Ramadhan aku
Episode 8, 9 dan 10: Johor baharu/singapore
Cuti merdeka digunakan sebaik mungkin oleh aku. Aku join achu balik kampung dia kat johor sana. Dari aku dok kl tanpa ada sesiapa, baek aku ikot achu dan amal. Selepas abis keja ari sabtu, achu terus ambik aku dan kami gerak pulak pi ambik amal LCT. Selepas semua ada kami gerak ke melaka dulu ambik achik( abg achu). Selepas tue baru gerak ke johor ( banyak tul 'selepas itu' kan?) haha. Sampai2 johor, kami terus ke pasar ramadhan. Tak semeriah 'setiawangsa' lah pasarnya.. ( tetaplh nak promosi setiawangsa kan?) Sampai umah achu, bersalam2an ngan keluarga achu yg sgt ramai, tiba2 dah azan... ( wahhh johor berbuka awal dr kl, bgus ye). Konsep mkn kat umah achu x sama cam setengah keluarga yg berkumpul depan makanan dan mkn sesama. Konsepnya ambik dan g mkn mana2 pun. hahahaha... Sbb tue aku x ada pic makanan yg bole snap. Sebab makanan 5 minit hidang, selepas itu hanya tinggal pinggan je.
Menu berbuka : Nasi rawan + Nasi tomato + Nasi lemak + Nasi goreng.
Banyak okeyyy juadah berbuka kat umah achu, cam buffet dah. makan lah apa yg anda mau. Kenyangggg..
Selepas abis mkn, kami rest2/ main bunga api / dan terus kuar ke......'stulang' cari makanan tengah malam.( konsep jalan2 cari makan) . Pentingnya makanan kt situ sedap okey..





Episode 9: shopping di singapore
Sempat nie g jln2 singapore. Alang2 ada kat johor, alang2 ada paspot, alang2 ada duit, apa salahnya g kan. hahahahaha ( alang2 sgt) Beshhhh dan teruja sebenarnya... sebab first time bagik aku/achu dan amal ke sana.




Menu berbuka: Nasi putih + rendang ayam + mee rebus
selepas berbuka, kami semua keletihan. achu menjahit langsir, aku mengedit gambar, amal pula tido!! KONSEP amal, selagik terdaya tido.. dia akan tito.
Episode 10: shopping di johor.
Hari terakhir sebelum pulang ke kl ialah shopping kat johor. Kami g Jusco tebrau. Wauuu sgt besar dan byk butik2 hebat ada dlm tue. beshnya...Sememangnya kat situ aku /acu/amal shopping sehabis daya. hahahahah. konsepnya Rumah jer yg raya, sbb banyak brg2 umah dari barang2 sendiri yg beli. Takperlh 'umah ku , syurga ku'. Hari terakhir x ada pic, sbb dah malas nak snap.
Menu berbuka: Laksa penang + murtabak jumbo + lontong + bihun goreng

*masuk minggu ke2 puasa, jadual berbuka aku sudah disusun... gila bz kan? hurmmm harap berkesempatan berbuka ngn korang semua.
posted by wan khairy @ 9:03 PM
5 Comments
Ramadhan aku
Jelajah 'ramadhan aku' ke klcc, sebelah opis aku jer.. so tak yah balik umah, hanya tunggu achu dan amal jer. lalalallala... Konsepnya nak berbuka sama 'rifai' tapi apa nak kata, rifai telah melupai kwn baek dia sendiri iaitu achu, dan anak dia amal. Aku hanya kwn bagi rifai, so tak seberapa nak sentaplah berbanding achu dan amal. So kami plan berbuka kami ber3 jer.. Sebab konsep kami jugak mampo yer! Kami g la 'Little Penang' utk berbuka... sib baek ada tempat.


*Pentingnya abis makan, aku x g shopping yer, kawal nafsu....
Episode 7: Umah gombak
Utk kali pertama berbuka bersama family terchinta. Sbb hanya jumaat jer ibubapa aku cuti.. hanya ari jumaat jer mama aku bole masak dan ada kat umah. Klu hari laen, mmg tak lah. So kesempatan jumaat nie, aku ajak achu g berbuka kat umah family aku. Achu antara sahabat yg tak pernah terlepas dari berbuka bersama keluarga aku. heheheheh.. Sebab menu utamanya sgt sedap!! Tak seperti yg dijual kat luar sana..


2 ekor aku beli... Adoiii semasa aku menaip nie perot aku tiba2 bunyi kelaparan. baek aku hentikan memuji makanan .Apa2 pun besh berbuka bersama keluarga... Ada masa jumaat depan ketemu lagik.
* Jelajah 'ramadhan aku' akan berada di johor baharu... Nantikan cerita2nya setelah aku balik kl. Selamat berpuasa semua.. 3 hari jer aku x update blog nie... tggu ceritanya..
posted by wan khairy @ 6:54 PM
5 Comments
Ramadhan aku
Episode 4: rumah aku
Untuk puasa kali ini, baru sekali aku berbuka kat umah sendiri. Jika dulu bole dikatakan hari2 kat umah, tp idup skg ngan dulu berbeza, maka berbuka diluar lagik meriah.. sbb boleh tengok ramai org berbanding kat umah, hanya haku seorang. Puasa ke4 aku plan utk berbuka kat umah dan pi pasar ramadhan di 'setiawangsa'. Pasar ramadhan ngan umah aku tak jauh, 'jalan kaki' sikit jer dah sampai.. Kali nie ada mira. Dia join skali, katanya tak baek berbuka lambat ngan kawan baek sendiri, selepas keluarga dan suami, aku adalah org yg akan dia cari.. bertapa hebatnya aku dlm hidup dia. Sbb tue aku paling sayang mira. hehehhe.. Klu org laen, dah cuti pun masih mengelat ngan alasan2 duniawi yg sudah lali dengar ( abaikan sbb itu bole mendatangkan dosa berbanding pahala) hehehe..



* Rasanya bila lagik nak berbuka poser kat umah sendiri nie?? hurmmmm sbb plan minggu nie dh penuh ngan acara luar.
Episode 5: kampung baru
Hujan lebat bukan ALASAN. Ramai orang jugak bukan ALASAN!! itulah tanda org yg nak pi berbanding org yg nak mengelat pi.. so? sendiri mau pikir... Aku plan utk berbuka poser ngan mir sebenarnya, dan alang2 ajak kengkawan yg laen. Sebab jelajah ramadhan aku mmg memerlukan mereka. Aku tak mungkin berbuka sorang2. Aku ajak achu (seperti biasa mmg kena ada), ajak banod (yesss dia datang) dan mir ngan kwn dia. Tempat biasa gerai kat pintu gerbang tue, kami ber5 berkumpul. tapi mir dan frend dtg lambat sikit sebab jalan jem. Seronok jugak dapat jumpa banod.. sbb time puasa musti ada satu kali kami berbuka sama.. kecuali time kali nie am x der... sebab dah kahwen. Konsep kwn2 kat kl nie, dah kahwen susah sikitlh nak ajak kuar. KONSEP!!! tak perlh yg ado sajor di ajak.. yg x ado abaikan.. hehehhe.. Esok2 dah solo pandailah mereka carik. wahhh bukan doa yer.. wlpun dah tadah tangan nie. hahahahhaa...

* jelajah 'ramadhan aku' semakin rancak menyusun plan. johor baru adalah destinasi utk ujung minggu nie.
posted by wan khairy @ 6:56 PM
4 Comments
Ramadhan aku
Episode 3: berbuka di PV
Konsep dia ialah nak guna coupon KFC yg achu dapat, konon2 akan tamat tempoh pada 31 hb nie. so cam x mo rugi g la sana utk berbuka. Akan tetapi dah sampai, dah duduk, skali tgk 31 hb 2010 rupernya!! kahkahkahkah.. lama lagik tue... Tapi x perlh sah2 jelajah ' ramadhan aku ' tak kira tempat, selagik ianya dijamin sedap apa salahnya. Konsep berbuka/shopping dan tengok wayang.



*aku tak jejak lagik kaki ke pasar ramadhan... kiranya hari nie nak jejahlah utk episode 'ramadhan aku' yg berikutnya.
posted by wan khairy @ 7:04 PM
3 Comments
Ramadhan aku
Episode 1 :
Sabtu: Aku,achu,amal dan kakak(bole x ingat nama), kuar g Mid valley utk berbuka poser kat Hotel Cititel. Semua ini adalah jemputan khas dari achu. Achu belanja buffet kat sana. knp saya? sbb saya adalah insan yg paling/sangat/amat/betul/gitu/setia/walaupun/kan/selalu / cute (nak jugak nie)/ solo( ada jugak nie) /baek dengan achu. Lagik pun achu dh berniat lama utk belanja saya, di atas sbb2 tertentu. So kpd kwn2 yg laen jgn berkecik hati kerna anda jugak kwn achu. apa yg aku melalut pun tak tahu, cuma penting nak bagi tahu' Achu belanja, terima kasih achu'. Sampai mid valley awal, so apa lagik.. shoppinggggggggg.. first puasa dah shopping. Dah nama 'wan khairy' tak shopping cam x besh kan? so shoppinglh.. dari dok sakit hati tgk achu shopping.. baek aku join skali. hahahahha.. konsep!!









*Jelajah' ramadhan aku' episode 1 berakhir dengan bila nak g buffet lagik? haha
Episode 2:
Ahad: Pagik2 kami dah bgun, g sahur kat pelita jln ampang( tetap!!!) dan g pasar kat jalan pudu. Konsep hari nie ialah masak2 di umah achu. yg masak achu, yg makan kami. hahaha..
* jelajah 'ramadhan aku' episode 2 berakhir dgn selepas nie siapa pulak nak masak? tak sabar sudahhh...
posted by wan khairy @ 5:46 PM
6 Comments
RnP show 2009






* Penat aku berbaloiii, pas nie nak rehat , ingin mencari cinta...Perlu ke cinta? entahlahh...
posted by wan khairy @ 7:49 PM
8 Comments