kaki wayang

*Ramai yg menantikan cerita si babun yg x reti2 insaf! Biasalah dah nama pun babun, mana bole stay kat satu pokok je... dia akan bergayut dan melompat2 dari satu dahan ke dahan yg laen. Klu korang nampak babun di KL, jgn lupa tembak ye.. kang beranak pinak pulak. Tue dia kiasan bab 1. COMING SOON.
posted by wan khairy @ 5:43 PM
4 Comments
Muzikal Tun Mahathir 2



* Pe benda tue? Babun buat album kompilasi ke? COMING SOON.
posted by wan khairy @ 7:08 PM
5 Comments
Genting 2011





Acara paling best sudah semustinya Game kat genting!!!! Malas klu main game yg kena teka or berdasarkan luck, sbb mmg tak pernah LUCKY pun!! mmg hanjing game tue... membazir je.. Tapi klu main game yg melibatkan skill, aku mmg hebat!! kah3, buktinya aku menang bear kat atas tue yg diberi nama Zack Efron. (ade??) Itulah satu2nya game yg aku menang... dan satu2 bear yg berjaya dibawak pulang ke hotel. kah3. Sampai mlm kami main.. Si habeeb x bernaseb baik ye.... tak pe u, cuba lagik nanti2 k. Pape pun kami ber2 berpeloh main game kat situ.. serius best giler... Wlpun bila sedar duit yg dilaburkan boleh beli bear sebesar Amal. Tak per, janji hepy n syok!!! Selepas abeh main game kami g mkn n balik hotel tuk bersiuap acara tgh mlm.

*Percutian seterusnya bakal menyusul... Sarawak tunggu kehadiran ku..
posted by wan khairy @ 7:22 PM
9 Comments
kaki wayang

*Film Seram KARAK arahan Yusri KRU akan menemui kita..Bole tahan seramnya.. menampilkn Shahir AF8 sebagai pelakon utama. Tak sabar nak tgk citer tue jugak...
posted by wan khairy @ 6:27 PM
4 Comments
kaki wayang


Berkesempatan jugak tengok citer nie... Perbezaan citer melayu ngan owg putih adalah bertapa kreatifnya mereka hasilkan film. Memikirkan kesempurnaan sebuah film, di pertontonkan pada umum dan mengutip berjuta2 ringgit... klu film kita? hmmmmm lakonan budak tadika, kutipan berjuta2.. itulah film kita kebanyakkannya..(pape pun ttp bangga ngan cerita2 melayu yg hebat spt magika, Lagenda budak setan, PGL dan paling baru nanti merong mahawangsa) Seronok melihat Angelina jolie berlakon... Dia terlalu cantik wlpun sudah nampak dia dah berusia.... Watak2 sebegini amatlah sesuai ngan dia... Citer nie tak byk aksi pun.. Tapi jln ceritanya begitu cantik.. membuatkan kita nak tgk sampai habis, dan sentiasa teruja nak tahu apa yg berlaku. Lakonan kedua2 mereka nie x payah dinafikan, terbukti hebat, bukan cam budak2 tadika ye. Aku suka cerita yg kena kita berfikir nie... kerna aku mmg suka berfikir sblom citer abes aku dah tau apa yg ingin disampaikan... Seronok klu dapat kekayaan cam tue.. Tetiba* Cam x paus tgk citer nie... klulah byk sikit aksi2nya, ianya akan lebih gempaq kot. Aku bagik 3.8bintang tuk citer nie..
* Maaf ye, byk aku x update... sebab BZ ngan kehidupan yg bahgia... Akan tetapi aku tetap akan update ye tuk semua... Tak sabar nak tgk film Khurafat pulak.. Sebab nampak menarik dan best. Tunggu ulasan ttg film itu.
posted by wan khairy @ 7:55 PM
5 Comments
AJL25
SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25
Pemenang Anugerah Juara Lagu 25:
Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali (trofi & wang tunai RM35,000)
Naib Juara Lagu ke-25:
Drama King ciptaan Taja penulis lirik Tun Teja oleh Black & Meet Uncle Hussain (trofi & wang tunai RM15,000)
Tempat Ketiga Juara Lagu ke-25:
Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz (trofi & wang tunai RM10,000)
Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000)
Vokal Terbaik:
Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunai RM10,000)

Stacy- Tak menari sgt!!! terkejut dgn persembahan dia kali nie! Tak de dance x ada makna! Sungguh kecewa dgn persembahan stacy kali nie. Knp ya??
Faizal tahir - Lagu selamat malam syok! Akibat terlalu hanyut, Vokal faizal terkucil byk tempat dalam lagu Hanyut.
Yuna- bergetar ala2 nerves suara dia.. Tapi aku suka lagu tue!! huk.
Bunkface/Api/tomok/hujan - ok-ok je... penyeri kata org. Tapi tomok tunjuk sedikit kelainanlah ngan menari tue... clap3!!!
Black- Sofea jane jugak best.Vokal terkawal.
Hafiz- Aku dah mmg jangka dari separuh akhir lagi, dia mampu menang vokal terbaik. Sedap siot suara dia...
Adira - kenapa vokal dia berubah terlalu cepat?? besarnyer suara dia. Tak sedap. Tak kuasa baru 1 single suara dah berubah cam beranak 10 anak. Thx.
Shahir- Show ala2 budak sekolah menangah masuk bertanding menyanyi, siap sajak2 tampar tue. hmmmm, tapi suara Nasha Aziz sedap berpuisi.. shahir muncul sensorang dah cukup sebenarnya... dgn terstop seketika, apakah?? lupa lirik erk? Aku suka lagu tue jugak sbnarnya. huk.
Meet uncle hussain- Syok! Tp suara black sedikit tenggelam dalam lagu tue.
Ana - Oklah.. Cuma suara dia tue, ermmmm.. byk drama gak atas tue.. semak mata aku tgk. Aku sejujurnya suka lirik lagu dia.... mmg best.


Persembahan terbaik malam tue milik Dato CT. Thx.


*Memori dulu2, CT dibenci dalam AJL sebab selalu menang. Baik artis mahu pun peminat, pasti mengutuk dia. Kini bila ada artis baru yg x pernah masuk AJL menang, dibenci jugak!! Apalah yg korang mahukan? Bagi aku, itulah rezeki masing2.... tak berjaya kali nie, tahun depan cuba lagik klu x serik. kah3.
posted by wan khairy @ 12:52 AM
5 Comments