Terbaik/Terburuk 2009

Ramai yang nantikan penutup kisah lcw di tahun 2009. Inilah masanya ketahui top 5 terbaik/terburuk sepanjang tahun nie. Rasanya terbaik akan lebih banyak dr terburuk walau cam mana pun..... walaupun bagi aku tahun ini adalah tahun paling buruk dalam sejarah aku, tp sebenarnya terbaik itu tetap lebih menonjol. Mungkin sebabnya aku punya teman yg sentiasa temani aku time suka dan duka. Tahun 2009 merupakan tahun aku jalan2 sebenarnya, mmg byk giler berjln sana dan sini. Tahun paling banyak jugak aku menangis( hahahahah) Jom saksikan terbaik/terburuk 2009:

TERBAIK:


Jakarta/Bandung: Woooo menduduki tangga pertama dalam kenangan terbaik yg pernah aku perolehi dlm tahun 2009. Kenapa ya? Tak payah cerita kot, korang pasti dah tahu ceritanya. Terindah walaupun sementara, kerna sampai ke penghujung tahun, aku still ingat setiap detik aku disana, setiap percakapan aku disana, setiap gerak geri aku disana, masih terbayang sampai skg. Walaupun ianya sementara, ianya tetap indah.Bufday aku di sambut di jakarta bersama 2 org teman paling aku syg, A&A. (thx korang mmg best) Mempercayai sesuatu yg mustahil mmg gila, tp bila kita tetap percaya itu, seakan satu cabaran yg tiada kesudahannya, kerna kesudahan itu tetap seperti semua tahu. Tapi PUAS!!!! (try la..) Bercuti bersama teman tersayang achu dan amal, percutian ini diangkat antara kenangan terindah aku dlm kehidupan 2009. Mengenalinya bukan satu penyesalan tapi satu kenikmatan... TEED*.

Krabi/thailand: Tangga kedua diduduki oleh 'percutian' lagik... wawawawa... Sememangnya percutian akan aku ingat sbb ianya melibatkan 'duit yg byk' dan 'pic yg berlambak2' mau tak ingat!!! kah3. Pulau adalah percutian yg wajib setiap tahun aku/acu/amal akan lakukan. Tahun 2009 krabi-thailand adalah lokasinya. Bertemankan insan2 yg aku syg time 2, percutian krabi best giler.... Kami memenuhkan aktiviti sampai tito selagik bole x nak, walaupun mata dan muka cam ZOMBIE dah masing2. Penat giler dan Best giler.... Sekali lagik aku tetap bersama ngan achu dan amal. Sorang lagik kwn yg ikut adalah rifaiii.. kita harus bercuti bersama2 lagik.. sorang lagik adalah... alamak tak ingat namalah.. gelap sgt pic melompat kat atas tue, so tak cam la.. THX. Apa2 pun aku akan tetap ingat citi-pon dan room69. hahahahha. Bufday achu disambut kat sana.... hanya kami2 jer yg terlibat. Bufday 2010 tetap pulau tempat achu.

Bufday mama/aku: Tempat ke3 menjadik milik mama dan aku. Sebab yg terlibat adalah keluarga dan teman tersayang. Bufday mama berlangsung sederhana tapi meriah dan MERAH. Kami tak rancang pakai merah, tp sesampai umah, mmg semua merah, mmg sehati sejiwa. Aku masukkan sekali cerita bufday aku di kuala lumpur. Rancangnya tak nak buat, nak sambut kat jakarta je.. tp aku mempunyai kawan yg sgt baik dan membuatkan aku terharu2. Dimlm bufday aku, mereka kejutkan aku dgn kek yg first timenya bukan dari duit poket aku!!! Sgt terharu dengan itu. sbb aku setiap tahun akan buat bufday.. tapi tuk tahun nie, cam tak bermakna buat, cam sedeh2 je.. cam x ada mood je... so malaslah..... Tapi mereka membuatkan aku ceria. Disebabkan aku ceria dgn kejadian itu, dan hanya mereka je teringatkan nak buat kejutan, aku plan buat mjlis kecik2 tuk mereka di KTV ampang park. Bertemakan 'Hijau' majlis berjalan lancar dan kami sgt epy... Aku syg semuanya.... Klu ada rezki tahun 2010 aku akan buat balik bufday, klu x ada rezki, korang kejutkan lagik lah.. tp buat suprise yg lain.. jgn ketuk pintu rumah!! kahkahkahkah.. dah biasa...

Thx pada firdh/achu/ewan/jack/mira/kakak/tika/dan semuanya.....

inilah kek bufday aku tuk tahun 2009. thx firdh.

Singapore: Tempat ke 4 milik singapore. Time nie bulan puasa, tapi kami tetap gigih berjalan. Bulan puasa jugak diangkat antara yg terbaik dalam sejarah walapun aku idup sendirian, sahur sendirian, tapi time berbuka, woooo kena book dulu sayang!!! kah3. mmg penuh aktiviti puasa. Tetap bersama achu/amal puasa aku menjadik bermakna. Singapore owh singapore... kami berjln semangat nie, kalah org tak puasalah.. tapi percayalah kami puasa ye!!! shopping nya sikit, tengoknyer lebih. wa3. KONSEP!! Cerita pasal bulan puasa, tuk tahun nie, bole dikira brapa kali je berbuka kat umah, yg lebihnya semua kat luar.. perghhh best2..

Raya 2009: Bermakna sebab penang lokasinya. seronok sebab penang pilihannyer. Best sebab penang sememangnya meriah bila raya aidilfitri.... boleh makan macam2 dan raya bersama saudara yg kenal! Klu raya kat penang, kosongkan perot anda, kerna anda akan dihidangkan pelbagai jenis makanan, bukan sekadar ketupat dan lemang, ianya lebih dari itu. wa3. Sebab tu aku suka raya penang.. Dan di penang jugaklah aku bole melawat pusara bonda dan nenenda tercinta. Kerna tujuaan utama aku adalah itu berbanding yg lain. Kehilangan org yg aku cintai, terasa amat tuk tahun 2009. banyak giler aku hilang dan tangisi.... tapi ianya takdir. Penang adalah negeri dimana aku membesar, Saudara mara jugak banyaknya tinggal disana. Aku pulang bersama kakak dan haris je.. walaupun ber3 terasa penuh kereta, kerna kami suka bergosip! lalalala.... Balik kl, open house LCW pulak agendanya. termasuk dlm mood raya, open house aku jugak antara yg terbaik tuk kali ini. Kerna tahun nie ramai giler yg datang, kebanyakkannya semua rapat!!! Yang penting dtg bertema dan sekeluarga!! Setiap tahun open house aku pasti meriah dan ramai yg akan dtg bwk kamera masing2, sbb kat sini jer pot utk pose beramai2 dan pot tuk kwn2 berjumpa kwn2 yg lain. Serius, mmg itulah bestnya open house wan khairy. tak percaya? tanyalah yg mana hadir.. thx.

pink/purple adalah tema open house 2009.

Melihat 5 senarai terbaik diatas pasti korang teruja tuk melihat yg terburuk pulak kan? hurmmm dah agak pun!! Sebenarnya banyak lagik yg terbaik , seperti show rnp 2009, party aids sedunia, party sosial ( tipa2 minggu, haha), teater natrah/cuci,bufday kakak, photoshoot 'terengganu',photoshoot raya, photoshoot NAZ model, party halloween night.. tp top 5 adalah yg atas tue.'Terburuk' tuk tahun 2009 jugak yg paling hebat pernah aku dapat. Serius kesedihannya berganda2. Kebanyakkannya melibatkan 'kehilangan' mari saksikan 5 terburuk 2009:


Kehilangan nenenda: Antara yg mengganggu aku sampai sekarang. Aku seringkali teringatkan dia. aku nie jenis, bila dh ingat org tue akan membawa kpd mimpi yg bukan2. Setiap hari jugak aku mimpikan dia. Dia sering hadir dalam mimpi ku... kadang2 ianya mampu buat aku titiskan air mata bila bangun tido. Aku terlalu sayangkan dia. kerna dari kecil dialah yg membesarkan aku. Aku tak punya sesiapa berbanding dia. bagi aku dialah ayah dan ibu. Aku tak pernah dapat kasih sayang dari ibubapa, so aku tahu bagaimana tuk aku tempuhi tanpa dia. Walaupun aku masih punya ibubapa. Hubungan ku x serapat dgn hubungan dgn tok/. Memang aku ni cucu tok paling dia sayang. Semua org jeles dgn itu.... tok ramai cucu... tapi cucu paling syg rasanya aku. Kerna dgn aku dia boleh luahkan semuanya. Akukan jenis pendengar yg setia. Aku bukan hanya pendengar yg setia tuk kwn2 je.... Sampaikan satu hari, terdetik dihati, aku akan pergi menemui tok tak lama lagik... itulah yg selalu aku cakap kat kwn baik aku' paktam a.k.a romeo' dia tahu cam mana baiknya aku dgn tok. Acap kali aku sendirian, wajah tok akan sentiasa dtg, kadang2 mungkin itu sebabnya kenapa aku masih sendiri skg, mungkin aku akan menemuinya tak lama lagik. Mungkinnnn... Itulh benda pertama yg aku tangisi dan simpan dalam hati. Aku doakan dia ditempatkan bersama ibuku dialam syurga sana. Aku akan kenang segala jasanya kpd ku, pengorbanannya kpd aku... dan segala-galanya... aku tak akan lupa.

Kehilangan cinta: Hurmmm bencana bagi aku!!! aku tak suka hidup sendiri, walaupun best sebenarnya. Tapi aku tak perlukan itu. Kehilangan cinta yg tak reti berterima kasih membuatkan hati aku hancur tuk kenali cinta. Aku bukan mengharapkan pembalasan yg menggunung darinya, sekadar berterima kasih saja di minta. Tapi???? SMS je!!!!! Cinta itu mmg membunuh ku. Segala yg diberi tak berbaloi-baloi jika difikirkan kembali. Kerna bersama dia aku berikan semuanya.... Tak pernah aku korban kan sebegitu.... hurmmm apa bole aku katakan ianya mungkin stau pengajaran kpd aku dan semua. Aku kecewa dengan cinta lepas. Cinta lepas adalah cinta paling buruk pernah aku dapat!!!! aku tak nak bercinta walaupun aku sgt perlukan cinta.. apa2 pun no2 terburuk dlm 2009 adalah dia . Dia terlalu mengecewakan aku ;-(

Kehilanagan teman: Cerita pasal teman, hurmmmm panas!!! hahahha... duduk dlm terburuk sbb aku kehilangan korang, so jgn berbangga dgn itu. 3 org kwn baik aku pergi jauh... sorang penang, sorang johor, sorang lagik setiawangsa je.( itu paling jauh!!!!!) Yang penang korang musti tahu siapa... aku rindu ko opah... hukhukhuk... ko balik la dok sini. Jgn g jauh2, cian aku. Yang dijohor, maksu wan rindu tarian perot maksu. Catwalk maksu. owh tidak!!!! Sorang lagik, fenna. dia nie kes dia pelik sikit, dia dah buat pilihan, mungkinnya bersama kami nie masa depan dia kelam! itu yg aku dengar.. so dia pilih tuk mencari masa depan yg terjamin. Doa aku ialah moga2 sukses lah pilihan mu itu. Amien. Serius kehilangan teman bukan sesuatu yg aku suka. tetambah teman rapat.. Tapi aku percaya, dayang dan maksu akan dtg kl dan lepak2 ngan aku... Yang sorang lagik tue, aku x pasti.. jika jumpa tegur 'hye' je.. klu tak jumpa x adalh jawabnyer.Tapi bila bertembung atau terlihat gambarnya, aku jadik sedih lorh.. serius aku sedih!!!!! Tapi bila dipikirkan balik, buat apa tuk sedih dgn kegembiraan org? Doakan aja yg terbaik.. Sememangnya yg terbaik itulh yg aku doakan, kadang2 kita tak tahu apa yg teman kita cari, tp bila kita lihat teman kita itu bahgia ngan caranya.. buat apa kita nak merosakkan... lg pula bukan jenis aku tuk merosakkan hubungan teman baik aku.. aku senang melihat semuanya epy . Mudah2an jln yg di pilih itu benar dan bahgia. Amien.

Kepayahan cinta: Serius buruk gila. Jika dulu senang giler dpt apa yg aku nak,skg nie cam susah teramat. Dengan memilihnya, dengan takutnya.... membuatkan cinta itu bukan kepunyaan ku tuk tahun 2009. 6bulan bukan satu masa yg singkat bagi insan yg bernama wan khairy. Panjang giler tue. Dulu 2 minggu sudah temu cinta. sekarang hambek ko!!!! pilih la lagik... Kadang2 aku tak memilih, tapi hati ku bukan kepunyaan mereka, so tak kan aku nak menipu itu! Aku tak reti berkata Tidak. Tapi aku pandai mengelak. Bila aku dh mengelak itu, itu tandanya tidaklh. Aku tak suka hati org sakit seperti hati aku sakit. 2009 mmg menyakitkan hati!!! Bila menemui insan yg mampu buatkan hati nie sejuk, dia pulak bikin syaitan!!! Itu menaikan kemarahan. Membuatkan aku jemu dan putus asa tuk menakluki cinta. Membuang masa memburu cinta, sbb kadang2 tue mengambil masa yg lama, pastu berlalu cam tue je.. merugikan masa yg ada!!! mmg &*^% sgt. Skg aku hanya menunggu cinta itu dtg melamar aku pada 1/1/2010 (mampos berangan mmg tak lah, kah3) Walaupun itu adalah angan2 yg mustahil, tp aku tetap mengharapkannya. Best lorh menyahut cabaran. Tapi serius kepayahan cinta tuk 2009 adalah yg terburuk dlm sejarah cinta 'wan khairy'.

Aku hanya ada 4 je keburukan tahun 2009. Tak perlu nak senaraikan lebih2.. dah tak tertahan sebak ni. wawawa.. Apa yg aku harapkan 2010 yg bakal tiba nanti memberi aku semangat baru, kelahiran baru, keseronokan baru, cerita yg baru dalam hidup aku. Terima kasih tak terhingga aku kepada achu dan amal yg sentiasa bersama aku susah dan senang! Mereka ber2 banyak membantu aku time aku sunyi.... merekalh yg selalu teman aku mkn malam. Mereka jugaklah yg selalu nasihatkan aku, bila aku tak dapat kawal emosi. Emosi aku sering terganggu dlm tahun 2009, tapi adanya sahabat begini.. ianya bole melegakan. Susah mencari sahabat sebaik mereka. Mungkin kami dah kenal lama, harapnya persahabatan ini akan terus berkekalan .. Kepada teman yg lain seperti pheez ( org yg aku syg jugak, sbb dia jugak byk membantu ku dan menceriakan ku), mira( best frendz forever!!), firdh, paktam, ursha, kwn2 fb yg baru dan semualah yg tak tersebut namanya... terima kasih kerna menglengkapkan hari2 ku yg sunyi dan sepi. Aku sememangnya kaya ngan teman yg baik2 seperti kalian semua. Harapnya 2010, akan menambah kekayaan aku mengumpul teman2 yg baik. Mengharapkan yg terburuk tuk tahun 2009 akan menjadik terbaik di tahun 2010. Amin.

*Azam 2010 paling utama ialah... korang tahu apa yg aku pikirkan. (wink) LCW jugak ingin mengucupakan 'Epy New Year 2010' kepada semua pembaca tegar blog nie.

9 Comments:

At December 29, 2009 at 6:49 PM , Anonymous Aimie said...

Nice Story + nice blog wan.

Suka atau duka itu perjalanan kita dalam kehidupan. Pastinya yg bagus itu akan dtg nanti.

suka pic/cerita dlm blog ni.
cerita yg jelas.

 
At December 29, 2009 at 7:19 PM , Anonymous El sara said...

Sedih membaca penulisan adik aku sorang niE. SabaR ye Syg.. 2010 pasti menCeriakan kamu. Akak mu nie pun sedeh jugak di tahun 2009. LAgik sedih sbb i X punya kwn2 seperti Ko.

Selamat Tahun Baru 2010.

 
At December 29, 2009 at 8:01 PM , Blogger wan khairy said...

Aimie- TQ!

El sara- hukhukhuk.. at least skg ko dh bahgia kan? dh jumpa kan? oklh tue.. Epy new year tuk kamu jugak. Dimanakah mlm itu? adakah the ship? wawawa.....

 
At December 30, 2009 at 10:05 PM , Blogger EdwarD FirdauS HaikaL said...

the best ending entry for 2009....
cerita sgt padat...best baca....tetiba sebak pulak ya...hope wan terus tabah...

yang penting plis plis plis...
jangan potong rambut(apa kena mengena ngan entry nie kan)...
because i'm the fan of ur hair...hahahahah...really adore it...

so, go wan for 2010...fird akan doakan wan terus sukses dalm semuanya k...amin...

 
At December 30, 2009 at 11:12 PM , Blogger wan khairy said...

thx firdh.
utk kamu jugak....
harapnya 2010 yg akan tiba nie memberi kegembiraan yg lebih dr 2009. samalh2 kita epy di tahun 2010. insyallah. amin.

 
At January 1, 2010 at 2:34 AM , Blogger Achu said...

berakhir la 2009, Achu bersyukur dkurniakan wan sebagai kwn baik.. Suka,gumbira,sedih, manja, sunyi msti bersama LCW.. Achu tidak pernah memiliki kawan yg sentiasa bersama slalu.. Kita boleh merancang untk kenangan manis but kenangan pahit tidak ye.. tiada siapa yg inginkan knangan pahit.. tue semua dugaan hidup. hanya kita saja dpt mengawalnya.. neway selamat menyambut tahun baru 2010. dharap supaya tiada kenangan2 pahit utk 2010.. achu doakan smoga wan sukses & mendapat cinta baru d 2010... luv u always..

 
At January 2, 2010 at 5:30 AM , Blogger wan khairy said...

Adeeeeh kamu buatkan aku hepy dlm sedeh. wan pun beruntung punya teman seperti kamu achu. thx sbb sentiasa memberi nasihat itu dan ini... tak ada sorang yg minta pahit itu terjadik... tp terjadiknya pahit sbb x cukup gula. wawawa... mari kita cipta yg manis2 di 2010.

 
At January 4, 2010 at 1:27 AM , Anonymous MaksuHakim said...

Terima kasey kerana maksu tersenarai diantara teman yg terbaik disisi wan. Walaupun pun bukan lah Top 10 yg terbaik tp berada di sudut sisip teman baik wan sudah memadai.Alhamdulillah.
Insya ALLAh kalau maksu turun of cors maksu akan ber cha cha dgn wan...Siapa lagi kan?

 
At January 4, 2010 at 11:08 PM , Blogger wan khairy said...

bila melihat kenangan 2009, kelakar pulak sbb 2010 semuanya berubah.. yg terbaik tahun lepas, menjadik terburuk tahun nie.. Apakah petanda ni? harapnya yg duduk terburuk 2009, akan menjadik terbaik.. kerna benda terbaik 2009 dah menjadik terburuk dan benda terburuk 2009, masih terburuk 2010. So harap berubahlah.

maksu tetap terbaik..
fird terima kasih kerna hadir sbg teman yg baik.

tak sempat nak cipta kenangan manis bersama A--. Hurmmmm;-(

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home