Kisah Aidilfitri & 3M OpenHouse2011

Tahun 2011 aku x raya Penang! Tahun nie aku beraya di Melaka bersama keluarga aku. Kali nie lengkap sekeluarga. Semua ada, kecuali yg telah pergi.. Last raya melaka pun arwah nenek aku masih ada.. Nie tahun ke3 aku kehilangannya. Seperti biasa malam raya adalah waktu paling seronok klu balik kampung! hehehhe.. tetambah melaka, perghhh x terasa beb , tub2 sampai je.. Tue pun jenuh aku mengucap, sbb abg ipar aku punya Drif perghhhh!!!!! cam lagik sejam nk sembahyang raya! hahahaha... Tahun nie ada kelainan sbb kami beraya di rumah baru ayah! Akhirnya ada rumah sendiri.... So segala tindakan dan perbuatan ikut suka hati je... tak yah nak bersopan sgt! Pagi raya, cam biasa g sembahyang raya! Seronok melihat keluarga yg sedondon g masjid! Meriahhh n warna warni... Balik sembahyang raya kami sekeluarga mula menjamu selera nasi hujan panas( ayah order KHAS ye) Meriahh juadah kali nie... I like!! Pas kenyang mkn, sesi yg di tunggu2 iaitu POSE! Keluarga aku mmg suka POSE! Baik yg kecik mahupun yg tua... so kemeriahhan itu makin membara dan rancak!! Tup3.. ada sorang tuk sentap's!!!!! katanya aku x nak snap pic dia sbb baju dia buruk! Adoiii... Aku yg ensem lagik bergaya ini jugak yg kena hadap. Tp cam biasa, raya setahun skali... aku x pasti tahun depan aku ada atau tidak, so aku malas nk layankan sgt.. aku teruskan hepy sampai abes acara bersama keluarga.

Kami g open house sanak saudara sebelah mama! Seperti biasa, klu Melaka mmg aku x kenal sgt saudara mara... Mereka pun x kenal aku jua. So aku berlagak seperti kanak2 yg ingin dtg beraya. Hasilnya??? Aku dpt 3 Angpow raya (ko ade?) Total ketiga2 angpow, rm16 hinggit terkumpul! Pas penat jln sana sini, kami pulang tuk rest(tido lahh apo lagik) sebelah ptg a.k.a mlm sambung lagik!! Malam tue kami teros berjln beraya n pulang lewat mlm nya semua penat lalu tombang lena sampai pagikkk.... Keesokkan ari nye abg aku sampai bersama keluarganya. Kami photoshoot raya lagik! Alhamdulilah ,org yg merajuk smlm join sama.... Mungkin dh dpt habuan dr si suami kot, so x moody lagik! hahahahahha.. cam tuelh baru Ayu lagik cun! Semua photo itu korang bole tgk dlm fb la ye! mls nak masukkan byk2 kat sini. Byk photo2 menarik disebelah ptg... tp kali nie x byk konsep photoshoot single! byk ambik berkumpulan.. itu lagik meriah.. sbb kami jarang dpt berkumpul cam nie.. So inilah peluang yg ado tuk ambik pic bersama.

Sekejap je rasa, mlm ke 2 aku dh nak gerak balik kl. Akak kerja, so aku kena ikut! Sebelom pulang kami sempat main bunga api n aku mula pas2 duit raya kat adik2 dan ayah/mama. Bersalam2an dan bermaafkan sesama keluarga. Tahun nie, inilah kali pertama aku rasa hepy sgt beraya kat Melaka! Mungkinnya sbb kami punya rumah sendiri, so ianya lebih selesa. Kedua, mama dan ayah sgt menghargai anak2nya yg sudah dianggap seperti artis... hahahha(tetap) Dan yg paling penting kami tetap bersatu wlpun ada sengketa yg terjadi. Air yg dicincang x kan putus dek nun ! Itulah kenangan aku bersama keluarga... mcm2 ragam kan? Pape pun aku seronok beraya kali nie disana. Btw, Penang tetap dihati.. Insyallah raya tahun depan aku pulang penang! Ker? Insyallah.. Kami semua selamat sampai KL, dan aku mula mengedit pic hari raya!!! kah3.

Setiap tahun, aku x pernah terlepas dr buat open house! Tahun sudah aku bersama amal n kali nie 3M muncul. Sepatotnya 5M, n bertukar ke 4M dan kesudahannya jadik 3M je. Sebab yg terlibat hanya 3 org iaitu amal, abeeb n aku! so xperlh, apa yg penting adalah kita gembira n dpt berkumpul n bersalam n makan2 n pose! Itu lebih utama( seronok tengok tetamu dtg dgn tema MERAH). MERAH adalah tema tuk tahun nie.. ianya seperti tradisi buat kami sekeluarga memilih warna tema raya. Alhamdulilah, majlis berjln lancar dan kali ini lebih sempurna kerna tetamu dtg berperingkat! ada 3 shif semuanya... Jam 1 (akak n the geng, naz n family, ezra n rakan2 , adik ku ngan kwn, 2,3 yg laen) Jam3 (kumpulan ke2.. perghhh dh nervos ingat x der yg dtg ) jam 5 sampai abes (trip terakhir.. aiyoooo mmg ramaiiii yg hadir) Tahun nie kwn2 aku x ramai yg hadir.... Jemputan aku jua terhad, bukan kerna x nak jemput tapi dh agih2kan.. nie bukan open house aku sorang je! Klu open hse aku, hmmmm.. mmg x abes yg dtg! wa3. Kwn2 aku yg dh dijemput pun ramai yg x dtg!! hmmmm....(sabo je lah, tahun depan x jemput dah, hahaha) Tp tidak mengapa masih punya kwn2 2M yg laen. Alhamduliah , Menu Utama habis! First time hidangkan juadah Nasi minyak tuk open hse.. slalu aku akan buat laksa or bihun sup je.. Kali nie UP sikit, nasi teros.. Alhamduliah semua org pujik n ianya habis....(thx kpd nora kakak abeeb) Lauk2 yg laen jugak abes ye!!! (thx achu kerna masak bihun singapore) Thx pada semua teman2 aku yg hadir.. sgt menghargai kedtgan korang.. yg x dtg x per.. bukan rezeki kita tuk beraya bersama. Kpd yg byk membantu, feena,kamal,mama,ayie, mak shah,shah dan semua yg tak tersebut namanya, terima kaseh daun keladi 3M ucapkan! Kpd 2M akhirnya berjaya jua kita harungi n jayakan open house ni. Alhamdulilah... tahun depan kita jayakan lagik.

Kepada teman terulung( The Queen's), amal, abeeb n semua yg terlibat dlm open house 3M, TQ sesangat... Love..love LOVE... korang! Tahun depan KUNING akan menjadik tema kita sekeluarga. Makanya Start cari kain dari sekarang.. Thn depan kita feeling anak2 raja. Aidilfitri n Open House kali nie berjaya dilaksanakan dgn sempurna. Andai dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki, kita jumpa pulak pada Aidilfitri2012.

*Andai ada yg terkurang, terpanas, tersesak, terhimpit,terover, terbising, tertinggal or segala jenis TER.. yg x elok, kami 3M ingin memohon maaf! Susah nk jadik terbaik tuk semua org.. apa yg terbaek kami lakukan, itulah yg kami persembahkan... aku tutup Aidilfitri2011 dgn segala puji-pujian buat ilahi atas limpah kurnia yg diberi. Insyallah kita bertemu lagi nanti. Amin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home