Ramadhan aku

Setiap tahun pasti ada 30 episode dlm rancangan Ramadhan aku. Tapi tahun nie tak der lagik. Aku nak tukar kepada jalan-jalan, senyum & makan. Andai ada yg menarik aku akan update sini. Aku mulakan dgn 2 tempat pilihan tuk berbuka puasa pada minggu ini. Jom saksikan.

Seri Melayu KL - Puasa pertama jatuh pada tarikh 1/8/2011. Tarikh yg penoh bermakna. So aku teramat teruja akan puasa yg pertama. Aku dan abeeb g terjah Seri Melayu. Aku mmg dh lama teringin nak mkn buffet disitu. Harga sekepala ialah Rm72. Melihat pada makanan2 yg terhidang, Seri melayu adalah tempat kepada pecinta makanan tempatan. Pelbagai jenis masakan melayu ada. Semuanya sedap!!! Aku x tau nak makan apa! ha3. Seronok bila nampak pengat durian ada! My Fav!! Teramat puas hati g buffet disitu... mmg tak habes makannya. Sambil makan, kita akan disajikan dgn nyanyian2 lagu keroncong oleh penyanyi2 disitu. Suara mereka x sedap, tapi jgn risau telingan korang x akan berdarah kerna akan leka dgn menjamu selera. hahahahhaha... 4bintang aku kasi tuk Buffet Ramadhan disitu. Thx pada Hypo , seronok sgt kita jln2 hari tue, dr klcc-PV-Seri melayu. Lebam kaki ku.. tapi x apa2 semuanya demi 1/8/2011 puasa yg pertama:)

Intercontinental KL - Puasa ke3 aku dijemput oleh En.Arm tuk merasai hidangan buffet yg ada di Hotel Intercontinental KL yg dulunya dikenali sbagai Nikko Hotel. Dekorasi disitu sangat gempaQ! Aku suka suasana Eksklusif ituew. Hidanganya semua nampak sedap! Nampak je* Hihihi, dia dh berpantun... Hidangan buffet disitu x sebanyak di Seri Melayu. Tp Ekslusifnya mmg kalah Seri Melayu 5 tiang! Harga Buffet disitu 95.00 per adult/ 47.50 per child. 1-8 August ada potongan istimewa sebanyak 20%. Aku seperti biasa akan mencari nasik terlebih dahulu. Masakan melayu kat situ sedap!!! tapi sayang x banyak pilihan. Kueh muih disitu sedap! Ada sushi, tapi sayang aku x makan. Byk makanan2 laut, tapi sayang jugak aku x makan. Byk benda aku x makan. Bukan selera saya la kot. Selepas mkn nasi, aku cuba mee goreng mamak yg dimasak oleh chef kat situ jugak.. Sory tawar! Mkn nasi ayam, Sory tawar jugak! mkn sup ayam, Sory kenapa tawar? Mungkin konsepnya menjaga kesihatan.. ok-ok... cuba memahami. So dah x larat nk makan or cuba mkn aku dan arm mengambil keputusan tuk pulang selepas kenyang mkn. 3bintang tuk makanan disitu. Kuat juagk si arm makan.. Mungkin byk makanan kegemaran dia disitu...

Aku tak sabar tuk terjah tempat2 laen... Setakat nie, nielah 2 tempat buffet yg boleh korang jadikkan rujukan. Puasa ke2 aku g pasar ramadhan Setiawangsa! Pasar Ramadhan setiawangsa dh pindah dayang kat depan Cimb! Sangkak sgt! Tak boleh nak walk walk fesyen baby seperti selalu. Kena drive keta kesitu.. wlpun x jauh.. tetap kena drive.. klu Catwalk boleh berbuka puasa di tengah jalan. hahahahha... Juadah pun x semeriah dulu... x byk kedainya.. n sempit tempatnya.. buatkan jem je di jalan utama Setiawangsa.. Tak tahulah siapa yg bijak pandai cadangkan kat situ lokasi kali nie. Pape pun aku terima dgn pasrah...... Kita jumpe dalam episode yg akan datang.... jalan-jalan, senyum & makan.

* Puasa ku berjalan lancar, x der tersangkut lagik setakat ni... Aku seronok sgt menghadapi bulan ramadhan kali nie. Tak macam tahun lepas, aku bersama babun coach tue. Sggoh menyakitkan hati.. Alhamdulilah kehidupan ku kembali bahgia tuk tahun 2011. Moga2 akan terus kekal bahagia disamping semua yg aku syg. Aku jugak mendoakan semua yg laen bertambah baek di tahun ini. Amin.

3 Comments:

At August 5, 2011 at 1:39 AM , Anonymous apau said...

slmt berpuasa cikwan

 
At August 7, 2011 at 3:17 AM , Blogger wan khairy said...

selmt bpuasa apau.....

 
At August 10, 2011 at 8:37 PM , Anonymous Joey said...

seronok nya

:)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home