I.B - Pelancaran album MAX:247

Semalam 15.8.11 mama msg ajak g pelancaran album Max:247 kat I.B. Aku hampir terlupa sbb Es pernah ajak masa majlis pra berbuka puasa di Rebung, Bangsar ari tue. Aku cam malas nak pergi permulaannya sbb bz kojer n hujan. Akan tetapi memandangkan aku dh bersahabat baik lama dgn Es dan aku diperlukan tuk mengulas dan teringin nk melihat mereka2 nie dari dekat MAKANYA aku pergi! Aku pergi dgn mama dan Arm. Setibanya di sana, majlis baru bermula.. sib baik.. sempat melihat mereka menyanyi... Secara keseluruhan majlis tak menghampakan aku. Tempat dah Grand! Makanan dari Rebung teramat sedap! Suasana selesa! Tetamu semua sehabes baek KECUALI.......(part nie paling aku x sabar nak sebot!!!) Ahli2 MAX:247 x mesra alam. Kenapa aku berkata itu??? Dari mula muncul sampai ke berbuka puasa sampai habes acara tak der sorang pun anggota mereka datang salam or say thx sebab datang ke pelancaran album mereka or bersembang dgn para tetamu yg mereka x kenal! Aku x kesah mereka x nak salam aku, sbb mungkin x kenal aku (walaupun org lebih kenal aku yg x der album nie dr korang! NAHH cermin IKEA rm199... renung sejenak) serius x kisah... tapi bila mata ini memandang hampir semua yg mereka x kenal mereka cuma senyum n krikkk..krikk..krik... je! Hanya ahli keluarga dan yg mereka kenal je mereka g tegur n bersalam n bersembang segala... Selebihnya duduk dlm kumpulan melambai2 keriangan! Knp itu terjadik? Aku duduk meja VIP kot! bukan duduk kat lantai or menjenguk dr luar I.B.. Dalam ke12 belas mereka ada je yg kenal aku, motip tak datang? aku nampak ketwat sgt ke? or Kau tue dh mula FEELING J.Lo? Sampaikan mama sendiri kena g cari anak didik dia tuk bersalam (luahan mama). Knp abg.lan (Roslan shah) bole je salam satu meja tue, sedangkan dlm meja tue dia kenal aku & mama je.... itu bezakan artis baru & lama. Aku merasakan mereka nie segan... YES itu jugak alasan yg akan diberi mereka andai membaca ulasan ni! SEGAN! Tp kena ingat, segan biarlah bertempat.. majlis nie, majlis korang sebenarnya.. bukan majlis manager korang... Aku tgk Es & Aaron byk melayan tetamu2 yg korang sendiri tak kenal dan sanggup dtg meredah jem/hujan segala... Aku tak meletakkan situasi ini dan terus menghukum kata mereka sombong! Aku tak rasa mereka sombong! Tapi klu cakap FEELING aku setuju! Jgn nak feeling2 sgtlah.... nanti apa yg diusahakan oleh Es sia-sia je. Aku mengenali Es tersangat lama. Semua hasil/karya pasti Es bawa dtg perdengarkan kat aku di opis. hahhaa... seorang yg gigih bekerja dan x putus asa. Itulah Aesar Mustafa yg aku kenal dr dulu sampai skg.. So korang kena bersyukur n bangga dapat manager cam tue... Jgn hampakan dia.... Bukan senang artis baru nk buat pelancaran album kat Istana Budaya. Tengok sekeliling korang... benda yg terjadik smlm adalah sesuatu bukan senang org lain nak dapat! Semua itu berkat kegigihan/kemesraan manager korang kat semua. Sebab tue org senang nk sponsor tuk majlis korang... kena bersyukur dgn menjadik artis yg mesra alam bertegur sapa BUKAN sekadar senyum dari jauh! or melayan org yg kenal je! Mungkin ini pengajaran tuk mereka, aku ulas nie pun bukan nak jatuhkan mereka.... cuma sekadar nasihat tuk hari mendatang... Hari nie kamu melihat hanya 2 or mungkin 3 meja VIP disitu menyaksikan persembahan kamu... Esok2? klu ianya menjadik 10 meja VIP? makanya populariti itu semakin naik tuk melihat kamu...so jgn segan2 tuk turun pentas bersalaman dgn mereka... or bertegur sapa... tak salah rasanya menjadikkan kami nie sebagai kawan... dgn bersembang sepatah dua kata... tak gitue? Mungkin mereka x sedar... now aku sedarkanlah.... Supaya mereka menjadik lebih baek dimasa akan dtg :)

Berbalik pada lagu2 yg terdapat dlm album nie, ada 4 lagu dr Max:247 dan satu bonus lagu dr Es sendiri. Semua lagu sedap2 (lagu slow mereka sedap didengar)... Aku paling suka lagu Gadis&Bunga yg telah diberi nafas baru.. Serius aku suka.... Persembahan mereka menyampaikan lagu itu jugak best smlm. Aku terhibur dr persembahan mereka smlm , KECUALI..... tetap ada kecuali.... hahahahha.. ada persembahan mereka aku nampak sedikit busuk! Motip tunjukkan boxer petak2 garuda kau? Ianya bukan Fesyen tuk artis... (klu Ck or AX x per gak) Klu bab fesyen, mmg menangislah mereka klu aku ulas.. so aku malas nk ulas pjg2 bab tue, sbb Aaron boleh membantu mereka dr segi berpakaian. Aku melihat mereka kelihatan comel n segak skg banding masa di awal kemunculan... cuma ada 1, 2 yg kelihatan masih tersesat jalan... mungkin susah tuk cari sponsor baju, kerna mereka nie ramai.. Hanya mereka sendiri yg memainkan peranan tuk diri mereka.. Now pada yg reti berfesyen tolong2 selamatkan yg kurang mahir bab tue.. kata satu kumpulan.. So pasti boleh. Aku nak sgt Es bawak aku jumpa budak2 nie.. mungkin lepas nie mereka akan kenal aku teros.... N aku harap mereka baca nie tuk betulkan apa yg salah supaya terus maju dan apa yg diusahakan oleh Es sekeluarga tidak sia-sia. Pape pun aku kagum dgn pelancaran semlm... Video clip korang OK, harap pasni lebih OK n kurangkan drama2.. sbb korang sendiri dh cukup ramai n meriah. Aku harap korang akan terus maju dgn karya2 yg segar dan unik... Step semakin bagus..... korang semakin serasi bersama.. so tingkatkan lagik.. N pastikan pasni kenal siapa wankhairy... Sy bukan wartawan.. saya bukan artis rakaman.... tp saya seorg penggiat seni jugak. Seni itu tak tertumpu pada satu aliran saja... Good Luck pada semua yg terlibat n selamat melangkah ke dunia artis yg penoh liku2 kehidupan yg korang sendiri tak kan jangka itu yg bakal berlaku. Bersiap sedia.. kerna ianya baru bermula... Kata2 terakhir jgn feeling2 sbb x sesuai kerna korang bukan Supermodel. hahahhahaha...

*Sabtu nie majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim n Ziana Zain n abg2 ku pulak di Shah Alam. Sebagai pengulas (bebas) blog, saya sering dijemput tuk memeriahkan majlis.. sbb saya jenis yg ramah n suka bergaul dgn semua.. tak rugi menjadik baik dgn semua, kerna kita akan peroleh sejuta kebaikan yg mendatang.

11 Comments:

At August 15, 2011 at 8:31 PM , Anonymous maisara said...

OOoooo maiii goitttt..
ulasan terOK setakat nie yg i baca. Btw x sangka kita frends dlm fb so bila baca ada link ttg nie, teros baca n bagi 4.5bintang ! Btw ramai akan baca nie, sbb Lcw punya peminat yg byk...

Ulasan ni byk positifnya tuk kumpulan baru.... mereka akan belajar dr sini.

 
At August 15, 2011 at 8:34 PM , Anonymous Anonymous said...

HHhhahaha, ayat cik wan x bole blah! enjoi gk.. kena bagik bintang ke? 5STAR! Aku baru kenal ini group bila baca blog ni.. nk layan youtube sattt. hang sesuai jdik wartawan le wan.. wartawan yg stylo n Hsome!!!

-Dato k-

 
At August 16, 2011 at 6:38 PM , Anonymous apau said...

ni ke group K-Pop Malaysia tu? hehehe. kene cekidaut ni. youtube dh ada ek?

 
At August 16, 2011 at 6:52 PM , Anonymous apau said...

check this out. hehehe :

http://beautifulnara.com/videocinta-247-daripada-max-247-sila-tengok-kalau-nak-batalkan-puasa-dengan-sengaja/#comments

 
At August 16, 2011 at 7:18 PM , Blogger wan khairy said...

maisara- ulasan i x terok le... tetap byk kebaikannya... cuma tegur part keseganan mereka tue je kot.. supaya jgn segan2 tuk hulur tangan bersalaman dgn semua... kan adik2 sgt semua tue.. so kena byk belajar le.

Dato k- aiyo.... nama..hahaha. layan je lah, x kenal maka x chenta! wartawan? x payah susah2 le... lebih suka jadik penulis bebas begini..

Apau- siot je... siap bagik link kat sini.. hahahhaa...

 
At August 17, 2011 at 10:05 AM , Anonymous maisara said...

ye, i love ulasan you nie...
byk nasihat tuk masa mendatang...
hrp mereka bacalh kan.. N drop cmnt..
btw, nice blog!!!! :)

 
At August 17, 2011 at 11:24 PM , Anonymous Joey said...

bagus ulasan u ni. a different perspective.

I think they need more latihan, perhaps 1 atau dua tahun sebelum buat album. If they really nak ikut KPOP, they should know that most of kpop group berlatih lama sebelum keluar. But What I see from their video is nampak sangat xder latihan nak sharpkan movement tarian tu and the choreography is bad (ultraman dancing???)

Sekian, komen dari pembaca blog inchek wan. Harap2 tersampaila kan.


p/s to be honest, dah tak mampu nak serap kumpulan2 sebegini. LoL.

 
At August 19, 2011 at 9:42 PM , Blogger wan khairy said...

maisara- tq ya.....

joey- pembaca setia nie.. terima kaseh na n i bersetuju gak ngan apa yg u kata 100% setuju!

p/s: tak penting sudah mereka baca atau tidak!(sbb klu baca musti dh drop cmmnt ke apo benda ke, atau nk on9 pun nan mampo kot! oppss!)sbb apa yg lebih ptg, korang semua yg laen baca n suka dgn ulasan nie.

-Biar rasa tersabar tuk hasilkan sesuatu yg berbloi-

 
At August 22, 2011 at 1:33 AM , Anonymous apau said...

cikwan tak buat preview utk ANTM all star ke?
i've seen all the photos....sgt menakotkan! hahahaha...burukkkkk
tyra mmg takde kerja.
i can imagine that this ANTM All Star ni akan jadi malapetaka yg maha dasyat hehe

(cikwan tgk tak australia's next top model?)

 
At August 24, 2011 at 7:50 PM , Anonymous farel mikhail said...

salam.. tq for ur comment.. i dh post kat max nye private wall utk ahli max tgk n ambil iktibar.. tq sbb hadir memeriahkan majlis serta beri komem yg membina.. terima kasih juga support kumpulan max.. doakan kami terus berjaya dan dapat perbaiki apa yg lemah.. tq.. :)

 
At August 24, 2011 at 9:25 PM , Blogger wan khairy said...

Apau- kan!!!petaka sgt!! Mampos huru hara!! Ari tue dh buat previewnyer... nak kena buat lagik ke? ha3!!

farel- yeahh you! TQ sbb masuk blog nie n baca ulasan itu... Ingatkan x der wakil yg baca or buat2 buta! Tp x kisah pun, saja je nk luahkan apa yg patot.. harpanya mereka makin maju & jaya... amin,,,.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home