sekejap, kerna patah, tumbuh, ilang berganti. Tapi yang setia itu kekal abadi. Bahgianya kamil sekarang sudah membuktikan dia tidak silap mengatur langkah. Cuma kena berhati2 ngan semua oarang termasuk kawan baik sendiri. tapi itu semuanya dulu.


So, novel pendek diatas adalah kisah benar yang boleh dipelajari semua. Tak semua benda yang dihajati akan dipenuhi. Tak semua yang baik datang silih berganti. Tak banyak kawan baik yang boleh dipercayai. semua yang berlaku percayalah punya hikmah yang lambat laun akan diketahui. Kita boleh memilih, merancang, tapi yang menentukan nya? bukan kita. Akhir kata hidup manusia memang tak sempurna, ada yang baik, kadang2 muncul ynag buruk. tapi anggaplah yg buruk itu tak lama dan yang baik bakal menjelma.

Dia yang memulakan blognya, maka inilah ceritanya. bye.

11 Comments:

At June 11, 2008 at 6:20 AM , Anonymous Anonymous said...

wau. story yg besh. novel tak panjang tapi jelas. boleh jadik penulis u nieh, cuma susun ayat jer lebih kemas. tahu nie just suka2 but ur story its gud.

anuar tue musti adik2 kan?
musti muda, patut tak bahgia and slalu kena maki.

-pemerhati-

 
At June 11, 2008 at 7:04 AM , Anonymous Anonymous said...

hi wan ku sayang... sabar separuh dari iman...iman adalah mutiara...
dengarlah luahan hati princess summary utk cerpen en wan nie....

mmmmm princess sedey jugak dengar keluhan cerita benar ini....
begini rupe nyer budi baik yang en kamil berikan dibalas dengan cerita2 yang diblogkan oleh si dia...nasib baik en kamil tak kasi RM500 tu..da ar baru kenal tak malu ker nak pinjam duit macam tu.. kalau RM50 masih bole diterima... nie kan RM500... bole kasi ayah en kamil... lagi berkat...tak pun kasi anak sedara en kamil yang sowang tu.. takpun belanja kawan2 yang susah senang ngn u nie...( ups nak gak menyelit)(bukan maksudku)hehehehhe... maksud i berpada-pada ar kalau nak kikis anuar oi.... pastu en kamil tak dapat kasi duit kat dia en kamil tolong lagi nak dpatkan loan utk dia. mulianyer hati en kamil untuk membantu. da ar nak tolong dapat kan loan confirm percent bunga tu kasi kurang kan...mmm targedi menipu plak... kata2 sedey yang dilafazkan en anuar tu yang konon nya ada family prob.. sian kakak nyer tu datang ikut telunjuk dia nak mintak loan kan... kalau betul keje mana slip gaji nyer... ( pavillion tu besar ... mungkin tak der slip gaji kot).naper ar nak susahkan kakak nyer...kasi ar slip gaji sendiri kalau betul2 kerja.. naper tak kasi ek? ooooo takut nama company nyer dikenali kot...maklum ar company besar.. penat ar nak cakap pasal duit nie...
satu jer pesan princess jgn cepat percaya ngn org... bagus niat en wan utk membantui..biar sahaja org nak buat jahat tu.. tuhan tu kaya...pada org yang mengata-ngata tu pun biarlah... da penat bercakap mengutuk mengata tu diam ar diorg... ala... en wan kutuk macam mana atau mengata atau bercerita mcm mana pun kadang kadang susah cari jugak en wan yang mulut laha nie kan... huhuhuhhu(ups jgn mara en wan)


princess nak sambung pasal bermalam pulak...
ala kalau en anuar tu betul2 nak jaga hati en kamil mesti ar pk betul2 utk terima pelawaan utk kerumah seseorg yang housemate nyer pernah berdamping ngn nyer( dalam dakapan kata nyer)ulasan en anuar yang asik rimas ar en omar msg ajak jupe pada en kamil apa maksud nyer ek? adakah utk menambat hati en kamil? adakah hanya utk berselindung disebalik kegedikan bersama en omar? bercerita ttg gangguan yang diterima dari en omar pd en kamil? hmhmhmhmh... princess tiada jawapan nyer... napa ek... argh.... biarkan sahaja... bukan hal princess kan...cume sebagai kawan kepada tuan punyer blog nie sahaja yang membuatkan princess agak terase dgn apa yang berlaku pada en kamil.siapakah en kamil? adakah tuan punyer blog(renung2kan lah) layanan yang diberikan dr kawan2 dan en kamil itu sgt baik. ajak gelak ketawa...tapi balasan pada en kamil? sabar yer... cubit peha kiri peha kanan terase tau en ANUAR.

penat gak citer pasal citer sedey nie...princess nak beralih pada yang lebih berhak pada en kamil iaitu en ben... congratulation en ben kerana dapat memenangi hati en kamil yang susah sebenarnyer nak menerima seseorg yang akan didampinginyer... kire nyer en ben ni 5,6,7,8,9,100000000000000 starts ar.. berbanding en ANUAR yang bukan ar taste en kamil sgt... tak gitu en wan? eh.. silap plak tgh citer pasal en kamil nie...kalau kene reject tu confirm2 ar yang direject tu 4 stars ke bawah . ntah2 takder star 0. en ANUAr star ke berapa ek sebab kene reject...hahahahahhaha.. negative ker? upppsss... princess terlaha... mintak ampun en ANUAR. tak bermaksud nak mengeji tapi kalau hakikat nyer benar ( apao nak di kato..LAYAK AR)alamak terlaha sikit lagi ampun kan princess yer...mcm yang princess kata ar cubit peha kiri peha kanan terase. peha princess nie da lebam2 da sakit....hehehehehehhe...

ok ar tuan punyer blog... cerita anda meninggal kan kesan juger pada yang terkene...ada baik nyer ada buaruk nyer... baik nyer kasi ar en ANUAR tu insaf.. yang buruk nyer takut princess kene laha and kene kutuk pasni atas summary yang diberikan.. lantak ar .. kutuk ar daku keji ar daku... aku tak pinjam duit korang... aku tak susahkan korang..at least tambah sikit pahala princess yang tak seberapa nie... alhamdulillah
princess doakan agak en kamil tu kekal bahagia dengan en ben yang comey,lagi handsome, lagi bagus dan yang penting jujur dan ikhlas dlm perhubungan. AMIN

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KE ANAK CUCU(akan ada anak ker... sowy tiuan puner blog sajer nak melawak. SEMOGA BAHAGIA)

 
At June 11, 2008 at 8:10 AM , Anonymous Anonymous said...

ups... pembetulamn... story pasal en ben tu tukar pada alex.. princess tersalah tgk nama... huhuuuhuu.. sowy mr wan....
especially statement ni

princess doakan agak en kamil tu kekal bahagia dengan en ALEX yang comey,lagi handsome, lagi bagus dan yang penting jujur dan ikhlas dlm perhubungan. AMIN

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KE ANAK CUCU(akan ada anak ker... sowy tiuan puner blog sajer nak melawak. SEMOGA BAHAGIA)

 
At June 11, 2008 at 5:26 PM , Blogger FirstCallDayang said...

ermmmm cerita ni bila nak masuk panggung...sangat suka nyer aku..mesti box office..senang kawan2 menumpang kekayaan.huhuhuhuh cerita ni kalau diikutkan memang kuat dari segi pelakon wanita yang nama agam meletup yer manakala pelakon lelakinya agak kekampungan sikit..tapi tak per walaupun cerita peremepuannya sikit yang penting mereka tetap vogue walau dimana mereka berada..hahaha kelas gitu...apa2 pun cerita ni aku kasik full bintang..so aku dah tgk tayangan premiere tak kuar lagi aku dah tgk sendiri..kiranya berada di set pengambaran jugak ler ni..hahahahahha

-FcD-

 
At June 11, 2008 at 6:05 PM , Blogger Achu said...

aiyo princess gigih memberi kecimpulan tue... tue laa agak terperanjak gak laa bila membaca crita wan nie.. kecian kat kamil kan.. masalahnyer yang si omar nie pn x geti ker nk jaga maruah dia sdri.. pellik laa.. tp agak gembira laa gak si kamil tue da ada alex.. harap2 bahagia hendaknyer.. biarlaa karang bila si kamil tue over story kata plak jealous tp nk dirumuskan crita xde sapa nk jealous kalau ada org tue cam anuar.. bahaya baru knal da cam2 nk diharapkan kasihan. harap2 si omar tue x termakan gak laa yek.. yang penting kamil enjoy ngan life dia.. btol x che wan..

 
At June 11, 2008 at 6:12 PM , Blogger Achu said...

agak pelik gak membaca comment cik princess kita nie.. ngan confident mereka crita.. mr ben tue da x wujud untuk mr kamil.. MR ALEX cik princess.. sib baik sudah dibetolkan ayat.. kalau x siap laa cik princess kita dihanjzkan.. kahkahkah...

 
At June 11, 2008 at 6:23 PM , Anonymous Anonymous said...

OMG.
cerita nie terlalu besh untuk dibaca
x pernah baca novel, sbb byk sgt nak baca.tapi yang nieh kerek sih.
sory x boleh jelaskan identiti ku yg mmg korang kenal. Sekadar ingin comment, dunia PLU nie, tetambah yang muda can anuar tue, memang x dapat lari dr buat org gaduh atau tarik muka. wlpun dia x der niat, tp cara itu salah.

bab omar plak, dia single right?
so no hallah, kata plu. Tapi x jaga hati kamil, tue jer salah nya.

kamil plak? rasanya kena lebih berhati2 dlm hal gini. tapi percaya kini dia dh tenang.

anuar buat blog, maka ko lakar cerita lah nie?? bagus...

sapa tak kenal mr.dickinson, AWAS.

 
At June 11, 2008 at 7:02 PM , Anonymous Anonymous said...

wah. bersungguh2 hid bace & nak memahami. ape2 pon hid rase.. bende nie sumer terjadi mmg untuk menjadikan kite sumer lebih matang.

tp hid rase kamil tuh pon dah mule happy skang kan? :)

so.. whatever it is.. buat lah yang terbaik utk diri sendiri. huhu (ye ye ni bg nasihat.. hid pon terkontang kanting! :| )

 
At June 12, 2008 at 12:34 AM , Anonymous Anonymous said...

im alex!!!n im luckyyy!!!

 
At June 12, 2008 at 2:44 PM , Blogger easzoul eusoff said...

kamil ni ada bakat sbg penulis.hrp kamil x sia²kan bakat yea...ku harapkan kamil bersabar menempuhi dugaan n cabaran ini.sesungguhnya stiap yg blaku akan lebih memantangkan idup...apa² pon wish u all da best...nak nyanyi japs ...


Bagai sebuah mimpi
Milik Sang Puteri
Putera yang dinanti
Melamar jiwa yang sepi
Begitulah aku
Pada kala ini
Bagai terbuai-buai
Dialam fantasi

Asmara ini
Menggubah rasa
Yang luarbiasa

Asmara ini
Menggubah rasa
Bayangan indahnya syurga

Dramatari cinta pun tercipta
Penuh uraian aneka warna
Karya yang terindah
Asmara ini
Menggubah rasa
Sebuah rapsodi keriangan


Bulan jatuh ke riba
Mimpi jadi nyata
Kasih yang kudambakan
Hadir menjelmakan diri
Takkan kulepaskan
Takkan kusiakan
Anugerah teragung
Yang kau persembahkan

Percayalah kasih
Hanyalah dirimu
Setiap denyut nadi dan heretan nafasku
Di dalam jaga
Mahupun lena
Tiap ketika

 
At June 15, 2008 at 8:57 AM , Blogger .::EdDy BaNoD::. said...

erkk..aku dh soh fina rumuskan coz aku x larat nk membaca,,thaknss fina..
paperpun settle dh kew ini cite??
nanti aku buat script draft k

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home