Mentor 4

Semalam berlangsung Mentor 4 final yg menyaksikan saingan antara Mohd mentornya Ziana Zain, Adi mentornya Dayang dan nani mentornya Azmeer. Berlangsung dgn penuh meriah dan mendebarkan... Yelh, rancangan tak start lagi si pheez dah tahu siapa pemenangnya.... katanya politik tv3 akan memenangkan nani mentor pada azmeer. (eheh biadap!!!!) Dia ckp jgn undi, akan merugikan ( nada bersungguh2 ni!!) Tapi semangat sukakan mohd/ZZ aku tetap undi dan abaikan khabar2 angin itu... sbb pheez x punya kuasa perisik yg hebat seperti ku. wawawa.. Pada malam itu persembahan si nani bagi aku menghampakan.. note-note rendah langsung x dengar dan suaranya cam sakit bukan serak ok!!! so tak mungkin bagik aku diangkat sebagai juara. Adi pulak tak persiakan peluang yg ada.. dia buat yg terbaik pada malam itu. Manakala mohd terus bertenaga memperlihatkan kemampuan vokalnya dgn baik sekali... Dan ternyata kemenangan berpihak pada Mohd/ZZ. Kemenangan bergaya bagik aku kerna unggul dgn markah 71, meninggalkan adi dan nani.


Kemenangan Mohd dikatakan kerna pengaruh/peminat Ziana Zain. Diva yg dikenali ramai itu mempunyai kelompok peminat yg ramai berbanding dayang dan azmeer. Aku harus setuju dgn fakta itu. Tapi bila org cakap popularity mentor akan menjadik punca kemenangan protogenya, mengapa sebelom ini Siti Nurhaliza tewas?? tak cukup popularkan dia berbanding Ziana? Rasanya time tue Siti Nurhaliza masih menggengam gelaran artis paling popular malaysia... popular sgtkah Mas idayu bila black diangkat sebagai pemenang? So bagik aku kemenangan Mohd adalah sebab kebolehan dia menyanyi nada2 tinggi/konsisten/ bersungguh2 dan bukan sekadar menumpang popularity mentornya... begitu jugak dgn kemenangan2 protoge yg lain sebelom ini, disebabkan kemampuan dan aura mereka sendiri. Tapi mentor 4 memperlihatkan kehebatan Mentor itu sendiri dalam dunia seni malaysia, ternyata ZZ adalah mentor paling popular pernah diangkat sebagai pemenang berbanding Zainal abidin,Amy dan mas idayu.

Mentor jugak diadili dgn juri-juri pro... 50% markah dari mereka... 20% juri awam dan hanya 30% saja undi sms.. So melihat pada pecahan itu, mampukah undi 30% mengangkat mohd sebagai pemenang?? huhuhu, tak mungkin kan? Ini menunjukkan mohd jugak menambat hati juri pro, yg menilai protoge yg nanyi, bukan mentor yg mendidik. Kemenangan mohd/ZZ membolehkan mereka bwk pulang rm100 ribu. Tahniah LCW ucapkan kepada mereka berdua. Tak sia-sia menyokong selama nie dan menonton sampai lewat malam semalam.

*Ziana Zain ternyata mempunyai peminat yg ramai, auranya x pernah pudar malah makin meluap2 ... kemunculannya selalu dinantikan dan kini dia melakar lagik satu kejayaan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home