Ramadhan aku: episode AKHIR

Episode terakhir ramadhan aku, memaparkan last aku shopping bersama keluarga terchinta. Siapa lagik klu bukan akak aku, adik aku, abg aku dan anak buah aku. Mid valley tempatnya. Aku g mid valley ngan apex(dia pun nk shopping, tp ngan kawan dia) so setelah kawan dia sampai kami berpecah. Aku jln sensorang sebelom mereka sampai. Cari ATM(menyakitkan hati) tapi sib baik jumpa Bank RHB kat luar midvalley(boleh kuar duit) So sebelom akak aku sampai aku g main bowling( tetap) hahahahaha.. so dalam 6.30 akak aku sampai, kami g cari kedai makan. Dan ternyata hanya mampu melihat jer.. tak boleh duduk sebab penuh. Aku dan akak ambik keputusan utk beli ari dan isap rokok dulu.


Konsep berbuka hanya minum air dulu.(power kan???) hahahahhaha.. dlm kul 7.30 baru kami dpt makan... legaaaaaaaaaaaaaaaa... pas mkn kami g shopping. aku suka shopping!!!!Akak aku cari baju 'Garfield' nya tetap mengamalkan dari atas sampai bawah semua baru.. Konsep achu dan amal sangat. Dayang punya konsep setakat nie kasut jer baru. hahahahah.. baju aku x taulh bila dia nk beli. entah2 dtg pakai kasut oren jer.koma* Setelah penat shopping, mengamalkan konsep swipe dan menang, kami pun gerak pulang. Semua dah jumpa apa yg dicari.


Jln nak balik boleh tahan menangis aku melihat(sib baik akak yg drive) aku seperti biasa hanya tunjuk jln jer. hehehehhe.. dlm kul 11 kami sampai gombak bersiap tuk g jln tar plak. Aiyoooo mati berjalan. Penat pusing2 jln tar kami singgah buzday party kwn akak aku. (bulan poser pun ada party yer) singgah kejap jer, mkn kek sepotong kami gerak g pelita klcc. Lapar, sebab kat buzday party tue byk minuman jer dr makanan. Abis mkn pelita kami terus gerak balik. ngantukkkk. apa yg pasti sangat besh berjalan ari nie, walaupun penat aku puas shopping ngan keluarga aku. terutama akak aku. sbb konsep kami tengok, try dan terus beli. (kan puas tue) heheheh..
aku bersama kawan akak aku, thx kerna belanja makan

Di kesempatan ini, LCW ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia LCW. Kepada yg terasa hati ngan penulisan LCW selama ini, percayalah ianya tak terniat dengan sengaja. Kadang2 menjadi terlalu jujur jugak susah. kerna manusia zaman sekarang lebih suka dengar yg plastik2 dari yg jujur. Konsep blog LCW adalah berlandaskan apa yg betul, hindar apa yang salah. Tak ada cerita yg tak betul akan diterbitkan dlm blog ini. Tapi ianya juga mengundang rasa tak puas hati( kecik hati) kepada LCW. Kepada pembaca setia seperti APEX,FCD,ROMEO,BANOD,HID,CECE,KROL,MAKSUdan semualah(tak tertulis nama) wan ingin meminta maaf andai selama ini ada yg marah, kecik hati ngan wan. Tak terniat langsung nak sakitkan hati sesiapa(tapi klu hati nie tengah sakit jugak, memang AWASlh org tue). Sesungguhnya panas baran diri ini tak boleh dikawal jika berhadapan ngan masalah yg melibatkan benda tak betul.(paling pantang!!!) tapi klu ianya betul, korang digalakkan tegur2 balik.. jgn simpan didalam hati.(sudi jer terima teguran bukan tuduhan). Hari yang mulia ini wan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua. Kepada yg beraya ke kampung, hati2 memandu yer... Selamat pergi dan kembali. Raya nie datang2 lah umah okey. Konsep raya umah wan x perlu tunggu open house jer, datang jer bebila free.

wan tutup 'Ramadhan aku' dengan pelbagai kenangan sepanjang puasa tahun ini. Dalam puasa2 jugak pelbagai ragam dapat disaksikan. Tetambah orang sekeliling aku. Aku akan merindui menu berbuka poser aku . akan merindui pasar ramadhan depan umah dan paling aku akan merindui ialah insan2 yang selalu berbuka poser ngan aku. Tak akan lupa kat korang semua. So, jika umur panjang kita jumpa rancangan ini ditahun hadapan. Wasalam.

*selamat hari raya Aidilfitri, jumpa 'Garfield' minggu hadapan.

4 Comments:

At September 28, 2008 at 10:04 PM , Anonymous Anonymous said...

wahhhh..
nama krol ada lah..
mmg pembaca setia tau
kadang2 sampai tak tertanggung nak baca, tapi tetap habiskan membaca.
nk ucap selamt hr raya gk
maap zahir batin.

pas raya teruskan berkarya yer.

-krol-

 
At September 28, 2008 at 10:11 PM , Blogger MAXWHITE Skincare said...

selamat hari ray ajugak..

 
At September 29, 2008 at 3:33 AM , Blogger .::EdDy BaNoD::. said...

This comment has been removed by the author.

 
At September 29, 2008 at 3:34 AM , Blogger .::EdDy BaNoD::. said...

salam sinar lebaran..
moga syawal kali ini dapat kita sama2 berubah utk supaya lebey matang dan berfikiran waja....
moga segala keinsafan di bulan Ramadhan kita bawak terus ke bulan2 seterusnya...

berakhir Ramadhan tibanya Syawal..Moga Ramadhan kelak dapat raikan andai umur panjang..InsyaAllah...

Kurindukan Ramadhan kusahutkan Syawal...

Ikhlass .::Banod::.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home