kaki wayang/ EH? EH! Panas..

Semalam Aku ngan habeeb g tengok citer yg aku tunggu2 selama nie.. selepas citer Magika, Merong adalah film aku nanti2 kan dari KRU studio. Selepas habis nonton, ternyata bajet 8juta itu masih rendah tuk hasilkan film epik sebegini. Masih nampak murahnya.. masih jelas semua itu. Apa2 pun tahniah pada KRU kerna hasilkan film sebegini. Walaupun banyak kekurangannya tetap inilah film Malaysia yg boleh dibanggakan kerna ditayangkan kat byk negara. Keseluruhan film, aku lebih menggemari PGL. Film itu lebih sempurna, lebih cantik, lebih gah dari mata kasar. Dengan bajet 20juta, PGL lebih sempurna penghasillannya banding Merong! Kelemahan merong dapat dilihat jelas, dgn kekaburannya yg banyak! Bila part CGI je, musti dapat dilihat kekaburan itu. Hmmmmm.. Masih jauh penghasilan film epik kita tuk di bandingkan ngan film2 hollywood mahupun film dr negara asia yg laen, contoh Thailand. Mereka lebih maju, dan film mereka cantek. Apa2 pun aku bangga, atleast ada gak film malaysia cam nie.. dari cerita2 komedi yg tersedia maklum kemurahannya.. tapi untung berjuta2. Haiyooo itu lagik sangkak buana. Aku suka jln citer merong, pelakon2nya hebat.. wlpun bila si merong ckp bahasa melayu, terasa bernanah telingan mendengar org dok gelak, pastu dok ajuk2.. haiyoooo.. cam byk sgt bunyi2 unggas dlm panggung! pape pun lantak lah.. Watak embok skit je rupanya, ingatkan banyak.. sbb aku teruja nak tengok ummi berlakon.. huk3! Bagik aku film nie ada komedinya, banyak berperang/berlawan, terselit kisah cinta dan pengorbanan. Aku bagik 3bintang tuk film nie.

Selepas selesai nonton, kami pulang ke umah.. n aku pun mula on9 FB. Bukak page Ziana Zain. Wahhh banyaknya gosip tentang akak aku tue... Terdetik jugak tuk update gosip yg telah mengaibkan ZZ selama dia bergelar anak seni. siappp ko Siahhh!!!!

Sepatotnya Cover diatas dihiasai ngan wajah2 DIVA sebenar! Mizz Nina tue Diva ke? sah2 lah bukan kan! hahahha.. sepatotnya Ziana, Erra,Ning dan Fauziah latif menjadik muka depan majalah EH! Akan tetapi dah terganti oleh Dayang,misha dan mizz nina . Fauziah latif je kekal, sbb dia dah lama x keluar MAG kot, so dia teruskan photoshoot itu. Wa3. Apa kes Ziana, Erra dan Ning tarik diri?? Apa kes nama Ziana je dipetik? apa kes siah??? Cer cite..cer cite... nie kesah nye... Ziana dikatakan terus blah dr photoshoot nie sebab isu baju yg x kena ngan usia, terlalu sexi tuk dia yg berusia 43thn. so dia blahlah sebab hanya tersedia baju tue je... siapa nak? (tetiba teringat kes mama Norlia Ghani di ABP, time dia pakai skirt tue, kan satu malaysia cemuh!!) Pastukan si siah nie dok canang satu malaya kisah ZZ berlagak DIVA dalam mag EH! Si siah nie mulakan Virus selsema cacing ni!! Apo dia kata? cer cite..cer cite... nie ulasan dia tuk Perlakuan DIVA Ziana Zain..


“Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian.”

“Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri).


“Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is worng…”Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan.”

Kau lihat si siah nie dok berkompang! Amboii hanq, kalah mak bee aikhh.. hahahha... Kertu ziana cantek dari ko. hahaha, itu realiti bukan fantasi. Sah2 Ziana DIVA, itu realiti bukan fantasi. Semua cerita2 itu di sebarkan dan diperkatakan semua, termasuk fan2 ZZ. Tapi ZZ masih terus senyap dan x berkata apa2( sbb mmg itu cara Ziana) Akan tetapi penulisan dalam EH terlalu Over mengata dan terus mengata... buatkan Ziana Tampil hebat dgn jawapan yg semua org nak tahu, nape ZZ buat cam tue.. Sbb selama nie ZZ antara artis yg paling disenangi bila ada shoot tuk Cover Mag. Semua org tahu tue.. tetiba si siah nie rabun dan pekak! Tue sebab dia berani cakap benda2 yg x logik dan menjadik gelakkan sekeluarga dgn kebodohan nya... Nak tau ZZ balas apa dalam temubual Antabax jumaat lepas? nie dia... Comment DIVA yg semua org tau dia DIVA....


“Susah nak cerita. Saya tak pernah buat benda yang mengejutkan semua orang sepanjang 20 tahun penglibatan saya dalam industri. Sudah lumrah sifat manusia suka menyalahkan orang lain dan sudah tentu orang akan nampak saya yang salah besar. Kalau boleh saya tak nak banyak bercakap.

“Hidup saya ada prinsip di mana ada yang boleh dan tidak boleh dalam kerjaya saya. Bagi saya, imej merupakan perkara yang utama. Saya mewakili peminat dari umur muda hingga tua, jadi saya kena peka dengan pakaian saya. Dari segi pakaian sangat penting kerana ia mencerminkan diri kita dan semestinya saya kena memilih pakaian yang sesuai dengan status saya sebagai seorang ibu.

“Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya. Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen,”kata Ziana meluahkan isi hatinya.

“Bukan saya saja berada di situ. Erra serta Ning juga ada dan mereka juga mengadu mengenai perkara yang sama. Bukannya pihak sana tidak menyediakan pilihan baju yang lain, tapi baju yang ada pun semua sama jenis. Mereka selalu ingat mereka urban dan nak bekerja macam Hollywood tapi sebenarnya mereka tak peka kerana bukan semua orang boleh terima perkara ini,”tambah Ziana yang pernah menjadi penghias muka depan Eh! edisi Ogos tahun lalu.

“Saya tunggu malah pakai baju tersebut dengan kanta lekap yang membuatkan mata saya bengkak dan merah. Tapi, yang membuat saya marah bila mereka cakap saya meninggalkan set. Bagi saya, orang boleh tulis dengan emosi tapi yang ada di situ faham apa sebenarnya terjadi.

“Dah 20 tahun dalam industri, kita tak bodoh dan sudah tentu kita tak nak cari susah sebab kita tahu industri ini tak sebesar mana. Saya tak pernah mengadu sebab itu kerja saya, tapi bila jadi macam ini mereka marah. Saya tak layan benda bodoh ini kerana bagi saya, jika mereka nak kita bawa benda apa-apa, kita tak kisah dan boleh bawa.

“Mereka ada panggil untuk ‘reshoot’, tapi semua tak ada masa. Bila ada masa, mereka tak nak gunakan sepenuhnya. Bagi saya, mereka yang tidak profesional. Sehingga hari ini, pihak mereka tidak meminta maaf malah saya sendiri yang minta maaf kepada mereka masa itu. Saya tak keluar macam itu saja kerana masih ada rasa hormat pada mereka.

“Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang.

“Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan,”kata Ziana sambil menangis tidak menahan sebak.

“Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan,”ujar Ziana mengakhiri perbualan.

Tue dia penerangan Ziana, cukup jelas! ZZ yg aku kenali mmg sexi org nyer... bukan dia x pernah pakai skrit! Bentuk tubuh dia pun dah cukup sexi bila melihat... So dia mmg seorg yg sexi... Cuma kenapa dia menolak baju itu? korang pikir2kanlah... bukan sexi tue, maybe seksa!! Dengan usianya skg, ZZ mungkin x sesuai dgn baju sebegitu Walaupun DIOR, ZZ x hadap ok! Harapnya majalah EH bersikap rasional dan terima bila kena reject! Mereka kena belajar dari kesilapan ini, jadikkan pengalaman nie sesuatu yg positif bukan negatif. Bak kata ZZ, Dunia seni hiburan malaysia kecik... Klu Ziana kena band dr Mag EH pun pas nie, percayalah dia akan tetap laris tuk Cover Mag yg laen. Dapatkan URTV terbaru... Wajah Ziana Zain menghiasi cover depan. Ko ade siah? hahahah...

*Tak perlu burukkan org, sebab x semua org buta, x semua org bodoh. Pikir2kan ler wahai teman semua.... Yg terbaik akan terus diminati.. yg buruk akan dijauhi.. Kisah percutian penang Update soon na.

7 Comments:

At March 15, 2011 at 2:44 AM , Anonymous MaksuHakim said...

kompem yg keje dekat EH tu team2 adik br habis spm..nmpk sgt tak profesional..dok canang2kan public last2 malu diri sndr...EH cantik ke kau kan...

 
At March 15, 2011 at 6:09 PM , Blogger wan khairy said...

bukan adik2 maksu... tapi mak2 dah pun.... mak2 yg x cantek, maka meroyan bila mak2 vouge menolak permintaan dia.. so dia cacilah mak2 cantek nie.. tuk tutup sakit hati dia yg buruk tue.

Pas ZZ comment, malu la dia.. sekadar majalah EH, apa nak kesah?? bukan Italian Vouge kan! ha3.

 
At March 15, 2011 at 6:13 PM , Anonymous Joey said...

kan..

dia ingat dia anna wintour???


wirda adnan pun much better than her.
:P

p/s ZZ tak perlula nak ber'bare back' bagai. Baju kurung pun sudah nampak seksi ya..hihihi

 
At March 15, 2011 at 7:45 PM , Blogger wan khairy said...

yes! tahu x per!
setakt Eh! tue.. hmmm...
biar dia menaip sampai reput!
kat situ jelh dia mampo..

 
At March 16, 2011 at 2:13 AM , Blogger FirstCallDayang said...

wow...dont mess up with wan kalau cakap pasal ZZ...hehehhee...mahu angin satu badan...sabar ye wan..kita tahu siapa ZZ tu kan..

 
At March 16, 2011 at 3:44 AM , Anonymous Anonymous said...

wahahaha...betul kata kak dayang

jangan main2 dengan ziana zain. Peminat dia back up kuat!

Tak percaya? Tengoklah mentor 4 dahulu ya..

 
At March 16, 2011 at 6:51 PM , Blogger wan khairy said...

dayang- benda x betul, sesiapa dgr pun angin... tetambah ttg ZZ.. gile x angin.. wawawa... pape pun semua org tahu yg ZZ mmg DIVA.

joey- yerp! hahahah... peminat setia dia x der artis laen bole lawan.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home