Terbaik / Terburuk 2010

Sedar tak sedar 2010 akan melabuhkan tirainya lagik 3 hari... 2011 pulak akan hadir dgn cerita yg baru dalam hidup aku. Sepanjang 2010 terlalu byk kisah2 suka , duka, senyum, nanges, sihat , sakit dan sebagainya... Ada di antara korang sememangnya menunggu ulasan akhir tahun nie. Hahahaha... Aku harungi 2010 dgn kecekalan yg sgt kuat. Kerna dugaan di awal 2010 menguji aku tentang erti persahabatan dan kesabaran. Pengalaman baru aku itu merupakan kenangan sampai mati pun x mungkin aku lupa, walaupun kini aku kembali ceria. Di sebabkan itu jugak 2010 menyaksikan persembahan rambut pendek dari aku. Sesungguhnya itulah hikmah disebalik semua kejadian.. Di sebabkan rambut pendek itulah kehidupan aku di 2010 terlalu indah dan bahgia. Mari saksikan cerita2 terbaik dan terburuk sepanjang 2010. Lihatlah nama korang ada tak dalam yg terbaik 2010. Klu duduk dalam yg terburuk, ampun yer... sebab itu yg selayaknya diberi dari persembahan korang sendiri.... Cheerss...


1 - Bufday party 25tahun

Sesungguhnya bufday party aku tahun nie menduduki tangga pertama dalam yg terbaik sepajang 2010. Terlalu banyak yg indah dan kejutan. Dari kejutan TGI Friday , KTV ampang park hingga ke Jakarta, semuanya indah dan menyentuh hati aku yg sgt mudah tersentuh ni. Ade?? hahaha.. Bufday party di jakarta melibatkan frends paling ramai yg pergi.... Sambutan di luar malaysia paling terbaik lah!! Semua yg terlibat itu merupakan teman2 terbaik aku sepjg zaman. Tanpa mereka ianya tak mungkin berjaya.. Sesungguhnya gelaran 'Teman Terulung' yg aku beri itu hanya utk mereka ini saja.... kerna itulah yg selayaknya mereka dapat. Clap3!!!!

Kejutan Di TGI pulak merupakan yg pertama kali aku dapat dalam 25 tahun hidup nie. Aku x pernah dikejutkan dgn suprise sebegitu, sbb slalunya aku yg buat bufday aku sendiri.. Tapi apa yg aku dapat tahun nie diluar pemikiran aku. WoW!!!! Korang hampir buat aku pengsan * (drama sebabak) kahkahkahkah.... Thx kepada amal kerna berjaya heret aku ke PV n belanja aku mkn.. Thx jugak pada yg laen atas kek itu... Thx pada aman kerna kita berbintang Libra. Clap3!!! lagik....

KTV Ampang Park melengkapkan bufday aku pada tahun nie.. Korang ade?? hahahaha.. Yg terlibat masa itu terdiri dari ahli keluarga dan bff. Akan tetapi akak aku x dapat dtg... So tuk tahun nie dia x sempat tuk sambut bufday aku, Al maklum saje lah dia tengah mengandung.. So aku x salahkan dia.. maybe tahun depan ye... Oleh kerna terlalu banyak yg indah dan adiah yg bukan calang2 harga, aku letak Bufday party 25 thn nie sebagai yg terindah dalam kalendar 2010. Terima kasih pada semua yg terlibat dan tahniah kerna anda terbaik di 2010.


2 - Percutian Bali

Menduduki tangga ke2 yg terbaik 2010. Kenangan bali masih melekat dalam otak nie. Walaupun kejadiannya bulan 5, tapi sampai akhir 2010 pun , setiap dialog n kenangannya masih panas di pemikiran. Dari kes lemas maksu, hingga ke kes teksi semua itu aku ingat. Kenapa bali duduk tangga ke 2? sedangkan yg terlibat bukan ramai pun!!! haaaaaa, klu korang nak tahu, ianya menduduki tangga ke2 disebabkan terlalu banyak pic2 cantik selain kenangan2 or kemalangan yg berlaku. Sampai skg, pic2 di bali merupakan yg terbaik dalam byk2 percutian di tahun 2010. So taniah pada semua yg terlibat, korang mmg supermodel. hahahah.. maksu pasti berbangga melihat pujian ikhlas ini. Aku mmg suka pose, dan disana berjuta pic2 pose, berjuta yg cantik, So mana mungkin aku lupa percutian ini. Clap3!!!!!

3 - Percutian Bangkok Vol 2

Percutian paling gila dalam 2010! Percutian yg x der dalam perancangan pun! Percutian yg memungkinkan pertukaran cerita di tahun 2011. Nerves*** hahahah.. Top 3 tue kisah percutian bangkok vol 2 nie. Yg terlibat jugak merupakan yg terbaik pernah aku dapat di tahun 2010.. Mengenali mereka2 nie bukan lah satu penyesalan, malah satu keajaiban tuk kehidupan aku. Setiap yg berlaku di bangkok semuanya real dan terbaik dari ladang! kahkahkah... Dari kesah pengsannya snow white hingga ke kisah hebatnya tarian sangkar mama, itu semua merupakan rahsia dan kenangan kami semua. Giler x ingat!!! pengsannnn....

4 - Percutian penang

Satu2nya percutian dalam malaysia pada tahun 2010. hahahaha. Penang menjadik pilihan! Sesungguhnya ianya memang terbaiklah... Drive dari kl, kami ber3 iaitu amal dan ayie selamat tiba penang dengan selamat. Disana kami jumpa dayang dan bercuti bersamanya.. 'Chivas goreng' hanya ada kat mamak depan hotel tue je.. (itu kenangan yg sampai skg jadik bualan kami) Percutian nie x melibatkan ramai frends, walaupun yg terlibat sikit ianya tetap duduk dalam yg terbaik kerna kenangannya tak bole dibeli ngan rm1 juta. Bersama dayang merupakan opah aku, sesuatu yg aku rindukan... Bersama amal, jgn ckp lah mmg tahun 2010 milik aku dan dia.. dimana ada aku, disitu ada kak maria. Ayie pulak, sememangnaya selesa dan serasi dalam sebarang percutian.. kerna dia pandai membawa diri dan berhibur bersama.. hebat kakak!!

5 - Perkahwinan kakak tercinta..

Merangkap photographer dan membuat gubahan hantaran, perkahwinan kakak, tak mungkin aku lupakan. Melihat dia kecapi bahgia semustinya jugak membahgiakan aku sebagai satu2nya adik yg paling rapat ngan dia. Sesungguhnya dialah harta keluarga yg aku ada.. Kerna kami sering bersama2 dalam suka dan duka. Aku tetiba sebak pulak teringat arwah ibu dan nenek.. Sbb aku tak pernah diberi kasih sayang oleh keluarga, sbb aku jenis yg berdikari. Dari zaman sekolah hingga kerja, aku x pernah susahkan sesiapa... Dibesarkan oleh nenek mengajar aku erti bersusah dulu, senang2 kemudian... Bila nenek sudah tiada, hanya akak je tempat aku tuk bercerita prihal yg kengkawan x bole tahu. huk! Kini Dia mengecapi bahgia dgn menunggu kelahiran ahli baru dalam keluarga kami...(time aku taip nie, baru tahu dia dh selamat lahirkan baby boy, yeahhh! alhamdulialh n taniah akak) Cayang wan khairiah.....

6 - Percutian bangkok Vol 1

Percutian pertama aku ke bangkok! wooooo, teruja. woooooo nerves. woooooo drama! Semua yg terlibat seperti biasa, sememangnya yg mampu pergi bercuti. ade? weeeee... Percutian nie byk jugak cerita suka dan dukanya... huhuhuhu.. paper pun ianya sesuatu yg baik dan masih di landasan yg betul dalam menjalani kehidupan. Kenangan bangkok Vol 1 x sehebat Vol 2, kerna drama yg terjadik dalam Vol 1 nie x mencabar.. walaupun kes pertumpahan darah masih di ingatan... kehebatan kak maria sgt mengagumkan. Vol 1 memang milik dia... Vol 2, milik mariana. thx. hahahha...

7 - Open House A&W

Bertema kan Orange, open house kali nie tersgt berjaya dan meriah... Walaupun ianya penat, tapi berbaloi kerna dapat berkumpul dgn teman2, makan2 dan bermaaf2an. Bilangan yg hadir pada tahun nie melebihi dari tahun sebelomnya.. semakin lama, semakin bertambah kawan2 baru aku. Thx fb! tetiba* hahahahha....

8 - Raya di penang..

Tak pernah bosan raya disana. Setiap tahun teringin je balik sana.. tahun nie berjaya lagik! yeahhh!!! akan tetapi 2 tahun akan dtg, x balik ye.. sbb mmg sah akak x dapat cuti lagik... Aku x suka balik sorang2 kerna akan krikk... krik..krik.... buhsan x der akak. Tahun nie kami x lepaskan peluang pose cam tahun lepas di sawah. Dgn keadaan akak yg mengandung, memori raya 2010 x akan kami lupakan...... tahun depan, bertambah sorang lagik anak buah aku yg akan beraksi bersama.. wawawawa...

9 - Photoshoot raya

Terbaiklah! kali nie lokasinya di luar rumah, jika sebelom nie buat dalam umah je... kali nie di luar lagik cantik dan berjuta picnya.. hahahahhaa....... Untung punya kawan2 yg suka pose jugak.. Boleh beraksi bersama... kita tunggu 2011 pulak. pasti lebih GRAND!

10 - Photoshoot Shahnaz Khaled

Terbaik, dan menduduki top 10 tuk yg terbaik dalam 2010. Aku suka kenangan di port dickson. Bersama pheez dan ursha, photoshoot kali nie berjaya yer... Dalam belukar, dalam air laut kami beraksi... Semuanya demi naz. hahahahha... Janji dia pun puas hati dgn kami, kami pun terujalah ngan dia.. Giler x puas hati.. bukan calang2 ye.. hahahahha.. Malam baru sampai kl, pastu g party dalam keadaan badan yg sgt penat.. semua kenangan itu bersemadi ye.. weeeeee......

Melihat Senarai top 10 yg terbaik, korang puas hati tak? korang tersenarai tak? sesungguhnya byk lagik kot yg terbaik, tp itu saja pilihan aku tuk 2010. Teruja tak nak tengok yg terburuk pulak? hahaha.. mana tau nama korang ada jugak.... jom saksikan yg terburuk sepanjang 2010.

Sesungguhnya sepanjang 2010, yg terburuk hanya hadir 2 kali je.. Kali pertama hadir di awal tahun dan di pertengahan tahun. Itu saja aku iktiraf terburuk 2010. Di awal tahun, aku x perlu cerita lagik, kerna kebanyakannya dah tahu dan ianya dah pun berlalu... Aku hanya akan ulas dipertengahan tahun je.. Sesungguhnya mengenali dia satu kesilapan dalam hidup aku. Memberi hati dan menanti janji2 itu semuanya amat menyakitkan..Tidak sangka dia bukanlah manusia yg baik seperti luarannya yg murni. Apa2 pun itulah manusia... jatuh banggun seseorang itu pasti berlaku...selama 6 bulan mengenalinya.. terlalu banyak yg indah, perhubungan yg berlaku hampir menemui jalan bahgia... akan tetapi duka itu menjelma takkala x mahu melihat aku diperlakukan sebegitu. Semakin lama, terbongkar semua yg x baik itu... Tapi aku tak cepat melatah seperti sebelom nie.. kerna pengalaman itu mengajar aku byk erti sabar. Apa yg terjadik kerna itulah diri dia. Sesungguhnya satu benda yg aku belajar dari dia yg akan aku pegang sampai bila2, iaitu 'Dia bukan tuk dimiliki tetapi hanya tuk di nikmati'. Penyesalan tentang dia adalah kerna ketidak jujuran dia dan ketamakkan dia sebagai manusia. Hidup akan rugi andai tamak... hidup andai berlandaskan 'NAFSU' x dipandang tinggi pun oleh org. tapi aku tak mampu berbuat apa2 andai itu adalah dia. Sesungguhnya bersama dia amatlah indah bagi aku.. kerna dia terbaik dari segala seginya.. tapi dia tidak sesuai walaupun sekecik kuman tuk duduk dalam terbaik 2010, kerna dia adalah kesilapan yg x nak aku kenang pun. Aku x membenci dia, kerna bait2 cinta yg dia persembahkan adalah benar! kasih yg ditunjukkan adalah benar! Cuma apa yg salah, dia bertemu dgn insan yg bernama WanKhairy. Di sini aku abdikan kisah kita.. Biarlah dia terus dinikmati.. sesungguhnya aku tidak rugi apa2 pun, kerna aku sudah bersamanya selama 6 bln. Cuma apa yg aku harapkan dia x kan perlakukan yg lain sebegitu, kerna yg akan di pandang hina dia, bukan org lain pun... Hidup nie kena beringat, adakala kita akan berada di tempat org yg kita buat jahat itu. Jgn hidup dalam doa2 yg tak baik... Hiduplah dalam doa2 yg terbaik oleh teman2 kita... itu lebih membahgiakan.. Now korang dah tau, yg terburuk sikit jer, berbanding yg terbaik. hahahhahahah.. Serius 2010 penuh warna2 kebaikkan.. Yang terburuk nie pun diletakkan kerna itu je buruknya wlpun diawal cerita ianya indah bagaikan bunga2 cinta misha omar. kah3. Semuanya gara2 aku potong rambut.. Semua cerita duka bertukar sekelip mata.... satu2 yg datang.. perghhh... wawawawa... weeee.. wuuu..

2010 akan ucap bye-bye 3 hari lagik. 2011 pulak akan datang. Aku mengalu-alukan kedatangan 2011 dgn tangan terbuka. Byk yg akan berubah di 2011. Dihujung tahun 2010, aku akhirnya menemui cinta, selama 1 tahun 6 bulan aku idup single... hanya berbekalkan kekasih gelapku, idup ku tetap single selama itu (walaupun!!!) kini aku menemui sorang insan yg kan bersama2 memeriahkan rencana 2011.. 1 hb 1 2011, ianya akan disatukan. Moga2 ini satu permulaan yg baik semperna 2011.. Aku harap ulasan ujung tahun 2011, x der satu pun ulasan terburuk. Sebab makin lama, makin x der yg terburuk dalam idup aku.. Semuanya indah2 je... Aku suka positif itu. Aku semakin kuat mengharungi dugaan yg datang. Sebab itu sudah x byk yg buruk aku hadap. Semua yg terbaik di 2010 merupakan satu permulaan yg akan aku lakukan di 2011. Aku akan pastikan setiap yg terbaik di 2010 diperhebatkan lagik, atau paling tidak dikekalkan sama. Manakala yg terburuk di 2010 dijadikkan bekalan dan pengajaran tuk tahun 2011. Sebagai manusia kita tak terlepas dari melakukan kesilapann, andai di tahun 2010, aku ada melakukan kesilapan, aku memohon ampun... kerna kecuaian aku sebagai manusia yg tak punya kuasa mistik nie. Wa3. Aku ucapkan terima kasih kepada semua teman2 yg memeriahkan hidup aku di 2010. Di 2010 merupakan tahun yg meriah dgn bercuti.... byk tempat aku g dalam tahun nie. Rencana bercuti 2011 telah disusun, WoW!!! tak sabarlah tunggu kehidupan aku akan bertambah baik di tahun 2011 kerna aku kini sudah dimiliki..... bukan lagik bersendiri.

* Setiap yg terbaik itu datang dari segelintir yg cerdik (slogan selalu aku) manakala yg buruk pulak kerna hidup itu berlandaskan nafsu bukan fikiran yg baik. Setiap kehidupan, kita yg tentukan hala tujunya, bukan siapa2... makanya pilihlah kehidupan yg benar wahai teman. Good bye 2010, Welcome 2011.

9 Comments:

At December 27, 2010 at 10:46 PM , Anonymous Joey said...

Tu diaaa...

ulasan Melodi terhangat 2010 katanyer..

semoga tahun depan hubungan inchek wan dan si dia bertambah lancar ya :)

 
At December 28, 2010 at 2:42 AM , Blogger Unknown said...

sgt suka dgn ulasan baby utk tahun 2010 ni.padat dan hebat.habis aku baca semua..tp knp pic aku x masuk tuk bkk vol 2?sentappppppppppppppp

 
At December 28, 2010 at 5:24 PM , Blogger wan khairy said...

joey- tq..tq..tq... moga2.. amin.

eryy- ye ke x der? huk3... terlepas pandang la tue.. sory, tp rasanya pic ko dh byk dlm terbaik 2010... bersyukur syg....ha3.

 
At December 30, 2010 at 1:20 AM , Anonymous MaksuHakim said...

Wah percutian Bali di tangga ke 2.. mak terujer~
Walau apa pun yg berlaku dalam hidup ini wan, kene igt ada sebabnya.Dan ia akan lebih mematangkan kita dan lebih berhati2. Yg pasti kau cantik nok berambut pendek~

 
At December 30, 2010 at 6:15 PM , Blogger wan khairy said...

thx maksu...
Cyg maksu.. hope 2011 kita masih berpeluang tk bercuti bersama lagi..
Insyallah... phuket jom bulan 5 nie.. Tiket dah beli.. haha

 
At December 31, 2010 at 9:58 PM , Anonymous Anonymous said...

nerves yall...dpt tangga ke 9 pun jadik lah,kahkahkah..semoga 2011 cuma yg terbaik utk wan, luv!

_arm

 
At January 5, 2011 at 12:30 AM , Blogger FirstCallDayang said...

aku doakan yang terbaik untuk ko wan..hopefully tahun 2011 bawa lebih kebahagian dan kekayaan pada ko..kawan2 mahupun harta..AMIN..

 
At January 5, 2011 at 12:31 AM , Blogger FirstCallDayang said...

**telupa ko orang yang aku sayang selamanya k...jgn lupa..

 
At January 7, 2011 at 7:28 PM , Blogger wan khairy said...

x kan lupa...
selamanya sayang k..
muahxx....
hope ko jugak, bertambah hepy di 2011... aminnn..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home