kata orang.....

Cerita kali nie tak ada kena mengena ngan aktiviti aku yg sesungguhnya sgt penoh. Cerita nie dah lama nak postkan tapi casper sakit, terpaksa tggu kehadiran caspian baru boleh buat. Hidup kat dunia nie tak terlepas kita dari mendengar kata orang.. 'kata orang tua-tua, kata pepatah, kata itu, kata ini, kata by hazami' hahahha... bercerita pasal 'kata orang' itu merupakan cerita yg bukan dari kita, tapi diandai oleh orang tentang kita... walaupun ianya tak betul 100%, tp penilaian itu ada samanya... Ianya mungkin disebabkan kelakuan kita yg mereka nampak secara kasarnya. Hakikat 'kata orang' jugak boleh disalah ertikan jika niatnya tak baik... Klu ianya baik, 'kata org' ini akan menyenangkan kedua-dua belah pihak. Hari ini aku nak cerita tentang 'kata orang' kat diri aku sendiri.... jika ada yang salah aku betulkan, klu ada yg terasa, ada aku kesah? tapi aku akan pastikan x ada yg terasa..sbb ini bukan gosip k... ini adalah cerita 'kata orangggg..'

KATA ORANG aku pas mkn pasti cari toilet : Haha, itulah rahsia kurus ku! kah3. Sebenarnya benda nie rasanya dtg dr ayah aku kot.. aku tgk dia pas mkn, pasti cari toilet selepas itu.. so aku mewarisinya.. hahahahahah... sebab itu aku jarang mkn klu berada kat shopping kompleks kecuali betul2 lapar..selagik boleh aku tahan makan, tak pun pastikan sebelom keluar umah umah selesaikan apa yg patut di dalam toilet. aku x suka masuk toilet Awam. Selagik terdaya tak nak lah masukkkkk!!!! Aku suka beraksi manja kat toilet dirumah je. bukan berangan bagus, tapi aku tak suka.. nak cakap pe lagik. Tapi klu dh terdesak tahap tak boleh menahan punyer, pijamkan mata, bernafas melalui mulut..

KATA ORANG aku nie boros: Perlu ke boros? sejujurnya akulah penabung paling berjaya dalam group kwn-kwn aku. tak percaya jom kita periksa acc. bank kita, tgk siapa yg kuat menabung! hehehe.. mungkin nampak boros jer kot, sbb aku suka kuar jalan-jalan yg melibatkan duit. Tapi percayalah aku x boros.... kadang2 cam sedih bila tgk duit itu dikeluarkan dan diberikan kepada tempat2 yg bukan-bukan.. sib baik zaman skg nie ada debit card, so swipe jer.. tak der la nampak duit itu, walaupunnnnnn....

KATA OARANG aku nie kuat tido: haaaaaa, ini org tak kata pun aku sendiri bagik tau, yes, aku memang kuat tido... tetambah pas makan, pasti cam lemau nak tido. Tabiat tito nie dah dipupuk dr kecik lagik.. kul 9 dah tido (baiknyer dia) kecuali hari minggu lah, mmg aku berjaga malam, tido siang.. bukan slalu.. tapi tetap tido yg penting!!! aku buat blog nie pun tito bangun, tito bangun.. sbb ngantuk dan kl hujan plak, so dia sejuk cam mana entah. Klu kat opis, aku pasti akan tito sekurang2nya 2 jam.. hahahahahah.. gila x ada keja kan, tp klu ada keja, sejam pun jadiklah. (yg penting nak jugak tito nie) walaupun ianya tito2 ayam, kadang2 aku mimpi gak k..

KATA ORANG aku nie pemalas bwk keta: Aku bukan malas, cuma tak rajin jer sikit. Serius aku hanya rajin bwk keta time nak g keja, balik keja, ke wangsa walk. itu jer. Tue pun klu boleh nak lrt depan umah, mmg park keta sampai bersawang! kah3. Entahlah, bukan nak berlagak bos, atau kedekut minyak,byr parking segala, tp aku mmg x berkenan bwk keta... klu guna keta aku tuk kuar jln2 pun, klu ada yg mampo bwk keta manual aku tue, haruslah aku akan suruh bawak (sambil terbayangkan wajah pheez). Benda nie kwn2 baik aku dah masak sgt... Cuba korang ajak aku kuar, dan cakap 'wan kita jumpa kat sana k..' mmg aku ckp, 'sorry la, aku tak sihatlah dan mcm2 alasan yg lain'. tapi cuba klu korang ckp'wan siap, nak kuar nie...5 minit kami sampai' mmg laju jer aku cakap 'ok, dh siap pun!!' kah3. Klu bercinta pun sama, mmg malas la bercinta ngan org yg kita kena g ambik, mmg konsep dia reject je walaupun muka HOT! maaf sbb saya mmg tak suka bwk keta. Bila la aku nak jadik seperti kwn2 aku yg lain, yg mmg suka bwk keta. Aku lagiklah x akan bwk keta bila mlm... Sbb bila mlm aku x nampak.Tapi bila ada sebab yg kukuh, aku akan bawak keta walau kemna sekali pun....(gitulahhhh)

KATA ORANG aku kaki shopping: Nie satu lagik, org tak kata pun aku nak bagik tahu, yes memang pun! selagik terdaya! Benda nie bukan hobi tau, tapi dah jadik kemestian kot! Aku pun tak tahu cam mana nak elak atau kurangkan benda nie. Klu kuar jln jer, mata nie jeling jer kedai 2 yg menarik, jgn di ajak masuk... kang kuar dgn paper beg. hahahaha... kadang2 tak dijak pun, mmg aku sendiri yg masuk. Tapi bila dah azam tak nak masuk( erti kata lain, x nak shopping la) pasti ada je yg menghasut masuk, aku sejujurnya kalah bab shopping. Setiap minggu ada je nak beli jadikkan koleksi.... hurmmm tetambah bila g club. selagik tak baru, gelisah cam mana entah. kah3, takut org mengata eeeiiiii pakai uniform sgt! sbb tue kena beli yg baru dan lain dr minggu lepas.. nampak sgt suka ke club. org jugak kaata aKu nie kaki club, biarlah nak jadik kaki club ke, kaki meja ke, kaki lima ke, selagik tak mintak pinjam guna kaki ko apo ko nak sibuk?? kannn... wink* tapi skg aku dh kurangkan shopping sbb dah beli 'caspian' dan nak kumpul duit g bercuti. Ini azam minggu nie ye, masuk minggu depan, pasti aku dh lupa azam ni kan? teed*.

Baru hari nie kl sejuk, sebelom nie panas ya rabbi... air con 24jam... dirumah, diopis, pastikan terpasang itu semua.. klu tak jenuh dok bogelllll jer. apa yg aku cerita kat atas tue apa yg orang katalah..... sejujurnya kita tak boleh menutup mulut orang tuk berkata kan, sbb dh mmg cam tue fungsi mulut! terima jerlh.. tpi klu benda itu buruk dan tak betul, mmg menempah mala petaka la mulut org tue... tapi setakAt ini alhamdulilah tak ada pun mulut2 jahat berckp ttg aku. klu ada pun mulut2 nakal je.... kena sepak sekali, senyaplah tue... Ehhhh byk lagiki cerita 'kata orang' akan keluar... ini baru antaranya... maybe aku aka jadikkan satu rancangan bersiri kat blog ni.

* itu semua kata org, tak nak tahu ke 'kata aku' kat korang?

8 Comments:

At February 21, 2010 at 6:32 PM , Anonymous Aman said...

kelakar ngok! paling tak tahan pic2 tue. siot je, mmg mengukuhkan cerita kau ni.

 
At February 21, 2010 at 10:18 PM , Blogger wan khairy said...

hahahahha.... biasalah pic2 itu mewakili sifat yg dimiliki.

 
At February 22, 2010 at 2:08 AM , Blogger FirstCallDayang said...

ermmm kat orang ko mals bawa keta..aku tunggu nak komen statement ni...hehehhehehe tapi.. (isi temapat kosong k)...hahhaha terbalas...
dan aku tahu ko rajin bawak keta waktu malam bila ko nak maner..ermm (isi tempat kosong sendiri gak) hehhehe kerna hanya orang yang rapat je tahu ko tak leh idup tanpa agenda di mlm minggu..senaman katanyer..wink*

 
At February 22, 2010 at 2:29 AM , Anonymous joey said...

hmm...i dont know much about you..

base on your written anecdote here, you seem a nice guy and happy2 always

tapi, muka awak nampak sombong sikit la..hahahaha...maybe sebab tak kenal kan :)

 
At February 22, 2010 at 5:12 AM , Blogger FirstCallDayang said...

dia ni sopan santun, lembat lembut (oppsss koma sekejap)..hehehhe walaupun nampak garang tapi hati dia baik..
wink*
sayang ko..

 
At February 22, 2010 at 5:16 AM , Anonymous joey said...

ha'ah ler..

memang nampak sikit garang.. ops.haha

 
At February 22, 2010 at 6:41 PM , Blogger wan khairy said...

FCD- ko kena ingat aktiviti malam (isi sendiri) bukan aku jugak yg bwk keta!!! kah3... klu x ada yg bwk, mlm minggu aku dirumah menjd anak yg baik, insan yg sempurna, org yg beriman. terima kaseh.

joey- itu jugak adalah antara org kata ttg saya. ianya akan dimasukkan dlm 'kata org episode 2'

hakikatnya sy baik ok..

 
At February 25, 2010 at 7:23 PM , Anonymous Sakeynah Begum Dicnh said...

hanj!!! mmg akak xsokong bab yang bawak keter tu!!!!! 'cuma xrajin???' MALAS la tu ko dh kenapa!!!!

*zeeeeeetttttttt lazerrrr!!! pufff debu!!! innalillah..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home