Show Rnp ini adalah kali ke3 aku turut serta di LQ. Show ketiga jugak bagi senior kat LQ. Rnp Senior hanya muncul satu tahun, satu kali jer... mana boleh slalu( kata naz) Konsep kali ini ialah Gothic/seram/zombie dan sewaktunyan nyalah... Kelainan yg dibawa kali ini ialah dengan menampilkan nikki sebagai pembuka tiraiii... Dan senior bergabung ngan junior buat pertama kalinya.. tak pernah lagik kami bersatu selama nie. Dan merupakan gabungan paling ramai penarinya..

Nikki mempunyai suara sangat merdu dan sedap sebenarnya. malam itu dia nanyi sedap, tapi disebabkan s/sistem cam agak sedeh dan hauk, suara nikki sedikit tenggelam. tapi itu tak mematahkan semangat nikki utk teruskan nanyi sampai habis. tahniah nikki..

Selepas itu kemunculan yg dinanti2 tiba.. Rnp senior/junior bersatu dlm satu show yg sgt Seram temanya. kahkahakhakh...ROCK beb!! Show kali nie paling banyak prop digunakan kerna setiap lagu punya jalan cerita yg tersendiri. Lagu briney harus kena ada kan? hahahha.... Diteruskan ngan lagu cristina Aguilera ( penat sial step lagu nie) dan terakhir hush hush...(PCD) ternyata tidak mengecewakan semua. Rata2 memuji dari mengeji. Haruskan ada keji itu? harus sebenarnya.. bagi akulah, benda itu kena ada utk diperbetulkan dimasa hadapan. Negetif itu perlu dipositifkan utk show tahun depan. Yang pasti Positif paling mencurah2lah... Seperti biasa Show rnp tak pernah mengecewakan selama ini( itu kata mereka yer, bukan saya). Rungutan negatif paling banyak ialah, kenapa perlu Rnp senior dan junior bergabung?? 'kami nak tgk senior' haaaaa itu paling banyak aku dengar kat telinga nie. Itulah aku katakan tadi, inilah kelainannya.. kami bergabung buat kali pertamanya. sbb tak pernah bersatu lagik. so kira ok lah kan.

Kehadiran maksu sgt aku harapkan, sbb dia photographer malam itu. Terima kasih maksu kerna hadir dengan tema merah yg menyerlah. Sgt abg-abg yer... hahahahahah.

Kehadiran kwn2 yg lain jugak sgt mengembirakan aku. Yana adalah kwn paling lama aku tak jumpa. Dapat jumpa dia bole lepas winduuuu... yanaaaa thx yer sbb dtg.

Haaaa, nie wajib dtg, tak dtg mmg aku merajuk sampai hari raya... kakak aku adalah vvip yg terpenting kena dtg. Dia dtg ngan patner dialah.. Terima kasih sgt2.... nanti kita gosip, byk sgt gosip aku terlepas dr mu.

Mira dan suami jugak dtg!!! seronok aku. Zam sgt besh arhhh pakai merah jugak. Sapa kata org yg dh kawen x spotting?

kami mmg gila pose, selagik ada.. Acu,amal,fena,hery,paktam,mira adalah teman aku yg sentiasa teruja nak tengok show rnp. Hery jerlah kira first time tgk show rnp, sbb baru lahir kan? hahaha

Luv u guys.. serius.. sebenarnya ramai lagik kwn aku yg dtg.. Cam louie/firdh/ash dan ramai lagik yg tak tersebut namanya... makasih sebab dtg dengan tema
'Merah' serius jumaat lepas lQ penuh ngan tema merah.. sana sini merah...

Untuk pengetahuan semua, ini adalah show terakhir aku bersama Rnp. Selepas nie aku akan mengundurkan diri dari dunia tarian yg memenatkan ini( naz punya step pernah ke senang?) hahaha... Terima kasig naz, kerna memberi kepercayaan kat wan selama wan join rnp. Saiful,phezz,anis,didi dan semua junior2 yg tak tersebut namanya.. thx sbb korang sgt Besh. Pengalaman ini adalah sesuatu yg tak mungkin org lain perolehi. Aku harap Rnp akan terus mara kehadapan.. Kerna Rnp adalah group kesayangan/kesukaan aku sampai bila2. Terima kasih sekali lagik kat semua..... Sayang korang sebab aku tau korang sayang aku jugak! bye.
* Penat aku berbaloiii, pas nie nak rehat , ingin mencari cinta...Perlu ke cinta? entahlahh...