Bali

15/5/2010 - 18/5/2010 aku,amal,pheez dan maksu telah berangkat ke BALI. Percutian ini dinamakan percutian 'Solo' kerna semua yg pergi x membawa pasangan.. Semua solo dan penting skali semua teman rapat ku. Tak ada yg lebih indah dan baik dari teman rapat sendiri. Aku amat teruja kerna ini percutian pertama ngan pheez. Nak tgk dia ni gila-gila ke tak, atau sekadar dipinggiran... (wink*)

Merupakan percutian 'Solo' pertama kalinya buat amal. Pertama kalinya amal bebas di negara orang. Pertama kalinya amal 'Solo' lama. Wa3, badi aku ke? Tak per yang penting HOT! yang penting skg LAKU! yang penting ADO! yang penting SEDAP! yang penting GAYA! yang penting BAHAGIA! kau ada?? hahahahhaha... So aku teruja utk melihat perkembangan amal disana.


Disitulah kami tinggal. Sesampai ke bali petang tue kami dah kuar jln2 ke pantai, bergambar, pose, selagik mampu!!! hahahahha.... petang itu dihabiskan dgn 'mencuci mata'. Disana aku tak byk pegang kamera sbb maksu rajin buat tembakan2 berhantu. So senanglah keja aku, POSE je. wink*Malam menjelma, tetiba kami dikejutkan dgn kedatangan Erry. WAHHH!!! dia datang sungguh la ke bali. kah3. Ingatkan memain je... Bertambah meriah suasana. Acara paling ditunggu pada malam itu ialah ...

Apa lagik klu bukan berhibur di negara orang. Kami g club disana yg dikatakan meriah di ujung minggu... sangat ok!!! wa3... kaki melangkah, mata yg memandang, adehhhhh terasa cam artis hollywood la. kah3, pengsan* Pada malam itu Amal menjadik perhatian dgn seluar merahnya yg membunuh itu. Maap byk ayat2 terpaksa disembunyikan kerna itu adalah permintaan amal. Apa yg bole aku katakan dia begitu PRIMADONA kat sana. Erry pula jgn cakaplah selagik terdaya, maksu selagi ada, pheez sehabis daya dan aku pula seperti biasa..... kah3.. (korang binilah ayat sendiri) Malam itu aku dan amal balik paling last, sampai tutuplah club tue, sbb aku disekat, amal melekat. Pheez dan maksu balik dulu, Erry pulak berangkut entah kemana! huk3, sib baik amal penyelamat negara... jika tidak aku pun hanyut di laut dalam.... Sib baik* Bak kata show girls kat sana aku dan amal buat drama...drama...drama..... utk lepaskan diri. wa3, apa2 pun show sana lebih malatop dari malaysia. Sory miming mereka begitu cemerlang*

Melihat kolam ini, teringat peristiwa maksu lemas. OMG!! serius itu adalah memori x mungkin aku lupakan kat bali sana, kerna maksu mmg mencetus suasana sunyi menjadik gelak tawa yg berpanjangan. Dialog 'wan tolong wan.... wan betul wan' itu adalah dialog paling berhantu kat situ. Kolam itu lokasinya, aku dan pheez saksinya.. Maksu comeiii*

Cerita pheez pulak, dia begitu sopan disana( maksud aku perangai, klu bab sexi dia paling ratu) Menjadik begitu baik, berlaku murni sgt.. jauh sekali dia dimalaysia yg berkonsepkan selagik boleh... tapi disana dia x boleh. Maybe malu atau byk sgt persaingan sihat berlaku. Larikk* Dia x begitu gila2 seperti kami, maybe dia tidak biasa pergi bercuti bersama kami yg tidak kenal erti penat lelah, selagik ada waktu kami akan enjoiii.. Apa yg aku tak bole lupa ttg pheez ialah miming2 dia disana, 2 video menjadik bukti* wink* Aku suka tgk itu!! hahahaha... mengalir air mata melihat aksinya. Dia menjadik ketua rumah, dia yg kejutkan kami banggun, dia yg suruh kami mandi.. klu dia x banggun, makanya krik..kirik...krikkk la kami kat sana. hahaha... Pheez nanti g jakarta, plz gila2 k.. jgn sopan sgt! Apa2 pun bercuti bersama dia berbaloi dan epy ;-)

Siapa ni? Sesungguhnya inilah Cawangan yg ditinggalkan kat bali. Jika aku dulu cawangan tinggal kat bandung, kali ini amal pulak. wawawawawa..... konsep di bandung dulu terimbas di bali. Serius apa yg berlaku di bandung, itulah yg terjadik kat bali. Sinetron ini melibatkan amal, klu melibatkan aku, mampos utk menjawab dan korang musti nantikan ceritanya.. Tapi bila ianya melibatkan insan lain aku malas comment sebab takut nati tersalah skrip, kena saman sia2. Apa2 pun kawan baru kami ini antara yg tercipta utk bersama group kami.

Aku tak ingat kami berjln kemana, tapi rasanya kebanyakkan tempat2 wajib kami g.. aku tak ingat semua nama, kerna pelik2 belaka nama2nya.. yg senang ingat ialah 'tanah lot'. Tapi mmg byk tempat kami pergi hari ahad itu,. Satu hari kami perjalan, dari pagi hingga ke malam la.. Boleh tercabot lutut kaki. wawawawa.. paling penting photo yg disnap meriah dan cantik. Thx maksu. Thx semua. Tempat yg cantik, kena pulak dgn org yg pandai pose, perghhhhhhh bertambah jeles korang tgk (ayat untuk dayang suhana...kah3*)

Maksu owh maksu..... inilah maksu yg mencetuskan byk gila dialog2 menarik kat sana... Dia satu2nya yg gunakan bahasa kl bila kat sana... slumber je berckp cam ada kat kl. kah3.. kdg2 terpinga2 org bali sana... First time bercuti bersama maksu ternyata, yes!! maksu mmg gila2 dan bole join kami lagik.. serius... itulah yg kami mau iaitu hepy dan x kenal erti penat! Maksu wan wish my bufday bln 10 nie, maksu bole join kami ke jakarta pulak! Kita ranap disana sehabis daya! luv u la....

Kisah jagung bakar nie paling menyakitkan hati... kah3.... mula2 1 jagung 5000, ambik 3 jadik 10 000, konon2 murah la bagik kami.... sekali berjalan kat depan 5 jagung 10 000. (sakitnya hati ku!!!!) hahahahahhah, serius kisah jagung nie sgt terbaik* kami hanya berpandangan sesama sendiri, pastu krik...krik...krikkk...

Kami berjalan, shopping dgn hati yg senang. Berjemur dan terbakar..sana sgt panas! kata org sana bali selalu hujan petang, tapi bila kami sampai x ujan yer!!!! panas setidak-tidaknya!! alhamdulilah, cuaca sgt berpihak pada kami.....

Terlalu banyak sgt ingin aku ceritakan, tapi rasanya ini saja yg boleh aku kongsi.. Apa yg penting kesimpulannya, percutian 'Solo' yg tercipta ini adalah yg terbaik dari percutian ku yg sebelom ini. Aku,amal,pheez,maksu dan erry begitu epy disana. Tak ada kejadian tercekik tulang, kejadian demam, kejadian yg bukan2 berlaku kat sana... Semua berjln lancar seperti dirancang. Terima kasih kpd maksu ,pheez,amal dan erry kerna menyempurnakan percutian mega yg dirancang ini. Harap kita bertemu lagik dipercutiaan akan datang. Bulan 10 ni ok!!!!! Buat pertama kalinya jugak aku bercuti tapi hati ku teringat kat malaysia... kerna cinta hati ku berada di situ... syg dia.

* Bali dalam kenangan, pic2 disana bolelah korang lihat dlm fb aku ye.

3 Comments:

At May 27, 2010 at 2:59 AM , Anonymous Joey said...

wah seronoknya bercuti di bali :)

p/s mcm mana nk tgk gambar? Tak approve pun..hehe

 
At May 27, 2010 at 5:38 AM , Blogger wan khairy said...

hahaha... nama u apa di fb? i mmg x app org x kenal. sowie.. bagi nama, kang i appkan!

 
At May 27, 2010 at 6:34 PM , Anonymous MaksuHakim said...

wah wah wah..dah wish birthday ni...Harap2 termakbul la wish wan tu yer.Insya ALLAH..

Anyway mmg percutian pertama maksu bersama teman..Sblm ni hanya bercuti dgn paksu dan juga teman blogger sahaja..Harap next trip berkesempatan utk bercuti lagi..

~maksu~

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home