baila-baila
Minggu lepas merupakan minggu paling Vouge,gila,penat,epy,enjoi,melalak, melompat,menari dan tergolek. Sesungguhnya satu minggu itu aku tito lambat tak seperti slalu, pukul 10malam mata nie dah pejam! hahahahha. start ari isnin dan selasa dah lambat tito seterusnya hari rabu... jom saksikan aktiviti2 ituew:


Sabtu: Aku diundang( di undang cam artis plak bunyiknyer), aku join party yg telah diaturkan oleh naz untuk semua model dan mereka yg terlibat dalam photoshoot yg lepas dan penari2 baru dr RnP(dapat gak berkenalan). Bertempat di Quantro kuala lumpur.



*Enjoi giler!!! penat giler!! pose tak hingat!!nari sakan!!!akhirnya tumbang. bye.
posted by wan khairy @ 8:04 PM
3 Comments
batman party: hareez makin membesar








Akhir sekali, cara penyelesaian ialah mummy dia yg tolong tiupkan. hahahahahha. kelakar sungguh. tuelah aku dah cakap kat akak aku buat majlis awl. Nie tak, nak jugak tggu kul12 mlm. Kan dah merasa ko tiup lilin buat kali ke2 dlm hidup utk tahun nie. Makin cepat tualah jawabnyer. heheheheheh. Apa2 pun selepas tue hareez bangun dan makan kek. Sempat nanyi lagu 'matahari' sekali lagik.( demiiiii yer). Malam tue aku g sorang2 jer, sib baik sonia ingin temankan aku. So tak lah buhsan sgt dalam keter( motip???) hihihi... Dalam kul 1 majlis abis, aku pun pulang ngan gelak ketawa. 'Batman tito' .

*Minggu nie aku mmg tak cukup tito.... terasa berpinar2 bijik mata.
posted by wan khairy @ 12:52 AM
2 Comments
ANTM12
Episode 10: Aminat RATU bottom 2
Melihat pada tajuk aku beri nescaya korang akan tahu bahawa Aminat tak tersingkir. Sungguh biadap. Pic dia disifatkan paling buruks,buhsan,jemu,laha,hanjz,ado,hauk,dan seumpamanya. Kenapa tak tersingkir???? Sbb aminat jugak telah dipolitikkan utk bertahan lama( sungguh biadap tyra). Apa2 pun jom saksikan first photoshoot mereka kat brazil sana.
TERBAIK:




BOTTOM 2:


*Go see bakal menjelma... wisaunya aku utk episode 11 memikirkan celia.
posted by wan khairy @ 7:18 PM
4 Comments
ANTM12
Episode 9: Ciara owh ciara
Sorry semua aku lambat sikit update kesah ANTM12 sebab terlalu sibuk memBZ kan diri. Untuk Episode 8 tak perlu aku update sebab RECAP okey!! sangat membuang masa jika update. Untuk episode 9 mereka kena beraksi ngan pop star 'Ciara'. huhuhuhuhu... moh lihat pic2 mereka.
TERBAIK:





BOTTOM 2:


6 peserta lagik tinggal, mereka akan diterbangkan ke 'BRAZIL'. Fuyooooo, brazil. Mampokah model yg pendek beraksi hebat kat sana? Brazil terkenal ngan model yg tinggi2 semua. Tyra menampakkan lagik dia nak menangkan teyona.(pandai jer aku). hahahha. mampokah fo dan allison bersaing? adakah teyona bakal menang? celia bakal jadik cam analeigh ? atau aminat yg yg tak bagus tue bakal ke final 2? Sama2 kita tunggu dan saksikan ANTM12 yg bakal beraksi di Brazil.
*Brazil owh brazil... aku tengah bayangkan bentuk runway di sana...
posted by wan khairy @ 7:15 PM
3 Comments
photoshoot NAZ modelling
Ahad: Aku ada terlibat dalam photoshoot untuk Agensi NAZ. Agensi NAZ adalah yg terbaru kat malaysia nie, so photoshoot diadakan utk profile office. Antara yg terlibat adalah model2 dan artis. Artis yg terlibat ialah Anding, Jue,Zanita bersama anaknya ZARA yg cute. Model2 yg terlibat Amar hero remaja, Ursha(kak shi) dan model2 lain yg aku sendiri tak UPDATE namanya( sorry). Sepatutnya ramai lagik terlibat tapi saat2 akhir ada yg tak dapat hadir. Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama aku untuk photoshoot sebesar ini.. Selalu terlibat dalam photoshoot sendiri2 jer.. tapi hari itu sangat lain. Sebab terlibat dalam satu team yg ramai dan cool.






*sangat2 tidak sabar utk melihat hasil2 photoshoot aku.
posted by wan khairy @ 10:13 PM
6 Comments
Jangan tegur
Semalam aku g tengok citer 'jangan tegur' kat TGVKLCC. Sebelom citer start aku sempat g shopping baju ngan apex untuk party kak aida... (merah atau kuning temanya) perlu ada merah lah???? tak sesuaiiii!! sib baik ada pilihan lain iaitu kuning... So baju kuning ler kami shopping! Pas abis shopping baju, kami pun g ler tengok citer nie.. Teruja dan berdebar2 okey. jom tengok 5 terbaik dan terburuk utk citer nie....

- Lakonan rasuk oleh nadia mustafa(baizura) sangat Emely rose okey!!! cool. i like cakap bahasa siam itu.. pastu berubah ke bahasa melayu... HEBAT!!
-Lakonan rasuk dari Julia Ziegler WOW sangatlah menggerunkan dan sempoi giler. MMg julia pandai giler bawak watak itu berbanding time x jadi hantu. hantu arab yg dibawak julia sangat menggerunkan dan sampai sekarang aku terbayang2 lidah dia tue. AIYOOOOOOOO...
-bunyik latar dia masyallah kuat nak mampos!!! setiap detik sentiasa akan mendebarkan.. Sbb dari sunyi, tetiba arrhgggggggggggggggggggg... sapa yg tak terkejut!! bila2 lagik bila ada bunyik gendang, adalah hantu pastue... hahaha..
-jalan citer okey!!! tak terlalu mudah, tak terlalu susah untuk paham. nicelah!!! untuk tontonan sekeluarga. katernya..
-hantu2 yg datang cam lahalh... mmg hantu sangat!!! dan bunyik suara2 hantu very the 'RAKSASA' i like.... pembaharuan.. idak ler jerit2 jer.... makeup hantu jugak superb. bagus yer!! berkesan.


-lakonan Pierre Andre terlalu 'lembik' dunt no, aku sangat tak suka. cam tak sampai.. cam tak perlu wujud pun tak per.
-lakonan julia time tak jadi hantu sangatlah buruksz. Cam kekok ala2 tak reti berlakon pun ader. Aku pun hairan apa puncanya.. nak seledik jap!!! time jadi hantu, punyalah hebat! walaupun aku tak paham bahasa arab tue, pastu masuk bahasa melayu, ianya nampak natural dan chantik. MMg sesuai jadik hantu jer sepanjang masa.
- Skrip ada punca jugak kot!!! dapat dilihat skrip dlm citer jangan tegur sangatlah 'Drama' sangatlah menampakkan mereka nie 'Berlakon'. skrip tak nampak real. sbg contoh aku bagi:
julia: 'maksu bila kali terakhir baizura dilihat?'
maksu: 'Seingat maksu kali terakhir baizura bersama kami adalah sewaktu kami menjalankan upacara menghalau hantu.'( very the bahasa melayu tersusun u allsz, SPM boleh dapat A untuk karangan yer.!!) sepatah2 mereka bercakap yer... (tak sesuai tau!)
aku bukan apa, maksu tuelh dah kekampung, baju, makeup,watak punya penghayatan dah bagus, sekali kuar ayat2 dialong very the ikut skrip sgt. nampak kekok dan tak natural. walaupun maksu itu ialah elly suriati okey(pelakon hebat) sorry Pierre Andre skrip ko mmg menakutkan. Banyak lagik korang boleh lihat ayat2 yg sangat ikut skrip!! susah nak cakap, baik g tengok jer.
- masih ada aksi2 seperti jangan pandang belakang serta congkak.MOTIP???? tak de ilham dah ke? hurmmmmm....
-filem nie mmg seram, tapi kualiti tak berapa bagus untuk dibanggakan. untuk seram mmg SANGAT seram. Utk kualiti sorry... cam tgk sambungan jangan pandang belakang atau congkak jer. sama! tapi aku suka citer nie dr kedua2 citer sebelom nie.

*party..party... debaran ari ahad makin terasa...
posted by wan khairy @ 6:17 PM
6 Comments
shopping VS ABP2008
Semalam ahad aku plan nak g shopping!!!! Aku g ngan pheez dan amer. Dari sg wang ke lot10, dari lot10 ke PV. Sesampai ngan mood nak shopping tetiba acu call ajak g ABP2008, ada tiket..akan tetapi terpaksa aku tolak sebab 'Shopping ituew lebih mustahak'.
Sangat besh yer shopping ngan orang yg suka shopping. PUAS okey!!!!!! dari kul 2 sampai kul 7 kami berkampung kat area bukit bintang sana. Dari kering ke basah kuyup sbb ujan! haha



Berbalik kepada ABP08, kenapa aku tak pi????? sebab paling utama 'ziana zain' tak der(tetiba). Sebab ke2 hujan lebat(petanda). Sebab ke3 kebanyakkan pemenang sudah di COPY PASTE sejak zaman berzaman. Kenapa wujudnya 'Copy paste' nie?? nak tau? sebab pengundi sudah terikat ngan HADIAH KERETA dan hadiah sampingan yg lain. Walaupun udah berbuih2 mereka kata yg pemenang dipilih melalui slogan yg terbaik bukan dari undi yg mereka pangkah, bagi aku jawapan ituew terlalu menipu!! boleh?? hahahha.... Knp aku kata menipu?? sebab dah sejak zaman berzaman lagik, pengundi yg dok undi nie dah masak ngan peraturan2 pertandingan. pilihan paling banyak TEPAT lebih cerah untuk menang. Bila orang dok pertikai pemenang yg sama saban tahun adalah sebab hadiah yg lumayan dan pengundi undi ikut majoriti BUKAN pilihan mereka sendiri, BARULAH mereka pusing cerita kata 'slogan terbaik' yg dipilih BUKAN pilihan yg tepat!!(wak luuuuu!!) Dulu cakap pilihan yg tepat, bila orang dah biasa mcm tue dan melahirkan bintang2 yg sama menang( walaupun bagik aku dh tak popular) baru mereka tetiba cam mengubah cerita. (kak pora sgt!!!)
Aku paham konsep bintang popular ialah 'artis yg popular la' Selagik dia popular, selagik itu dia akan menang!! yes aku setuju JIKA dia betul2 popular. Contoh aku bagik Dato siti ler. Memang dia popular dan terus popular, 12tahun dia pegang gelaran itu, sewajar ngan popularitinya sekarang. Masalah aku adalah utk artis yg dinobatkan pemenang utk kategori2 yg lain, Dia menang sedangkan dah muak melihat( tak popular dahhhh!!) knp ini terjadik? sedangkan tahun ituew bintang sorang lagik nie LEBIH popular berbanding dia, tapi dia dah 6tahun menang still menang!!! (wlupun dah berkedut di bawah mata, tetiba cuba menjelaskan siapa dia) hahahha.. Whateverlah kan, dunia seni malaysia kecik jer.. so putar2 situ jer.. artis yang hebat pun boleh dihitung guna jari jemari. So tak hairan sgtlah kan..
Harap tahun depan utk pengundi bagi hadiah hamper jer, jangan bagi kete.. pasti sengit doh!!!! mereka akan pilih calon kegemaran mereka bukan memilih artis(majoriti dipilih) DEMI utk menang sebijik keter!!!!
jom saksikan pemenang tahun nie berserta ulasan aku sikit jer:
:aku sangat SETUJU dia menang!!!! yes juara baru yg mmg popular tahun2008.
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
:aku jugak SETUJU Que menang!!!!!!
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
:Aku suka maya menang, Dia popular dihati ku.
Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
:Mawi??? releven lagik ker? hahahah , sorry!!NEXT.
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
:Tiada saingan langsung calon2 lain. Mmg siti layak yer.
Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
:Ada lagik??? hurmmm Asraff muslim lebih popular! THX.
Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
:Juli menang!!!!! i like. Suka dynas!!
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain
:Semustinya kumpulan nie layak menang!! mmg popular!
Artis Nasyid Popular - Rabbani
:Aku tak ingat lagu 2008 mereka yg popular. Zaman intifadah dlm kenangan
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
:Juara baru yg mmg hebat, klu apex gak menang mmg aku nangis.
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
:kahkahkahkah, kihkihkih lawak giler.
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
:Yeahhhhhhh pilihan yg betul!
Artis Baru Wanita Popular - Stacy
:wlpun mic tercampak time nanyi, stacy mmg hebat. haha
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
:Aznil selayaknya menang, dia tiada tandingan utk kategori ni.
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
:Dia jugak selayaknya menang, calon2 yg lain AZAB yer, RTM sgt.
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
:Aku suka pak aznil menang, aku pendengar Era yg setia. hahaha
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
:Fara mmg dj yg popular utk tahun 2008.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah
:Okey jer!!

tahniah kepada yg menang.. semuanya rezki dari tuhan, apa yg diluahkan bukan protes, tp kebebasan utk memilih sudah terikat ngan hadiah2 yg lumayan. So harap x der hadiah pun tak per... baru semua gigih menggundi artis kesayanagn mereka sendiri. Apa2 pun bagik aku 'ziana zain' paling popular dulu kini dan selamanya.... Harap anak kembarnya dilahirkan sechumel aku. (jom pengsannnnnn sesama selama 2minit) hahahaha
*AIM bakal menyusul, jgn ada lawak sudah.. sbb nie kategori TERBAIK ye.
posted by wan khairy @ 9:39 PM
3 Comments
ANTM12
Episode 7: Cover Girl commercial
Untuk epidose 7, tiada photoshoot! Cover Girl commercial telah membuka tirai.
siapa yg bagus? siapa yg hauk? siapa yg lancar? siapa yg gagap? moh saksikan ulasan nyer.


TERBAIK:





AMINAT: tiada pic? tiada comment! NEXT...( kayu hitam berjalan jugak)
TERBURUK:


*7 yang tinggal.... bila aminat nak tersingkir?( hahaha, tetap!)
posted by wan khairy @ 8:09 PM
6 Comments