cerita minggu ini indah....
Posted on
Sunday, January 24, 2010
by wan khairy
Hari jumaat seperti baisa aku kuar riadah bersama amal. Mlm tue ramai ada..naz,syful,syed,shanaz dan lelain... Malam itu tak berapa nak bgus bagik aku. Aku terlalu emo dgn diri aku.. Tapi aku tetap ceria dihadapan kawan-kawan. Malam itu aku tak ingin pandang wajah dia... aku merasakan ada yg tak kena pada malam itu. Aku kadang2 terbawak2 dgn masalah yg aku suka pikir. Tapi benda yg aku suka pikir itu selalunya benar. Sbb itu aku emo. Hurmmmm selepas kejadian itu, keesokkannya aku sedar yg emo aku itu tak membawa kepada suatu perjalanan yg baik. Demi mencari jalan yg lain, aku mengalah ngan emo aku, lantas terus aku msg meminta maaf pada dia. Ternyata dia jugak takut ngan aku pd malam itu. huhuhu.. baran aku pada dia, dia nampak la pulak! hahahhah( selit sedikit lucu. ker?) So hari ke2, ianya pembetulan pada hari jumaat.. sabtu berjalan dlm keadaan indah. Kami g karaoke di KTV ampang park! Ada syed,amal,dia (isi sendiri),mira,adik aku tika dan marul. Kami karok sepuas2nya. Sedapnya suara dia.. Seperti biasa aku tak terkejut dgn itu sbb aku mmg pernah melihat dia menyanyi dan tahu dia mampu. Pas karok kami lepak pelitan jap, makan2. Pas tue dia anta aku pulang..... Dalam keta dia perdengarkan lagu 'Pawana' single terbaru dari artis kesayangan aku dan jugak dia. Ziana Zain. Owh sgt malatop lagu itu. Vokal ziana mmg x ada dalam malaysia nie. Hurmmm ternyata lagu pawana itu indah........ 'terkadang.......' (tradmark lagu tue)

Malam tue pulak kami g riadah lagik... Kali ini kesilapan di hari jumaat dibetulkan sebaik mungkin oleh aku. hahahaha. Amal tetap beremosi dlm tue.. tapi emosi bukan kes cinta dia yg lepas, tapi emosi sbb ramai sgt yg suka dia ada pada mlm tue.wawawawa.... jenuh!!! Aku seperti biasa terlalu epy malam tue. Thx syed sobri kerna dtg ambik kami dan anta kami pulang!! besh sgt sbb kali pertama dia join kami satu hari.. Nanti kita cipta kenangan ini lagik ya? Kepada dia pulak, tak tergambarlah nak terima kasih cam ner kan.... Harapnya ianya satu permulaan, bukan sekadar persinggahan.

Hari ahad aku lepak bersama amal,shah,pheez dan seisi rumah amal. Lama aku tak naik umah tue... hurmmm banyak giler tak terjaga dlm tue.. mungkin sbb bukan barang2 mereka, tp sayangnyer pokok2 mati kering.. ikan2 gapy menunggu waktu berenang tanpa air. Aku hanya mampu gelengkan kepala. Kami g main bowl. Lama giler tak main, tapi masih mampu juara. Wahh juara kebetulan je tue. paling menarik perhatian pada hari itu ialah 'KERETA BERHIAS' yg ada kat apt mawar sari. Kelakar giler.....

*agaknya keindahan minggu lepas akan berulang pada minggu ini? NERVES!
posted by wan khairy @ 5:40 PM
5 Comments
5 Comments:
Ciom sapa?!?!
teruja pasal 'dia' dari pasal kereta berhias tu.
Seronok melihat LCW kembali ceria diblog!
semuanya sbb rambut pendek hanq la kan? baguih2.
-krol-
'dia' pandai menyanyi?erm adakah?
krol- ko mmg sebok! hahaha.. adalah u.. kami masih berkwn.
ada jodoh akan diperkenalkan, x ada jodoh akan senyap je. wa3. statment artis.
maksu- dia artis! pommm tembak diri lagik skali guna jari.
'dia' ada ke masa malam tahun baru kat LQ?wah konsep terjah terus!!
Ermmm ada ker? hurmmmm tak ingat psal tahun baru maksu....cam kurang enak pasal tahun baru tue rasanya 'dia'ada tak? wan ada kenal kan ke? hurmmm..wa3.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home