'kengkawan' kawen

Sabtu lepas berlangsung majlis perkahwinan timah ngan mat kat kampung timah, kedah sana. Aku sesungguhnya tidak dapat hadir ke majlis itu, kerna terlalu bz dan paling penting sabtu merupakan 'HARI AKU start DEMAM'. Cam mana nak g??? Tapi timah memahami kerna aku dah bagik tau awal2 yg aku kemungkinan besar tak dapat hadir, dan dia paham. Lagik pun dia buat kecik2 jer... Yang besar2an kata dia hanyalah photoshoot. kahkahkah.. (kengkawan mmg suka bergambar). Perkataan 'kengkawan' aku dan timah yg cipta, dan kami ber2 suka guna perkataan tue bila nak bergosip. Argggghhh aku windu saat naik bas ngan timah dr shah alam ke kl utk bekerja. Aku slalu g lepak umah shah alam. (time tue zaman kegemilangan aku bersama hatta dolmat ngan kengkawan yg lain). Walaupun masa itu dah berlalu, utk kenangan ianya tetap tersemat di ati.(nak jiwang jap!!)

Pengenalan aku ngan timah wujud masa aku mengenali hatta,wani semua. Rapat dan boleh ngam ngan timah sbb kami org 'UTARA'. So pakai glam2 , vouge segala cakap kuat2 bahasa utara, bangga gila!! kahkahkahkah.. Paling mustahak, aku ngan timah suka bergosip. Kuat gila gosip...(cam aku ngan dayanglah, tp ngan timah lagik kuat!!) semua cerita baik buruk, cantik hodoh, pandai bodo semua ada dalam gengaman. Aku bila dah kenal seseorang(wanitalah) mmg aku suka kongsi cerita2 peribadi aku yg mana teman istimewa pun tak tahu!! Tak percaya? maka percayalah skg. Setiap wanita yg singgah dlm hidup aku pasti ada kenangan yg sgt menyentuh jiwa raga. cam kenangan aku ngan epa(mana lah dia skg??), kenangan aku ngan mira( masih mencipta kenangan kerna kami masih rapat), kenangan bersama feena( sudah bahgia hendaknya), kenangan aku bersama dayang( jauhnya ko skg).. Semua wanita2 ini punya kenangan bersama aku, termasuklah timah.

Kenangan aku ngan timah paling syok ialah 'kunci jam hp,tito dalam bas, set time 15min, jaga2 dah sampai asia jaya'. serius mmg tak pernah terlepas dari asia jaya wlpun lena diulik mimpi dalam bas. Dan kini timah sudah menjadik milik orang. Aku harap timah bahgia + murah rezki + dapat anak banyak = happy family. Sesungguhnya jodoh timah ngan mat mmg dah ditentu tuhan. Liku2 mereka bercinta sangat boleh dibuat filem, tapi akhirnya ke jinjang pelamin jugak. Dan timah merupakan satu2 kwn wanita yg aku kenal kawen ngan bf dia yg bercinta bertahun2 lamanya. Kwn2 pompuan yg lain sesungguhnya cinta bagai nak gila, kawen ngan org lain. KONSEP sangat!!! huhuhu..


photo nie timah email kat aku..sentuhan edit khas utk dia.

Selepas nie mira pula akan menjadik milik orang. Dan kad2 kahwen dia aku dah mula edarkan. Aku jugak memerlukan pertolongan yana utk edarkan sbb dia slalu jumpa kwn2 aku yg jarang aku jumpa. Hid,cece,banod tggu kad jemputan kahwen mira dari yana k. Maksu dan dapat. Budak2 celcom cam paktam,fena,jack tunggu apex edarkan yer. Harap korang pegilah kenduri kahwen mira itu. Kampar, perak jer.(1 jam 1/2 sampai, jika kemut bawak keta 2 jam sampailah) aku seharusnya pergi, lagik awal dari korang . sebab besh frend kawen tue, harus kena tolong2 , buat pelamin, nak pakai inai gak,(tetap). Jumpa korang kat majlis itu nanti. wasalam.

* timah dah selesai. mira menyusul, selepas nie sapa??? Mangkuk ajaib kesayangan ku tolong telek, harap2 biarlah sahabat lelaki pulak yg kahwen!!!

3 Comments:

At June 17, 2009 at 4:36 AM , Blogger Achu said...

Selamat pengantin BARU untuk TIMAH & MAT. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu+cicit+segala (janji apy).. Yang geli ati last ucapan wan untuk melihat kwn2 laki plak kawin... ado ker?? sampai ke tua laa kalau nk tunggu... moga2 doa wan tue ada yang terbukak hati nk kawin.. kawin ker??? hahahahah... neway semoga perjalanan mira pulak berjalan lancar sampai ke hari persandingan.. amin...

 
At June 17, 2009 at 6:01 PM , Blogger wan khairy said...

ikutkan umur,
achu yg kena kahwen dulu...
aku mmg akan kahwen..
sapa x nak kahwen...
(jika ada jodoh)
so pas nie achu(muktamad!!)
kahkahkah...

yerr, majlis mira plak pas nie..

 
At June 21, 2009 at 3:49 AM , Blogger .::EdDy BaNoD::. said...

la..awat semua pakat kahwin..
erm..next mira..
aku je x de jodoh lg.heheee

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home