america next top model cycle 16

Episode 8 : Go sees

Melihat episode 8, aku dah agak molly dalam bahaya. Hahahaha, selepas brittani ditegur oleh juri, episode nie Molly pulak kena.Memang badi lol!! lepas sorang, sorang buat hal. Wa3, mmg sesuai ngan situasi. Aku suka je Tyra tegur model2 pilihan nie, sbb dari situ mereka boleh berubah.. Cam alex, 2,3 kali kena tegur, kini dia menjadik persaing yg fokus dan baik (wlpun fake, janji sopan ye idak fasha?? tetiba*). Begitu jugak dengan britt. Melihat episode nie, aku rasa persaingan cam antara alex,brit dan molly. Entahlah, tapi mereka bertiga nie mmg menonjol dan semakin berapi2. Fuhhh... aku teruja episode nie sebab ada cabaran Go-Sees!! LOVE..love..LOVE . Kat sini kita boleh melihat kemampuan model2 itu sendiri utk menonjol dan dapat job! Akibat perangai dan aksi muka molly itu dia terlepas tuk memenanginya..... Photoshoot? Dramatic/vouge VS sampah sarap! moh melihat ulasan ttg 6 peserta ini dan siapakah tersingkir! molly? owhhh jom saksikan.

Alexandria - Bagik aku ini bukan lah photo terbaik tuk episode ini. Tapi untuk double kan kegembiraan alex, dia di panggil dulu. Dia jugak pemenang Go-Sees, wlpun hakikat sebenarnya Go-Sees kali ini milik molly. Akan tetapi perangai molly tue cam hampas, rezeki milik alex. So tahniah tuk Alex kerna berjaya memberi saingan dan buktikan negatif itu boleh dipositifkan. Aku suka je pada model2 yg baik nie... mungkinkah dia memenangi ANTM16? owhhhh diluar jangkaan aku andai dia menang. Pape pun setakat nie, dia membara dan berkobar2. Joey senyum cepat!!! krol ko pun senyum la jugak k. walaupunnn*

Hannah - Amazing dress!!! Pose superb!! tapi dia makin boring dan tak menonjol cam permulaan episode. Hope dia berapi2 jugak tuk bagik saingan. Aku rasa dia terselamat sebabkan Dress itu membunuh. Pose sikit je dah Boommm kebaboommm! Aksi cam nie slalu sgt aku tengok, so aku cam x berapa best ngan prestasi dia tuk episode nie. Cabaran go-sees catwalk dia ditegur supaya lebih mantop!! Hope dia bangkit sebelom tersingkir.

Kasia - Top 3 untuk cabaran Go-Sees. Antara dia,molly dan alex di adili tuk final Go-sees, dan alex menang kerna personality dia cam gedik (tetap!). Ini jugak membuktikan kasia mampu dapat job, dan tepis 3 peserta yg laen. Brittani,hannah dan jaclyn yg punya pakej boleh tewas ngan dia. So jgn pandang sepi atas kemampuan kasia. Tapi melihat aksi dia diatas, ternyata dia yg patot tersingkir, cam sampah dah aku tengok. Bak kata pemerhati ANTM cam WALL-E . Baju nie cam plastik sampah sgt, x high fesyen pun.. dapat plak kat kasia yg besar nie, cam perli habes photo diatas. Tyra masih suka dia, masih nak simpan, masih syg, makanya pic nie dipujik melambung2 kelangit! Pape pun entahlah.... tak taste pic nie. Cuma permandangan pic di atas cool..

Brittani - Aku suka suasana, aura ,aksi pic nie. Britt kembali dgn pesona yg baru. Drama minggu lepas meninggalkan kesan yg mendalam pada dia. Tapi dia dah mintak maaf pada semua.. Dress yg britt dapat sgt cantek dan elegen! Pose dia jugak cantek cuma nampak seperti dibuat2 dan x relex, yesss itu diakui! Pape pun aku suka pic nie... sempurna. Pilihan ramai nie kembali menceriakan semua.

Molly - Seperti aku duga, molly memang akan duduk bottom 2. Semuanya berpunca dari attitude dia. Cabaran Go-sees dia berada senarai paling atas tuk menang. Tapi perangai yg dia tunjuk masa final 3 tuk pilih pemenang, molly cam krikk..krik...krikkk.... makanya alex menang! Tapi aku lega, sbb dia mampu tuk dapat job andai tersingkir kelak. Sebab mmg terang lagik bersuluh potensi molly sgt besar. Aksi photoshoot pulak? Superb! Vouge! High fesyen! Italian Vouge! TITIK! Pic nie sepatotnya yg terbaik tuk episode nie, tapi disebabkan attitude itu, tyra perlu letakkan dia di bottom 2 tuk tegur. Hope molly belajar tentang itu, andai x faham bahasa gak, x mustahil dia bakal tersingkir kelak. Pape pun aku lega, kerna model pilihan pertama aku berjaya masuk top5. Yeahhh, setakat nie, x pernah pilihan pertama aku tewas dr masuk top 5! So aku lega kini.. Aku harap dia persembahkan yg baik2 pas nie, wlpun aku suka sebenarnya aksi tunjuk lidah dia tue, bila dia tengah meluat.. cam comel :)

Jaclyn - Melihat pada aksi dia, yes mmg patot duduk bottom 2. Tapi untuk tersingkir bukan dia. Kasia lebih buruk sebenarnya. Ramai org bersedih dia tersingkir. Dress yg jaclyn dpt nie buruk ler.. cam Halloween costume. Aksi dia sepohon kayu sikit. So aku ok je dia tersingkir, idaklah bersedih sgt... persaingan sememangnya makin hebat, siapa buat silap, yg x der aura pas nie, dialah tersingkir. Model pilihan maksu dalam kenangan. suara dia yg comel itu akan di ingati. Melihat top 5 di atas hanya hannah je x pernah duduk bottom 2. Yg laen semua dah pernah. Adakah hannah cemerlang keseluruhannya? yg duduk bottom 2 tak baik? Jgn terpedaya, kdg2 yg ditegur itu tyra suka. Tak sabar melihat top5 beraksi ditempat baru. Mereka akan terbang ke Morocco. WoW, seronoknya!!!

* Top 5 sudah diketahui, tempat baru,cerita baru, aksi baru. Drama?? Siapa pulak yg akan bikin drama minggu depan? Owhhh tunggu... 5 yg terbaik ini akan mencemaskan kita ngan perangai dan aksi mereka.

6 Comments:

At April 14, 2011 at 10:12 PM , Anonymous Anonymous said...

Vote 4 Hannah n Britt

But look 4 high fesyen, molly fierce!

-Ekamal-

 
At April 14, 2011 at 10:27 PM , Anonymous joey said...

Hahaha... memang patut ditegur si molly tu. Motip menggagalkan diri sendiri???

Nampaknya Alex menggunakan ke'fake'annnya di masa yang sesuai. Pengajarannya, kalau nak minta keja atau pegi interview memang le kena fake sedikit. Takde orang nak ambik kalau nampak muka meluat seperti seseorang ituhh..opsss..wakaka.

P/s senyum sengal jer..hehehe

 
At April 14, 2011 at 10:42 PM , Blogger wan khairy said...

Ekamal- thx drop cmmnt here.

joey - hahaha, yes! dia x dpt kawal muka meluat kat alex tue. haha.. xperlh, janji dia belajar dr itu. Still love molly sebab x fake! akibat x fake, inilh bahana dlm dunia modelling. Semuanya ttg FAKE.
tak pe dia dh belajar.. so now senyum riang jua.

 
At April 15, 2011 at 12:58 AM , Anonymous Anonymous said...

Maap enchek wan, ari ni lambat update! kesibukkan melanda.

Aku benci walaupun* ko tu. Tapi aku senyum jugak.

Strategi alex menjadik! akibat perangai dia, peserta yg lain x fokus! kAAAAAAhhh.

Tp suka perincian ko kali nie, pjgnyer update.

top 5 dah, x sabaq aku!

-krol-

 
At April 17, 2011 at 7:06 PM , Blogger FirstCallDayang said...

ermmm masuk jugak kasia dalam top 5 yer...
ko kena ingat tu wan..susah nak jentik dia skang ni...
apa2 pun aku memang rasa molly patut menang go sees..tak kira lah attitude dia cam haram...sbb dah nak cam pro pun dia..

anyhow..tak sabar dan makin berdebar tgk kasia n brit top 5 skang.. adakah?

 
At April 17, 2011 at 7:15 PM , Blogger wan khairy said...

krol- har har har har.. kena la pjg2, sbb dh tinggal skit je pesertanya. top5 nie lagik pjg aku ulas.

dayang - hahaha.. aku lagik x sabar nk tgk kasia dipersia2 kan kat sana. Klu payah nak jentik, kita tendang je. ade? kah3.... top 5, perghh tak sabar nk tengok top 4.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home