Harap maklum dunia FB aku dihentikan tuk satu masa dan ketika. Andai aku ada tersilap kata, terguris kata-kata, ampun,,, maaf aku pinta. Maybe tuk selamanya fb tue akan berkubur, atau esok dah bukak balik.. Tapi rasanya cam biarlah kat sini je korang tahu tentang aku. Melihat apa yg berlaku dlm idup aku sejak kebelakangan nie, rasa tak adil sgt aku di adili cam tue sekali. Perlakuan secara depan laen sgt, tapi bila dibelakang mengata aku yg mengganggu plak hmmm. Masih waras tuk berfikir, apa yg aku baca itu sesuatu benda yg menyakitkan.. Apa yg telah korang persembahkan aku terasa sgt.... Mungkin ingin menjaga hati, selalunya biarlah menjaga hati mengunakan otak dan fikiran, bukan melalui perasaan diri sendiri. Kadang2 tersiksa juga mempunyai kelebihan mengetahui nie... hmmmmmm.. sebab tak larat tuk melihat setiap lakonan yg berlaku wlpun sudah mengetahui... Bila aku kembali normal dgn tidak mengganggu, terperasan pulak kalian kata aku dingin... Habes apa yg perlu aku lakukan?? Aku tak reti tuk tipu diri sendiri, apa yg dipersembahkan itu aku 'WanKhairy' . Bila cuba tuk menipu, makanya terperasaanlah kamu semua... bahwa itu bukan WanKhairy....

'Yang amat pahit dalam hidup ku ini, sebuah kisah yg terjadik....... dan kini terbayang siapa lawan siapa kawan di saat aku memerlukan.....'
'Ada baiknya ku ini bersendiri, tanpa percaya sesiapa lagik.... sejarah kisah lama membuat ku berhati agar diri tidak tertipu lagik, paling penting ku percaya diri sendiri.....'
Bait-bait lagu Ziana zain yg sememangnyer kebanyakkan terlalu sebati dgn kisah2 hidup aku. Cam ne aku tak suka dia?huhuhuhu... Sesungguhnya dia mmg menyanyi tuk kisah hidup aku. Korang musti tertanya apa yg terjadik.. Sesungguhnya aku x akan cerita pun.. biarlah semua org tahu kisahnya sendiri dari mulut org laen bukan dr pihak aku.. wlpun cerita itu salah, aku akan benarkan aja, kerna itulah aku sekarang... sbb aku percaya kepada setiap pembalasan. Aku bukan berdoa tp selalunya itu yg terbukti. Walau apa pun yg berlaku aku tetap sayang kepada benda yg telah aku IKTIRAF. Sesungguhnya syg aku pada mereka2 nie bukan sesuatu benda yg boleh hilang begitu saja.. Sampai mati aku pun mereka2 ini tetap akan aku syg..

Aku tak pernah membenci org yg aku syg, tetambah paling aku syg... tak pernah berlaku pun.. Wlpun selalunya mereka byk sakitkan hati aku, kejam terhadap aku (terimbas kisah2 silam) tp aku tetap syg mereka. Mungkin marah itu adalah sesuatu benda yg biasa klu kita tgh panas... tp selepas itu bila dah sejuk, maka sejuk jugaklah perasaan aku. cuma setiap luka yg berlaku sampai mati pun akan sentiasa ada bekasnya.... Kadang2 setiap yg berlaku membuatkan kita bertambah akrab, bertambah syg, bertambah bahgia... tapi itu semua 'kadang-kadang' je. Mengharapkan yg terbaik aja selepas nie.. mendoakan kebahgiaan mereka selalu... Semoga dipertemukan kita dimasa yg mendatang... insyallah... wasalam...
' INGATLAH SAYA TETAP SYG SEMUA YG MENYANYANGI SAYA.. KERNA HARTA ITU SUNGGUH BERNILAI BANDING PAPER PUN, YG ABADI ITU ADALAH YG TERULUNG'*Aku merindui Bonda dan Nenenda yg telah pergi meninggakan aku...