Ramadhan aku

Episode 14 hingga 18

Aku bukan terlalu BZ untuk update blog nie, tapi masalah kesihatan 'Casper' yg kritikal menyebabkan aku x dapat nak update blog... Setelah 'Casper' pulih baru aku boleh bercerita segala aktiviti melalui blog nie. jom aku cerita serba sedikit tentang jelajah 'ramadhan aku' .

Episode 14: umah sajor..

Sepatutnya berbuka ngan phezz dan papa, tapi papa last minit cakap tak jadi.. sgt biadap, so abaikan jerlahh.. Aku berbuka kat umah bersama achu.menu hari tue x ingat..(boleh?) hahaha..

Episode 15: Nasi ayam sedap sg.wang

Kali nie menu nasi ayam jadik pilihan.. perghhh situ mmg sedap pun.. Phezz julung2 kalinya berbuka poser sekali ngan aku utk tahun nie. Atleast ada nama ko dlm senarai jelajah ramadhan aku. hehehhe. Seperti biasa A&A sentiasa menemani aku...

Kesedapan nasi ayam ini , menyebabkan aku memerlukan 'Nasi tambah'.

Episode 16: IKEA

Shopping lagik, barang umah jadi tumpuan utama. mmg konsep tahun nie umah aku jer yg raya sakan..

Achu dan amal ari tue sungguh gembira melihat aku shopping. korang tunggu ahad nie, giliran korang pulak shopping okey!! Aku bab2 hasutan dan godaan shopping memang kalah... huhu, dan mereka selagik boleh suruh aku beli itu dan ini.. haiyoo..

Ari tue kami berbuka kat ikano, Kluang station.. Buffet situ murah, RM11.90 sekepala. Kira berbaloi gaklah makanan yg ada kat situ.. kenyang!!!

Seperti biasa air bandung pasti menjadik pilihan kami semua klu berbuka poser kat luar.. Sebab tak tahan ngan warna dia yg cute tue. kahkahkah..


Makanan aku jgn cakaplah, selagik boleh pasti penoh.. Pastinya habis yer semua itu... Selepas berbuka kami bergerak pulak ke OU. Selagik ada duit, mmg kaki nie ligat berjalan. KONSEP sgt!!

Episode 17: umah achu

Aku berbuka sana dan membawa 'Casper' utk dipulihkan oleh doc fify.. akan tetapi 'Casper' aku memerlukan doc pakar, maka kwn fify si anis yg tolong betulkan... Yeahhh akhirnya pulih jugak casper aku.. Sampai pagik jugaklah menunggu.. selepas selesai semua itu kami g sahur kat BRJ, pekena nasi lemak.. And kesudahannya... aku sakit perot sampaiii pagik...

Episode 18: MC

Disebabkan sakit perot dan x cukup tito, maka aku memutuskan utk MC dan tito kat umah sampai petang.Pas bangun tito kul 1, aku kemas dapur dan g teman paktam shopping baju raya adik dia kat ampang park. Mlm tue aku berbuka ngan achu,shah dan eyoi kat umah... Selepas berbuka kami rancang nak g Jln TAR, yeahhh bole cari baju melayu aku.. Dan akhirnya jumpa jugak, wlpun mahal..aku tutup mata jer beli, sbb dah minat sgt warna baju tue ngan corak dia... hehehehe... Paling penting mlm tue jumpa ramai org.. hurmmm dunia nie kecik jer kan? Apa2 pun, yg pastinya mereka semua masih idup sihat dan sentosa. Alhamdulilah.

*Raya makin hampiri.... diri ini masih sendiri... apa2 pun aku epy kerna masih punya kwn sejati.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home