AJL25

SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25
Pemenang Anugerah Juara Lagu 25:
Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali (trofi & wang tunai RM35,000)

Naib Juara Lagu ke-25:
Drama King ciptaan Taja penulis lirik Tun Teja oleh Black & Meet Uncle Hussain (trofi & wang tunai RM15,000)

Tempat Ketiga Juara Lagu ke-25:
Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz (trofi & wang tunai RM10,000)

Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000)

Vokal Terbaik:
Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunai RM10,000)


Semua dah ketahui AJL25 milik Ana Raffali. Ramai yg bersorak kemenangan dia, dan berjuta boooo atas kemenangan dia jugak. susah jadik insan yg disukai dan dibenci. Biasalah artis baru mmg ada je sikap2 yg kurang disenangi oleh peminat skg. Tetambah skg nie ramai artis baru perangai cam Diva dan Divo . Akibat sikap itu, kemenangan yg patut diraikan telah bertukar kpd tidak puas hati. Hmmmmmm..... AJL tentang lagu dan lirik, So jgn adili perangai artis itu dalam pemilihan lagu yg berkualiti. Melihat M.Nasir sebagai ketua juri, aku tak terkejut lagu nie dipilih... Mmg citarasa lirik lagu itu kegemaran M.Nasir. Liriknya mendalam dan puitis. So tahniahlah kepada Ana ye.. jgn nanges2 dgn kutukan yg anda terima. Dalam sejarah jugak ye, selepas pemenang diumumkan dewan kosong ye.. Wahhh benci sungguh korang dgn lagu tue. hahahahahhaha.. merasalah, sib baik aku tak g sebab tak sihat. Klu aku g pun bukan nak tgk Ana or 13 lagu yg laen. Hanya teruja nak tgk persembahan 3 DIVA. Paling penting siapa? tak yah sebut korang dah tahu siapa buah hati saya. Aku nak comment ringkas ttg artis yg bertanding ye, di mulakan dgn :

Stacy- Tak menari sgt!!! terkejut dgn persembahan dia kali nie! Tak de dance x ada makna! Sungguh kecewa dgn persembahan stacy kali nie. Knp ya??

Faizal tahir - Lagu selamat malam syok! Akibat terlalu hanyut, Vokal faizal terkucil byk tempat dalam lagu Hanyut.

Yuna- bergetar ala2 nerves suara dia.. Tapi aku suka lagu tue!! huk.

Bunkface/Api/tomok/hujan - ok-ok je... penyeri kata org. Tapi tomok tunjuk sedikit kelainanlah ngan menari tue... clap3!!!

Black- Sofea jane jugak best.Vokal terkawal.

Hafiz- Aku dah mmg jangka dari separuh akhir lagi, dia mampu menang vokal terbaik. Sedap siot suara dia...

Adira - kenapa vokal dia berubah terlalu cepat?? besarnyer suara dia. Tak sedap. Tak kuasa baru 1 single suara dah berubah cam beranak 10 anak. Thx.

Shahir- Show ala2 budak sekolah menangah masuk bertanding menyanyi, siap sajak2 tampar tue. hmmmm, tapi suara Nasha Aziz sedap berpuisi.. shahir muncul sensorang dah cukup sebenarnya... dgn terstop seketika, apakah?? lupa lirik erk? Aku suka lagu tue jugak sbnarnya. huk.

Meet uncle hussain- Syok! Tp suara black sedikit tenggelam dalam lagu tue.

Ana - Oklah.. Cuma suara dia tue, ermmmm.. byk drama gak atas tue.. semak mata aku tgk. Aku sejujurnya suka lirik lagu dia.... mmg best.


Persembahn 3 DIVA paling dinantikan semua. Tak dapat dinafikan semua org nak tgk mereka nie buat persembahan. Paling mendapat perhatiaan sudah tentu ZZ dan Dato CT. Kak pah aku x pasti sama ada org nanti2kan atau tak.. hahahahha.. Pembukaan kak pah, terlopong mata aku melihat dia. WoW!!! cam 19thn dia. Poom* Ala2 kak nita kuasa dua dah.. hebat zaman skg.. makin maju teknologi... makin lama makin muda artis2 veteran kita. Clap3!!! Tapi aku suka gaya tudung cam nie.. bukan sekadar dipinggiran. Owh ya, persembahan fran jugak besh!! Sory psembahan itu tenggelam bila persembahan 3Diva ni muncul.

Kemunculan Dato CT di AJL sememangnya ditunggu peminat semua. Al maklumlah CT menarik diri dari AJL bila lagu2 dia sudah x mendapat tempat di AJL. Destinasi Cinta merupakan AJL terakhir Dato CT yg menyaksikan CT pulang tangan kosong. So pesembahan nie mmg ditunggu2. Vokal CT malam tue x seperti selalu, akibat tak sihat.. tapi dia masih mampu menyanyi dan menari tuk peminat2 dia... Melihat kemeriahan pentas ngan penari, rindu Zaman AJL dulu2. Etnik Kreatif yg sememangnya mewarnai AJL. Tapi lagu2 seperti itu sudah tiada.. so suram pentas AJL. Tgk sajalah AJL25, banyak drama je.. tak meriah langsung. Dato CT mengembalikan zaman kegemilangan irama Malaysia dgn mendendangkan 3 buah lagu. syoklah!!! Aku merindui AJL dizaman Noraniza idris yg bawak satu kampung penari atas pentas.
Persembahan terbaik malam tue milik Dato CT. Thx.

Persembahan Ziana Zain yg di tunggu2. Bila dia nyanyi je 'Sekebun cintaaaaaa' Makk aikkk sorakan kat sana, kedengaran sgt jelas kuatnya dalam TV. Gila tak gila?? Sesungguhnya tak ada artis sealiran zaman dia(90an) , seperti ZZ sekarang nie 2011. ZZ ternyata masih punya peminat yg ramai dan persembahannya ditunggu. Dingin adalah pentas terakhir ZZ di AJL. Ternyata lagu ZZ bukan sesuatu yg mudah tuk artis zaman skg bawak... Ade? aku cabar andai ada... haha.. mmg x derlah. Anggapan mu dan madah berhelah adalah lagu yg menguji vokal ZZ dari zaman anak dara dia lagik. So agak nerves bila dia menyanyikan lagu itu di usia 43thn . Ternyata, ibu kepada 4 org anak nie membuktikan Vokal dia masih berbisa. WoWWWWWWWWW!!!!! Vokal dia semakin bagus... Muzik lagu anggapan mu dan madah berhelah telah diubah.... bagi lagu anggapan mu aku suka. Tapi madah berhelah, muzik asal lagu tersebut lebih meremang... bunyik piano lagu tue lebih syok!!!! tapi aku suka keseluruhan persembahan ZZ pada malam AJL25. Dress paling menyerlah pada mlm tue.. klu bab fesyen dia antara artis yg terbaik di malaysia.

Klu buat persembahan sebagai artis undangan pasti gempaq. Klu bertanding sama, dia musti nerves... tuelah penyakit ZZ nie. wawawa.. Terharu dgn persembahan dia, part 'Aku adalah sandarannnn' wooooo klu org laen nyanyi mungkin dah ke laut dalam perginya... haha, cayalah ZZ x menghampakan peminatnya. Puas hati dgn persembahan ZZ dan Dato CT. Aku x kesah sgt ttg keputusan yg mengejukkan itu, kerna kejutan ada dimana2.. tahniah pada yg menang, pada yg kalah cuba lagik sampai menang... jadiklah seperti Nora yg sentiasa cuba, akhirnya menang jugak sekali, pas2 x masuk dah. kahkahkahkah..

*Memori dulu2, CT dibenci dalam AJL sebab selalu menang. Baik artis mahu pun peminat, pasti mengutuk dia. Kini bila ada artis baru yg x pernah masuk AJL menang, dibenci jugak!! Apalah yg korang mahukan? Bagi aku, itulah rezeki masing2.... tak berjaya kali nie, tahun depan cuba lagik klu x serik. kah3.

5 Comments:

At January 11, 2011 at 11:54 PM , Blogger FirstCallDayang said...

bagi aku bukan tak puas hati pasal lagu 'tolong ingatkan aku' tapi pasal lirik dia tak menyentuh pun..dgn persembahan yang macam haram jadah jer..oppss ilang lak sifat perempuan melayu..
kot dapat number 3 ker ok lah gak ni menang terus...baik lagu yuna...sedap pun sedap didengar..

 
At January 12, 2011 at 3:58 AM , Blogger wan khairy said...

Sbnarnya lagu tue ok...
tp persembahan tue yg murah!!!
cuba klu grand! pasti org bole terima... aku pun harap yuna yg menang ye... tp nk buat cam ne kan?
M.Nasir ketua juri, klu wankhairy ketua juri, sah2 ZZ menang! kah3.
Pape pun AJL25 mmg hampas,aku tgk pun sbb benda lain.. ko jgn emo2 k... Dosa, nampak tua nanti.

 
At January 12, 2011 at 7:35 PM , Blogger Joey said...

i'm just glad Yuna tak menang. hahaha. LoL.

p/s nasib ziana zain ngan ct tak bertanding persembahan terbaik yer, kalau tak dua2 ni top spot. :)

 
At January 13, 2011 at 1:45 AM , Blogger FirstCallDayang said...

hehehhe..harus ker komen zz ngan siti...motif? tak pe lah..may be betul gak cakap ko wan..may be sbb persembahan dia kot buatkan lagu tu ilang sengat...

 
At January 13, 2011 at 6:05 PM , Blogger wan khairy said...

joey- ye.. dua2 diva tue penyelamat AJL25.

dayang- yes... persembahan dia tue nampak serambut n murah! tue bila menang org cam x suka!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home