Ramadhan aku- Episode terakhir

Maksu adalah tetamu terakhir aku dalam jelajah 'Ramadhan aku' untuk tahun 2009 nie. Walaupun tinggal berbaki 2 hari kita berpuasa iaitu hari ini dan esok, tapi aku dah tahu dimana aku akan berada.. jom aku selesaikan jelajah ini untuk tatapan korang semua:

Episode 27: Semalam aku berbuka ngan achu di umah aku ler... juadah berbuka aku ialah, laksa dan nasi ayam. Dah nak penutup baru aku dpt mkn laksa.. kah3... Kempunan yer... so smlm aku belilah laksa.

Episode 28: Hari ini aku akan berbuka kat umah jugak bersama achu utk penghabisan kalinya... Kerna malam nie achu dah balik johor. So penutup ramadhan aku bersama achu akan berakhir malam ini. Terima kaseh diucapkan kepada achu kerna sepanjang jelajah ramadhan aku, hanya 2 kali jer kami tidak berbuka bersama... Hari laen semua bersama... Sempurna ramadhan aku kerna ada A&A. Walaupun ini ramadhan pertama aku idup solo, tapi ianya tidak seperti aku jangkakan... kerna ianya menjadik bertambah epy dan sentosa. Terima kaseh achu, terima kaseh jugak utk amal, kerna sentiasa ada utk aku. Tanpa korang musti ramadhan aku x ceria. Korang adalah tetamu VVIP yg paling besh dalam siri jelajah ' Ramadhan Aku' utk tahun ini.

Episode 29: Esok aku akan bergerak ke penang! yeahhhh.. maybe akan berbuka puasa kat sana. Klu jalan jem, maka nya kereta akan menjadi pot berbuka. Heheheh.. Esok tengah hari aku akan gerak pulang ke kampung bersama kakak dan anak buah aku. Dah 2 tahun tak balik, harapnya tahun nie terubat rindu... Sedeh tak beraya kat penang? gila x sedeh.. boleh basah baju pink aku nanti. wink.

Episode 30: ada ker? kah3... puasa tahun nie 29 hari jer ke? hurmmmm nerves nak tunggu pengumuman raya nanti.. klu kita x raya ahad, makanya kita akan berpuasa lagik ari ahad tue. Dan aku akan berpuasa kat penang sana. Tapi harapnya rayalah ahad tue,... Sebab akan tunggang langgang jadiknya cuti klu raya isnin. Aku rasa puasa tahun nie 29 ari jer... Dan kita akan beraya ari ahad!!!!! amin.


Aku tutup jelajah 'Ramadhan Aku' dengan sejuta satu kenangan yg sangat terindah. Sampai ke johor/singapore/mid valley/kg baru/ klcc/PV /Gombak aku menjelajah kali nie. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yg terlibat iaitu achu,amal,am,fify, banod,jack,ewan,sal, mama, ayah, adik2, kakak,shah,eyoi,mir,firdh,wan, phezz, mira, maksu, keluarga achu semuanya dan sesiapa yg tak tersebut namanya.... harap kita dapat jumpa utk puasa akan datang.. insyallah.... Sayang korang Semua.

Aku, Wan mohd khairy ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' Kepada semua kawan2 aku yang tercinta, Maaf zahir dan batin andai selama ini aku ada mengguris hati korang. Kadang kala aku terlepas pandang perasaan korang, maka nya aku memohon ampun dan maaf.
kepada frendz yg balik ke kampung, nasihat aku bawak keta elok2. Selamat pergi dan kembali ke kuala lumpur semula. Kepada frendz yg x dpt cuti raya, jgn risau.. raya ke2 aku sudah berada kat kl. Open house umah aku, insyallah akan berlangsung pada 10/10/2009. Maka nya aku akan update lagik tentang tarikh itu. Tapi aku dah cop tarikh itu. Jangan ada cita2 utk ambik tarikh itu. wink....

*Blog ini akan berehat semperna hari raya ini... Jumpa bila masa itu megizinkan. Kepada semua pemerhati blog ini.. selamat hari raya aku ucapkan... salam lebaran.

4 Comments:

At September 17, 2009 at 11:05 PM , Anonymous MaksuHakim said...

Terima Kaseh kepada wan sebab menjadikan maksu tetamu jemputan untuk jelajah Ramadhan wan.

"selamat Hari Raya jugak dr Maksu"

 
At September 17, 2009 at 11:47 PM , Blogger wan khairy said...

selamat hari raya jugak dr wan utk maksu sekeluarga!!

 
At September 18, 2009 at 10:04 AM , Blogger Louie Terbang Tinggi-Tinggi said...

selamat hari raya buat wan..:)

 
At September 18, 2009 at 9:01 PM , Blogger EdwarD FirdauS HaikaL said...

selamat Hari Raya...Maaf zahir batin...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home