muzik-muzik23

Malam nie bakal ketahui lagik 5 lagu bakal layak untuk AJL23 bagik kategori pop rock. Jika minggu lepas berlangsung kategori balada dan keputusan cam babi, pop rock aku harap menceriakan keadaan.(ternya bertambah ceria okey!!!!) Sebelom keputusan aku dah memilih 5 lagu kegemaran ku iaitu :

kalis rindu-elyana
aku stacy-stacy
lagu untuk mu-meet uncle hussein
yang pernah-estrange
rimas-the f/cat

Dalam 5 aku pilih, hanya 4 yang betul(so kira okey berbanding balada minggu lepas, hanya 1 jer yg betul aku pilih) rezeki ella tarik diri, sofaz yg dapat gi final.
keputusan malam nie sangat berpuas hati.. TIBA-TIBA...... TV3 buat kejutan umumkan satu lagik lagu layak ker AJL23, TETAPI...... untuk kategori balada, Dewan riuh menyebut nama ziana zain(dari rumah boleh dengar okey!! aku tak pekak lagik) aku kat umah nak dengar nama 'azlan abu hassan ' jer dan bila MC sebut nama tue, aku dah menjeritttttt kegembiraan. SAH, memang lagu ziana zain, 'Dingin'. Ternyata makian aku utk kategori balada dipandang juri.(juri kan ngok ngek mlm kategori balada tue). Walaupun ziana zain G AJL23 berbekal lagu yang ke6, tapi percayalah itulah seri AJL23 untuk kali nie. Dan ziana zain berhak utk itu. Lagu tue lebih bagus kot dari lagu hanya dimercu.(ko duduk kat mercu jgn turun2 lagik) atau lagu bila nak saksi( x kuasa nak jadi saksi ko) tak sabar nak melihat kehebatan vokal penyanyi bersuara lantang itu. Walaupun sudah berusia 40tahun, ziana zain tiada tandingan dan ganti kot.(ko mampu tarik lagu tinggi begitu??)

Apa-apa pun aku sangat seronok ari nie, dan berpuashati ngan keputusan bagi kategori pop rock. Tak kisah zz menang atau kalah pada malam AJL23 tue, janji dia ada dipentas itu utk nanyi lagu 'Dingin'. Klu ari tue aku tak ingin tengok AJL23, sekarang, sapa ada tiket VIP bagi aku k. hahahah.( tetap nak VIP)... TV3 pandai buat lawak. layaknya lagu nie, boleh menutup kekecohan kenapa dingin tewas separuh akhir minggu lepas. Sekarang dah layak, jom party!!

Senarai penuh lagu-lagu yg layak ke AJL23:

Etnik kreatif:
doa dalam lagu- mawi dan heliza
dusta berkalang- aiman tak kesah
persoalan cinta- farawahida

Balada:
cuba-faizal tahir
lagu kita-aizat
sampai syurga-faizal tahir lagik
bila nak saksi-spider
hanya di mercu- ayu
DINGIN-ZIANA ZAIN(tetiba nak kasi jelas)

pop rock:
aku stacy-stacy
kalis rindu-elyana
lagu untuk mu- meet uncle hussein
Estrange-yang pernah
sofaz-

*AJL23 akan menemui anda pada januari 2009.

4 Comments:

At December 12, 2008 at 6:43 PM , Anonymous Anonymous said...

suka la ko kan???
tak sabar nak tgk ko beraksi kat pentas AJL nanti
pasti chantik.

 
At December 12, 2008 at 6:48 PM , Anonymous Anonymous said...

Kamukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
zz layak rasanya mmg juri kena tamparan hebat atas kekalahan lagu nie mggu lepas, terus mereka masukkan. wlpun nampak cam bagi masuk kesian kat zz, tapi aura zz membuatkan juri memasukan satu lagi lagu. saya pun tak harap lebih, janji dapat tgk zz kat pentas AJL23. baru berseri. lagi pun betul kata awk, lagu dingin lebih layak berbanding ayu/spider.

:anis:

 
At December 12, 2008 at 6:51 PM , Anonymous Anonymous said...

dingin mmg layak.
aku dpt link ko, bila ko tulis muzik-muzik23, nice blog.
tak sangka ramai jugak tak puas hati ngan keputusan balada minggu lepas. paling banyak mengadu ialah kekalahan dingin.
percayalah, masuknya lagu dingin bukan kesian, tapi lagu tue mmg layak dan juri ada buat silap time umumkan.

-tv3 punya mata2-

 
At December 20, 2008 at 2:56 AM , Blogger .::EdDy BaNoD::. said...

juri berbulu kot baca blog ko hahaa...bagus!!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home