memori 2008

2008 bakal melabuhkan tirainya. Untuk tahun 2008 banyak pahit dan manis aku tempuhi.... Jiwa aku, hati aku, cinta aku, banyak bergolak pada awal tahun 2008. sinar bahgia kembali di pertengahan bulan 6 dan terus bersinar hingga ke hujung. So untuk tahun 2008, aku memilih 6 perkara terbaik dan 6 perkara terburuk berlaku sepanjang tahun 2008.

Memori terbaik:

1-Bulan 5: fenna buzday antara memori harijadi yg tak dapat aku lupakan. bertempat di the zon, majlis fena antara yg terbaik pernah aku alami. Segala penat payah berbaloi kerna ia menjadi suatu yg terindah dalam acara buzday 2008.

2- Bulan 6: Kebahgiaan aku munchul seawal bulan 6. Memori di genting bersama acu,amal,dayang dan apex menjadi titik permulaan hidup aku. Sinar cinta muncul disana(katernya) 9.6.08 merupakan hari paling bermakna dalam hidup aku. disampaing kawan2 tercinta dan yg terchinta, aku rasa sangat bahgia saat itu. Genting menjadi memori paling aku ingati dalam kalendar 2008.

3-Bulan 7: percutian yg paling besh dalam kalendar 2008. 'Pangkor Island' tempatnya... bersama apex, acu dan amal, percutian terindah itu menjadi milik kami ber4. kenangan kami itu sampai sekarang masih terasa hangatnya.....

4- Bulan 10:'Garfield party'. Acara buzday aku pasti akan tersenarai utk yg terbaik saban tahun.. Dan tahun 2008, buzday aku tak dapat dilupakan. bertempat di KTVimbi, majlis buzday paling besar pernah aku buat.. dimana bajetnya paling tinggi dalam sejarah hidup aku. Walaupun target asal tak dapat dipenuhi, tapi ianya tetap terbaik dan pengalaman itu bakal aku jadikan pengajaran utk buzday 2009(insyallah)

5- Bulan 10: Cameron higlands. buzday paktam juga tersenarai antara yg terbaik pernah aku alami. Majlis buzday a.k.a open house raya Celcom 08 ini aku rasa yg termanis pernah terjadi diluar kawasan kuala lumpur. Majlis berlangsung dalam keadaan yg harmoni dan gila2. hahahahha...

6-bulan 10: open house raya keluarga setiawangsa jugak tak boleh aku lupakan. Walaupun penat membuat persiapannya tapi majlis itu tetap antara acara terindah kerna semua kawan2 aku, fena,dayang dan shah dapat berkumpul. tahun 2008 warna biru telah dikenakan. lalalalalalla.. jumpa tahun depan, 'pink' jadik taruhan...(matilahh)

Jika nak ikutkan aku, banyak lagi aku nak senaraikan... kerna semua yg aku buat dalam 2008 adalah manis dan terindah 'JIKA' korang nampak aku senyum dan ketawa(ketika itu) jika itu korang pernah nampak tapi tak tersenarai diatas, percayalah itu jugak terindah bagik aku. tapi aku hanya mampu memilih 6 saja. Jom tengok yg terburuk pulak. yang nie korang pasti sukakan.. sbb selalunya yg terburuk nie lah adalah gosip terbesar yg pernah aku alami.

memori tak seberapa nak indah:


1- percintaan: aku rangkupkan kisah percintaan dalam satu story k. percintaan aku diawal 2008 tak seberapa nak menjadik dan antara penyakit paling merbahaya untuk awal tahun 2008. Dari kisah 'penculik' ker kisah 'pelacur' terjadi kes 'fasha sanda' adalah kisah2 aku yg korang tau.(yg tak tau, baik jgn tau) kpd yg tau pulak korang boleh bayangkan perasaan aku time tue. so terburuklah bagik aku. kisah2 itu pernah singgah dalam blog nie. Wlpun ada jugak yg manis, tapi ianya buruk bila kisah itu tak dapat dibendung oleh perasaan aku. perasaan aku diawal tahun 2008 terlalu emosi.(begitu)

2-dinner opis: aku paling buruk dalam pembikinan. dah lah bagik tau last2 minit, buat kat tempat tak besh.. yg paling penting esok aku kena keja jugak.. so sgt tidak boleh enjoiii dan hampeh!!!

3-bergaduh: ngan kawan2 seperjuangan. terburuklah bila dah gaduhkan... tapi tak perlu aku letak nama2nya.. kerna semuanya dapat diselesaikan... lagipun perkara itu terjadi sbb kita semua manusia biasa.... ada buat kesilapan... dan kesilapan itu boleh dipelajari utk masa mendatang.

4- keta rosak: terburuk sbb kena kuarkan duit yg banyak.... disamping sakit hati keta rosak sebab dimakan tikus2 durjana buat sarang dlm enjin. tak ke lahanat tue?? sib baik sekarang dah bersihkan enjin. so tikus tak boleh buat sarang lagik. tp ianya mmg sejarah terburuk utk keta kesayangan aku.

5-kehilangan dayang: terburuklah tue kan? wlpun buat majlis perpisahan utk dia, dan merelai dia pi penang, tapi bagi aku ianya tetap terburuk.. kerna aku kehilangan sorang kawan pompuan paling rapat ngan aku. Aku relai yg lain pergi tapi bukan dayang. sbb dayanglah banyak bantu aku time aku susah hati dan time senang hati(begitu)

6-cukup: rasanya cukuplah 5 jer terburuk. sbb tak banyak yg buruk sebenarnya... banyak yg baik2 jer.

Azam 2009:

-menjadik terbaik dalam segala segi
-rezki semakin mencurah2 sampai melimpah2...(harap gaji naik)
-kesihatan klu boleh tak nak demam utk 2009.. boleh kurang mkn ubat
-aku nak raya penang utk tahun 2009 nie.. insyallah
-nak dicintai dan mencintai(hidup bahgia utk 2009)
-tak nak gaduh2(tp klu ada yg cari pasal gaduh jer)
- nak epy bersama teman2 semua
-nak bercuti ke luar malaysia..(insyallah bakal terjadi)
-nak tekun bekerja, mana tau boleh ganti stanly...
- NAK MENJADIK DIRI SENDIRI YG CUTE( tetap)hahah

*Dikesempatan ini LCW ingin ucapkan 'SELAMAT TINGGAL 2008' DAN 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009'. Harap tahun 2009 yg bakal mendatang ini menjadi tahun yg terbaik utk hidup kalian semua. Insyallah.

7 Comments:

At December 30, 2008 at 5:23 PM , Anonymous Anonymous said...

epy nue year cik wan

moga 2009 bakal menyaksikan warna2 yg ceria dlm idup mu

-anis-

 
At December 30, 2008 at 5:24 PM , Anonymous Anonymous said...

wannnn

slmt tahun baru yeahhhh..

kenangan manis ko, buat gue jeles jer

thun 2009, biar kasi gegar ngan kenangan terindah k...

:krol:

 
At December 30, 2008 at 5:25 PM , Blogger wan khairy said...

makasihhh ..
hepy new year utk semua
yg rajin singgah blog wan...
muahxxxx....

 
At December 31, 2008 at 4:43 AM , Blogger kami said...

Wan suka la KAMI dengan penutup 2008, sungguh menarik. 5 bintang untuk ni.

 
At January 1, 2009 at 10:36 PM , Anonymous Anonymous said...

SELAMAT JALAN 2008
namun kenangan pahit manis bersama akan di inagati sampai bila2

SELAMAT DATANG 2009
semoga kedaytanagn tahun baru akan berkati semua dana apa yang diingini akan dimakbulkan.

KHAS UNTUK KAMU

Kita.....
yang senantiasa bersatu,
bersama dalam erat kasih dan sayang,
susah senang kita kekal menyatu...
Walau ada sepalit badai melanda,
tidak keruan sebentar.
Aku dan engkau tahu,
Semua nya ujian ...
Terasa berat melewati dugaan...
Sekali-sekala Tuhan terkadang mengambil apa yang pernah diberi
Seraya ingatan bahawa tidak selamanya nikmat kita kecapi
Aku Redha
Suatu hari dugaan pasti bertandang lagi,
Mengetuk leka dinihari...
Kita jauh,
tapi tak sepalit ingatan dan kenangan dibiar terpadam,
Ampunkan salah dan silapku duhaiteman ku sayang.
Akan kuingat ketika bersamamu,
Kerana ku kepingin mengecap nikmat bersama kembali,
Walau realiti tak setanding keinginan.
Semoga tahun baru semakin bersinar hendak nya



P/S sayang wan n acu .

 
At January 3, 2009 at 8:30 AM , Blogger celebi.net said...

ye aku taw. ko mmg supermodel yg sentiasa beraktiviti. tgk cam aku. dok umah jaga aoki n minglee je.

 
At January 16, 2009 at 1:54 AM , Blogger FirstCallDayang said...

ehhehehehe..kenapa kenangan terburuk...tak per lah.. aku pun rindu gila kat ko...kesian aku...huhuhuuh...aku tgh merpujuangkan hidup untuk balik ke kl...tu pun kalau dapat sbb aku tahu bos aku kat penang ni dah start sayang aku...apa2 jer nak masukkan nama aku..aku dah berenti merokok wahai kawan2...so korang dah paham aku dah kurang stress..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home