Teater NATRAH

Berkesempatan melihat pementasan Natrah adalah peluang yang x mungkin aku lepaskan. Menampilkan barisan pelakon yg hebat, pementasan Natrah pasti memberi kepuasan yg tak terhingga. Bersama Acu dan amal kami sungguh teruja melihat teater nie .... 8.30 malam teater pun start.... mari aku cerita serba sedikit tentang teater nie:

Sofea jane : memulakan cerita pengenalan tentang Natrah di usia 70. Sebutan,penghayatan, dialog sofea jane, perhhhhhh sgtlah lancar dan berkesan. Rasanya kemunculan dia sorang diri diatas pentas sudah cukup memenuhi ruang. Menjadi Natrah di usia 70, luahan kesedihan,kepayahan,kesengsaraan dia dapat dirasai.... Tahniah utk sofea jane, kerna penjiwaan dan penceritaannya membuatkan kita tak mungkin mau bangun dari tempat duduk.

Umi Aida : Menjadik che aminah iaitu ibu angkat yg menjaga natrah dan mendidik natrah menjadi islam. Melihat umi aida terbayang Embun. Semangat kak umi dalam cerita nie sebijik dalam cerita Embun. Cuma lainnya kali nie secara LIVE. Kak umi sememangnya pelakon Patriotik yg aku suka!!!! Gilerlah sgt berkesan, dari suaranya sudah menunjukkan setiap perasaan marah,suka atau sedih. aku suka kak umi membawa watak2 seperti nie. klu watak komedi, ermmmmm x sesuai.

Maya karin : Menjadik natrah dialam remaja .. Maya karin jugak tak menghampakan.. melihat dia diatas pentas mmg cam melihat seorang anak gadis belanda yg di melayukan. Pilihan pelakon yg betul. Kebolehan maya karin berlakon teater sgtlh bole dibanggakan....

Remy ishak : dia menjadik Mansor adabi... Wataknya x begitu banyak.. tp kehadirannya tetap dirasai.. suka time lagu hindustan di melayukan.. wa3.... beshlah.

Samantha Schubert: Perghhhh bagus!! berkesan!! part dia meluahkan perasaan bersama umi dan maya karin sgt besh!!! dia menjadik ibu kandung Natrah yg sebenarnya.

NATRAH: Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yg diserahkan oleh ibunya, Adeline kpd Che aminah utk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya sarja Adrianus Petrus Hertogh krn ditawan tentera jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dan dibesarkan dlm suasana dan pendidikan islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom. Dia balik ke bandung, jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, penasihat british di terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang sekolah perempuan melayu chukai. Che aminah membawa Natrah ke Singapore atas perancangan dan muslihat sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara che aminah dan ibubapa Natrah. Che aminah yg diwakili peguam bela en. Ahmad ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan dr York Hill. Kerana takut peristiwa berulang Natrah dikahwenkan dgn cikgu Mansor adabi secara nikah gantung di singapore. Natrah ketika itu berusia 13thn manakala mansor adabi 22thn. Dlm undang2 syariah islam,perempuan umur 13thn dibenarkan kahwen tetapi undang2 belanda, seorang anak yg berusia 16thn ke bwh, bapanya yg berhak tentukan kehidupan anaknya.

Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadiknya rusuhan di singapore.. Antara islam dan kristian? antara maruah? hak peribadi? Cinta? diceritakan dgn sgt berkesan....

Ingin tahu kesudahannya?? ikutilah teater ni... Natrah mati secara..... islam? kristian? korang gi la tengok k. Cerita diatas adalah ringkasan serba sedikit ttg Natrah.


Penghormatan utk semua yg terlibat. Tahniah juga kpd pengarah teater nie Eirma Fatimah.

* thx utk DK kerna menjemput saya dan melayan saya dengan begitu baik di IB. Saya melaporkan cari cannel V.

2 Comments:

At December 3, 2009 at 7:32 PM , Anonymous Anonymous said...

Nk trn kl g tgklah...

cm besh je en.wan.

Sofea jane ada???? wOOOO..

-krol-

 
At December 4, 2009 at 5:53 PM , Blogger wan khairy said...

yes, sofea jane ada.. pi la tgk. tak rugi kot. wink....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home