Kaki Wayang

Ombak Rindu menjadik bualan semua org! Sana sini buat status ttg film ni! Hebat tul penangan film nie. Dengan menghimpunkan pelakon2 terbaik FFM, film ni berjaya memikat hati semua. Aku baru tgk semalam di Wangsa Walk bersama abeeb,amal dan achu. Susah nk dpt tiket film ni... Selalu tinggal seat bawah sekali. Hanya yg tiada perasaan je sanggup beli seat bwh skali. Kali nie kami dapat seat atas sekali, hambek kau! wa3. Rata2 yg tgk film nie suruh bawak tisu. Sure nanges katanya!! Kwn2 perempuan aku semuanya suka film ni, terutama skali mira! Selepas tonton aku tau knp dia suka.. kah3... ada watak dia rupanya...Aku teruja nak tgk film nie, fenomena sgt di twitter,Fb dan status bbm. Maya karin... hmmmm... maya owh maya... wa3... pegang watak gadis desa, anak nelayan, pakai tudung n mengajar budak2 mengaji. WoW, sesuatu yg baru Maya persembahkan di layar perak! Membuktikan dia pelakon yg serba boleh. Semua watak mampo dia bawak. Mampo kah dia bawak watak Izzah?? Pendapat aku, watak itu tidak kena dgn dia! Serba serbi tak betol! Dari segi loghat dia je dah gagal! Bila gagal, nanges pun x menusuk kalbu! Ada satu dua part OK(bila bersama Aaron, ada babak yg menyentuh hati aku), tp bila bercakap je.. mak aikk.. anak nelayan? or anak mat saleh yg kena bela dgn pakcik/makcik selepas ibu bapa meninggal? hmmmm... Bahasa Melayu Maya utk watak izzah itu seperti salah masuk rumah(ingat nyanyi je salah key? lakonan pun ade ye) Tapi maya dah pesembahkan sehabis baik. Pujian harus diberikan. Kekuatan Maya adalah matanya yg punya jiwa. Aaron Aziz berjaya membawa wataknya dgn baik! Dia saja cam bole buat aku sebak seketika (tp x nanges) Patotlah pompuan2 suka dgn film nie.. Rupernya... hadap! Aku suka lakonan dia, bersahaja dan jantan! Tak salah masuk umah.. air mata dia mahal n nampak sejati dr air mata Izzah. Lisa surirumah jugak x mengecewakan! Aku x taste dgn lakonan dia, tp tuk film nie, lakonan dia ok-ok la, wlpun adakalanya seperti terbabas masuk longkang. Watak2 yg lain jugak ok! Kehadiran kak limah tgh mandi itu cam cute. Poom* Watak datin2/mak yg di lakonkan oleh Azizah cam meluat aku tengok! Berdialog sgt! Tak nampak real.. bukan menyampah sbb lakonan jahat dia.. tp menyampah sbb cam fake n geli. Bye. Watak mail cute.. itu baru budak kampung! Kehadiran julia yg berbaju ketat nampak perot menggelebeh mendapat gelak tawa panggung! kah3! Film nie dah menarik dari segi jln ceritanya. Sumpah best... Tp pemilihan pelakon itu saja dilihat salah n lebih kepada keuntungan, populariti. Kualitinya? Kurang melekat dihati ku. Watak Izzah tue kuat/berat! klulah watak itu pelakon yg punya bahasa melayu yg lebih JATI bawak, musti film ini seperti Titanic engko! Amboi melampau imaginasi aku(membayangkan Fazura tuk watak izzah). Pape pun aku terhibur dgn film nie.. Kebanyakan perempuan bertudung kuar panggung dgn mata merah, tapi aku kuar ilek2 je.. non sebak di dada. Seperti kata kwn2 Fb aku, pemilihan pelakon itu salah dari segi jiwa n kebolehan mereka. Tapi bagi pengarah ini merupakan pilihan bijak, sbb film nie mendapat sambutan hangat! Tidak sia2 meletakkan yg terbaik n popular dlm film ni. Maya Karin dah membuktikan , bahwa dia pelakon terbaik di Malaysia. Bukan satu kemenangan terbaik dia pernah dpt, byk dik.. so jgn nk pertikai sgtlah... Dari pontianak harum sundal malam ke Anak halal. Film nie mendapat tempat dihati peminat. Aku bagik 3.6bintang tuk film ni. Aku suka dgn jalan citernya... Naskah yg terbaik. Enjoi ya nonton, aku x nak citer lebih2, kang x suspen buat korang. Tahniah buat semua yg terlibat, atleast naksah terbaru Osman Ali ini menjadik bualan semua. Btw sebelom film nie start ada preview tuk film AZURA. Euwww.. cam geli je! Hero/Heroin cam x selera nak tengok. Indah rupa je lebihnya....
*Lagu tema film nie sentiasa menghantui dari awal hingga habis ye.. Vokal Adira n Hafiz AF dimana2. Semua org dok nanyi bila kuar panggung! H E B A T .

2 Comments:

At December 7, 2011 at 11:04 PM , Blogger My Prerogative said...

kite watak mila #fifi

 
At December 7, 2011 at 11:32 PM , Anonymous Peminat ANTM said...

ALLISON kalah ANTM 17!!!!
BENCI!!!!!
Lisa Tomato menang!!!!
Angelea disqualified..
but why????

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home