
Kenapa setiap kejujuran disambut dengan kepalsuan? Adakah kejujuran iu belum cukup untuk buktikan setiap keikhlasan dihati? Kenapa perlu diwarnai dunia ini dengan kepalsuan. Tak cukup lagikkan apa yg dicurah? Perjalanan kearah bahgia aku makin menutup pintunya di ujung sana. Aku nampak cahaya itu... memang ada di ujung sana, tapi kenapa lambat benar utk aku sampai kearah itu? Mungkin itu bukan lah 'destinasi ku'. Walaupun harapan yg digengam melebihi kudrat yg aku ada. Aku tak pasti kenapa aku masih ingin mengikuti jalan itu. Sedangkan liku2nya sgt mencabar aku. Untuk berpatah balik bukanlah cara aku.. tapi aku hampir kalah melawan arus ini..
Aku punya ramai kawan2.. kawan2 yg sentiasa memahami hati aku. Sejauh mana aku cuba melarikan diri dari kawan2, sebenarnya aku semakin dekat dengan mereka. Tanpa mereka aku rasa mungkin nama aku tak akan terukir di 'kuala lumpur' ini. Punya ramai kawan2 jugak bukan lah sesuatu kebanggaan yg boleh diperhebohkan, kerna ada segelintir mereka yg akan tikam kita dari belakang. Tapi itu semua bukan dari kawan2 baik aku. Tipu jugaklah aku cakap yg aku tak punya kawan2 yg tikam aku dari belakang, semustinya itu ada... tapi baik tikam dari belakang atau depan2.. percayalah yg akan rasa kesakitan paling pedeh ialah org itu sendiri. Bukan ingin menunjuk diri ini hebat, tapi itulah yang berlaku. Dari dulu sampai sekarang ada je insan2 macam ini, klu tak der tak besh jugak kan? Aku terima jer mereka2 ini dlm idup aku, kerna itu rona2 kehidupan aku. Penyesalan aku adalah kenapa kebaikan itu dibalas ngan keburukan? sama cam kejujuran dibalas kepalsuan.
Hargailah sesuatu yg datang itu tanpa meminta balasannya.. kerna pabila ianya pergi nanti, penyesalan itu akan memakan diri. Tapi manusia sentiasa tamak utk memiliki keinginan nafsunya. Macam cerita pelajar sekolah ngan rumput. korang musti dah pernah dengar kan? Aku cerita dlm versi pendek: ' cikgu menyuruh ali(pelajar) mencari satu rumput yg paling sempurna dimatanya utk dibawak kpd cekgu tue. dengan syarat ali tak boleh berpatah balik. Maknanya sekali lalu saja. Ali pun g kat padang sekolah utk mencari rumput itu.. Dalam perjalanan ali dah jumpa satu rumput yg sememangnya menarik minat, tp ali ingin mencari kat depan lagik, mana tau ada yg lebih elok kan.... Bila ali sampai diujung padang, ternyata rumput yg ali jumpa mula2 itu tiada yg mampu tandingi..... Terus ali menyesal...' begitulah cerita itu. Kenapa ianya jadik begitu?? kerna manusia kadang2 tak menghargai apa yg ada didepan matanya. Untuk perenggan ketiga ini apa yg aku nak tekankan ialah. hargai ia sebelom ianya pergi...dan jgn menyesal kerna ianya tak mungkin kembali.
Anggapan negatif sememangnya boleh merosakkan. Sama jugak macam positif, jika terlalu positif memikirkan ianya boleh memakan diri kita balik. jika tak caya try buat tengok. Aku tak suka pikir negatif tentang orang... aku jugak tak suka pikir terlalu positif.. Ala2 duduk tengah2 lah. Senang!! Tapi cerita tentang negatif dan positif percaya tak korang, yg korang boleh rabun membaca ulasan aku.hahahahahhahaha. sebab terlalu banyak yg boleh dirungkaikan. Cuma apa ingin aku kongsi ialah jangan mudah terlalu menerima positif tanpa sebab. begitu jugak negatif, jgn terlalu mengadili seseorang itu terlalu negatif! Cuba untuk memahami adalah cara terbaik utk seimbangkan (-) dan (+).
Aku harap aku akan diketemukan ngan sesorang yg jujur/ikhlas/menghargai/cinta/mencintai/ dengan diri ini. Mungkin ianya belom tiba sekarang, tapi aku yakin ianya akan datang satu masa nanti. Harapan aku ini terlalu tinggi utk itu. Terima kasih 'sahabat' kerna korang kekuatan aku. Terima kasih 'cinta' walapun kamu belom tiba, ianya sudah mengisi angan2 ku. Kerna terpaksa, aku terima semua ini. Lagu kat bawah nie adalah hiburan untuk kita semua. aku suka liriknya, melodinya.. perhhhgggg sungguh terkena kat aku.kahkahkahkah..
Fauziah Latiff (Asmin Mudin) Enggan
Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah
Enggan dipersia
Enggan berkelanan
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa akur berdoa
Enggan kecewa
Nak ku mimipi tapi enggan terlena
ku dan sepi nan terintih
Ku disaksi oleh jelapang kasih
Nan terbentang kekeringan
Aku sebenarnya insan yang dahaga
Cinta tapi tidak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cinta mu enggan mengundang
Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan
Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang
Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas. * suatu hari nanti aku akan terkenangkan saat2 aku menaip ini.. semasa menaip nie aku di iringi oleh lagu2 penyanyi kesayangan aku.(tak perlu sebut korang dah tau) sgt basahlah pipikan. bye.