shopping VS ABP2008

Semalam ahad aku plan nak g shopping!!!! Aku g ngan pheez dan amer. Dari sg wang ke lot10, dari lot10 ke PV. Sesampai ngan mood nak shopping tetiba acu call ajak g ABP2008, ada tiket..akan tetapi terpaksa aku tolak sebab 'Shopping ituew lebih mustahak'.
Sangat besh yer shopping ngan orang yg suka shopping. PUAS okey!!!!!! dari kul 2 sampai kul 7 kami berkampung kat area bukit bintang sana. Dari kering ke basah kuyup sbb ujan! haha

time nie menunggu amer meg 'transfomasi' kan dirinya menjadi lebih muda remaja..

pilihan baju kuning menyuntik kesegaran dan keremajaan(tetap!!)

Aksi dari kami ber3 yg puas bershopping 'menghabiskan duit' utk kelihatan chantik.

Berbalik kepada ABP08, kenapa aku tak pi????? sebab paling utama 'ziana zain' tak der(tetiba). Sebab ke2 hujan lebat(petanda). Sebab ke3 kebanyakkan pemenang sudah di COPY PASTE sejak zaman berzaman. Kenapa wujudnya 'Copy paste' nie?? nak tau? sebab pengundi sudah terikat ngan HADIAH KERETA dan hadiah sampingan yg lain. Walaupun udah berbuih2 mereka kata yg pemenang dipilih melalui slogan yg terbaik bukan dari undi yg mereka pangkah, bagi aku jawapan ituew terlalu menipu!! boleh?? hahahha.... Knp aku kata menipu?? sebab dah sejak zaman berzaman lagik, pengundi yg dok undi nie dah masak ngan peraturan2 pertandingan. pilihan paling banyak TEPAT lebih cerah untuk menang. Bila orang dok pertikai pemenang yg sama saban tahun adalah sebab hadiah yg lumayan dan pengundi undi ikut majoriti BUKAN pilihan mereka sendiri, BARULAH mereka pusing cerita kata 'slogan terbaik' yg dipilih BUKAN pilihan yg tepat!!(wak luuuuu!!) Dulu cakap pilihan yg tepat, bila orang dah biasa mcm tue dan melahirkan bintang2 yg sama menang( walaupun bagik aku dh tak popular) baru mereka tetiba cam mengubah cerita. (kak pora sgt!!!)

Aku paham konsep bintang popular ialah 'artis yg popular la' Selagik dia popular, selagik itu dia akan menang!! yes aku setuju JIKA dia betul2 popular. Contoh aku bagik Dato siti ler. Memang dia popular dan terus popular, 12tahun dia pegang gelaran itu, sewajar ngan popularitinya sekarang. Masalah aku adalah utk artis yg dinobatkan pemenang utk kategori2 yg lain, Dia menang sedangkan dah muak melihat( tak popular dahhhh!!) knp ini terjadik? sedangkan tahun ituew bintang sorang lagik nie LEBIH popular berbanding dia, tapi dia dah 6tahun menang still menang!!! (wlupun dah berkedut di bawah mata, tetiba cuba menjelaskan siapa dia) hahahha.. Whateverlah kan, dunia seni malaysia kecik jer.. so putar2 situ jer.. artis yang hebat pun boleh dihitung guna jari jemari. So tak hairan sgtlah kan..

Harap tahun depan utk pengundi bagi hadiah hamper jer, jangan bagi kete.. pasti sengit doh!!!! mereka akan pilih calon kegemaran mereka bukan memilih artis(majoriti dipilih) DEMI utk menang sebijik keter!!!!

jom saksikan pemenang tahun nie berserta ulasan aku sikit jer:

Bintang Paling Popular - Nabil

:aku sangat SETUJU dia menang!!!! yes juara baru yg mmg popular tahun2008.

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

:aku jugak SETUJU Que menang!!!!!!

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

:Aku suka maya menang, Dia popular dihati ku.

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

:Mawi??? releven lagik ker? hahahah , sorry!!NEXT.

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

:Tiada saingan langsung calon2 lain. Mmg siti layak yer.

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

:Ada lagik??? hurmmm Asraff muslim lebih popular! THX.

Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

:Juli menang!!!!! i like. Suka dynas!!

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain

:Semustinya kumpulan nie layak menang!! mmg popular!

Artis Nasyid Popular - Rabbani

:Aku tak ingat lagu 2008 mereka yg popular. Zaman intifadah dlm kenangan

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

:Juara baru yg mmg hebat, klu apex gak menang mmg aku nangis.

Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

:kahkahkahkah, kihkihkih lawak giler.

Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

:Yeahhhhhhh pilihan yg betul!

Artis Baru Wanita Popular - Stacy

:wlpun mic tercampak time nanyi, stacy mmg hebat. haha

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

:Aznil selayaknya menang, dia tiada tandingan utk kategori ni.

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

:Dia jugak selayaknya menang, calon2 yg lain AZAB yer, RTM sgt.

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

:Aku suka pak aznil menang, aku pendengar Era yg setia. hahaha

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

:Fara mmg dj yg popular utk tahun 2008.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah

:Okey jer!!



tahniah kepada yg menang.. semuanya rezki dari tuhan, apa yg diluahkan bukan protes, tp kebebasan utk memilih sudah terikat ngan hadiah2 yg lumayan. So harap x der hadiah pun tak per... baru semua gigih menggundi artis kesayanagn mereka sendiri. Apa2 pun bagik aku 'ziana zain' paling popular dulu kini dan selamanya.... Harap anak kembarnya dilahirkan sechumel aku. (jom pengsannnnnn sesama selama 2minit) hahahaha

*AIM bakal menyusul, jgn ada lawak sudah.. sbb nie kategori TERBAIK ye.

3 Comments:

At April 13, 2009 at 1:28 AM , Anonymous Anonymous said...

owh cik wan, aku sgt setuju.

bagi hamper? haaaaa sesuai.

NABIL mmg cool.

time dia PELOK irma, omg terasa cam kat paris.kaaaaaaakah.

aku suka jika Aaron aziz menang utk pelakon drama.

-krol-

 
At April 13, 2009 at 8:56 AM , Blogger .::EdDy BaNoD::. said...

aku pengsan 2 hari 2 mlm.huhuhu..
ziana zain idol yew...
x pyh msuk abp ni sbb nama die dfh kt papan atas...

 
At April 13, 2009 at 6:46 PM , Blogger wan khairy said...

krol: owhhh aaron ke? baiklah..
bagi hamper jer... baru ramai nama2 lain yg menang. khkahkahkah..

banod: kenapa tak 2 minggu jer pengsan? harus zz idol...
tiada beda dia masuk atau tidak..
kerna dia sudah menjadik juara dihati.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home