pergi tak kembali

Sabtu: Aku g club ngan seorang kawan yang tak nak namanya dihebohkan, dia kini sudah menjadik pelakon(seni yg halus tue). So tak nak namanya kuar di akhbar2 tempatan yg dia nie liar( walaupunnn). Bertempat di LQ(konsep berkabung ala2 enjoiii) Semua org dah tau tauke LQ sudah mati akibat terjun dari premis kedainya yg terbakar.kesian sungguh.( salah posisi nak terjun, dan terus mati DI TEMPAT kejadian) Org kata dia terlalu berat, so bila terjun mmg cam nangka terjatuh memghempap bumi.( apa2 pun harap mummy tenang dialamnya, jgn menghantui kami semua) Dalam club ternampak sudah seorang lagi teman bergelar top model. Siapakah dia??? dia jugak nak namanya dirahsiakan, kerna tak nak publisitinya terjejas dalam majalah kerna meroyan dlm club dlm keadaan seksi.hahahahahha. semua orang nak rahsia zaman sekarang, so aku tak tahu dimana HAK aku sebagai penulis blog.(kan??) Tapi demi kebahgiaan kawan2, aku menghormati keputusan mereka.


Aku,acu dan amal antara insan seni yg tak perlu berahsia utk berhibur.

Apa2 pun malam tue sgt besh, cam nak terbalik dunia pun ada. kan??? and nk ucap thx kat top model yg sudah melunas hutangnya belanja aku minum. enjoiii sgt. Malam tue jugak ramai bertanya mana APEX? apex tak dapat datang sbb kepenatan kerja( IZZI sgt melampau,aku tak galakkan org lain keja situ) Tapi berkat sabar aku, akhirnya apex berhenti kerja dari situ. AMIN.
Habis berhibur, kami g pelita makan2 dan gosip2. dunia 'seni' memang banyak gosip. Pas habis bergosip, baru kami berangkat pulang.


Ahad: aku kuar ngan achu,amal,lee dan azri g main bowl . Syokkk jer klu buat aktiviti yg aku suka.hehehehhehe. puas main. Pas selesai main, kami g KTV imbi untuk karaoke.(yes, akhirnya dapat gak melalak)

Kami g book dulu bilik kat KTV, pastu g mkn kat jalan Alor. Nasi goreng Kerang kat situ sedap kata achu. So aku sangat teringin untuk rasa, sbb tak pernah makan nasi goreng kerang. heheheh.... SEDAP! walaupun penat berjalan, tapi puas dapat mkn makanan yg sedap.

Nasi Goreng Kerang yg popular dijalan Alor.Sedappppppp...

Pas makan, kami terus g KTV untuk melalak. apex pun tiba utk join karaoke sekali. So kami ber6 pun start nanyi. Pic2 karaoke semua ada dalam kamera achu, so aku tak leh nak pamir kat sini. apa2 pun semua enjoiiiiii....

*seronok bersama teman , ilang semua sterszzzz dalam otak!!

1 Comments:

At December 2, 2008 at 9:57 AM , Blogger Che Sue said...

owh tokey LQ ke yg terojon bangunan ari tu? huhuhu..baru tau!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home