Bangkok Vol 2

Minggu lepas, 3hari 2mlm bertemankan kwn2, makanya terjadik lagik percutian buat kali terakhir tuk tahun nie. Di fikirkan kembali, tahun nie punya percutian sudah melebihi dari perancangan... korang mmg gila.. wa3. Destinasi bangkok dipilih sekali lagik, kerna bahgia berada disana adalah yg terbaik tuk tahun nie. Bersama, amal,habeeb,ayie,mama, kee, ibu, dady dan bonda percutian pendek ini terisi dgn gelak tawa yg berpjgan dan kepenatan yg tak terkata. Kami g berasingan kerna jadual kerja masing2 membataskan itu, akan tetapi tetap berkumpul sama tuk aktiviti malam gala (ade??) hahahaha...

Berat sungguh diri nie nak g sana sebenarnya. Macam2 aku fikir... Aku buang semua pemikiran negatif itu dimasukkan dgn kemungkinan positif pulak. Kita tak tahu apa yg bakal berlaku. Kam!!! So aku g dgn senyuman hampir mencecah cuping telinga.. Tak sangka dapat jejakkan kaki lagik ke sana. Cuma dulu jejak dramanya melibatkan org laen, kini posisi itu di tukar pada org laen. Yang masih kekal dan unggul adalah AKU. Hmmmm.. haha, Aku, amal, ibu , dady , bonda dan mama sampai dulu tuk hari pertama. Kami tak kan persiakan hari pertama itu. Harus digunakan sebaik mungkin.. So sampai sana kami terus keluar jalan-jalan. Weeeeeeeeeeeee..

Pertama kali terlibat bercuti bersama ibu,dady dan bonda. Ternyata keserasian itu tak perlu dipertikaikan laagik... Rasanya ngan siapa2 je kot akan selesa bersama aku atau yg laen sbb kami klu g bercuti mmg akan gila2 n enjoi... bukan buat muka ketat buhsan atau krikk..krikkk..krikkk sepjg percutian. ( Smash u allz) Ternyata bonda paling gila2 lah.... Wow melihat dia minum, ternyata tekaknya sentiasa haus dan kering... Dady pulak adalah hero kepada anak2nya yg tak berdaya... Ibu pulak sentiasa was2 perhatikan dady.. aku pulak, berdebar tunggu esok... amal sudah 100% bersedia tuk beraksi, ayie dok sibuk ingat apakah yg terjadik pada bekas kekasihnya (ker?) manakala mama x sabar nak buat gigi. Hari tue penuh dgn gelak tawa, sembang2 dan acara mlm tiba penuh nervesnya... Hahahahahaha....

Di sinilah kami semua tinggal, ianya tengah2 dan dekat dgn semua benda... hambek ko... hanya berjln setapak sampai sini, jln dua tapak sampai sana... klu tak berjln org yg dtg.. (adeeeee????) hahahahahhaa.... Hotel nie mahal sedikit banding plaza hotel yg kami tinggal dulu. Plaza hotel lebih selesa, besar dan anggun. Manakala hotel nie, kecik,sempit,mahal dan byk hal.... Tapi aku suka je sbb ianya dekat dgn semua benda.... Weeeeeee...

Pasar nie terletak sebelah hotel je.... mmg shopping sampai miskin. Percutian kali nie, buat pertama kalinya aku tak beli perhiasan umah pun..... tak beli ole2 tuk sesiapa pun... hanya beli 2 3 helai baju je tuk diri sendiri pakai kat sana..... Bukan x bawak duit yg byk, tapi otak aku tgh blurrr dan hanya pikir tentang diri aku dan DIA. Pada malam tue kami yg dh sampai telah g berhibur dulu sebelom malam gala tiba.... Ala2 PREVIEW la..... Apa yg terjdik pada mlm itu?? Ini tajuk2 nya :

-Tarian sangkar maut MAMA menjadik igauan ngeri semua.
-Akibat terlalu haus, BONDA tersujud awal.
-Aura AMAL tetiba sepi.
-AYIE tetap ratu toilet.
- Kelincahan IBU menjdik tanda tanya....
- DADY buktikan dia setia.
- Mana ilangnya WANKHAIRY?

Itulah tajuk2nya pada mlm pertama, aku x perlu cerita, dr tajuk itu korang boleh create sendiri jln cerita yg korang suka ok! Klu cerita yg korang reka itu merepek or salah, maka salahlah. Biar kami2 je yg tahu... Weeee.. pape pun mlm tue kami semua enjoi sgt2..

Sabtu tiba, pintu hotel diketuk (sangkak hotel tue x der loceng k) Aku bukak dgn penuh nerves, skali muka KEE berfesyenkan Dato CT, usha belakang lagik dah x der sesiapa.. Aik?? mana habeeb? hmmmmm... Skali Kee kata habeeb x bangun2 n tak datang! pundek rasanya!! Akan tetapi sebelah ptg dia dtg jugak. Weeeeeeeee... Selepas selesai mkn2, kami pun g jln2 ke MBK Plaza. Kat situ teman mereka shopping n cari kan Ayie BB baru (BB lama ilang takkala diluar ingatan) Terus beli yg baru (kau ade??) Selepas selesai shopping kami pun pulang...

Tak sempat nak photoshoot sbb kali nie jadual padat n masa terhad.. dgn bangun titonya dah jam 12, bersiap g mkn dah jam 2, g shopping dah jam 5, jam 6 dah hampir gelap!!! So yg mana sempat snap je lah... Pape pun tetap pose yer....

Malam Gala tiba dgn cepatnyer.... Mlm tue kami x set kan tema pun, tapi kebanyakkannya pilih putih dan hitam. Memang warna rasmi group nie! kah3..... Cuma ayie je pilih purple (dewali). Mlm tue aku telah dicabar dan disuruh pakai Hot Pants. Haiyoooooo....... Terlalu tidak yakin ye, akan tetapi setelah dipujik cantik dan cute segala aku menyahut cabaran itu. Tapi hanya tuk di Bangkok saja. Mama balik tunjuk gigi dia yg memutih itu.. Halamak, putih nyer!!!! hehehe.. berlawan lah pas nie ngan kee.. ngeeeeeeeeeeeeeeee!! So Mlm Gaya berlangsung dgn jayanya.

Korang rasa cute tak aku berhot pants?? Susuk kaki supermodel itu buatkan aku pada mlm itu menjadik perhatian dan bisikan (kau ade???) Betul kata pepatah, klu benda yg jarang kita buat, n bila dibuat ianya akan mengundang perhatian yg bukan2. Glam ye! Cerita pada mlm itu lagik mega ye..... mcm2 tajuk drama boleh aku cadangkan antaranya :

-Pengsannya KEE ala2 Snow White termakan buah epal beracun.
-Gagahnya DADY mendukung Snow White.
-Kelibat BONDA sana sini berciom.
-Kepuncak stage AMAL berjoget.
-Primadonakah botak dimana AYIE?
-Putih muka ku, seputih betis MAMA.
-Kau & Aku. WANKHAIRY &HABEEB.
-Pengorbanan seorang IBU pada anak2nya.

andai percutian yg lepas Drama pertumpahan darah menjadik perbualan hangat, tuk percutian kali nie, pengsannya Snow White menjadik gelakkan sepjg zaman. Amal kali nie mak esah dia kurang menjadik, Ana pulak menjadik-jadik.. Mungkin kali nie rezeki adik ye kak maria. Ayie jugak begitu..... kurang sengatnya...( tapi mereka ber2 tetap GRAND!, kerna.... jeng3!!) Mlm tue aku hanya bersama dia je... bersembang dan mendengar apa yg hendak disampaikan... Mlm tue dia tidak mahu sesiapa menyaksikan kemesraan kami, kerna bimbang dgn apa mereka RASA!! (Tapi mama nampak jua, kah3) Dia menceritakan kisahnya pada aku... dan inilah yg aku katakan pada dia ' Ikutlah apa yg hati u kata, bukan ikut apa yg orang rasa'. Selepas club tu tutup , kami pi club sebelah plak.. haiyooo.. Dlm tue lagik tak menahan muziknya... bertambah pening jadiknya... x sampai setengah jam kot aku dlm tue, aku terus ajak dia pulang sambil melihat kakak dan gegurl menari sakan cam org mati laki kat atas stage (thgin! ilang*). Mlm tue kami sembang pjg..... sampailah terlena ..... ZzZZzzz..

Bila sedar dari tido, nampak amal tgh lena..... Dady dtg ketuk pintu n kejutkan bangun... Kami pun mandi2 n bersiap tuk pulang.Mama dah pulang dulu sbb dia kena kerja. Tak sempatlh jumpa mama dan hug mama, sory mmg lena tidur ku ye. Melihat dia, aku percaya dia pasti lupa apa yg telah dia ckp, akan tetapi dia terus berpantun 'I ingat apa yg i cakap' Eheh.... ingat rupernya... baguslah klu ingat. Sepjg perjalanan ke airport semua org dok nanyilah kat Kee yg pengsan dan feeling2 wanita ayu pabila diusung ke bilik. Kah3, aku sendiri tak sedar bila dia pengsan segala. Pape pun kee mmg menyesal dgn perbuatan itu, wlpun terasa ayu dgn kejadian itu.. kahkahkahkah..

First time bercuti dgn bonda,dady dan ibu bukan penyesalan malah pemulaan yg baik tuk percutian yg seterusnya. Aku begitu selesa dan epy bersama mereka. Bonda adalah teman 1/2jam aku dlm club.. wa3. Dady pulak ala2 penjaga kpd kami semua, manakala ibu adalh pemerhati n mengambil tahu setiap yg berlaku. Ternyata kwn2 yg hadir dlm idup aku skg nie mmg serasilah bersama.. mmg terulunglah!!!! Walaupun percutian ini pendek je, tapi kenangannyer, mak aikkkk tak tertaip.. byk kot aku skippppp... ambik point2 yg penting je.

Apalah yg akan terjadik bila sampai ke KUL nanti. Adakah ianya akan bertambah baik? atau mungkin akan terus buruk? Atau akan kekal begini? Sesungguhnya ianya bertambah baik, kerna kami dapat lagik bersembang dlm keadaan waras. Aku akan menantikan semua yg dia katakan, katanya perubahan itu akan tiba... bersabar kerna masa itu sentiasa ada... Aku akan menunggu dan melihat sejauh mana kata2 itu boleh diguna pakai . Apa yg berlaku, di luar kawalan kami ber 2, sebagai manusia yg punya hati dan perasaan apa yg berlaku ini adalah BENAR! Kesimpulan percutian terakhir tuk tahun 2010 ini adalah semuanya terbaik dan indah kerna aku dikelilingi dgn sahabat yg di gelar TEMAN TERULUNG . Aku sayang semua org yg pernah pergi bercuti sama aku, tetambah mereka2 nie, Semuanya aku syg dan akan terus menyayangi..... Ada antara mereka teramatlah aku syg... TENTANG SEBUAH KISAH by Kerispatih.

*Hidup kita tentang pilihan, berhaknya memilih adalah kita, andai itu yg kita pilih, maka itulah yg harus semua hormati.. Jgn pernah mengagung cinta andai tak mengerti maksudnya cinta.

7 Comments:

At December 1, 2010 at 12:07 AM , Anonymous Anonymous said...

WAH!!! pjngnyer!
Enjoi menbaca penulisan LCW.
Nk sentuh bab KAU & AKU tue..
I rasa korang ber2 mmg saling cinta menyintai, dr pdgan penulisan ini ada yg membataskan ianya dr terus berlaku. I percaya klu ianya jujur tiada satu yg mampu marah, halang , kerna mereka jugak mahukan yg terbaik kat KAU&DIA.Mrk sygkan KAU&DIA. BTW korang nampak cute bila kat club. I pernah nampak KAU&DIA bersama di lq. haaaaa sesuai tajuk tue, untung u wan kerna punya keiduapan.

-mata-mata-

 
At December 1, 2010 at 1:15 AM , Blogger wan khairy said...

Tue dia mata-mata punya cmmnt!
Nampak ke? wawawawa.....
Alah u, apa yg i taip dlm nie, apa yg BENAR! apa yg i rasa! apa yg dia rasa! dan apa yg mereka rasa! wlpun apa yg mereka rasa itu salah, tapi apa yg kami rasa benar!
I tahu mereka nak yg terbaik buat kami, tp adakah terbaik itu menidakkan apa yg kami rasa? itu salah lah kan.. wlpun ianya boleh dilupakan,atau buat2 biasa, or buat2 bodoh, tp hati kami? Sensara nya? kami yg rasa, bukan mereka!

Itulah yg cuba i sampaikan didlm nie. Tak der benda lain pun. weee.

Siapalah mata-mata nie, nerveslah.

 
At December 1, 2010 at 1:19 AM , Blogger wan khairy said...

This comment has been removed by the author.

 
At December 1, 2010 at 3:12 AM , Anonymous Anonymous said...

Weeehhhh..
Cm tu yer?? apa-apa pun u,
tetap untung sbnrnya menjd u.
I slalu tgk blog nie, penuh story,
Adakalanya story tue sme cm i.
Maybe penulisan u kot,buatkan org
tingt baca. Musti u ambek Sastera time study dulu, im right?

BTW,dh lama nk tgk u hepy..
maybe this time hope so!
Wlpun kempunanlah pas nie..
melihat u kat Club, sumpah x caya u bole single begitu lama. Mmg memilih punya org ni!

Teruskan epy k, bersama2 kwn2 u, jeles jgk tgk u punya kwn sebaik mereka semua. hrp kisah KAU&DIA itu akan mjdik kenyataan.

mata-mata mendoakn nye.

 
At December 15, 2010 at 1:16 AM , Blogger FirstCallDayang said...

adakah dia orang yang bakal diwar2kan dalan 1012011..hehehhe..tunggu....

 
At December 16, 2010 at 4:01 PM , Anonymous Anonymous said...

owh my gowshhhh!!

 
At December 22, 2010 at 9:13 PM , Blogger EdwarD FirdauS HaikaL said...

mama suka!sangkar yang menyerikan....bukan mengerikan ok...hahahah....

bagi mama:
"hanya kita sahaja yang ada KITA...dan hanya kita sahaja yang tahu tentang KITA,,,,"

so, mama taknak selain dari KITA semua...sebab yang dah KITA ada memang terulung....sayang KITA(daddy,ibu,bonda,gegurl,kakak,kakngah,memey,baby,yayang,adik,uteh,tomey)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home