PUAS!!

Jumaat/sabtu merupakan hari tuk semuanya melihat rambut baru aku! Rata-rata terkejut dengan keputusan memendekkan rambut kesayangan aku tu. Tapi tahukah anda semuanya jugak turut suka dgn penampilan itu? Aku merasakan cam org baru, sbb ada yg tetiba tak kenal, tetiba cam taste, tetiba senyum, tetiba tegur, tetiba call, tetiba msg, tetiba......... hahahaha.. Serius sgt lain pada minggu itu... aku merasakan sejuk je.. tak panas lagik.. kah3... Ermmm ada jugak tidak setuju aku potong rambut, tp apo nak buat dah potong!! Sampai kakak KTV tue cakap ' Alaaaaaaaaa knp potong rambut? tapi tetap ensem rambut pendek'. sib baik tak pengsan aku!!(wawawawa, janji rambut pendek pun dia still kenal aku) Riadah pada minggu ini adalah yg terbaik tuk idup aku, kerna bersama dgn mereka2 bersifat jujur dan ikhlas. Aku nak epykan amal sebenarnya minggu nie, tapi aku pulak yang hepy(alamakkkk!! kahkahkah, skali skala kan) Jumaat punya acara, perghhhhh sampai skg masih ada bukti itu( TEED*) sabtu pulak, WOW!!! sgt menarik, masing2 memainkan peranan dengan baik.. Amal di kerumuni dgn wajah2 yg tiada bandingannya, malah lebih sesuai dr sebelom nie... Seronok tgk amal dpt sembang2 ngan org baru. Bagus tuk diri dia.. harap dengan itu cerialah idupnya... aku,pheez,shanaz dan lelain seperti biasa nari2 sambil............(isilah sendiri). Sgt banyak ye amal berkempen mencegah kejahatan, yg jadik mangsa ialah aku.. kahkahkahkah...

Esoknya aktiviti karaoke bersama frends. Yang terlibat kali ini paling ramai rasanya yg pernah kami buat, amal,pheez,mira,rino and the geng, jack,ewan dan aku telah buat satu konset TRIBUTE . Pentingnya semuanya bersatu menjayakan konset itu dengan rangkaian lagu-lagu yg sgt kena dengannya. Paling syok versi rino menyanyikan lagu 'Anggapan mu by ziana zain' Haiyoooo versi dia sgt tidak boleh blah.... best!!! Nanti kita plan g lagik rino.. ada geng baru tuk karok, best la... Selepas selesai karok kami bergegas pulang tuk nengok AJL24.....

Sempat shopping sebelom AJL24 berlangsung!!!! bab-bab shopping mmg sempat je.. wawawa.. Secara keseluruhan comment aku tentang AJL 24 ialah BANYAKNYER GIMIK. Berlawan-lawan masing2, sampai serabut pentas pun ada... hurmm jom tgk aku comment sikit tentang lagu-lagu bertanding semalam:

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

Ulasan aku: Besh!! persembahan yg bersahaja... tapi yg melompat2 kat bwh tue, x ada pun ok!! thx.

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

Ulasan aku: Alamak, aku terpaksa suka dgn persembahan alyah nie. Best!! Ending dia Wow... clap-clap...... cuma rambut tue, cam nampak tua di wajah dia.

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

Ulasan aku: Ermmmmm biasa! tak ingat apa-apa...

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

Ulasan aku: Aku suka giler lagu nie. Tapi aku tak suka imej akim, ini bukan pertandingan nanyi sekolah2 menengah.. Prop OVER!! Persembahan dia nampak budak-budak.. huk3.. tak suka. Tapi vokal sedap!

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

Ulasan aku: Persembahan dari bilik make up sambil nanyi, mmg hebat!!! teringat ziana zain nanyi lagu keabadian cinta dari luar naik tangga, meremang.. kali nie black plak buat! And menang vokal terbaik, hurmmm oklh. Tapi aku lebih suka aizat menang! Tapi vokal black mmg tak bole dinafikan..... pecah anak tekak klu nanyi cam black ni.

06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

Ulasan aku: Aku suka part mula-mula tue.. haiyooo sedap!!! Yuna punya vokal mmg siot jer, bersahaja dan lunak! Aku suka fesyen yuna di AJL, cute dan warna warni. Memenangi tempat kedua, yuna bole pulang dgn puas.

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

Ulasan aku: Haiyoo drama? perlu ke? ermmm semakin over ajl kali ni. Wawawawa... Apa2 pun persembahan tomok tak menghampakan, cuma aku tak suka over dipermulaan tu.

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

Ulasan aku: Terlalu Britney!!!! Stacy mmg menggunakan kaedah PAKAI BUANG. Dia PAKAI britney punya persembahan, dan BUANG idea sendiri. Sgt kecewa dengan stacy tuk AJL kali nie. Hurmmmmmm!!!

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

Ulasan aku: Cool/fresh/konset... layak menang persembahan terbaik!! aizat buktikan dia seorang penyanyi yg serba boleh.

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

Ulasan aku: Terbaik/simple/nice/cool/harmoni.... Tak serabut cam persembahan2 yg lain, Aizat muncul dgn kelainan dan konsep 1malaysia. Wow vokal pompuan india tue SEDAP!! aaaaa..aaaaa...aaaaa Serius persembahan yg beginilah lebih nampak PRO dari persembahan prop yg melampau. Tahniah Aizat kerna lagu nie menjadik juara di AJL24.

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

Ulasan aku: Ermmmmm entah, aku tak berkenan sgt!! hahaha.. bye.

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

Ulasan aku: MJ ke? ehhh bukan FT la. suka lagu nie, suka faizal yg menyanyikan nya, dan suka faizal menang tempat ke3. tahniah.

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

Ulasan aku: Aku sgtlah suka lagu nie, ingatkan ada kemenangan pada lagu nie, tapi tak der rezeki misha. Tapi kan, aku tak suka baju misha!!! BURUK/KETAT/SELIMUT/AZAB. Kesian aku tgk misha berjalan, cam suster ngesot dah!!! Apa2 pun vokal misha.... clap3. Hebat!

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Ulasan aku: Ehhh ada erk dia di AJL? tak perasan la..... sorry. maybe aku ke toilet kot time tue.

Kesimpulan aku : AJL24 hebat, prop mantop, tapi gimik OVER.( mungkin sbb banyaknya penyanyi2 yg first time masuk AJL, so nak tinggalkan impact dlm persembahan) Pasangan pengacara Besh. Suka bab-bab gaduh/kias/perli tue... cool!! Keputusan tak menghampakan, aku setuju 95%. Tapi tahun lepas punya AJL lagik kemas, idak ler tergendala kan!! wawawawa..

*Buzday party pertama tuk tahun 2010, akan berlangsung jumaat ni....

3 Comments:

At January 10, 2010 at 9:12 PM , Anonymous Anonymous said...

Woooo... tang putih* tue tak tahan.

ko mmg pandai m'cari Tradmark/identiti tuk diri ko wan.

Cayalah beb. sgt Jantan bila berambut pendek. Ensem.

Akhirnya dpt gk tgk ya. Tak menyesallh ko pendekkan, sbb sgt sesuai.

Aku pn x suka imej akim.Seram!

-krol-

 
At January 11, 2010 at 5:29 PM , Blogger wan khairy said...

hahahahahahhaha...
biasalah tu. makasih yer.
;-)

 
At January 12, 2010 at 6:29 PM , Anonymous MaksuHakim said...

Happy birthday in advance wan....Maksu tak dpt join rasanya walaupun dijemput..tapi nanti sms alamat rumah wan atau alamat tempat keje wan..maksu akan poskan hadiah ye...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home