Niyang Rapik

Semalam g tengok citer ni kat PV bersama-sama pheez dan amal. Seperti biasa kami selesa ber3. Klu tambah sorang lagik nanti tak sekepala, tak pun yg ber2 tue berkepit cam nak gila, tak pun masing buat2 muka toya, tak pun aku tembak je dua-dua dri belakang..poom* wawawa.. So baik ber3 je dulu.... nanti barulah kita plan utk ber4, atau ber 5 atau berembak bersama2. Cerita nie start jer, boommm, dh ngeri pecah perot ye? baik.... aku tak pernah ikuti cerita Niyang Rapik versi drama punya, so tak tahu kejadahnya Niyang Rapik itu.... So bila tengok film, baru tahu..nama tempak erkk?? baik.. Jalan cerita simple giler, cam tak tgk habis pun dah tahu kesudahannya... Setiapa yg berlaku sudah diagak terlebih dahulu oleh aku. Cam eheh bukan kanak2 ye nak tgk cerita nie( tetap nak carott sikit) Walaupun simple, seramnya boleh tahanlah.. Terasa cam tengok film 'LongKhong' pun ada... sikit2 la CEDOK, jgn tipu!!!! contohnya cam 'mata si kamal tak nampak, pastu nampak ,bole nampak hantu-LongKhong kot!' Tapi tak kesah, bila wujudkan cerita berkonsepkan seram, ada jer persamaan yg tak disengajakan (ker?) So jgn buat cerita seram cam nie lagiklah.. ala2 remaja masuk hutan, remaja masuk kampung, remaja g berkhemah (very the zaman aku sekolah dulu k) Serius jln cerita dia senang utk kita ikuti/fahami... mmg budak 2 tahun g tgk boleh paham tanpa perlu makbapak terangkan lagik 2,3 kali.( melampau senang giler jln ceritanya). Seram dia yes, agak takutlah.. tutup mata jugak! hahaha. Kesudahn cerita sudah dijangka wlpun baru tgk separuh jln. Dah tahu siapa jahat,siapa mati, siapa akan mati, semua dh tahu. So aku bagik cerita nie 3bintang.

Tak sabar tuk tunggu kehadiran film 'MAGIKA' dan 'HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA'. Cerita tue punya kelainan yg ditunggu2 selama ini.. harapnya best dan berbaloi-baloi g tengok. Aku tgk preview film melayu kan dtg, byk lumba2 moto/kereta, gangster, cinta puitis segala.. haiyoooo BOHSAN!!! harap Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa best!!! mmg aku akan g tengok wayang!

*Aku mmg sokong film melayu, tapi bagik lah yg kualiti baikk punyer... klu setakat kualiti drama tp nak diangkat sebagai film, adehhhh mmg ketinggalan dan x akan dipandang mulia. Thx.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home